Ketirisan membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung Sistem uCUSTOMS.
Ketirisan membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung Sistem uCUSTOMS.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan prosiding terhadap 25 isu punitif yang terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2.
Pengerusinya, Wong Kah Woh, berkata prosiding itu dijangka akan dilaksanakan mulai November ini.
Katanya, antara isu besar yang akan diberi perhatian adalah membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung Sistem uCUSTOMS.
Sistem bernilai RM397.43 juta ini gagal disiapkan sehingga kini sejak ia dimulakan pada Oktober 2013, sedangkan kerajaan sudah membayar sejumlah RM272.99 juta kepada syarikat terpilih.
Wong Kah WOH / Pengerusi PAC
RM317.78 juta, dan setelah lima kali diberi pelanjutan masa (EOT) di berikan kos akhir adalah RM397.43 juta dan EOT diberikan lima kali status projek gagal disiapkan jumlah yang di bayar oleh kerajaan setakat ini adalah RM272.99 juta
Katanya pada sidang media di PARLIMEN pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.
Kah Woh berkata, uCUSTOMS adalah sistem bagi memudahkan urusan kastam secara dalam talian, namun gagal disiapkan walaupun EOT diberikan.
Jelasnya, anggota PAC turut melayari laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi melihat sendiri sistem berkenaan, namun tidak dapat diakses.
Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera terhadap semua isu yang dikategorikan sebagai punitif.
Sementara itu, Nik Azman berkata, isu membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dicatatkan sebagai pembaziran tertinggi dalam laporan berkenaan.
Datuk Nik Azman Nik Abdul MAJID / Ketua Audit Negara
Memang ketirisan Jabatan Kastam pembaziran sebab projek tu tak siap kita dah bayar, Jabatan Kastam seperti yang dikatakan tadi nilai ya RM272. 99 juta.-SAHIH