Hospital Tunku Azizah laksanakan vaksin kanak-kanak
Hospital Tunku Azizah laksanakan vaksin kanak-kanak
Hospital Tunku Azizah, hospital wanita dan kanak-kanak, Kuala Lumpur, akan melaksanakan pelancaran dos vaksin untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (P-I-C-Kids).
PICKids akan bermula di hospital dan pusat vaksin bersepadu Lembah Klang.
Setakat semalam; 517 ribu 107 kanak-kanak telah didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk menerima vaksin Pfizer.
Pendaftaran PICKids menunjukkan Selangor adalah yang tertinggi dengan 131 ribu 500 kanak-kanak.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan mengadakan lawatan ke hospital ini bagi meninjau sendiri pelaksanaan PICKIDS.-SAHIH