DUA JAM KUTIP CEBISAN DAGING
Berita Kemalangan
DUA JAM KUTIP CEBISAN DAGING
GOPENG: Anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengutip cebisan mayat, dipercayai mangsa kemalangan di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dekat sini awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 3.54 pagi.
Katanya, seorang lelaki dilaporkan maut dan tubuhnya hancur di Kilometer 295 arah selatan.
“Mangsa dalam keadaan berkecai digilis oleh kenderaan.
“Anggota bomba mengumpul cebisan mayat mangsa dan operasi tamat 6.36 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.