Raja Laut adalah putera kedua Sultan Muhammad, beliau dilahirkan pada tahun 1850, mendapat gelaran Raja Laut kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut.
Beliau kemudianya dijadikan anak angkat oleh Raja Juma’at lalu menjadi saudara tiri kepada putera kandung Raja Juma’at, iaitu Raja Bot.
Raja Laut adalah pengasas kepada Kuala Lumpur Sanitary Board sewaktu ianya ditubuhkan pada 1890. Selain daripada itu, Raja Laut juga bertanggungjawab menubuhkan sekolah melayu pertama di Kuala Lumpur, dimana beliau turut menyekolahkan putera beliau di sekolah berkenaan.
Pada tahun 1898, Raja Laut telah dimasyurkan sebagai Raja Muda Selangor, selepas Raja Sulaiman dinobatkan sebagai Sultan Selangor, Raja Laut menggunakan gelaran ini sehingga tahun 1903. Raja Laut mengahwini Raja Daing Chahaya dan dikurniai seorang putera, iaitu Raja Alang.
Keluarga diraja ini tinggal di sebuah rumah dikawasan ‘Batu Road’ pada ketika itu, sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1915 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan ‘Kampong Gonggang’, iaitu nama asal jalan Ampang. Nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebuah jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Tiada salah menyatakan soladriti terhadap perjuangan saudara kita di Palestin.Tetapi jangan sampai meleburkan sejarah tokoh tempatan negara sendiri.
Boleh sahaja letakkan satu nama jalan di Putrajaya sebagai tanda sokongan.Ia lebih relevan dan praktikal.
Co Ad AA
Sumber- The Interesting Historical Facts of Malaysian (sumber gambar dari google)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kapal terbang pengebom B-29 yang berlepas dari Pangkalan Udara Tinian di Guam, berada di ruang angkasa Hiroshima pada jam 8.15 pagi. Kira-kira 17 saat kemudian, bom atom (Uranium-235) dilepaskan dan seminit kemudian, bom yang dikenali sebagai Little Boy meledak di udara.
Sasaran awal adalah Jambatan Aioi, tetapi pusat ledakan adalah di atas Hospital Shima, bersebelahan Dewan Promosi Perindustrian Hiroshima yang kini dikenali sebagai Kubah Bom Atom. Natijahnya, kira-kira 60,000 orang terbunuh serta merta! Sesudah Hiroshima, tiga hari kemudian giliran Nagasaki pula menjadi mangsa kekejaman `Little Boy’.
Kira-kira 39 tahun kemudian (1984), statistik melalui Buku Rekod Kesihatan, melaporkan anggaran mangsa yang terbunuh di Hisroshima bertambah enam kali ganda, iaitu seramai 368,000 orang. Ramai yang mati selepas menanggung derita akibat kesan radioaktif bom atom.
Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sentiasa dikenang sebagai antara tragedi kemusnahan manusia dan alam paling menyayat hati.
Semalam adalah hari ulang tahun ke-60 kejadian itu. Di kebanyakan tempat dunia ini, sambutan diadakan dengan harapan tragedi itu tidak berulang.
Di Hiroshima, Kubah Bom Atom menjadi medan pertemuan rasmi bagi mangsa yang masih hidup untuk mengenang semula detik hitam itu.
Di Kuala Lumpur – Datuk Abdul Razak Abdul Hamid, 80, tidak pernah ketinggalan menyertai sambutan di Hiroshima sebagai tetamu kehormat kerajaan Jepun.
“Hanya tahun ini, saya tidak dapat ke Hiroshima kerana keadaan kesihatan isteri tidak mengizinkan. Sayu tidak dapat pergi.
“Setiap tahun, saya sentiasa menunggu tarikh 6 Ogos kerana seminggu sebelum itu, saya akan berada di sana untuk bertemu semula sahabat lama,” katanya.
Malaysia bertuah kerana tidak memerlukan orang Jepun mengisahkan semula peristiwa itu. Anak jati Pulau Pinang itu Razak adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dari Malaysia.
Peristiwa yang dirasakan seperti berlaku semalam itu baginya bukti kezaliman peperangan yang kerana hendakkan kuasa, sanggup membunuh manusia tidak berdosa.
“Zalim…saya hairan memikirkan manusia yang suka membunuh,” kata bekas mahasiswa Universiti Hiroshima itu ketika ditemui di rumahnya di Gombak, Selangor.
Mengimbas kembali kejadian itu, Abdul Razak bersama Pengiran Yusuf dari Brunei tekun belajar matematik dengan Profesor Hiroshi Toda dalam kelas.
Tiba-tiba terdengar bunyi siren. Semua kelam kabut berlari menyorok dalam lubang perlindungan. Kemudian siren berbunyi lagi menandakan keadaan selamat.
Sebaik saja pelajaran bersambung, terdengar bunyi yang sangat kuat. Boom! Bangunan kayu dua tingkat kelas itu runtuh dan turut terperosok di bawah runtuhan kayu.
“Saya tak tahu berapa lama tertimbus. Apabila sedar, saya nampak cahaya samar-samar lalu merangkak ke arah cahaya itu,” katanya yang cedera ringan di kepala.
Selepas berdiri tegak, Abdul Razak terpegun kerana keadaan sekeliling berjerebu dan sebahagian besar bangunan ranap menyembah bumi.
Toda menyuruh Abdul Razak pulang ke asrama, tetapi beliau sendiri tidak tahu mencari arah ke asrama.
Ketika berjalan mencari-cari, Abdul Razak bertemu rakannya dari Kelantan, Nik Yusuf Nik Ali. Seorang lagi rakan senegara ialah Syed Omar Aksagoff.
Nik menjerit: “Razak! Cepat balik tolong kawan-kawan di asrama.” Saya tanya: ”Awak macam mana? Nik berkata: ”Saya sihat, tak ada apa-apa.”
Rupa-rupanya hari itu adalah pertemuan terakhir dua sahabat karib itu. Nik Yusuf kemudian hilang begitu saja.
Selepas menemui asrama yang sudah menyembah bumi, Abdul Razak bertungkus lumus membantu rakan-rakan dan penduduk Jepun yang terselamat hingga petang.
Pada petang itu, berlaku kebakaran besar yang meragut nyawa mereka yang masih hidup.
“Saya nampak di seberang sungai, orang lari ke tebing tetapi dihalang arus deras. Api menggila seperti puting beliung mara menyambar mereka di tebing.
“Api itu seperti bermata, mara ke seberang sungai kawasan saya berdiri melalui sebuah jambatan,” katanya.
Abdul Razak yang melihat tragedi di seberang sungai tidak berdiam diri lalu berlari ke sebuah jambatan lain. Dengan izin Allah, ada sebuah rakit tertambat di situ.
Beliau bersama rakan-rakannya menaiki rakit yang hanya mampu menampung kira-kira 15 orang. Baki di daratan hangus dijilat api.
Di atas rakit pula, beberapa orang yang mungkin kerana terlalu dahaga meminta air. Abd Razak mencedok air sungai dan diberikan kepada orang itu.
Orang itu mati serta-merta selepas minum. Beberapa orang lain juga menerima nasib sama.
“Barang kali kerana air sungai ini penuh dengan mayat, banyak kuman dan perlu dipanaskan terlebih dulu. Tetapi selepas minum air yang dijerang, mereka juga mati.
“Walaupun saya enggan lagi memberikan mereka air, tetapi mereka kata, tak apa, biarlah kami mati asalkan dapat air,” katanya.
Apabila malam menjelma, barulah bantuan ubat-ubatan dan makanan dari tempat lain tiba.
Abdul Razak dan rakan-rakannya bernasib baik kerana seorang penduduk Jepun membawa mereka tinggal di rumahnya selama seminggu.
Pihak berkuasa Jepun kemudian mengesan mereka dan dibawa ke Tokyo. Ketika perjalanan, Syed Omar yang sakit ditinggalkan di Kyoto.
Tiga bulan kemudian, Abdul Razak mendapat tahu bahawa Syed Omar meninggal dunia.
Teka-teki kehilangan Nik Yusuf pula berakhir apabila Abdul Razak menemui nama Nik Yusuf Nik Ali-Malaya di kawasan perkuburan mangsa Hiroshima.
Di Tokyo, hampir sebulan Abdul Razak menerima rawatan kerana kekurangan sel putih dan selepas Jepun menyerah kalah, Amerika Syarikat menguasai negara itu.
Pegawai Amerika Syarikat menemu bualnya dan oleh kerana tidak ada siapa lagi yang menaja pembelajarannya, beliau disuruh pulang ke Malaya.
Setiba di rumah keluarganya di Kampung Baru pada Disember 1945, keadaan kecoh kerana tiada siapa menyangka beliau masih hidup.
Hari ini, peperangan yang berlaku di sana-sini dan bencana alam seperti tsunami menyebabkan Abdul Razak, mudah terkenang balik tragedi Hiroshima dan Nagasaki.
Beliau juga tidak mudah melupakan kata-kata seorang tentera Jepun yang marah kerana negaranya menyerah kalah selepas peristiwa dahsyat itu.
“Razak, kau balik ke negara kau yang makmur, tetapi 20 tahun lagi, Jepun akan bangun semula,” Terbukti kata-kata itu benar. Jepun sudah lama bangkit dari debu kemusnahan.
sumber video -blog soscili
#sahih
#yangpastisahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dalam banyak-banyak keris peninggalan Arwah Aki Mat Kilau , saya tertarik dengan keris Sepukal ini yang seakan Sundang. Keris ini asalnya kepunyaan Ayahandanya iaitu Tok Gajah dan diamanahkan kepada Mat Kilau ketika berusia 16 Tahun.
Keris ini adalah 100 peratus Keris Tempa Pahang yang biasanya digunakan untuk menusuk, menikam dan menghunus.
Keris Mat Kilau ini bukan sahaja untuk menikam, tapi boleh digunakan untuk menghiris kerana kedua mata bilahnya tajam.
Agaknya inilah keris digunakan Mat Kilau ketika membunuh 9 orang musuh sekaligus dalam satu pertempuran suatu ketika dahulu.
Wallahu’alam.
Jika diperhatikan, keris ini memiliki titik bulat berwarna putih, dekat belalai gajah dan aring.
Titik bulat itu diperbuat daripada bahan logam Perak yang dipercayai mempunyai kuasa bagi memusnahkan ilmu kebal.
Hulu keris itu pula diperbuat dari Kayu Kemuning Hitam yang mempunyai banyak khasiat, antaranya sebagai penawar racun.
Sewaktu Mat Kilau mengasingkan diri di Siam (Selatan Thailand), keris ini disembunyikan di dalam tempayan selama kira-kira 30 tahun, sebelum digali semula.
Tujuannya adalah bagi merahsiakan identiti sebenar beliau memandangkan ketika itu, keris ibarat pengenalan diri kerana melalui reka bentuk keris sudah dapat mendedahkan identiti, pangkat dan tempat asal usul pemiliknya.
Gambar Arwah Aki Mat Kilau diambil pada Tahun 1969, keris yang tersisip di pinggang Arwah itu adalah keris yang sama di dalam gambar.
Sewaktu Mat Kilau keluar daripada persembunyian dan mendedahkan identitinya pada tahun 1969, keris itu diserahkan kepada menantu yang juga anak muridnya, Arwah Abu Bakar, dan kini dijaga cucunya, Alhamadi Abu Bakar (guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci-Warisan Mat Kilau) yang menetap di Kuantan.
Bissirril Al-Fatihah Arwah Aki Mat Kilau Pahlawan Melayu Pahang.
Gagah perkasa Dato Laksamana Keris sebilah tersisip di pinggang Pahlawan berani bijak laksana Berundur langkah ia berpantang
Sauh dilabuh ke arah hilir Kapal bermalam di Tanjung Tuan Peluh bercucur darah mengalir Kerana bangsa rela terkorban
Terbang helang ke atas angkasa Tiba di awan menyongsong pergi Terbilang negara ternama bangsa Jasa pahlawan dijunjung tinggi.
Sumber – Admin
www.sahih.com.my
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah berangkat melawat negeri Pahang pada hari Sabtu, 7hb Jun 1958. Baginda telah berangkat tiba menaiki keretapi di stesen keretapi Mentakab dan disambut oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.
Baginda telah menghilir Sungai Pahang dari Temerloh dan disambut di pangkalan Pekan oleh KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah. Satu majlis Santapan Diraja telah diadakan di sebelah malam di Istana Kota Beram.
Pada keesokan harinya iaitu pada hari Ahad, 9hb Jun 1958, satu temasya menangkap ikan telah diadakan di Sungai Pahang selama enam jam.
Menurut laporan akhbar @beritaharian di sebalik keseronokan rakyat yang turut serta menangkap ikan pada hari tersebut, suatu peristiwa telah menggemparkan orang ramai ketika itu apabila seekor buaya muncul di Tanjung Langgar, 7 kilometer dari Pekan.
Pada sebelah malamnya, Rombongan DiRaja telah berangkat ke kediaman Menteri Besar, Dato’ Abdullah bin To’ Muda Haji Ibrahim untuk satu majlis santapan.
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berangkat ke Terengganu pula pada hari Isnin, 10hb Jun 1958.
Kredit- House Of Pahang
#sahih
#yangpastisahih
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sambutan Hari Kebangsaan pertama peringkat negeri Pahang telah diadakan pada hari Sabtu, 31 Ogos 1957 bersamaan 5 Safar 1377 H di Padang Utama Kuantan (Padang MPK 2, berhadapan Masjid Negeri sekarang).
KDYTM Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Haji Ahmad Shah Ibni Sultan Abu Bakar telah diamanahkan bagi membuat perisyhtiharan kemerdekaan bagi pihak KDYMM Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah ibni Al-Marhun Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah yang telah berangkat ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur untuk menghadiri upacara rasmi sambutan Hari Kebangsaan yang pertama setelah merdeka daripada pentadbiran British.
Gambar kredit: Dato’ Badli Shah bin Alauddin
#SAHIH
#YANGPASTISAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sambutan Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Allahyarham Sudirman bersama barisan para artis sewaktu acara perarakan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-30 tahun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada tanggal 31 Ogos 1987.
Sumber-fb Sudirman.
#SAHIH
#YANGPASTISAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!