Kalau pasangan bergaduh, yang paling banyak bercakap mesti perempuan. Oh, mungkin ada lelaki yang suka bercakap juga tapi golongan seperti ini teramatlah sikit. Tak kiralah pasangan bercinta atau yang sudah berkahwin, kalau gaduh lelaki mesti banyak diam.
Sebenarnya kenapa lelaki berdiam diri kalau bergaduh dengan pasangan? Malas layan? Lagi suka mendengar dari bercakap? Atau bagi peluang perempuan lepaskan marah? Haa, jom tengok kenapa lelaki suka berdiam diri ketika bergaduh dengan pasangan.
Tak Tahu Punca
Betul ke perempuan selalu betul? Tak pernah salah? Tahu tak salah satu sebab kenapa lelaki mendiamkan diri masa bergaduh adalah mereka tak tahu apa punca sebenar. Kadang-kadang gaduh pasal benda lain, tapi cerita pasal benda lain. Untuk tidak menambah kemarahan pasangan, mereka diam untuk cuba memahami.
Buat Bertambah Marah
Bayangkan si isteri tengah marah, si suami pun sama naik marah. Tak ke haru biru rumah tu nanti. Sebab itulah para suami akan mendiamkan diri masa isteri marah. Tak nak keruhkan lagi keadaan, nanti kalau dah buka mulut takut isteri menangis pula. Lebih baik diam jela, kan?
Pendam Rasa Hati
Lelaki akan pendam dulu perasaan diorang. Diorang takkan marah atau tinggikan suara sehingga sampai satu tahap. Jangan buat sampai tahap lelaki marah, nanti menyesal!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Isu antara Israel dan Palestin mendapat perhatian seluruh dunia termasuk Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan kejadian di negara Islam tersebut.
Kejadian anggota tentera Israel menceroboh dan menindas penduduk kota al-Quds yang sedang menunaikan solat di Masjidil Aqsa menjadi kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Penduduk di perkampungan Syeikh Jarrah di Palestin juga diusir keluar oleh Zionis.
Sumbangan yang disalurkan akan membantu meringankan beban saudara Islam yang kini sedang derita dalam peperangan.
Kepada rakyat Malaysia yang ingin membantu dari segi kewangan dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin, boleh menyalurkan sumbangan anda kepada NGO yang diyakini.
Pindahan atau deposit wang tunai ke akaun bank Global Peace Mission: Bank Islam: 14-023-01-002-922-4 Maybank Islamic: 5642-2161-1602 Affin islamic: 1051-9000-2871 CIMB islamik: 8603-5325-13
Humanitarian Care Malaysia Berhad CIMB Islamic: 8602-13-5592
7) Aman Palestin Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 CIMB: 8600460353
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Tajul, tidak menolak dakwaan abangnya yang juga penyanyi, Khalis terlantar sakit akibat terkena ilmu hitam.
Bagaimanapun, Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari tidak mahu mengiyakan kerana tahu orang ramai pasti memahami selepas melihat keadaan abangnya.
“Orang luar boleh agak sebenarnya apabila melihat gambar Khalis. Kalau nak cakap pun, perkara ini agak sensitif sebab ada yang percaya dan sebaliknya mengenai sihir dan ilmu hitam ini.
“Jadi, saya tidak mahu berkata lebih-lebih. Tetapi, nak atau tak nak, perkara ini kena percaya sebab memang ada. Jika pernah kena mungkin tahulah macam mana keadaannya.
“Jika mahu diikutkan, perkara ini sudah lama sebenarnya terjadi pada abang sejak awal menjadi penyanyi lagi, tetapi sekarang bertambah teruk. Khalis tidak sedar 100 peratus, terbaring, tidak boleh bercakap dan sebagainya,” katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun, Tajul berkata, keadaan abangnya kini beransur pulih dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan Khalis.
“Sekarang ini, abang masih di hospital. Alhamdulillah keadaannya semakin baik, cuma tidak boleh makan dan mengharapkan air masuk ke dalam badannya,” katanya.
Tajul berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan abangnya, Khalis (kiri). - Foto IG Khalis
Katanya, dia dan keluarga berusaha membawa Khalis pergi berubat, namun belum berjaya sembuh sepenuhnya.
“Kami sudah banyak kali berikhtiar, bawa Khalis pergi berubat sana sini, tetapi keadaannya masih berulang. Sudah sembuh, kemudian sakit balik. Kami bawa pergi berubat dengan pengamal perubatan tradisional yang kuat pun, penyakitnya datang semula.
“Ada sekali saya bawa pergi jumpa orang Jawa untuk merawat. Selepas dirawat, Khalis boleh berdiri dan terus bercakap daripada terbaring. Dia boleh minta air dan makan. Kemudiannya selang dua hingga tiga hari, kena balik.
“Itu yang sakit hati, kami pun tidak tahu kenapa ada manusia sanggup buat sebegini pada orang lain dalam dunia ini,” katanya.
Awal bulan lalu, tular foto Khalis atau nama sebenarnya, Muhammad Khalis Md Shari kelihatan pucat, berwajah cengkung dan badan kurus kering didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital dalam media sosial.
Penyanyi lagu Semakin Rindu itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas ditemui dalam keadaan separuh sedar di kediamannya.
Sejak itu, wujudnya dakwaan mengatakan Khalis yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin itu sebenarnya mengalami sakit teruk akibat sihir atau ilmu hitam, lapor BH ONLINE
Khalis mempunyai seorang isteri dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh cahaya mata berusia daripada 9 hingga 20 tahun. Tiga daripada mereka adalah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara yang dipelihara sejak kecil.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Disahkan positif COVID-19, hantaran dimuat naik Nabila Huda di Instagram (IG) Story, pagi tadi, bagai meluahkan protes dan rasa kecewa terhadap sikap insan dikenali yang didakwa mengambil mudah soal penularan wabak berkenaan.
Nabila yang mesra disapa Abil mengaku ralat dengan apa yang didakwanya sikap sambil lewa insan yang dikenali sehingga dia terpalit dan dijangkiti COVID-19.
Reaksi atas hantaran dikongsi Nabila, pasangan suami isteri, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia memuat naik ucapan di IG Story mendoakan agar Nabila pulih seperti sedia kala.
Perkongsian itu lantas diungkap semula Nabila yang juga ibu kepada Keisha Laila itu di IG Story yang berbunyi:
“Saya ini jenis duduk rumah kalau tiada keperluan di luar. Jadi, kalau tiada sebab hendak keluar, duduklah diam-diam di rumah. Disebabkan degil, orang lain yang tidak bersalah jadi mangsa.
“Kesakitan yang datang berpunca daripada kepentingan dan kecuaian orang lain… Ini sudah jadi konsep teraniaya.
“Benar apabila diuji dengan apa saja ujian dan kesakitan, kita kena reda dengan qada dan qadar.
“Tapi ini bukan konsep sebegitu, ini penyakit yang dicari atas kedegilan diri sendiri. Kerana nafsu dan keseronokan, habis semua yang tak ada kena mengena terpalit sama.
“Jangan berlagak jadi mangsa di atas situasi yang kamu wujudkan sendiri,” katanya.
Nabila yang ketika ini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, bersyukur suami dan anaknya disahkan negatif, lapor BH ONLINE
“Walaupun esok sudah hendak raya dalam suasana yang tidak beriya-iya, kesakitan tidak terjangka ini membuatkan saya sedih.
“Hendak sambut hari lahir Keisha yang ke-11 baru-baru ini pun terpaksa berjauhan.
“Saya dalam proses sembuh… Harap keputusan ujian calitan nanti jadi negatif,” katanya.
“
“
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seramai 450 orang guru Takmir, 15 penyelia Takmir dan 40 penyelia Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri Pahang menerima sumbangan Bantuan Prihatin Pahang secara ‘one-off’ sebanyak RM500 seorang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang lepas telah meluluskan bantuan prihatin itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
“Di majlis ini juga, kerajaan negeri menyerahkan kenderaan jenis Proton X70 dan Proton Exora bagi kegunaan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri bagi melancarkan perjalanan pentadbiran badan ini.
“Kerajaan negeri berterima kasih kepada semua guru agama dan takmir telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik bagi meningkatkan syiar Islam di negeri ini,” katanya di majlis itu di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Katanya, diharapkan bantuan yang diserahkan ini dapat digunakan sebaiknya dan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mereka menjelang sambutan Aidil Fitri.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Sejak semalam hangat diperkatakan netizen mengenai selebriti popular Neelofa dakwaan merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan.
Perkara itu turut mendapat perhatian pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang menasihati usahawan itu supaya memperlahankan memuat naik aktiviti di media sosial.
GAMBAR HIASAN
Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai BudakIjat meminta Neelofa berbuat demikian memandangkan dia dan suaminya, Harris Ismail kini menjadi perhatian ramai.
“Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.
“Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.
“Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai,” katanya.
Shahrulezad berkata dia merasakan usahawan terkenal itu mempunyai sikap laparkan perhatian apabila sering kali mencetuskan kontroversi.
“Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?
“Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?
“Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau. Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Dalam pada itu, Shahrulezad berkata sudah tiba masanya dia memberi teguran dan nasihat kerana dengan imej Neelofa yang kini berniqab sepatutnya disayangi ramai dan bukan semakin dibenci, lapor RotiKaya.
Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: “Saya sentiasa terbuka dengan kehadiran artis baru dalam industri hiburan dengan mengikut cara yang betul. Saya pun dah lama dalam bidang ini dan bukan nak cari gaduh. Buat apa saya nak menidakkan rezeki mereka.”
Demikian kata penyanyi, Datuk Awie ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya baru-baru ini mengenai artis YouTube yang didakwa sebagai ‘artis perompak’ kerana mereka tidak melalui proses yang betul untuk menjadi penyanyi sebenar.
Awie ketika ditemui di majlis Wings Raikan Cinta Ramadan di sebuah hotel di sini malam tadi, berkata, dia cuma meminta persatuan muzik menyelaraskan satu penilaian bagi menilai bakat-bakat baru ini sebelum mereka tampil sebagai artis.
“Contohnya, untuk jadi penyanyi perlu ada lagu sendiri dan album penuh,” katanya kepada Harian Metro.
Katanya, apabila mempunyai lagu sendiri, itu menjadi penanda aras untuk melabelkannya sebagai penyanyi.
“Bila ada lagu sendiri, mereka boleh buat persembahan dengan menyanyikan lagu mereka sendiri. Takkan setiap kali menyanyi nak menyampaikan lagu orang lain. Bila menyanyi lagu sendiri, dari situ kita boleh nampak potensi mereka dan menilai kemampuan mereka untuk menjadi penyanyi,” katanya, lapor mstar
Malam tadi, Wings muncul mempersembahkan lebih 10 lagu popular mereka di acara tahunan yang dianjurkan pada bulan Ramadan setiap tahun.
“Tahun lalu, kami tak anjurkan majlis ini. Jadi, tahun ini kami kembali dan sambutannya masih sangat menggalakkan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN : Masalah perubahan fizikal sejak awal kelahiran Mohd Aqil Aqmar Nordin yang menderita penyakit juvenile hyline fibromatosis yang disahkan oleh doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) mula mendapat perhatian beberapa pihak.
Kanak-kanak itu, berusia 4 tahun yang tinggal di FELDA Ulu Jempul bersama keluarganya yang menumpang di rumah datuknya seorang peneroka FELDA dan bapanya seorang buruh binaan dengan pendapatan RM1,000 sebulan bakal menerima bantuan.
Hasil siasatan awal, kanak-kanak itu bakal menerima Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar dan Kronik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin memaklumkan, JKM akan meluluskan bantuan pesakit kronik atas nama penjaga sebanyak RM500 sebulan.
Katanya, beliau dimaklumkan pada awal kelahiran anak ketiga dari tiga beradik itu sempurna, tetapi kerap kali menangis dan menyangka merupakan tabiat bayi ketika lapar, buang air dan tidak selesa.
“Saya diberitahu, pada usia tiga bulan keadaan fizikal tangan, kaki termasuk kedua jari anggota berkenaan mulai membengkok dan tidak mampu menggenggam dan memasukkan jari ke mulut kebiasaan tabiat seorang bayi dan perubahan fizikal akibat penyakit ini berlarutan sehingga usia enam bulan apabila tulang belakang membengkok.
“Kini kanak-kanak ini mampu meluruskan tangan, siku dan kakinya, malah berlaku ketumbuhan pada bahagian gusi dan mulutnya,” katanya ketika dihubungi, semalan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang berkata, memohon jabatan berkaitan melakukan lawatan untuk memberi bantuan yang sewajarnya.
Bapanya, Nordin Jasni berkata,sumbangan JKM itu meringankan perbelanjaan dia untuk membawa anaknya untuk mendapat rawatan susulan ke HKL.
Bapanya, Nordin memangku anaknya
Katanya, dia berterima kasih kepada ADUN Kuala Sentul, JKM dan orang ramai kerana membantu dan mendoakan kesejahteraan anaknya dan kegembiraan tiba tepat pada awaktu menjelang sambutan hari raya tidak lama lagi.
“Katanya, anaknya hanya berbaring secara mengiring sepanjang masa kerana tulang belakangnya membengkok dan hanya minum susu menggunakan tiub yang dipasang ke perutnya selepas menerima rawatan di HKL.
“Anak saya sudah dua kali membuat pembedahan pembedahan di HKL, iaitu menebuk leher untuk saluran pernafasan dan perut (saluran makan) pada 19 September tahun lalu dan membuang ketumbuhan di mulut dan gusi pada 14 April baru-baru,”katanya.
Katanya, dia telah menerima pelawaan pihak polis untuk membawa anaknya menaiki kereta peronda polis, hanya masa belum ditetapkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
‘Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.
‘Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan’.
Siti juga menerangkan Afwa melengkapkan Afiyah yang terdapat dalam doa beliau dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Perkahwinan Siti bersama suami sejak 2006, dilengkapi dengan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun dan kelahiran putera yang baru dilahirkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TENGKU PUTERI DAULATH RAJA TENGKU FATIMATUZ ZAHRA’ KELIHATAN MUDAH MESRA
Selamat menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-19 kepada puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 19 April yang lalu.
Gambar puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah telah dimuatnaik melalui akaun Instagram terengganu_royalfamily pada tarikh ulang tahun beliau.
Pasangan Diraja Terengganu ini juga mempunyai empat oranag anakanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21, dan terakhir Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’, 19.
Tinjauan ruang komen netizen tidak lepaskan peluang untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada Tengku Fatimatuz Zahra’.
Ramai yang bersetuju Tengku Fatimatuz Zahra’ memiliki wajah kemelayuan ayu dan lemah-lembut.
Tambah pula dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir Tengku Fatimatuz Zahra’ menggambarkan peribadi seorang puteri yang baik hati dan sopan-santun.
Mungkin belum terlambat kami ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-19 Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!