Kuala Lumpur – Gagal ke pusingan separuh akhir Piala Asia 2022 selepas Skuad Hoki Projek Khas Wanita Kebangsaan dibelasah oleh pihak lawan iaitu Jepun diaksi terakhir Kumpulan A di Muscat, Oman malam tadi.
Perlawanan berlangsung di Kompleks Sultan Qaboos menyaksikan Jepun menjaringkan enam gol padang dan dua gol jaringan penalti kapten Yuri Nagai pada minit keempat.
Manakala Kaho Tanaka membolosi dua gol padang pada minit ke-16 dan ke-28 sebelum Shihori Oikawa menjaringkan gol pada minit ke-20 di sudut penalti.
Sebelum aksi separuh masa pertama berakhir, Mai Toriyama sempat menyumbat gol kelima.
Tidak memberi peluang kepada pasukan negara, gol keenam bolos pada minit ke-39 oleh Koho Tanaka sekali gus melengkapkan jaringan hatriknya.
Jepun masih bertenaga setelah gol disumbat sekali lagi pada minit ke-48 oleh Kana Urata dan penutup oleh Sakurako Omoto yang menjaringkan gol terakhir pada minit ke-57.
Bagaimanapun, laporan daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) skuad negara, Nuramirah Shakirah Zulkifli dipilih menjadi pemain terbaik.
Menurut Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas KHM, Paul Revington menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi skuad negara pada suku kedua dari aspek pertahanan.
‘Walaupun banyak gol dibolos semasa perlawanan dengan India dan Jepun, saya tetap berasa bangga dan bersemangat pada pasukan negara kerana bermain secara positif menentang dua pasukan hoki Olimpik yang hebat,’ katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh meninggal dunia
Foto atas: Saat akhir sebelum mendiang meninggal dunia selepas terjatuh daripada basikal akibat serangan jantung
Kuala Lumpur: Berita pemergian bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh nyata mengejutkan rakan seperjuangan dan peminat bola sepak tempatan yang dikongsi melalui laman Facebook masing-masing.
Bekas penyerang negara, Khalid Jamlus katanya, ketika dia masih aktif beraksi sebagai pemain profesional, Shebby mengingatkan kepadanya supaya sentiasa berusaha untuk menjadi penyerang berwibawa.
Mendiang terbaring di jalan raya, Legenda bola sepak negara dan penyiar sukan, Serbegeth Singh meninggal dunia, jatuh terkena serangan jantung ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri di Johor, kira-kira jam 7.30 malam, semalam.- Foto media sosial.
Malah, bekas pertahanan skuad negara yang memenangi pingat emas Sukan Sea di Kuala Lumpur pada 1989 itu turut menasihatkan agar Khalid sentiasa merendah diri agar disenangi semua pihak.
“Kata-kata beliau yang masih tersemat di dalam diri aku sehingga kini. Lid (Khalid) nak menjadi pemain hebat ko perlu usaha, peduli kan apa orang kata. Sebab perjalanan hidup ko baru bermula. Jangan lupa asal usul ko jangan besar kepala. …Sentiasa ‘humble’. Takziah pada keluarga beliau,” tulis Khalid.
Legenda bola sepak negara dan penyiar sukan, Serbegeth Singh meninggal dunia, jatuh terkena serangan jantung ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri di Johor, kira-kira jam 7.30 malam., semalam.
Jurulatih berpengalaman dan rakan mendiang, Azraai Khor Abdullah mengesahkan berita sedih kematian mendiang pada usia 61 tahun.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.
Beliau berkata, polis sedang mendapatkan laporan penuh berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor mencatat sejarah menjadi pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team di Sepanyol pada Mac ini.
‘Seorang pelumba sahaja akan ke skuad elit sekiranya mencapai prestasi yang ditetapkan sepanjang tujuh bulan,’ kata Alia.
Menurut laporan BERNAMA, pelumba berusia 21 tahun itu mengakui tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan tersebut merupakan peluang keemasan baginya untuk mencapai prestasi seterusnya dan memasang impian untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 akan datang.
Beliau akan pulang ke Malaysia pada April atau Mei dan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada bulan Jun.
Alia berkata beliau akan berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang lebih membanggakan pada SUKMA kali ini selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada edisi 2018 di Perak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Misi mesti menang Harimau Malaya di Piala AFF tidak menjadi
Malaysia masuk padang dengan misi mesti menang dalam Piala Suzuki AFF 2020/2021 dengan menunjukkan taring pada minit ke-13 selepas tendangan lencong jarak jauh Kogileswaran Raj menerjah gawang Indonesia menewaskan penjaga gol Nadeo Argawinata.
Tetapi Indonesia terus mengucar-kacirkan barisan pertahanan Malaysia apabila Irfan Jaya menjaringkan dua gol dari jarak dekat sebelum separuh masa pertama untuk memberikan pendahuluan kepada pasukannya.
Pratama Arhan pula menjaringkan gol dari luar kawasan selepas lima minit permainan separuh masa kedua dijalankan untuk meningkatkan kelebihan jaringan Indonesia.
Ketika berbaki lapan minit, Elkan Baggot menjaringkan gol keempat untuk mengesahkan tempat teratas di hadapan Vietnam menerusi gol yang dijaringkan.
Indonesia, yang tidak pernah memenangi pertandingan dwitahunan itu sejak diwujudkan pada 1996, bertemu Singapura pada pusingan pertama separuh akhir pada Rabu, dengan pertemuan kembali tiga hari kemudian.
Thailand, pemenang pertandingan dengan rekod lima kali, berdepan Vietnam pada Khamis. Perlawanan timbal-balik kedua akan diadakan pada 26 Dis.
Perlawanan dalam Piala Suzuki dimainkan dalam format berpusat di Singapura. Kejohanan itu pada asalnya dijadualkan berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan kerana wabak coronavirus.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Harimau Malaya bakal melupakan pusingan separuh akhir Piala Suzuki 2020/2021
Keputusan seri antara Vietnam dan Indonesia perlawanan Piala Suzuki 2020/2021 bakal meranapkan impian pasukan Harimau Malaya untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Harimau Malaya bakal berdepan dengan Indonesia pada 19 Disember ini dengan misi mesti menang. Jika berlaku keputusan seri antara Malaysia dengan Indonesia di perlawanan itu, pasukan Harimau Malaya boleh melupakan perlawanan ke peringkat seterusnya.
Manakala Vietnam yang bertemu dengan Kemboja dijangka tidak memberi masalah kepada pasukan Naga Merah itu yang bakal mengungguli carta kumpulan B.
Ketika ini, Indonesia memiliki 7 mata dan menduduki tempat teratas kumpulan B bersama Vietnam yang hanya perbezaan jaringan gol.
Sebelum pertembungan Vietnam-Indonesia, perlawanan antara Kemboja dan Laos, dimenangi pasukan Kemboja dengan jaringan 3-0.
Kumpulan A, kejohanan sama, Singapura dan Thailand sudah menentukan tiket pasukan masing-masing ke separuh akhir. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang pemain penyerang Kelab Liverpool berasal dari Senegal mahu mengutamakan rakyat negaranya sebelum tidur tidak dalam keadaan kelaparan, mempunyai perkhidmatan hospital yang bagus dan mendapat pendidikan.
Pemain penyerang itu, Sadio Mane, 29 tahun, yang memakai jersi nombor 10 berkata, beliau pada ketika ini tidak memikirkan untuk memiliki kereta mewah atau peranti yang mahal.
Hantaran Sadio Mane melalui Facebook
“Saya tidak akan berhenti selagi masyarakat saya tidak mendapat kemudahan yang diperlukan. Saya juga berbangga dan tidak menafikan pemain hebat lain mampu membeli kereta mewah dan apartment dengan wang mereka.
“Mereka layak menerimanya dengan hasil titik peluh mereka dan membelanjakan wang mereka dengan cara mereka,” katanya melalui hantaran dalam Facebooknya.
Katanya, pada ketika ini, beliau mempunyai perancangan lain untuk membelanjakan wangnya demi masyarakatnya.
“Di masa hadapan saya juga mampu membeli barangan mewah, tetapi ketika ini saya mahukan masyarakat saya memiliki keadaan yang selesa di kampung halaman saya,” katanya.-SAHIH.
SUMBER: Terjemahan daripada Facebook
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ZIYAD TERBUKTI LEWAT BERADA DI BILIK MENUNGGU, TERLEPAS PINGAT EMAS, REKOD DUNIA
PETALING JAYA: Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terbukti lewat tiba di bilik menunggu sehingga penyertaannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan, sekaligus negara kehilangan emas, beserta rekod dunia dilakukannya.
Rumusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman dalam laporan yang diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu.
Ahmad Faizal dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, jawatankuasa siasatan dipengerusikan Borhan Dolah itu mendapati jurulatih dan atlet berkenaan tidak dapat membuktikan mereka tiba pada waktu ditetapkan untuk pendaftaran di bilik menunggu biarpun kedua-duanya menganggap mereka tiba tepat pada waktunya.
“Walaupun terpaksa menerima keputusan yang dibuat oleh Olahraga Para Dunia (WPA) bagi isu Ziyad, pihak persatuan Olahraga Para Malaysia dan Majlis Sukan Negara akan tetap mengemukakan pandangan Malaysia ekoran kekeliruan peraturan teknikal Para Olahraga khususnya mengenai peraturan ‘Did Not Start’ (DNS) yang dikenakan kepada atlet para olahraga.
“Seperti kita sedia maklum, pegawai teknikal menegaskan Ziyad dan dua atlet lain, iaitu dari Australia dan Ecuador melewati tempoh masa melaporkan diri tetapi masih dibenarkan beraksi,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Ahmad Faizal berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius isu berkenaan dan mahu semua pihak harus lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.
“KBS juga akan memastikan tindakan susulan yang wajar diambil oleh atlet, jurulatih dan juga pegawai khususnya bagi tujuan kesedaran, pengajaran, penambahbaikan dan rujukan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.
“Meskipun sedemikian, lontaran yang dibuat oleh Ziyad di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan dihargai,” katanya.
Selain Borhan yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jawatankuasa Siasatan Dalaman itu turut dianggotai dua lagi panel, iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Salim Parlan dan ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil.
Antara individu yang dipanggil membantu siasatan oleh jawatankuasa berkenaan adalah Ziyad, jurulatihnya, Mohd Faizol Harun dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang juga ketua kontinjen negara ke Paralimpik Tokyo, Megat D Shahriman Zaharudin.
Ziyad terlepas emas dan rekod dunia yang dicapainya di Tokyo pada 31 Ogos lalu dengan catatan 17.94 meter (m) selepas penyertaannya diklasifikasikan sebagai DNS (tidak bermula) susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Bagaimanapun, Ziyad dan Faizol sebaik tiba di tanah air ketika menceritakan semula detik hitam yang berlaku di Stadium Olimpik Tokyo itu menegaskan bahawa mereka mereka tiba di bilik menunggu tepat pada masanya, iaitu jam 5.55 petang seperti yang ditetapkan dalam peraturan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Skuad Harimau Muda bawah 23 tahun (U23) yang diletakkan dalam Kumpulan J bersama Thailand, Laos dan Mongolia terus membawa cabaran Malaysia ke pusingan akhir yang bakal diadakan di Uzbekistan tahun hadapan.
Perlawanan terakhir menentang Thailand berakhir dengan keputusan seri 0-0 sama, pagi tadi meletakkan skuad muda itu memimpin kumpulan J.
Pusingan Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Kumpulan J yang berlangsung pada 25 hingga 31 Oktober 2021 di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia berakhir hari ini.-SAHIH.
Sumber : FAM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KBS Tidak Pernah Lindungi Salah Laku Babitkan Pengurusan Atlit
KUANTAN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah melindungi salah laku mana-mana pihak, terutamanya membabitkan pengurusan atlit negara.
Malahan, pihak Kementerian juga mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak jurulatih yang terbabit dengan salah laku sebaik sahaja laporan polis dibuat terhadap mereka.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker ketika ditanya mengenai pendedahan atlit terjun negara, Datuk Pandalela Rinong mengenai salah laku bekas jurulatih sukan berkenaan.
“Kita (KBS) memang tidak pernah melindungi atau cuba melindungi sebarang salah laku yang didakwa sekiranya ia membabitkan keselamatan dan maruah atlit negara.
“Mengenai dakwaan Datuk Pandalela Rinong, KBS melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sudah mengambil tindakan sebaik sahaja menerima laporan rasmi dengan tidak menyambung kontrak mereka sebaik sahaja tamat,” katanya.
Semalam, atlit terjun kelahiran Sarawak itu mendedahkan pernah mempunyai pengalaman dengan jurulatihnya yang gemar membuat lawak lucah.
“Dulu saya ada seorang ‘coach’ ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol,” luahnya menerusi ciapan di laman sosial Twitter.
Menerusi ‘tandapagar’ #rapejokeisnotfunny, beliau menyambung perkongsiannya itu selang beberapa minit menerusi ciapan balas: “Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab ‘backup’ besar dia adalah ‘head coach’ kami sendiri.”
Bagaimanapun, beliau dengan segera menulis ciapan balas menyatakan beliau dan rakan-rakannya bernasib baik kerana dilindungi oleh persatuan sukan mereka.
Situasi ini telah berakhir, katanya.
Sementara itu, Lian Ker memaklumkan, KBS sudah menubuhkan jawatankuasa khas mengenai salah laku pada tahun lalu bagi memberi ruang kepada semua atlit menyalurkan maklumat mengenai salah laku atau apa sahaja yang membabitkan masalah sepanjang menjalani latihan.
“Kita tidak pernah berkompromi dengan mana-mana salah laku dan KBS memandang serius jika ada laporan dibuat.
“Setakat ini tidak ada isu lain timbul dan jika ada, kita galakkan mereka menyalurkan maklumat dan kita memberi jaminan akan melindungi pemberi maklumat,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Parti Gerakan menyelar tindakan warganet yang menyentuh sensitiviti perkauman terhadap atlet sukan negara.
Ketua Biro Perpaduan Nasional Gerakan, Puvaniten Helan Govan berkata, platform sukan adalah antara satu-satunya aktiviti yang selalu menyatupadukan seluruh rakyat apabila atlet-atlet sukan negara berganding di arena pertandingan sukan antarabangsa.
Katanya, semangat kekitaan amat jelas dalam kalangan rakyat Malaysia apatah lagi rakyat kini berada di bawah naungan Keluarga Malaysia, hari ini.
“Tindakan berbaur rasis terhadap atlet negara ini harus dikecam dan perlu dicabut dari peringkat akar umbi lagi agar menjadi pengajaran kepada netizen-netizen lain sebelum membuat sebarang tohmahan terhadap atlet negara yang berjuang untuk Malaysia di area antarabangsa.
“Kita harus menghapuskan unsur perkauman dalam sukan dan terus menyokong semua inisiatif yang mendukung pembangunan bangsa yang progresif dan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian selepas insiden tular di media sosial seorang pemilik akaun yang memuat naik status bergambar dengan kata-kata berunsur perkauman terhadap pemain badminton perseorangan wanita, S. Kisona.
Ia susulan kekalahan Kisona di tangan pemain Jepun, Akane Yamaguchi 7-21, 5-21 dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.
Menurut Puvaniten, tindakan memohon maaf setiap kali selepas berlaku insiden isu perkauman tidak akan banyak membuat perubahan kerana ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Beliau berkata, ramai lagi yang akan menjadi ikutan terus memprovokasi dan meminta maaf selepas masalah tersebut menjadi besar.
“Ini bukan cara terbaik untuk kita menyelesaikan masalah bagi pihak pihak yang cuba memecah belahkan perpaduan rakyat.
“Kerajaan patut mengambil tindakan tegas terhadap individu seperti ini untuk dijadikan satu pengajaran dan memastikan mereka tidak mengulanginya perbuatan terkutuk ini,” katanya.
Tambah beliau, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) sudah pun mengariskan 3R yang menyentuh isu Royalty, Race dan Religion di mana tindakan tegas harus diambil terhadap pihak yang memberikan komen berbaur kaum.
Maka katanya, organisasi pekerjaan dan parti politik yang sedang disandang oleh individu berkenaan harus mengantungkan keahlian parti individu berkenaan.
“Sebelum ini kita sudah pun menyaksikan beberapa GLC dan syarikat juga mengambil tindakan terhadap para pekerjanya yang menghina agama dan bangsa lain di laman media sosial.
“Tindakan seumpama itu harus dikenakan terhadap individu-individu yang menghina atlet-atlet sukan negara,” katanya.
Mengulas lanjut, Puvaniten berkata, sebelum kes Kisona, pada Julai lalu Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Lee Chong Wei turut berhadapan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan secara dalam talian terhadap pemain badminton negara.
Katanya, sebagai pemenang pingat perak Olimpik badminton perseorangan lelaki turut kecewa dengan jumlah komen dalam talian yang memberikan komen negatif terhadap pemain badminton, selepas kekalahan dalam perlawanan mereka di Tokyo.
“Jadi kita harus membela nasib atlet-atlet sukan negara agar tidak terus dibuli akibat kegagalan di sesetengah permainan yang mungkin keputusan tidak dapat dijangka,lapor utusan online
“Berapa lagi atlet-atlet negara bakal berhadapan menjadi bahan kecaman media sosial sekiranya kita tidak mengawal situasi ini mulai sekarang,” katanya.
Puvaniten juga menegaskan semua pihak semuanya adalah Keluarga Malaysia dan peristiwa ini wajar menjadi pedoman kepada kita semua.
“Hormati juga perjuangan bangsa lain dalam membantu membangunkan negara. Kalau kita hayati, saya yakin kehidupan kita akan lebih baik lagi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!