AMSTERDAM: Frank de Boer membuat keputusan meletakkan jawatan selaku jurulatih Belanda susulan kekalahan mereka di peringkat 16 terakhir Euro 2020, semalam.
Pengendali itu, yang mengikat kontrak dua tahun selepas menggantikan Ronald Koeman yang terdahulu membimbing skuad Oranje pada September lalu, tidak berhasrat untuk mengendali Belanda pada Piala Dunia 2022 di Qatar.
Belanda tersingkir di peringkat awal kalah mati kepada Republik Czech dalam kejohanan Eropah itu, dengan De Boer mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan tersebut, lapor Agensi
“Sebagai penilaian, saya memutuskan untuk tidak terus menjadi jurulatih kepada skuad kebangsaan. Sangat jelas, kami gagal mencapai objektif.
“Sejak saya ditawarkan untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan pada tahun lalu, saya sifatkan ia sebagai satu penghargaan dan cabaran, namun saya sedar tekanan yang bakal saya hadapi.
“Tekanan itu saya telah mula rasai dan situasi ini tidak sihat untuk saya. Begitu juga untuk skuad kebangsaan menjelang perlawanan penting menuju ke kelayakan Piala Dunia.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua, sudah tentu penyokong dan pemain. Pujian saya juga kepada pihak pengurusan yang telah mewujudkan suasana terbaik di sini,” kata De Boer dalam satu kenyataan hari ini.-
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Nama Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari tiba-tiba kembali menjadi sebutan hari ini apabila badan bola sepak Eropah, UEFA mengeluarkan senarai penjaring terbanyak dunia dengan legenda negara itu menghuni tangga kedua.
Selepas penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman yang dipegang legenda Iran, Ali Daei dengan mengumpul gol ke-109 dalam Euro 2020, UEFA menyenaraikan 11 penjaring terbanyak dunia di laman web rasmi mereka.
Ramai yang terkejut nama Mokhtar atau lebih dikenali dengan gelaran Super Mokh berada di tempat kedua menerusi 89 gol.
Itu bermakna, penyerang legenda itu berjaya mengatasi dua superstar dunia iaitu Ferenc Puskas (Hungary) dan Pele (Brazil) dengan masing-masing hanya meledak 84 dan 77 gol dalam perlawanan antarabangsa.
Catatan itu juga menyaksikan gol Mokhtar lebih banyak berbanding Lionel Messi (bersama skuad kebangsaan).
Bintang Argentina itu meledak 70 gol buat negara nya, lapor UEFA.
GAMBAR HIASAN
Senarai yang dikeluarkan UEFA dalam laman web rasminya, www.uefa.com mengejutkan dan dalam masa sama mengujakan peminat bola sepak tanah air kerana ramai yang tidak mengetahui jumlah sebenar gol yang telah disempurnakan Mokhtar sepanjang zaman kegemilangannya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LAUSANNE, Switzerland: Badan bola sepak Eropah, UEFA hari ini mengesahkan, mereka telah menghapuskan peraturan gol di tempat lawan dari saingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa bermula musim 2021-2022.
Peraturan gol tempat digunapakai sejak lebih setengah abad lalu untuk menentukan pemenang dalam dua perlawanan timbal balik jika keputusan terikat di peringkat kalah mati.
Presiden UEFA, Aleksander Ceferin bagaimanapun berkata, peraturan itu bertentangan dengan tujuan asalnya dan menghalang pasukan bermain secara menyerang.
Peraturan itu pada awalnya diperkenalkan untuk mendorong pasukan pelawat lebih banyak menyerang di tempat lawan, namun ramai yang merasakan ia telah menyebabkan tuan rumah bermain dengan lebih berhati-hati, lapor Agensi.
GAMBAR HIASAN
“Peraturan gol tempat lawan menjadi bahagian penting dalam pertandingan UEFA sejak diperkenalkan pada 1965.
“Bagaimanapun, persoalan untuk menghapuskannya telah diperdebat dalam mesyuarat UEFA sejak beberapa tahun terakhir.
“Kesan peraturan sekarang bertentangan dengan tujuan asalnya. Sebenarnya, ia telah membuatkan pasukan tuan rumah, terutama di peringkat pertama kurang menyerang kerana takut melepaskan gol yang akan memberi kelebihan penting kepada lawan mereka,” kata Ceferin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Harimau Malaya membuat dua pertukaran pemain dalam kesebelasan utama dengan mengekalkan sembilan pemain daripada skuad yang tewas 4-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) berdepan Vietnam pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebentar nanti.
Guilherme de Paula terus diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan manakala Dion Cools dan membentuk gandingan di pertahanan tengah bersama ketua pasukan, Aidil Zafuan Abd. Razak.
Pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi diletakkan di bangku simpanan bersama Nor Azam Azih, digantikan dengan Syafiq Ahmad dan Brendan Gan.
Corbin-Ong dan Matthew Davies masing-masing mengisi bek kiri serta kanan, manakala Farizal Marlias diberi tanggungjawab menggalas tugas penjaga gol.
Melengkapkan pasukan Safawi Rasid (sayap kanan), Syamer Kutty (tengah bertahan) dan Mohamadou Sumareh (sayap kiri).
Anak-anak buah Tan Cheng Hoe turun dengan misi memburu kemenangan untuk mencerahkan peluang melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan pusingan akhir Piala Asia, lapor Utusan Online.
Vietnam pula turun tanpa dua tonggak tengah, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Tuan Anh namun situasi itu tidak memberi kerisauan buat pengendali skuad Naga Emas, Park Hang-Seo .
Selamat berjuang Harimau Malaya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GANDINGAN TENGAH SKUAD HARIMAU MALAYA PILIHAN TUNKU ISMAIL
JOHOR BAHRU – Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamakan gandingan terbaik bagi mengemudi bahagian tengah skuad Harimau Malaya menjelang baki dua perlawanan aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam dan Thailand.
Tunku Mahkota Johor memilih Brendan Gan untuk bergandingan dengan Liridon Krasniqi dan Nazmi Faiz di bahagian tengah yang dilihat sebagai gandingan seimbang bagi membantu pasukan memburu kemenangan dalam dua baki perlawanan pada 12 dan 16 Julai ini.
“Kalau hendak diikutkan, Natxo Insa adalah pilihan terbaik di posisi itu kerana kehadirannya mampu memberi kebebasan buat Liridon dan Nazmi membantu jentera serangan dengan mengucar-kacirkan kubu lawan.
“Memandangkan Natxo tidak terpilih kerana bergelut dengan kecederaan, maka Brendan adalah pemain sesuai untuk menggalas tugas itu. Biarpun ada yang mengatakan prestasinya terumbang-ambing pada aksi liga, saya percaya Brendan mampu memikul tanggungjawab itu dengan sebaiknya,” katanya dalam temubual secara langsung di Instagram malam kelmarin.
Dalam pada itu, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut mengingatkan pengkritik serta peminat bola sepak tanah air agar tidak terbawa-bawa dengan kekalahan 0-4 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hingga beberapa pemain JDT seperti Safawi Rasid, Guilherme De Paula dan Liridon menjadi mangsa kecaman akibat tidak beraksi di tahap sebenar.
Jelas Tunku Mahkota Johor (TMJ), penyokong perlu realistik dan tahu mengukur kemampuan skuad Harimau Malaya yang masih terlalu awal untuk bersaing dengan pasukan negara Asia Barat.
Menurut Tunku Ismail, pemain itu hanya melalui satu perlawanan yang buruk dan itu tidak seharusnya menjadi ukuran kemampuan serta menidakkan potensi serta kebolehan mereka bakal berikan pada pertemuan akan datang.
“Saya tidak suka menilai pemain berdasarkan satu perlawanan, jangan kerana mereka tidak bermain baik sudah dianggap ‘failure’ (kegagalan). Tengok sahaja rekod dia (De Paula) bersama Perak dan Selangor di mana dia menjaringkan banyak gol penting.
“Takkan pasal tandukan meliar di dalam kotak lawan terus mahu kutuk dia, mungkin itu bukan hari dia. Bagi saya, beri dia peluang kedua untuk bangkit bagi membuktikan kemampuan diri,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tunku Ismail turut merasa hairan dengan taktikal pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang meletakkan Safawi di bahagian sayap kiri pada perlawanan menentang UAE Jumaat lalu, lapor Utusan Online.
“Saya pun tidak faham apa yang difikirkan ketua jurulatih. Kami sendiri (JDT) tidak pernah meletakkan dia di posisi itu kerana dia lebih menjadi di sayap kanan kerana sentuhan kaki kirinya adalah senjata berbisa Safawi,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PESERTA OLIMPIK TOKYO 2020 TANGGUNG RISIKO SENDIRI COVID-19
TOKYO: Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menuntut semua peserta Olimpik Tokyo menandatangani hitam putih yang melepaskan badan induk itu daripada sebarang tanggungjawab sekiranya mereka dijangkiti COVID-19, atau meninggal dunia akibat virus itu ketika di temasya berkenaan.
Tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan memalukan selepas borang diedarkan kepada atlet dan pegawai yang bakal menyertai temasya itu tular.
Setiap peserta diwajibkan menandatangani borang penyertaan untuk temasya yang akan bermula 23 Julai ini.
Seksyen 4 dokumen itu bertulis: “Saya bersetuju yang saya menyertai Temasya di atas risiko dan tanggungjawab sendiri, termasuk sebarang impak ke atas penyertaan saya di Temasya, kecederaan serius atau kematian disebabkan pendedahan terhadap ancaman kesihatan seperti jangkitan COVID-19.”
Di akhir seksyen berkenaan turut menyatakan yang setiap peserta tidak akan meletakkan tanggungjawab ke atas IOC dan penganjur sekiranya berlaku kehilangan, kecederaan, jangkitan penyakit atau kerosakan.
Walaupun ia perkara biasa bagi atlet untuk menandatangani borang sebegitu, IOC sebelum ini tidak pernah menimbulkan soal risiko kematian dia temasya berkenaan, atau melepaskan diri daripada bertanggungjawab dengan cara begini.
Persatuan Pemain-Pemain Dunia – badan dunia yang mewakili ahli-ahli sukan berkata: “IOC dan mereka yang bertanggungjawab bagi Temasya mempunyai tugas asas untuk menjaga kesihatan orang awam dan atlet daripada sebaran ancaman.”
Dijangka 80 peratus daripada peserta akan menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum temasya bermula, lapor Agensi.
Penganjur juga akan menyediakan insurans kesihatan untuk peserta ketika temasya, tetapi bukan selepas itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARIS: Paris Saint-Germain berpeluang meraih kejuaraan domestik berganda selepas memenangi Piala Perancis dengan menewaskan Monaco 2-0 pada final di Stade de France.
Jaringan Mauro Icardi dan Kylian Mbappe memastikan kejuaraan buat PSG yang akan mengharungi aksi terakhir Ligue 1 musim ini dengan peluang untuk memenangi gelaran liga ke-10 mereka.
Juara Perancis itu sudah memenangi Piala Perancis sebanyak enam kali sepanjang tujuh musim lalu dan tidak pernah terlepas aksi final sejak tahun 2015.
Ia juga trofi kedua dalam karier pengurusan Maurico Pochettino selepas dia memenangi Trofi Juara-Juara untuk PSG pada Januari.
“Kami bekerja setiap hari untuk mengalami perasaan, ganjaran dan pengiktirafan seperti ini.
“Ia adalah hasil kerja berpasukan, semua yang terbabit dengan kelab ini, dan penyokong-penyokong yang tidak dapat bersama kami, lapor AFP.
“Kami sentiasa memikirkan tentang peminat dan kejuaraan ini adalah untuk mereka juga,” kata Mbappe.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Pemain tengah Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff teruja apabila pasukan itu tidak lagi berada di zon penyingkiran dalam saingan Liga Super sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk terus meningkat sebaik liga disambung semula pada Julai ini.
Pemain kelahiran Kuantan itu berkata kejayaan berkenaan hasil kerjasama pengurusan kelab, barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan untuk meletakkan skuad Tok Gajah pada prestasi lebih mantap.
“Sudah semestinya saya dan rakan sepasukan gembira kerana Sri Pahang berjaya beralih kedudukan lebih baik selepas mengharungi 13 perlawanan. Berada di kedudukan kesembilan liga berbanding dua tangga tercorot sebelum ini amat melegakan kami.
“Ia berjaya menyuntik semangat kami untuk memastikan Sri Pahang mencatat keputusan membanggakan pada setiap perlawanan sebaik liga bersambung nanti. Justeru, tempoh rehat dua bulan akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membentuk persefahaman dan keserasian terutama kehadiran empat import baharu,” katanya, lapor BH ONLINE.
Pun begitu Abdul Malik mengakui dirinya belum berada pada prestasi terbaik berikutan tahap kecergasan tidak mencapai 100 peratus kerana baru pulih daripada sakit.
“Saya harap tempoh rehat ini dapat meningkatkan tahap kecergasan dan membantu pasukan untuk memperbaiki kedudukan. Saya juga percaya kehadiran empat import iaitu Aung Kaung Mann, Manuel Hidalgo, Abubakar Yakubu dan Kenny Athiu menambah lagi kekuatan pasukan,” katanya yang menjaringkan satu gol setakat ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HAZIQ KAMARUDDIN, ATLET MEMANAH NEGARA MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR: Arena sukan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian atlet memanah negara Haziq Kamaruddin yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Menurut seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali, pemanah recurve berusia 27 tahun itu rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi tadi, lapor BERNAMA.
“Arwah tiba-tiba rebah sejurus keluar dari bilik air selepas solat subuh dan terus tidak sedarkan diri,” kata wanita itu ketika dihubungi.
Menurutnya, Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang, namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital itu.
Atlet memanah Haziq Kamaruddin yang berasal dari Johor pernah mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik sebanyak dua kali, iaitu pada edisi London 2012 dan Rio 2016 di Brazil. (Gambar Bernama)
Pemanah berasal dari Johor itu pernah mewakili negara ke temasya Olimpik sebanyak dua kali, iaitu pada edisi London 2012 serta Rio 2016 di Brazil dan kini sedang mengejar slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Haziq yang sedang menjalani persiapan untuk kelayakan ke temasya di Tokyo itu sudah sedekad mewakili negara di pelbagai peringkat, termasuk meraih pingat emas Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa semasa Piala Asia 2019 di Filipina.
Pencapaian lain beliau yang pernah dinobatkan sebagai olahragawan terbaik Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2011 itu, ialah meraih empat pingat emas dan dua perak dalam acara individu serta berpasukan sepanjang penyertaannya di Sukan SEA sejak edisi 2011 hingga 2019.
Sementara itu, rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan merupakan antara individu yang terawal memaklumkan tentang pemergian Haziq menerusi laman Facebooknya.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera, dukacita dimaklumkan sahabat saya, Haziq Kamaruddin telah pergi mengadap llahi pagi tadi.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman. Minta semua rakan-rakan saya mendoakan al-Fatihah,” menurut catatan beliau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Ratusan penyokong Manchester United melakukan protes ke atas keluarga warga Amerika Syarikat, Glazer selepas mendapati pembabitan mereka dalam rancangan merosakkan bola sepak dengan penubuhan Liga Super Eropah (ESL).
Ia diikuti demonstrasi penyokong di Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Tottenham yang berang dengan tindakan kelab masing-masing yang cuba menyertai liga francais berkenaan.
Ed Woodward sudah berhenti daripada United di tengah kemelut krisis ESL dan akhbar tempatan difahamkan beliau keluar kelab pada Isnin sebelum Chelsea dan Manchester City menarik diri daripada kejohanan berkenaan.
Namun, ini memerlukan sesuatu yang lebih daripada protes penyokong – yang menyaksikan penyokong Red Devils membakar bendera Amerika Syarikat – untuk menggesa adik beradik Glazer keluar dari Old Trafford.
GAMBAR IHSAN AGENSI
Keluarga berpangkalan di Florida itu pernah memberitahu yang mereka hanya akan menjual United pada nilai 4 bilion pound (RM22.82 bilion) – jumlah yang mereka rasa berbaloi sekiranya ESL gagal.
Mereka hanya membayar 790 juta pound (RM4.5 bilion) untuk mendapatkan Red Devils pada 2005 dan sekiranya mereka mampu mencari pembeli dengan harga ditetapkan itu, mereka mungkin boleh mendapat keuntungan 400 peratus daripada pelaburan asas.
Di bawah kepimpinan mereka, hutang kelab masih kekal tinggi manakala adik beradik itu menerima jutaan ringgit menerusi dividen tahunan.
Penyokong United begitu berang dengan cadangan ESL berkenaan dan mereka menyerbu pusat latihan kelab di Carrington pada Khamis dan Ole Gunnar Solskjaer sendiri terpaksa mengawal keadaan, lapor Agensi.
Begitupun, pengendali itu menganggap pengerusi bersama Joel dan keluarganya tidak dapat ke mana-mana – meskipun setiap pemilik Big Six terpaksa berdepan pertempuran dengan penyokong semula.
“Saya fikir, pemilik yang menandatangani kertas cadangan itu mempunyai tugasan di bahu mereka, sudah tentu mereka miliki tanggungjawab itu.
“Kami menerima permohonan maaf daripada Joel dan itu adalah sesuatu yang penting. Dia memberitahu kami betapa beliau komited untuk membantu kami.
“Perpaduan dan semua pihak datang bersama-sama adalah salah satu sasaran utama untuk kita melangkah ke depan. Saya mempunyai hubungan terbuka dan baik dengan mereka dan mereka begitu menyokong saya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!