KUANTAN: Tiga tersepit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler dan sebuah pikup di Jalan Bypass Semambu menghala ke Kuantan, pagi semalam.
Anggota BBP Indera Mahota dan Kuantan berusaha mengeluarkan mangsa tersepit
Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Indera Mohkota dibantu BBP Kuantan menggunakan peralatan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit termasuk sebuah kren untuk mengangkat bahagian kepala treler.
Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapat rawatan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIADA LAGI KELIBAT PENJAJA DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT
KOTA BHARU: Tiada lagi kelibat penjaja di persimpangan lampu isyarat di bandar Kota Bharu selepas polis negeri ini mengeluarkan arahan supaya kegiatan itu dihentikan Sabtu lalu.
Biasanya setiap hari pada waktu tertentu akan ada anak muda menjaja di persimpangan lampu isyarat, malah lebih meriah setiap kali hujung minggu.
Selepas dua hari peringatan dikeluarkan, Sinar Harian pada Jumaat membuat tinjauan di lokasi yang menjadi tumpuan antaranya di Jalan Kuala Krai dan laluan ke Jambatan Sultan Yahya Petra serta simpang empat KB Mall di sini.
Sejak tengah hari sehingga jam 3 petang, tidak ada kelibat anak muda mahupun warga emas yang menjaja makanan di kawasan tersebut.
Keadaan itu berbeza pada Khamis kerana masih terdapat dua anak muda yang menjaja makanan bergoreng di tengah-tengah bandar.
Bagaimanapun, anak muda berkenaan yang dikenali sebagai Amer, 18, mengatakan ia adalah hari terakhir mereka berniaga.
Amer berkata, dia sebenarnya tidak mengetahui bahawa polis sudah mengeluarkan arahan supaya menghentikan kegiatan menjaja di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Tak tahu salah, kak. Tak apa, kali ini hari terakhir saya menjaja. Nak habiskan dua bungkus lagi. Esok saya tak buat dah, takut kena saman, rugi pula,” katanya kepada Sinar Harian.
GAMBAR HIASAN
Pada Selasa, polis negeri ini mengeluarkan arahan kegiatan menjaja di persimpangan lampu isyarat dihentikan.
Menurut polis, pembeli dan penjual boleh dikenakan saman sekiranya ingkar arahan tersebut.
Jika didapati bersalah, penjual dan pembeli terbabit boleh dihadapkan ke mahkamah dengan denda sehingga RM2,000.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA: Pusat Jagaan Pertubuhan Pengurusan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang kini dapat beroperasi semula selepas ujian calitan kali kedua 234 penghuni dan penjaga pusat jagaan itu menunjukkan keputusan negatif.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Task-Force COVID-19 Pahang baru-baru ini.
“Kerajaan Pahang mengambil keputusan ini selepas membuat penilaian menyeluruh dan mengambil kira perkembangan keputusan (calitan) terkini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Kes terbabit bermula apabila lima kes positif dikenali Kluster Jalan Warga Emas iaitu di pusat jagaan berkenaan, dikesan menerusi saringan survelan dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah Bera pada 11 Mac lalu.
GAMBAR HIASAN
Saringan berkenaan membabitkan semua penghuni berusia 60 hingga 92 tahun dan penjaga seramai 265 orang semuanya.
Semua kes positif kemudian dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk rawatan lanjut.
“Kerajaan negeri amat menghargai komitmen tinggi ditunjukkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan sukarelawan terdiri daripada anggota Pertubuhan Sukarela Kebajikan Daerah (PSKD) Bera yang menggantikan tugas penjaga penghuni rumah kebajikan ini yang berjumlah 37 orang yang dikuarantin sebelum ini,” kata Shahaniza. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Pihak pengurusan Masjid FELDA Wilayah Jengka 24 memohon sumbangan ehsan orang ramai bagi menukar permaidani masjid itu yang sudah berusia lebih 30 tahun.
Ketua Peneroka Jengka 24 merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Gabungan Masjid Wilayah Jengka., Razak Daud berkata, selain merancang untuk menukar permaidani baharu, pihaknya juga bercadang membina kemudahan bilik air yang lebih lengkap dan pemasangan penghawa dingin di ruang solat masjid berkenaan.
Pengerusi Jawatan Kuasa Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud
“Semua proses naik taraf ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan kami juga sudah melancarkan tabung di peringkat kariah masjid dan penduduk setempat bagi tujuan ini.
“Kami berharap ada pihak korporat, badan bukan kerajaan dan individu yang boleh turut serta menghulurkan sumbangan kepada badan pengurusan Masjid FELDA Wilayah Jengka 24 untuk mempercepatkan lagi kerja naik taraf yang kita rancang.
“Kalau ikut jadual dan perancangan asal, kita ingin mulakan kerja naik taraf sebelum kedatangan Ramadan, namun bergantung juga kepada jumlah sumbangan atau dana yang berjaya kami kumpul,” katanya ketika dihubungi di sini.
Razak berkata, kali terakhir permaidani masjid itu diganti ialah pada tahun 1990 dan keadaan permaidani masjid berkenaan sudah agak uzur dan ada antara bahagian tertentu yang rosak.
Katanya, jumlah peruntukan bagu kerja naik taraf itu dianggarkan kira-kira RM200,000 dan berharap lebih ramai pihak dapat tampil membantu menghulurkan sumbangan kepada badan pengurusan masjid berkenaan.
orang ramai yg ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan memindahkan wang ke atas NAMA : BADAN MASJID ASSOBIRIN JENGKA 24 BANK ISLAM 06037020237711
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
3 ADUN PAHANG BELUM TERIMA SUNTIKAN DOS PERTAMA VAKSIN COVID-19
KUANTAN: Hanya tiga daripada 42 ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pahang masih belum mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketiga-tiga ADUN terbabit sudah mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menangguhkan pengambilan dos pertama vaksin berkenaan.
WAN ROSDY WAN ISMAIL
“Mereka bukan menolak vaksin, tapi tidak mengambil suntikan (dos pertama) atas nasihat doktor.. mungkin atas faktor kesihatan dan selepas ini, saya percaya tiga ADUN berkenaan akan mendapatkan suntikan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mendapat suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech di sini, hari ini.
Wan Rosdy turut melancarkan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP) pada majlis sama.
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Sementara itu, mengulas mengenai SICP, Wan Rosdy berkata, sistem itu dikendalikan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bagi memudahkan proses pendaftaran orang ramai yang layak mendapat suntikan vaksin.
GAMBAR HIASAN
“SICP adalah nilai tambah kepada aplikasi MySejahtera dan tujuan kerajaan Pahang memperkenalkan SICP adalah untuk memudahkan dan menyenangkan orang ramai.
“Melalui SICP, rakyat Pahang boleh melakukan pendaftaran secara walk – in dengan memberikan nama ke pusat vaksinasi yang disediakan.
“Melalui SICP ini juga, kita harapkan lebih ramai rakyat Pahang yang tidak mempunyai kemudahan telefon bimbit sebagai contoh, untuk mendaftarkan diri mereka dan kita harap melalui usaha ini, kita dapat menyelesaikan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Pahang menjelang Februari tahun hadapan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kerajaan negeri bakal membekalkan produk keju terbesar di bahagian Pahang Barat setelah membuka pusat penternakan kerbau seluas 283 hektar (700 ekar) di Raub.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, projek bersepadu itu turut mengeluarkan susu kerbau untuk menjadikan sumber utama kepada produk pembuatan keju tersebut.
Datuk Seri Mohd Soffi (batik hitam) menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta, turut hadir, ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (kiri sekali)
“Baka kerbau terbaik bakal dibawa masuk sebanyak kira-kira 500 ekor kerbau dan turut menjalani pemanian berhadas untuk mendapatkan baka yang berkualiti sebagai memperkasakan industri ternakan.
“Oleh itu, semua pemain industri penternakan diharapkan dapat mengemblengkan tenaga dan meningkatkan prestasi amalam ternakan terbaik bagi menghasilan produk berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya di Majlis Sidang Penternakan Ruminan di Dewan Baquet, Majlis Daerah Jerantut, semalam.
Katanya, setakat ini pengeluaran daging lembu dan kerbau sebanyak 49 peratus, manakala kambing dan biri-biri sebanyak 10 peratus, masih banyak ruang untuk mempertingkatkan pengeluaran ternakan itu.
“Di daerah Jerantut terdapat banyak penternak dan dianggarkan nilai ternakan sehingga RM30.5 juta, sewajarnya peluang yang masih terbuka perlu direbut dan negeri Pahang adalah pengeluar lembu tertinggi di semenanjung bernilai RM1.7 billion, ” katanya.
Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, Dr Kamaliah Ghazali berkata, sidang perternakan yang diadakan di Jerantut itu sebagai nilai tambah kepada pengetahuan sedia ada bagi meningkatkan kualiti ternakan masing-masing.
Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, Dr Kamaliah Ghazali
“Pahang sebagai pengeluar susu agak tinggi kira-kira 31 juta liter dan penternak lembu seharusnya merebut peluang kerana masih banyak untuk dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran
“Selain itu, sebagai penternak perlu mengawal penyakit mulut dan kuku (FMD) bagi memastikan kualiti dan kesihatan ternakan sentiasa terbaik dan dikawal,” katanya.
Katanya, dari sudut peniagaan, kualiti di tahap tertinggi dan menjaga standard pengeksportan yang perlu diikuti sebagai menjaga nama baik negara dalam bidang ternakan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kerajaan Negeri telah melonggarkan beberapa perkara berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh negeri Pahang termasuk kebenaran pengganjuran kuliah dan majlis ilmu.
Kelonggaran ini telah mendapat perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia berkuatkuasa hari ini sehingga dimaklumkan kemudian, bergantung kepada keadaan semasa situasi penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih membelenggu negara dan negeri ini.
Katanya, sebelum ini, kuliah Maghrib dan tazkirah Subuh sahaja dibenarkan tetapi kini dibenar termasuk, Kuliah Dhuha, Kuliah sebelum solat Jumaat, Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain, Kelas Tafaqquh Fid-din anjuran Yayasan Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan bacaan Yaasin dan tahlil.
“Jamuan selepas kuliah dan majlis ilmu ini juga kini dibenarkan termasuk kehadiran pada majlis akad nikah di masjid berdasarkan ruang yang ditetapkan kerana sebelum ini kehadiran itu terhad kepada hanya 20 orang.
GAMBAR HIASAN
“Mengenai had umur bagi mengerjakan solat Jumaat dan solat Fardhu pula, kanak-kanak tujuh tahun dan ke atas kini dibenarkan, sebelum ini hanya yang berumur 12 tahun ke atas dibenarkan,” katanya melalui Kenyataan Media yang dikeluarkan.
Katanya, walau begitu, perkara-perkara lain berkaitan SOP sedia ada seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan membawa sejadah sendiri perlu terus diamalkan.
“Semoga dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberi dan dinyatakan ini, kita semua dapat kembali beribadah dengan lebih selesa, seterusnya mengimarahkan masjid dan surau kita,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMPOH 1 JAM PELANGGAN MENJAMU SELERA DI KEDAI MAKAN, RESTORAN KEKAL
KUANTAN: Kerajaan Pahang tidak berniat untuk menyusahkan mana-mana pihak apabila hanya membenarkan pelanggan berada di dalam premis makanan bagi tempoh satu jam.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata langkah itu bertujuan baik untuk menjaga rakyat Pahang daripada penularan wabak COVID-19.
GAMBAR HIASAN
Katanya, sekiranya keadaan penularan COVID-19 semakin baik, kerajaan negeri sedia memanjangkan tempoh masa sehingga dua jam.
“Saya harap bersabar dan sebaiknya pengunjung premis makanan yang sudah selesai makan terus balik dan memberi peluang kepada pelanggan lain.
“Kerajaan negeri tiada niat apa-apa melaksanaan peraturan itu kerana ia bertujuan untuk menjaga rakyat Pahang dan tempoh ini juga hanya sementara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan tema baharu pelancongan Pahang iaitu This is Pahang di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar.
Baru-baru ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam satu kenyataan berkata, pelanggan hanya dibenarkan berada di premis makanan dalam tempoh satu jam.
“Bagaimanapun, tempoh itu akan disesuaikan dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan COVID-19.
“Premis makanan juga perlu memastikan jarak satu meter antara meja dan kapasitinya bergantung berdasarkan saiz dan penjarakan fizikal satu meter,,” katanya menerusi kenyataan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Sikap orang ramai membantu seorang penunggang motosikal lelaki yang mengalami kecederaan serius amat dipuji termasuk kerjasama yang diberi oleh pengguna jalan raya yang lain dalam satu kemalangan di Jalan Jerantut-Maran, kira-kira 5 kilometer dari bandar Jerantut, pada jam 2.00 petang, semalam.
Terdapat seorang pengguna jalan raya yang berhenti turut memberi semangat kepada penunggang yang tidak sedar diri serta mengajar mengucap dua kalimah syahadah.
Pengguna jalan raya cuba memberikan bantuan awal kecemasan serta mengajar mengucap dua kalimah syahadah
Malah, orang ramai lain ada yang membuat panggilan kecemasan kepada pihak terbabit dan turut menjaga lalu lintas untuk memperlahankan kenderaan masing-masing termasuk memayungkan mangsa.
Difahamkan, mangsa dari arah Jerantut Feri menghala ke bandar untuk memulakan kerjanya di sebuah restoran di sini. Motosikal mangsa remuk.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Penyebaran khabar angin kononnya seorang pegawai bomba meninggal dunia akibat pengambilan vaksin COVID-19 minggu lalu adalah tidak benar.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, punca sebenar kematian pegawai bomba itu adalah disebabkan mengalami serangan jantung, lapor KOSMO! Online.
GAMBAR HIASAN
“Pegawai bomba itu juga mempunyai sejarah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
“Selain itu, arwah juga pernah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Julai 2020 kerana masalah jantung dan pakar mencadangkan supaya beliau menjalani pembedahan.
“Pada 14 Mac lalu, pegawai berkenaan telah ke Hospital Raub kerana mengalami gejala serangan jantung dan diberikan rawatan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Lipis.
“Arwah kemudiannya disahkan meninggal dunia 16 Mac dan laporan pakar mengesahkan arwah meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan media.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat tidak tepat dan tidak sahih bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat terhadap vaksin COVID-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!