TIADA KES MATI AKIBAT VAKSIN COVID-19 DI PAHANG
TIADA KES MATI AKIBAT VAKSIN COVID-19 DI PAHANG
KUANTAN: Penyebaran khabar angin kononnya seorang pegawai bomba meninggal dunia akibat pengambilan vaksin COVID-19 minggu lalu adalah tidak benar.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, punca sebenar kematian pegawai bomba itu adalah disebabkan mengalami serangan jantung, lapor KOSMO! Online.
GAMBAR HIASAN
“Pegawai bomba itu juga mempunyai sejarah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
“Selain itu, arwah juga pernah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Julai 2020 kerana masalah jantung dan pakar mencadangkan supaya beliau menjalani pembedahan.
“Pada 14 Mac lalu, pegawai berkenaan telah ke Hospital Raub kerana mengalami gejala serangan jantung dan diberikan rawatan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Lipis.
“Arwah kemudiannya disahkan meninggal dunia 16 Mac dan laporan pakar mengesahkan arwah meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan media.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat tidak tepat dan tidak sahih bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat terhadap vaksin COVID-19.