ENAM PPS DIBUKA UNTUK TEMPAT 189 MANGSA BANJIR KILAT DI RAUB
RAUB: Sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 189 orang daripada 49 keluarga mangsa banjir kilat di sini, hari ini.
Salah satu rumah yang dilanda banjir kilat di Raub.
PPS yang sedang beroperasi dan dibuka di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai menempatkan 37 mangsa daripada 9 keluarga, di Masjid Jamek Semantan Ulu sebanyak 16 mangsa (5 keluarga) dan di SK Kudang Patah seramai 113 mangsa daripada 29 keluarga.
Manakala, mangsa turut ditempatkan di Balairaya Kg Sengkela 5 mangsa daripada 1 keluarga), Dewan Serbaguna Kg Pia 12 orang, 4 keluarga; dan Balairaya Kg Gesing seramai 6 mangsa daripada 1 keluarga.
Air melimpah masuh ke dalam rumah mangsa di Raub.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang mengeluarkan makluman tersebut yang dikemaskinikan pada jam 3.45 petang, hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENDUDUK TAMAN SRI ANDALAS BIMBANG PENYEBARAN WABAK DI KAWASAN ITU
EKORAN TERDAPAT PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
KLANG: Penduduk di kawasan Sri Mersing, Taman Sri Andalas merayu agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula penggunaan Dewan Sukan Klang yang terletak berdekatan penempatan di situ yang dijadikan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).
Orang ramai yang positif Covid-19 berbaris untuk membuat penilaian di Dewan Sukan Klang, Taman Sri Andalas, di sini.-Foto Media Sosial.
CAC yang berperanan mengenal pasti pesakit sama ada dipantau di rumah, petugas CAC kemudian akan memantau dan menilai pesakit di rumah menggunakan Home Assessment Tool (HAT).
Pasukan CAC itu bertindak mengenal pasti dan menilai pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk untuk mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital..
Penularan melalui laman sosial terdapat rungutan orang ramai khususnya penduduk Taman Sri Andalas bimbang akan dijangkiti wabak itu memandangkan begitu ramai orang yang telah dijangkiti wabak itu berbaris panjang sehingga ke jalan raya untuk melakukan penilaian Covid-19.
Ramai yang berbaris panjang di tengah panas termasuk kanak-kanak.
Dikatakan pada masa ini, wabak itu boleh disebarkan melalui udara dan ini membimbangkan, terutama penduduk kawasan Sri Mersing yang jaraknya kira-kira 100 meter dari dewan tersebut.
Malah, terdapat orang ramai yang mengidap wabak itu berpusu ke situ, berbaris panjang sehingga berada di hadapan rumah penduduk di situ di tengah panas, termasuk kanak-kanak.
Ini menyebabkan penduduk di situ bimbang untuk mendedahkan diri di luar rumah kerana di situ kawasan perumahan dan dianggap berkepadatan penduduk yang tinggi.
Terdapat satu hantaran melalui laman sosial Facebook, Muhammad Hatta ZUlkifli berkata, penduduk berdekatan mula bising kerana dewan itu sangat dekat dengan perumahan di situ.
“Orang ramai yang mengidap Covid-19 untuk CAC dan swab test, ada yang memakai gelang Covid-19 dan beratur hingga di hadapan rumah penduduk.
“Persoalannya kenapa kerajaan negeri atau YB yang berkenaan tidaak mencadangkan Dewan Hamzah atau bagi up sikit kat Ballroom Hotel Premier yang berdekatan? Situ mungkin tak mengganggu penduduk” katanya melalui hantaran tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris menghulurkan bantuan kepada Umno Bahagian Jerantut untuk mengagihkan bantuan bakul makanan kepada penduduk di dalam kawasan parlimen itu yang terkesan disebabkan wabak Covid-19 yang melanda sekarang.
Sumbangan yang disampaikan kepada Umno Bahagian adalah antara penerimaan semua Ahli Parlimen berjumlah RM300,000 setiap seorang.
Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, beliau berterima kasih kepada Ahli Parlimen Jerantut yang menyumbang kepada Umno bahagian dan sayap-sayapnya untuk menyampaikan sumbangan.
Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah
“Sayap Umno Bahagian Jerantut yang menerima sumbangan ialah Wanita Umno Sebanyak RM15,000; Pemuda Umno (RM 5,000) dan Puteri Umno sebanyak RM 5,000; sumbangan ini untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan.
“Dengan ini, setiap sayap dapat membantu menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka yang memerlukan dan yang terkesan akibat penularan Covid-19 ini,” katanya.
Katanya, bantuan seperti keperluan lampin pakai buang dan susu turut dihulurkan. Barangan keperluan makanan disediakan oleh kerajaan negeri Pahang.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan (gambar kecil) menyampaikan bantuan, -Foto Hiasan
“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Jawatankuasa Kesejahteraan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kesejahteraan dan Kesejahteraan Rancangan di seluruh daerah Jerantut yang telah menerima bantuan itu dan dan mencukupi,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENIAGA JUAL AYAM MURAH BANTU PENDUDUK TERJEJAS, HILANG SUMBER PENDAPATAN
KUANTAN: Tidak dapat dinafikan tekanan dihadapi kebanyakan penduduk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bukan sahaja menjejaskan pendapatan, bahkan ada yang kehilangan kerja.
Menyedari bebanan ditanggung penduduk ketika ini, seorang peniaga kedai runcit, Abd Latif Abdul Wahab, 50 tahun, mengambil inisiatif dengan menawarkan ayam proses pada harga paling murah berbanding harga pasaran ketika ini.
Beliau yang sudah berniaga sejak kira-kira 30 tahun berkata, sebanyak 150 ekor ayam proses disediakan kepada pelanggan dengan harga RM5.50 sekilogram.
Latif Abdul Wahab-Peniaga runcit
“Harga ini adalah paling rendah berbanding kebiasaannya dijual pada harga RM7.50 hingga RM9.50 sekilogram di pasaran.
“Idea ini tercetus selepas menyedari kesan (pandemik) COVID-19 terhadap orang ramai. Ada yang hilang kerja, ada yang terputus sumber pendapatan, jadi, saya harap inisiatif ini dapat membantu mereka,” katanya ketika ditemui di kedai runcit miliknya dekat Jalan Tanjung Pasir-Bukit Goh, di sini, pagi tadi.
Abd Latif berkata, bekalan ayam proses itu diperoleh daripada pembekal di Jabor, dekat Kemaman, Terengganu dan beliau menawarkan harga murah itu kepada pelanggannya selama tiga hari, bermula hari ini.
“Untuk hari ini, sebanyak 150 ekor terjual dalam masa kira-kira tiga jam dan bagi mereka yang tidak sempat mendapatkan ayam pagi tadi, mereka boleh datang ke kedai saya pagi esok dan lusa,” katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan, Nor Farini Mahad ketika ditemui memuji usaha dilakukan peniaga seperti Abd Latif dan mengakui ia sangat membantu orang ramai yang terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
“Saya rasa memang patuhlah ada peniaga sudi menjual harga macam ini… sebagai contoh, saya sendiri pun anak lima orang, jadi kita punya keperluan itu agak tinggilah ditambah pula musim macam ini,” katanya.
Seorang lagi pelanggan, Yasser Mohamed berkata, usaha dilakukan Abd Latif itu sangat tepat pada masanya dan wajar dicontohi peniaga lain.
“Kita memuji peniaga seperti beliau kerana sanggup memberi harga serendah ini kepada pengguna, apatah lagi ketika rakyat sedang diuji dengan masalah ekonomi, jadi apabila ada peniaga sanggup meletakkan harga serendah ini, kami semua sangat gembira dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan orang ramai,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lukut – Balai Polis Lukut ditutup sementara bermula hari ini akibat penularan COVID-19 dalam kalangan anggotanya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, notis penutupan bermula jam 10.30 pagi hari ini.
Balai Polis Lukut beri notis penutupan sementara bermula 10 Julai hingga 16 Julai ini oleh Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson berikutan tiga anggota Balai Polis Lukut positif COVID-19 selain untuk proses sanitasi.
Susulan itu, semua proses pentadbiran serta lain-lain dihentikan sementara.
Orang ramai yang perlu berurusan dengan Balai Polis Lukut dalam tempoh ini diminta ke Balai Polis Port Dickson atau balai polis berhampiran.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan IPD Port Dickson di talian 06-6462999 atau 06-6472222.
Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson Polis Daerah Port Dickson-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CUKAI JALAN TAMAT TEMPOH BOLEH GUNA SEHINGGA 30 SEPTEMBER
NAMUN, PERLINDUNGAN INSURANS PERLU ADA
TEMERLOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh bagi memperbaharui lesen kenderaan (cukai jalan) yang tamat pada 1 Jun sehingga 31 Julai dan boleh menggunakannya tanpa memperbaharui termasuk lesen memandu masing-masing sehingga 30 September ini.
Walaubagaimanapun, orang ramai perlu memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insuran yang sah, jika diminta oleh pihak berkuasa untuk membuktikannya.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, kelonggaran itu diberi berikutan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan boleh memperbaharuinya sehingga 30 September.
“Tidak perlu cukai jalan tetapi mesti ada salinan insuran, ini sudah cukup memadai sehingga 30 September, begitu juga teksi yang terlibat dengan pemeriksaan PUSPAKOM setahun sekali.
“Kerajaan memberi kelonggaran dan tidak memberi saman sekiranya pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM tidak dilakukan, sepatutnya kelonggaran itu tamat pada 31 Julai ini, termasuk melibatkan pemandu teksi” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat pemantauan ke atas komuniti teksi serta memberi bantuan bakul makanan kepada kelompok itu di daerah Temerloh, Pahang, semalam.
Tambah beliau lagi, bantuan tersebut diagihkan berikutan pemandu teksi antara pihak yang terjejas sejak PKP dilaksanakan di seluruh negara.
Pengarah JPJ Negeri Pahang, Kamarul Iskandar Nordin menyampaikan sumbangan kepada pemandu teksi Temerloh.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Teksi Temerloh, Abdul Halim Awang berkata, sumbangan tersebut dapat meringankan beban buat mereka yang terjejas seramai 115 orang pemandu yang aktif.
“Pemandu teksi bergantung kepada penumpang, tiada penumpang yang memerlukan perkhidmatan teksi, semua kaunter tutup.
“Kami datang ke stesen teksi mengharap kalau ada yang memerlukan perkhidmatan kami, kalau ada penumpang adalah rezeki kami, selainnya bersembang bersama pemandu lain,”katanya.
Turut hadir, Pengarah JPJ Negeri Pahang, Kamarul Iskandar Nordin dan Presiden PEKUASA, Tuan Muhammad Kifli Ma Hassan. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Siapa kata rakyat Malaysia tidak prihatin, Penduduk Kampung Jerantut Feri begitu prihatin kepada situasi semasa wabak Covid-19 yang melanda sekarang mengakibatkan terdapat penduduk yang terkesan kerana hilang pekerjaan dan punca pendapatan di samping tidak dapat menjalankan peniagaan kecil-kecilan masing-masing.
Sebuah Rak Bantuan Makanan Jalinan Ukhwah (food bank) disediakan oleh penduduk di situ untuk membantu mereka yang sangat memerlukan keperluan harian dengan dana dikeluarkan oleh anak muda dan penduduk setempat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Penyelaras projek itu, Rozmizal Mat Lia berkata, sumbangan daripada penduduk dan anak muda tempatan dapat dikumpulkan sebagai sumbangan ehsan kepada yang sangat memerlukan ketika PKP dan PKPD di sekitar Jerantut.
Penyelaras projek, Rozmizal Mat Lia , sumbangan daripada penduduk dan anak muda tempatan dapat dikumpulkan.
“Kami menyediakan barangan keperluan makanan dan dapur dianggarkan berjumlah keseluruhan RM2,500 yang bermula semalam, Alhamdulillah kami berjaya mengenal pasti 77 penerima dan bantuan disampaikan bersasar.
“Hari ini, kami menyediakan bantuan yang sama nilainya untuk penduduk yang memerlukan, kepada yang terputus bekalan makanan dan keperluan dapur sila hadir ke tempat kami di sini,”katanya ketika dihubungi.
Katanya, penduduk di sini menyambut baik usaha yang dilakukan sebagai satu usaha ukhwah kekeluargaan yang dituntut dalam agama, ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
“Walau bagaimana, seorang petugas berada di tempat itu untuk memantau agar bantuan dapat disampaikan kepada yang sangat diperlukan.
Salah seorang memohon sumbangan di rak bantuan makanan di situ
“Sekarang semua rakyat Malaysia sangat prihatin dengan keadaan di sekeliling mereka, banyak sumbangan dihulurkan kepada kami untuk menjayakan projek ini,” katanya.
Bagi sebarang pertanyaan tentang pemberian sumbangan dan penerimaan barangan, boleh hubungi saudara Hanapi Tahir (014-8264538) dan Rozmizal (019-9619288).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kerajaan Negeri menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai inisiatif Sempadan Hijau Negeri Pahang dan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini.
Pemandangan indah di Tasik Chini.
Titah Baginda amat wajar dan tepat sekali yang membuktikan keprihatinan Baginda, demi memastikan alam sekitar negeri Pahang termasuk di kawasan-kawasan yang bersempadan dengan negeri-negeri jiran, terus terpelihara.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri akan bertindak segera bagi merealisasikannya termasuk membuat segala urusan diperlukan ke arah mewartakan sebahagian besar kawasan sempadan negeri sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri akan bertindak segera mewartakan sebahagian besar kawasan sempadan negeri sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).
“Manakala kawasan yang meliputi tanah milik dibangunkan secara lestari selaras dengan konsep alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG; Environmental, Social and Governance).
“Mengenai kawasan rizab Biosfera Tasik Chini, kerajaan negeri akan menyegerakan kerja-kerja pemuliharaannya dengan penanaman pokok-pokok bersesuaian, sepertimana yang turut dititahkan oleh baginda,” katanya melalui kenyataan media.
Katanya, sehubungan itu, kerajaan negeri juga sedang dalam proses menubuhkan Majlis Biodiversiti Negeri Pahang yang fungsinya antara lain bagi memastikan biodiversiti – kepelbagaian hidupan biologi agar sentiasa terpelihara di negeri ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WARGA EMAS TERHARU TERIMA BANTUAN SEHINGGA MEMELUK TUNGGUL
LIPIS : Seorang wanita warga emas terharu ketika menerima bantuan bakul makanan daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Lipis, semalam.
Wanita itu, Saripah Li berusia 76 tahun yang tinggal berseorangan di Kampung Tanjung buluh, Kerambit, terkejut ketika dikunjungi anggota polis dan Rela.
Pengerusi Jawatankuasa Kemakmuran dan Kesejahteraaan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Buluh dekat sini, Mohamad Najid Abu (46) berkata, ketika anggota polis hadir untuk menghantar bantuan makanan dia sangat terkejut.
“Dia tidak tentu arah dan ketika dimaklumkan yang anggota PDRM hadir untuk menghantar bantuan, dia terus terharu dan terduduk memeluk tunggul pokok berdekatan.
“Wanita itu terharu dengan bantuan itu yang sangat bermakna kepadanya kerana sekurang-kurangnya ada insan yang cakna kepadanya, dia berterima kasih kepada anggota PDRM dan Rela yang sudi hadir ke rumahnya,” katanya.
Mohamad Najib berkata, bantuan seperti itu memang dihantar kepada wanita itu oleh pihak JKKK kampung itu.
“Memang warga emas ini ada dalam senarai bantuan, kami tidak melupakannya kerana dia tinggal berseorangan,”katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, beliau mengetuai OP Bantu iaitu penyerahan bakul makanan kepada mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19 di peringkat daerah Lipis.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor mengetuai OP Bantu, penyerahan bakul makanan kepada mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19 di peringkat daerah Lipis.
Program ini turut disertai oleh pegawai kanan, AMANITA dan turut hadir Penolong Pegawai RELA Daerah Lipis, PgR Mohd Fairus Hizrian Yunus serta anggota daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
“Pada hari pertama pemberian bakul makanan ini lebih mensasarkan kepada bekas-bekas polis yang pernah bertugas di zaman darurat seperti Home Guard dan juga Anggota Polis Bantuan (AP).
“Selain itu juga pemberian bakul makanan juga diberikan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN, 9 JULAI – Sebanyak 214 kes baharu Covid-19 di Pahang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan di negeri ini mencecah ke angka 15,601 kes.
Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri, 166 kes merupakan warganegara manakala 48 kes merupakan warganegara asing.
Sebanyak 190 daripadanya dikategorikan sebagai jangkitan tempatan; dua kes import dari Selangor dan Kuala Lumpur; dan 22 saringan OKT.
Kes tertinggi mencatatkan pertambahan di Kuantan (142 kes) diikuti Bentong (32 kes), Bera (22) ;
Temerloh (5), Lipis (4) Rompin (3), Pekan dan Cameron Highlands masing-masing 2 kes manakala 1 kes di Jerantut dan Maran.
“Terdapat empat kes kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 160 kes.
“Kes kematian ke-157 merupakan seorang perempuan berumur 63 tahun dari Kampung Jengka 13.
“Kes ke-158 merupakan seorang lelaki berumur 55 tahun dari Taman Desa Aman,Bera.
“Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga.
“Kes ke-159 merupakan seorang wanita berusia 67 tahun dari Felda Tementi,Bera.
“Manakala kes ke-160 merupakan seorang wanita berusia 55 tahun dari Peramu Maju,Kuantan.
“Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Kemunting,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!