KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dilaporkan akan menggunakan vaksin Pfizer sepenuhya mengantikan vaksin Sinovac mulai akhir Julai ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pengagihan bekalan vaksin Sinovac di Kelantan akan ditamatkan serta-merta mulai akhir Julai ini menggantikan vaksin Pfizer ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan. . “Semua PPV di Kelantan hanya akan dibekal dos suntikan kedua vaksin Sinovac dan tiada lagi bekalan dos pertama bagi vaksin ini selepas tarikh tersebut.
“Selepas ini, Kelantan hanya gunakan Pfizer sahaja menggantikan Sinovac,” katanya dalam satu notis pemberitahuan yang bertarikh 13 Julai lalu.
Kenyataan tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan mengapa Kelantan menolak vaksin Sinovac dan hanya mahukan vaksin Pfizer.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GUNA LOGHAT LEPIH OLEH JABATAN PENERANGAN HEBAN COVID-19
LIPIS –Jabatan Penerangan Pahang (JPP) Lipis yang menggunakan loghat atau dialek Lipis yang cukup sinonim dengan sebutan ‘Lepih’ semasa membuat pengumuman hebahan di kalangan penduduk di daerah itu berkaitan ancaman wabak Covid-19.
Hebahan yang dilakukan oleh dua orang petugas jabatan berkenaan menggunakan loghat daerah lebih mudah dan selesa untuk mengingatkan penduduk di taman perumahan bandar Kuala Lipis mengenai agar berwaspada ancaman penularan wabak Covid-19 dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan mengambil suntikan vaksinasi.
Dimulakan dengan sebutan salam oleh petugas wanita dengan sebutan ‘Lepih’ yang intonasinya agak lanjut kemudian disambung pula oleh petugas lelaki bercakap menerusi pembesar suara di kenderaan pacuan empat roda jabatan tersebut.
Antara sebutan petugas lelaki, iaitu mengajak semua penduduk dengan berkata ‘Moh la kita beringat belake, Covid-19 hari ni masih ada lagi wee!. Ada beberapa perkataan yang disebut ‘mengkala’ (manakala), ‘wooo’ (seruan tanda ramai), ‘tek-de’ (tidak ada).
Antara sebutan yang menarik menerusi hebahan tersebut,’Kalau tekde urusan penteng, tak payahlah kelua ke hulu ke hilir, perentan-perentan (waktu-waktu) ni hah duduklah di rumah….”
Bagi mereka yang pertama kali mendengar hebahan ini mungkin agak sukar untuk memahami dialek Lepih berbanding penduduk di sini sudah pun hadam dengan bahasa berkenaan.
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan Lipis, Shahnam Abd Rashid berkata, beliau bersetuju dan memuji usaha Jabatan Penerangan Pahang menghebahkan maklumat mengenai Covid-10 dengan menggunakan dialek tersebut.
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan Lipis, Shahnam Abd Rashid
“Bahasa Melayu kaya kosa katanya, lagi puitis dan indah apatah lagi pengucapan menerusi dialek tempatan (daerah) sekali gus memaparkan pelbagai ragam bahasa, iaitu cara serta budaya penduduk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat setempat.
“Menerusi pendekatan ini membolehkan pendengar (penduduk) pantas memahami maksud penyampai lebih lagi kerajaan sedang berusaha bersungguh menerusi peranan semua agensi untuk mengawal dan menghapuskan jangkitan wabak Covid-19,”katanya.
Penduduk di Taman Pertama, dekat sini, Rahimah Ramli (68) berkata, pada mula mendengarnya, ada kelainan, tapi selepas itu menjadi biasa dan sebagai penduduk tempatan ia adalah bahasa komunikasi harian tempatan.
“Bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa digunakan untuk berkomunikasi dalam urusan kehidupan harian, apa juga dialek tempatan atau kedaerahan yang digunakan, bahasa tetap unggul serta sangat penting untuk menyampaikan maklumat supaya mereka yang mendengar faham dan jelas,” katanya.
Orang ramai mengucapkan syabas kepada JPP Lipis kerana menggunakan pendekatan dialek daerah itu sentiasa kerap kali mengingatkan penduduk daripada kecuaian mematuhi SOP di bawah penguatkuasaan PKP serta mengambil suntikan vaksinasi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANAK PDPR, SAMBIL MAIN ATAS TALIAN, DUIT RM2,600 HABIS.
GUA MUSANG: Semasa anak-anak sedang belajar secara atas talian (PDPR), mereka turut mengambil peluang bermain permainan atas talian (online games).
Bukan itu sahaja, mereka turut membeli aplikasi permainan melalui akaun ibunya tanpa disedari. Setelah ibunya sedar, akaun hanya berbaki RM2.00 sahaja.
Bila menyemak melalui e-mel, terdapat transaksi membeli aplikasi permainan berjumlah RM2,600. Menghairankan tiada maklumat berkaitan kod akses transaksi (TAC)
Semoga ibu-bapa memantau anak masing-masing ketika menggunakan telefon bimbit masing-masing agar tidak disalah-gunakan.-SAHIH.
Dipetik dari fb Nor Liyana Abdullah…
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Selain berlaku lambakan durian dan ikan sangkar, manisan madu yang dihasilkan oleh serangga lebah yang bersarang di puncak pohon Tualang (Koompassia excelsa) turut tidak dapat dipasarkan seperti sebelum ini.
Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan penjual madu lebah turut mengeluh kerana manisan itu tidak laku di pasaran.
Seorang penjual madu, di Hulu Tembeling, Jerantut, Masri Muhamad, 38, dalam tempoh PKP ini cukup sukar untuk mendapatkan pelanggan.
Masri Muhammad (gambar kecil) menunjukkan madu yang sudah diproses
“Sejak penguatkuasaan PKP awal tahun ini malahan sebelum ini pun, saya tidak mampu membawa keluar madu lebah Tualang memasarkan di bandar Jerantut atau luar daerah lantaran larangan sekatan rentas ke luar lagipun jarak kampung ini agak jauh ke bandar.
“Sebelum ini, madu lebah Tualang amat laris walaupun agak mahal kerana manisan yang dihasilkan oleh lebah liar hutan tarikan Taman Negara dan Hulu Tembeling cukup berkualiti serta sangat popular dalam kalangan orang luar untuk tujuan makanan kesihatan dan perubatan,” katanya di Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling, dekat sini hari ini.
Katanya, sebelum penguatkuasaan PKP sejak tahun lalu madu lebah Tualang memang mampu terjual dalam kalangan pengunjung luar daerah dan negeri lain yang datang ke pusat peranginan Kampung Kuala Sat yang membeli untuk dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah.
“Ketika ini ketiadaan pengunjung ke kampung ini, madu lebah ini tersimpan dalam almari kerana tidak laku dipasarkan keluar, selain itu penduduk di sini merupakan pencari manisan ini di pokok Tualang yang banyak terdapat di hutan tropika berdekatan kampung ini,” katanya.
“Sekiranya, ada orang luar yang membuat tempahan secara penghantaran dan bayar (COD) pun tidak berbaloi kerana saya terpaksa ke bandar Jerantut yang terletak 100 kilometer dengan kampung ini untuk membuat pos ekpress melibatkan banyak belanja termasuk tambang bot penambang,” katanya.
Pohon tualang setinggi antara 70 hingga 80 meter
Kata bapa kepada empat orang anak itu berkata, tugas mencari madu lebah di puncak Tualang setinggi antara 70 hingga 80 meter bukanlah satu kerja mudah malah terpaksa mempunyai risiko memanjat pohon tinggi itu untuk mengambil madu di sarang memakan masa hampir lima jam.
Masri yang juga antara pengusaha bot penambang di pusat peranginan Kampung Kuala Sat berkata, kebiasaannya dia menemui antara dua hingga tiga sarang labah di sebatang pokok Tualang dan memperolehi manisan dalam anggaran seberat kira-kira 30 kilogram.
“Kerja ini dilakukan pada waktu malam dengan dibantu beberapa orang rakan, sudah menjadi kelaziman penduduk di sini demi untuk memperoleh rezeki hidup di pedalaman kampung Hulu Tembeling.
“Saya memproses manisan ini dengan cermat dengan diisi ke dalam botol untuk dijual dengan harga RM100 seberat 450 gram,”katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan madu lebah asli Tualang Hulu Tembeling boleh menghubungi Masri Muhamad menerusi talian 019-203 5972.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Terdapat keluarga jiran datang melawat pesakit ini yang hanya terbaring di rumah setelah semakin tenat selain siasatan mendapati ada anaknya pulang dari Johor untuk menziarah.
kes indeks kluster ini merupakan seorang lelaki tempatan berumur 77 tahun yang ada sejarah penyakit darah tinggi dan masalah jantung itu diziarahi anak-anaknya dari luar Pahang.
Individu tersebut mula menunjukkan gejala sejak 29 Jun sebelum disahkan positif Covid-19 pada 3 Julai sebelum seramai 29 kes baharu wabak itu direkodkan di skim tanah berkenaan.
Semalam, beliau memaklumkan PKPD melibatkan Felda Lembah Klau di Mukim Gali, Daerah Raub di negeri itu dan Felda Maokil, Daerah Muar, Johor mulai esok sehingga 27 Julai ini.
Turut dilaksanakan PKPD serentak bermula lusa ini ialah dua lokaliti di Sabah iaitu PPR Lintas Sibuga, Bahagian Sandakan serta Kampung Telaga dan Kampung Pituru, Bahagian Kudat.
“Bagaimanapun, dua lagi lokaliti yang sudah dikenakan PKPD di Bahagian Tawau negeri itu akan ditamatkan antaranya Kampung Balung Cocos,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sementara baki satu lagi lokaliti ujar beliau, iaitu di Kampung Jaya Baru, Daerah Kunak sudah pun berakhir PKPD pada hari ini iaitu lima hari jauh lebih awal daripada yang dijadualkan.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, Ismail Sabri memaklumkan, hanya dua lokaliti yang dikenakan PKPD juga akan tamat esok iaitu PPR Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa.
Tidak ketinggalan turut berakhir esok ialah Kampung Kubang Jela, Manir di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu selepas genap tempoh 14 hari dikenakan PKPD sejak 1 Julai lepas.
Namun PKPD di Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Selinsing, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan ditamatkan empat hari lebih awal iaitu esok setelah dilaksanakan sejak 21 Jun lalu-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIGA KAWASAN PERUMAHAN DI JERANTUT DILANDA BANJIR KILAT
JERANTUT : Hujan lebat menyebabkan banjir kilat dipercayai berpunca apabila air daripada kawasan tapak pembinaan berdekatan melimpah masuk ke taman perumahan ketika makan malam dan berehat di rumah masing-masing, kira-kira jam mulai jam 8.30 malam semalam.
Tiga kawasan perumahan yang terlibat dilanda banjir kilat iaitu Taman Ria, PRIMA Paya Gunung dan Perumahan Awam Mat Kilau Dua.
Air melimpah ke atas jalan raya di kawasan perumahan Prima Paya Gunung, semalam.
Taman Ria dan PRIMA Paya Gunung antara kawasan perumahan pinggir bandar paling kerap berlaku banjir kilat dan penduduk berdepan masalah kediaman mereka yang sering dimasuki air sehingga melibatkan kekotoran lumpur termasuk kerosahan peralatan perabot dan dapur..
Walau bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan pemindahan mangsa kerana banjir kilat surut kira-kira sejam kemudian selepas hujan berhenti.
Ahli Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Datuk Ridzuan Mansor berkata, banjir kilat di kawasan berdekatan berpunca daripada saliran yang tidak sempurna daripada tapak projek pembinaan perumahan bersebelahan situ.
“Kerja menyiapkan tapak dan sistem saliran yang masih belum siap ataupun kurang sempurna mengundang banjir kilat berlaku sehingga membawa banyak lumpur ke kawasan taman perumahan berdekatan.
“Pihak yang terbabit dengan projek perumahan diharap mematuhi sistem saliran yang sempurna berasaskan cadangan oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan kelulusan pihak berkuasa tempatan di sini serta mengikut pelan pembinaan yang dikemukakan oleh mereka (pemaju) sendiri,” katanya di sini hari ini.
Ahli Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Datuk Ridzuan Mansor
Menurutnya, jawatankuasa infrastruktur MDJ akan terus membuat pemantauan ke setiap buah lokasi tapak projek berkenaan untuk memastikan pembinaan sistem saliran mengikut spesifikasi yang sempurna bagi mengelakkan banjir kilat berulang.
Ridzuan yang juga Naib Ketua UMNO Jerantut berkata, MDJ sudahpun mengenalpasti penduduk Taman Ria, PRIMA Paya Gunung dan beberapa kawasan lain yang terbabit dengan banjir kilat untuk disalurkan bantuan barang keperluan dapur.
“MDJ sebelum ini telah menubuhkan Projek Lemari Rezeki untuk kebajikan penduduk di bandar ini yang terjejas teruk akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bencana lain seperti banjir kilat, kebakaran dan sebagainya akan menyalurkan sumbangan berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARAS SUNGAI LIPIS NAIK, TERDAPAT KAMPUNG TERPUTUS HUBUNGAN
LIPIS: Limpahan air dan banjir yang berlaku di Raub, mengakibatkan paras Sungai Lipis turut naik menyebabkan beberapa buah kampung turut terputus hubungan di sekitar Lipis.
Antara kampung yang terlibat daripada hasil pemantauan paras air yang terus naik berlaku di Kampung Binjai, menyebabkan penduduk kampung itu menggunakan bot untuk keluar membeli barang keperluan di bandar.
Jalan masuk ke Kg Binjai digenangi air menyebabkan penduduk kampung tersebut terputus hubungan.-Foto APM
Manakala, di Kampung Lubuk Kulit, Kg Beletik dan Kg Sungai Padi menunjukan penurunan paras air sungai dan laluan utama sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di kawasan banjir yang terputus hubungan dan tiada berlaku kemalangan jiwa serta tiada pusat pemindahan dibuka.
Agensi terlibat, Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, polis, bomba, penghulu dan jawatankuasa kesejahteraan dan kemakmuran kampung terbabit.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PKD KLANG SEDANG USAHA CARI DAN PINDAH CAC DI SERI ANDALAS KE TEMPAT SESUAI
KLANG: Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang menilai tahap pengidap positif Covid-19 yang diadakan di Dewan Sukan Klang, Taman Seri Andalas menjadi kebimbangan penduduk berdekatan berjaya diselesaikan, semalam.
Tindakan segera Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, menghubungi Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kanan).
Beliau bersama Pengerusi Surau An- Naim dan Persatuan Penduduk Seri Mersing, Taman Seri Andalas dan beberapa orang pegawai hadir ke PKD Klang untuk mendapatkan penjelasan dan menyampaikan kegusaran penduduk melalui memorandum bantahan kepada pihak PKD Klang berkenaan isu itu, pagi semalam..
“Penularan melalui laman sosial terdapat rungutan orang ramai khususnya penduduk Taman Seri Andalas yang bimbang akan dijangkiti wabak itu memandangkan begitu ramai orang yang telah dijangkiti wabak itu berbaris panjang sehingga ke jalan raya untuk mendapat penilaian ujian.
“Alhamdulillah, PKD bersetuju untuk menyemak semula dan cadangan memindahkan ke lokasi lain bagi CAC berkenaan tetapi memohon diberi sedikit masa untuk mencari lokasi yang sesuai,” katanya melalui Facebooknya.
Katanya, PKD akan melakukan tindakan segera dengan mengadakan perbincangan bersama ‘task force’ melibatkan semua agensi berkaitan dan penambahbaikan dari segi keadaan lalu lintas dengan kerjasama pihak polis dan MPK.
“Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi pesakit yang akan hadir ke CAC, menyediakan lokasi tempat letak kereta yang sesuai untuk pesakit serta menyediakan plan laluan sesuai bagi membolehkan Surau dibuka dan tidak menggangu penduduk sekitar.
“Semoga perbincangan ini memberi kebaikan kepada kita semua, semoga ianya dapat membantu mengurangkan dan seterusnya menghapuskan Covid 19 di dalam Daerah Klang ini,” katanya.
Katanya, seterusnya turut membantu dan menyokong barisan hadapan (Frontliners) yang terus menerus bertarung nyawa, tenaga dan masa bagi memastikan keselamatan kita semua.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN,12 JULAI – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang melaporkan sebanyak tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Raub dibuka dan menempatkan 214 orang daripada 56 keluarga.
37 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di sekolah Kebangsaan Ulu Sungai dan 16 orang daripada lima keluarga di Masjid Kampung Kuala Semantan.
Sementara di SK Kundang Patah (113 orang,29 keluarga) ; Balairaya Kampung Sengkela (lima orang,satu keluarga); Dewan Serbaguna Kampung Pia (32 orang,10 keluarga) ; Balairaya Kampung Gesing (enam orang satu keluarga) manakala Dewan Orang Ramai Kampung Chenua menempatkan lima orang sekeluarga.
Sebelum itu, Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Raub berjaya menyelamatkan tiga termasuk seorang lelaki menghidap strok yang terperangkap di dalam rumah akibat bencana banjir yang berlaku di daerah itu.
Ketua Balai Bomba dan penyelamat Raub,Khairul Anuar Yaacob dalam satu laporan menyatakan, kesemua mereka terperangkap di dalam rumah selepas air banjir naik sehingga paras satu meter di kawasan berhampiran masjid Kampung Gali kira-kira 11.58 pagi tadi.
Katanya, pasukan bomba membuat operasi menyelamat menggunakan tali dan Peranti Pengapungan Peribadi (PFD) yang dipakaikan kepada mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BOMBA BERJAYA PINDAHKAN TIGA ORANG TERMASUK PENGIDAP STROK AKIBAT BANJIR KILAT
RAUB: Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Raub berjaya menyelamatkan dan memindahkan tiga termasuk seorang lelaki menghidap strok yang terperangkap di dalam rumah akibat bencana banjir yang berlaku di Raub, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Khairul Anuar Yaacob berkata kesemua mereka yang terperangkap di dalam rumah selepas air banjir kilat mendadak naik sehingga paras semeter di kawasan berhampiran masjid Kampung Gali, pada jam 11.58 pagi tadi.
“Pasukan bomba membuat operasi menyelamat menggunakan tali dan Peranti Pengapungan Peribadi (PFD) yang dipakaikan kepada mangsa. katanya kenyataan media.
Anggota bomba memindahkan mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat.-Foto Bomba
“Sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan 189 orang daripada 49 keluarga mangsa banjir kilat,” katanya melalui kenyataan media.
PPS yang sedang beroperasi dan dibuka di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai menempatkan 37 mangsa daripada 9 keluarga, di Masjid Jamek Semantan Ulu sebanyak 16 mangsa (5 keluarga) dan di SK Kudang Patah seramai 113 mangsa daripada 29 keluarga.
Manakala, mangsa turut ditempatkan di Balairaya Kg Sengkela 5 mangsa daripada 1 keluarga), Dewan Serbaguna Kg Pia 12 orang, 4 keluarga; dan Balairaya Kg Gesing seramai 6 mangsa daripada 1 keluarga.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang mengeluarkan makluman tersebut yang dikemaskinikan pada jam 3.45 petang, hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!