KUALA LUMPUR: Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.
Terbaharu, Ebit turut turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Menerusi hantarannya di Facebook hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, RayaAirways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.
“Doakan ya… risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah.
“Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal (perubatan) ke Sabah,” katanya.
Katanya, sumbangan disalurkan berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.
“Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.
“Doakan ya… insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat,” katanya.
Hantaran Ebit itu mendapat pujian warganet dengan kebanyakannya menzahirkan penghargaan terima kasih kerana bertindak pantas membantu mereka yang memerlukan ketika berdepan kesukaran pandemik ini.
EBIT menghantar sumbangan ke Sabah hari ini. FOTO Facebook Ebit Lew
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGKARA PAIP PECAH, 30,550 AKAUN PENGGUNA TERJEJAS
KUANTAN: Sejumlah 30,550 akaun pengguna Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di sekitar daerah ini, berdepan masalah gangguan bekalan air sejak jam 11 pagi tadi.
Pihak PAIP dalam kenyataannya berkata, gangguan bekalan air tidak berjadual itu berpunca daripada kerja penyelenggaraan paip pecah di kawasan Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang.
”Ini adalah gangguan tidak berjadual berikutan paip saiz 1300mm pecah… pihak kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini menjelang tengah malam nanti,” katanya.
Antara kawasan yang terbabit dalam gangguan bekalan air ialah Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, termasuk Permatang Badak, Kampung Pandan, seluruh Perkampungan Sungai Isap dan Taman Bukit Rangin.
Gambar Hiasan
Selain itu, turut berdepan masalah gangguan bekalan air di sepanjang Jalan Kuantan-Gambang, termasuk Taman Sepakat, Tanah Putih, Kampung Razali Batu 3, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Kampung SC, KUIPSAS, Kampung Air Hitam, Sri Damai, Jaya Gading , Taman Guru, Kampung Teluk Mahang, Taman Tas, Taman Tas Ria, Kampung Lubuk Puyu dan kawasan sekitar.
“Gangguan turut berlaku di Taman Inderapura, seluruh Perkampungan Indera Sempurna, Kampung Seri Melati, Kampung Batu Putih, Kampung Soi, Kampung Kempadang, Kampung Pahang, Taman Berjaya Permai, Kampung Sepat, Kampung Pak Mahat, Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Peramu, Anak Air, Sungai Belat, Air Hitam, Kampung Penor, Penjara Penor, Kampung Semangat, Ubai, Cheruk Paloh serta kawasan berhampiran,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PAIP di talian 09-573 9999.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seorang peguam hari ini, memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.
Saman itu difailkan Syed Iskandar Syed Jaafar di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan R Kengadharan & Co dengan menamakan kerajaan sebagai defendan.
Syed Iskandar Syed Jaafar
Melalui saman pemula itu, plaintif antara lain menuntut untuk menentukan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.
Plaintif juga menuntut untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.
Plaintif turut menuntut relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah tanpa sebarang perintah kos.
Pada Ahad lalu, Al-Sultan Abdullah memaklumkan tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman COVID-19.
Baginda berpendapat kerajaan sekarang berjaya menangani wabak itu dengan baik dan berkesan.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Seorang wanita kerugian RM45,000 selepas ditipu bomoh dengan menyerahkan barang perhiasan emas kepada suspek, kononnya untuk tujuan perubatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata mangsa bekerja sebagai kerani berusia 44 tahun itu sudah berkahwin dan menetap di Padang Sanai, Kuala Nerang.
Beliau berkata, kejadian berlaku pada hujung Januari lalu, apabila suspek yang juga saudara rapat mangsa memberitahunya, terdapat makhlukhalus jatuh di atas bumbung rumahnya pada Januari 2020.
“Suspek iaitu lelaki berusia 50 tahun itu kemudian memberitahu, barang perhiasan emas yang ada dalam rumah mangsa akan mendatangkan mudarat.
“Suspek meminta mangsa mengeluarkan semua barang perhiasan emas milik mangsa dan disebabkan percaya, mangsa menyerahkan kesemua barang perhiasan emas itu kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Elias berkata, barang perhiasan emas itu kemudian dibalut dengan kain putih dan disimpan dalam almari baju di dalam bilik mangsa dan tidak sesiapa dibenarkan menyentuh kain itu kecuali suspek.
Beliau berkata, seminggu kemudian suspek datang semula ke rumah mangsa dan meluru masuk ke dalam bilik untuk memeriksa balutan kain putih yang disimpan dalam almari baju mangsa tanpa dilihat sesiapa.
“Suspek kemudian menyerahkan tiga cincin emas kepada mangsa dan menyatakan cincin itu boleh dipakai semula.
“Namun pada 8 September lalu, mangsa mendapat tahu daripada orang kampung yang pernah menggunakan khidmat bomoh itu bahawa dia penipu dan modus operandinya mengambil barang perhiasan emas,” katanya.
Elias berkata, mangsa kemudian membuka balutan kain putih yang disimpan dalam almari dan mendapati barangan perhiasan emas mangsa sudah diganti dengan rantai emas disyaki palsu.
Beliau berkata, berikutan itu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Padang Sanai di Padang Terap pada 25 Oktober lalu.
“Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
“Selain itu, terdapat empat laporan lain membabitkan modus operandi dan suspek yang sama dibuat di Padang Sanai pada 25 Oktober lalu,” katanya.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ada tak di sini ciri-ciri suami yang ‘takut bini’? Mungkin tidak ramai tapi masih ada. Perkara ini boleh dibuat bahan jenaka tetapi jika terlalu dikawal oleh isteri, mungkin suami tidak selesa.
Tugas suami adalah membimbing keluarga kalau suami turut kata isteri, macam mana? Setiap pasangan ada tangunggjawab masing-masing, jadi jangan ketatkan pergerakan pasangan. Baca ciri-ciri ‘takut bini’ mana tahu ada salah satu yang terkena.
Jarang Keluar
Tiada istilah ‘lepak’ bersama kawan-kawan. Untuk elak si isteri membebel dan fikir bukan-bukan, suami sanggup korbankan masa untuk bersama kawan. Kalau keluar pun nanti isteri sentiasa telefon dan menghantar pesanan. Sama juga dengan hal-hal pekerjaan, suami akan elak dari terkena ‘outstation’. Kalau ada kerja yang tidak dapat dielakkan, mungkin isteri pun ikut sekali.
Perbelanjaan
Pengeluaran duit akan terkawal walaupun duit sendiri! Sememangnya perbelanjaan keluarga perlu dikongsi untuk bajet akan datang tetapi keperluan diri sendiri juga perlu dibeli. Kesian suami, nak beli barang peribadi pun kena tanya isteri.
Berkongsi Media Sosial
Zaman sekarang dengan akaun media sosial pun boleh bergaduh. Bukan tidak boleh ada akaun media sosial tapi kepercayaan terhadap pasangan kurang lebih-lebih lagi yang sudah ada peristiwa hitam. Sama ada berkongsi media sosial atau memberitahu kata laluan masing-masing terasa lebih selamat. Betul ke?
Spot Check Handphone
Rasanya ramai yang mengalami masalah ini. Si isteri akan periksa ‘handphone’ suami untuk pastikan suami tiada rahsia yang disimpan. Ada isteri yang periksa secara mengejut, ada juga yang akan periksa hari-hari! Notifikasi yang mencurigakan akan disoal siasat sehingga puas hati. Haa, nasib badanlah.
Dilarang Handphone Mati
Kehabisan bateri dan tiada ‘line’ sangat menakutkan. Kalau kehabisan bateri boleh cas dengan ‘powerbank’ tapi kalau suami ke kawasan yang tiada ‘line’ takut pula pasangan akan telefon atau menghantar mesej. Kalau berlaku salah satu, sampai rumah nanti tidur luarlah nampaknya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BUKIT MERTAJAM: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah memeras ugut seorang pegawai polis di Pulau Pinang tiga tahun lalu.
Tertuduh, Rommy Ma’i’aruf, 41, berpakaian kemeja biru laut kelihatan tenang ketika Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhi hukuman itu.
Sri Pracha Nanthini menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan bapa kepada tiga anak itu dipenjara 24 bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.
Pada 30 November 2017, Rommy mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memeras ugut seorang pegawai polis yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram di Seberang Perai Tengah.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazri Abdul Rahim dan Yusaini Amer Abdul Karim manakala tertuduh diwakili Peguam, Piyara Singh.
Rommy yang juga Penolong Penguasa SPRM yang bertugas di Unit Risikan SPRM Putrajaya (Zon Utara) ditahan polis di sebuah restoran dekat Machang Bubuk di sini, pada 9 Jun 2017.
Gambar Hiasan
Dia ditahan selepas didapati melakukan perbuatan memeras ugut ke atas Inspektor Ahmad Hasbi Mohd Fauzi, 35, di perkarangan stesen minyak Petronas Seberang Jaya, jam 9.30 malam, sehari sebelum perbuatannya terbongkar.
Tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong mangsa yang bertugas sebagai Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) menyerahkan wang tunai RM3,000 sebulan bagi menjaga mangsa yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram daripada ditangkap SPRM.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Dua pasang batu nisan makam lama nyaris musnah dihempap pohon sena yang berusia 145 tahun yang hanya terletak kira-kira lima meter dari pangkal pohon itu di tanah perkuburan lama di Bukit Hangus, Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini, baru-baru ini.
Makam Engku Khatib dibaluti kain kuning dan makan Dayang Siti Khatijah di hadapan terselamat daripada dihempap pohon sena baru-baru ini .
Pohon sebesar kira-kira 3 pemeluk itu tumbang ketika hujan lebat dan disusuli angin kencang pada 18 Oktober lalu disedari penduduk kampong keesukan harinya dan terkejut dengan kejadian pohon tersebut yang terbungkas sehingga pangkal akar tetapi tidak memusnahkan dua pasang batu nisan yang terletak bersebelahan.
Ahli Jawatankuasa Sejarah Malaysia Cawangan Pahang, Wan Johari Wan Mahmud
Ahli Jawatankuasa Sejarah Malaysia Cawangan Pahang, Wan Johari Wan Mahmud (54) , berkata makan tersebut milik Engku Khatib Tun Abdullah adalah seorang penyebar syiar Islam dan juga pembesar di kawasan Ulu Tembeling yang dibernama Wan Endut dan kemudian diberi gelaran Engku Khatib Tun Abdullah.
“Allahyarham yang lahir pada tahun 1795 adalah dianggap ulama di kawasan sepanjang pesisir sungai Tembeling semasa hayatnya serta berperanan sebagai orang besar kawasan ini .
“Kemangkatan Engku Khatib pada tahun 1875, Almarhum Sultan Ahmad 1 menitahkan seorang Syed menanam pokok sena di makam Engku Khatib sebagai tanda makam seorang yang dihormati di kawasan ulu,” katanya.
Pohon sena sebelum dikemaskan merentangi makam tersebut
Wan Johari yang juga seorang penyelaras dan pengumpul salasilah Keturunan Wan Berengku Pahang berkata, pohon sena turut ditanam di makam Almarhum Ketapi dan cucu cicitnya di Kampung Ketapi, Chebong dan masih ada sehingga sekarang.
Waris terdekat, Che Wan Ahmad Wan Hamzah, berkata sepasang nisan milik Engku Khatib, nisan setinggi kira-kira 60 sentimeter (sm) dan berdiameter kira-kira 20 sm pasti musnah terkena dahan besar pokok yang tumbang.
Waris terdekat, Che Wan Ahmad Wan Hamzah
“Berlaku keajaiban kerana sepasang nisan lagi yang terletak bersebelahan adalah milik Siti Khatijah iaitu menantu Engku Khatib yang berasal dari Brunei yang berkahwin dengan Wan Ahmad Engku Khatib juga turut terselamat dalam kejadian ini.
“Nisan makam ulama itu yang dibaluti kain kuning masih tegak berdiri dicelah-celah dahan pokok sena yang tumbang… Kami bersyukur kerana Allah memelihara nisan berkenaan,” katanya.
Beliau juga berharap pihak berkaitan menaik taraf kawasan perkuburan itu sebagai tempat bersejarah seperti makan Pahlawan Melayu terkenal Pahang, Mat Kilau di Kampung Kedondong, Pulau Tawar.
Batu nisan lama di makam milik Allahyarham Engku Khatib
Penduduk Kampung Bantal, Japran Ali, 63 tahun berkata setelah mengetahui kejadian pohon sena tumbang di tanah perkuburan itu, dia dan beberapa orang penduduk pergi untuk melihat keadaan kejadian tersebut.
Penduduk Kampung Bantal, Japran Ali
“Kalau ikut akal, pastinya dua pasang batu nisan itu akan musnah dihempap pohon besar tetapi kejadian itu berlaku sebaliknya dan kawasan berdekatan dalam “petak” makam itu turut terselamat seolah-olah tidak berlaku apa-apa selain tidak mengalami kecacatan pun.
“ Kami mengambil keputusan melakukan kerja gotong royong membersihkan tanah perkuburan dengan menggunakan empat gergaji berantai dan kerja pembersihan selesai hampir menjelang tengah hari,” katanya ketika ditemui di kawasan perkuburan itu semalam.
Japrun (kiri sekali) bersama penduduk kampung yang membersihkan kawasan makan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung semalam menjadi tumpuan kerana dijangka memutuskan calon timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat itu tidak menyebut mengenai jawatan timbalan perdana menteri, sementara pemimpin lain kunci mulut ketika ditemui oleh media malam tadi.
Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi
Kedudukan nombor dua dalam kerajaan persekutuan dikatakan sebagai salah satu tuntutan UMNO untuk terus bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).
Ketika dihubungi, sumber parti yang menghadiri mesyuarat itu mengatakan bahawa mereka telah membincangkan mengenai calon untuk mengisi jawatan itu tetapi tiada keputusan dibuat.
Sumber bagaimanapun tidak memberitahu nama dicadangkan bagi mengisi jawatan itu.
Semalam seorang ahli MT UMNO memberitahu Malaysiakini dengan syarat tidak mahu disebutkan namanya bahawa tiga nama yang mungkin diketengahkan ialah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan; Naib Presiden, Ismail Sabri Yaakob, dan Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin menafikan terlibat dalam sebarang langkah meletakkan dirinya sebagai pesaing.
Bagaimanapun, salah satu sumber menyifatkan penafian Hishammuddin itu merugikan dirinya sendiri.
“Hishammuddin dah kena checkmate… dia sendiri menafikan berminat dan akan patuh keputusan parti. Jadi dia defensif. Ini menyukarkan Muhyiddin untuk melantik orang lain yang bukan dalam hirarki (kepimpinan) UMNO,” kata sumber itu.
Sementara itu, Malaysiakini juga difahamkan bahawa sebilangan ahli MT UMNO mendesak agar Zahid menjadi calon timbalan perdana menteri.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PAGOH: Sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.
“Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.
“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di SMK Bukit Pasir, hari ini.
“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Suspek utama kes pengubahan wang haram, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, ditahan reman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Tindakan menahan Alvin, 32, di bawah POCA dibuat selepas tempoh tahanan reman ke atasnya selama tiga hari sebelum ini tamat pada hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata selepas diberkas di sebuah pusat peranginan di Pahang, pada awal pagi Selasa lalu, Alvin ditahan reman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Permohonan reman POCA akan dimohon di Mahkamah Kuala Lumpur esok, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kegiatan dan aktiviti yang dijalankan Alvin.
“Siasatan selanjutnya akan dijalankan sepanjang tempoh POCA dikenakan ke atasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Alvin dikesan sering bersembunyi dari satu ke satu lokasi lain selepas melarikan diri dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu.
Suspek dikesan bersembunyi di sebuah residensi sebuah pusat peranginan di Pahang, bersama seorang wanita warga China dipercayai teman wanitanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, sebelum ini berkata Alvin disyaki adalah koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China ditahan selepas pihaknya menjalankan risikan bagi mengesannya sejak 12 Oktober lalu.
Alvin ditahan pada jam 1.20 pagi, Selasa lalu bersama wanita warga asing dipercayai kekasihnya oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di luar Lembah Klang.
BH Online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!