KUALA LUMPUR: Dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah, malam tadi.
Kedua-dua anggota polis berpangkat sarjan dan koperal itu ditahan dalam satu operasi di sekitar Sandakan, Sabah, kira-kira jam 10 malam tadi.
Sumber berkata, kedua-dua suspek dikatakan meminta rasuah bernilai RM5,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dua individu kerana memiliki barangan terlarang.
“Suspek dikatakan meminta suapan itu supaya kedua-dua mangsa tidak dikenakan tindakan atas kesalahan bersubahat memiliki barangan terlarang terbabit, Isnin lalu,” katanya kepada BH di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, selain menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGUNJUNG, PELANGGAN DIKOMPAUN MANAKALA GRO DICEKUP
SERDANG: Seramai 36 pengunjung dan seorang pekerja di tiga pusat hiburan di Jalan Puteri, Puchong dekat sini, malam tadi dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menerusi Ops Noda bermula jam 10 malam itu, serbuan dilakukan 15 anggota dan lima pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata pihaknya turut menahan 18 wanita warga Vietnam dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) dan tujuh pekerja lelaki Myanmar serta Bangladesh di pusat hiburan terbabit.
“Semua individu dikompaun dan ditahan itu berusia antara 25 hingga 55 tahun. Operasi berjalan lancar. Saya juga sempat menemubual beberapa pelanggan yang dikompaun.
“Tiada sebarang pertengkaran berlaku. Mereka akur dan terima denda yang dikenakan.
“Kita harap perkara ini tidak berulang,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan, di sini, lewat malam tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39b dan 55B Akta Imigresen 1959/63 selain Perkara 3 dan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).
Mengulas lanjut, Razali berkata, pihaknya akan mengadakan operasi pematuhan PKPB di Serdang, dari semasa ke semasa bagi mengawal penularan COVID-19.
“Tujuan operasi adalah untuk mendidik masyarakat betapa pentingnya pematuhan arahan PKPB bagi memutuskan rantaian COVID-19 daripada berleluasa dalam kalangan masyarakat.
“Jika masih terdapat kesalahan, maka kita akan keluarkan kompaun,” katanya.
Sumber: BHOnline
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GELONGSORAN TANAH SELEPAS HUJAN LEBAT DI EI SALVADOR
NEJAPA: Sembilan maut, manakala 35 hilang dalam kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat di El Salvador berhampiran San Salvador pada Jumaat, kata pihak berkuasa.
“Ini adalah satu tragedi,” kata Menteri Dalam Negeri, El Salvador, Mario Duran, yang memaklumkan sembilan mayat ditemui di laluan gelongsoran lumpur yang sejauh empat kilometer (km).
Katanya, hujan lebat pada waktu malam menyebabkan 133 milimeter air terkumpul hingga mencetuskan tanah runtuh yang merempuh 135 rumah, menyebabkan 35 individu masih hilang.
Kira-kira 300 anggota bomba, polis dan tentera dikerah dalam misi mencari dan menyelamat, kata Kementerian Dalam Negeri.
“Pasukan penyelamat kami melakukan pencarian di kawasan seluas empat km,” kata Duran.
Menteri Pertahanan, Rene Francis Merino, berkata sepasukan anjing pengesan tentera turut dikerahkan ke lokasi kejadian.
Air, lumpur dan sisa runtuhan besar turut merempuh lebuh raya utama yang menghubungkan San Salvador dengan utara negara itu, sehinggalah ke gaung yang merentasi Nejapa, bandar yang dihuni 30,000 penduduk.
Bencana itu memusnahkan puluhan rumah di Nejapa yang terletak kira-kira 15 km di utara San Salvador, dan meragut sekurang-kurangnya dua nyawa di situ, kata pihak berkuasa.
Datuk Bandar, Adolfo Barrios, berkata tragedi itu sewajarnya mencetuskan penelitian terperinci terhadap keseluruhan model pembangunan yang digunakan di negara itu.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMBINAAN perahu atau bot kajang yang suatu ketika dahulu digunakan bagi pengangkutan dari Kuala Tembeling ke kawasan pesisir Sungai Tembeling, Kuala Tahan sehingga ke Hulu Tembeling untuk membawa penumpang dan barangan mulai pupus.
Hiasan :Perahu ditolak sekiranya paras air sungai cetek
Sejak jalan raya dari bandar Jerantut ke Kuala Tahan siap sepenuhnya pada tahun 2000, laluan sungai kurang digunakan untuk membawa pelancong, orang ramai dan barangan turut menjejaskan pembuatan perahu kajang.
Salah seorang pembuat perahu kajang di Kampung Bantal, Japran Ali, 63 tahun berkata sejak jalan raya siap dibina, dia tidak membuat perahu lagi kerana permintaan yang sangat sedikit.
Japran Ali, tidak membina perahu sejak 2013
“Saya dan beberapa tukang di kawasan Ulu Tembeling tidak membuat perahu sejak 2013 kerana pada masa ini bot gentian kaca atau fibre banyak digunakan, malah bot kayu yang masih ada disalut dengan gentian kaca untuk memanjang usia bot tersebut.
“Kalau dahulu saya boleh membina hampir 20 buah bot setahun, bot sepanjang kira-kira 35 kaki dan dijual pada harga sekarang dianggarkan RM4,500, tapi kini saya membuat kerja kampong sahaja,”katanya.
Hiasan : Antara bot kajang bersaiz pendek dianggarkan 28 hingga 31 kaki (8 meter sehingga 9 meter)
Katanya, dia tidak menolak pembangunan jalan raya dan semua orang kampong di situ memang mahukan jalan raya tetapi seharusnya pembinaan bot boleh dijadikan satu seni kemahiran yang tidak boleh dilupakan.
“Rugi… generasi muda tidak tahu membina perahu kayu tradisonal, kalau boleh satu badan atau agensi kerajaan mengadakan latihan kemahiran membina perahu di mana-mana pusat latihan kemahiran,” katanya.
Japrun berkata, pembinaan perahu kajang mengambil masa 3 minggu siap sepenuhnya dengan menggunakan 2 orang tenaga kerja
“Bermula mencari kayu dan mengetam kayu atau papan, membina dan seterusnya menggunakan gam damar untuk melekatkan antara jaluran papan sebagai menggelakkan air masuk.
“Jenis kayu juga memainkan peranan, antaranya kayu meranti perawan, besul , cenggal dan merbau dan kalau boleh dapatkan kayu yang sudah tua kerana ketahanannya lama,” katanya.
Japran, kayu juga memainkan peranan dalam pembinaan perahu
Katanya, kayu merbau atau nama saintifiknya Intsia Pelembanica merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia dan negara-negara Asean.
“Kayu merbau ini, tahan lasak, keras dan berkualiti tinggi dan mampu menangani kelembapan dan tidak mudah lapuk serta boleh dijadikan sebagai perahu dan bahan asas kepada bangunan.
“Kayu ini termasuk dalam golongan kayu berat pada kadar air 15 peratus dan mempunyai penyusutan yang sangat rendah sehinggakan ianya tidak akan cacat apabila dikeringkan,” katanya.
Hiasan : Perahu kajang yang sangat diperlukan suatu ketika dahulu sebagai pergangkutan air
Katanya, diharapkan pihak berkaitan pelancongan boleh mengadakan satu sudut di Kuala Tahan dan pelancong mudah datang serta boleh melihat cara membina bot tradisional tempatan sebagai satu produk pelancongan selain boleh diperkenalkan kepada generasi muda.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PASUKAN PENYELAMAT GUNA JENTERA BERAT GALI RUNTUHAN BANGUNAN CARI MANGSA
BAYRAKLI: Penyelamat terpaksa menggali runtuhan konkrit yang berat menggunakan tangan pada Jumaat dalam usaha mencari individu terselamat dalam kejadian gempa bumi yang memusnahkan bangunan di Greece dan Turki serta meragut sekurang-kurangnya 22 nyawa.
Gempa bumi mencetuskan tsunami kecil di pulau Samos di Laut Aegean dan gelombang laut menukarkan jalan raya menjadi umpama sungai di sebuah bandar di pantai barat Turki.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berkekuatan 7.0 itu melanda di kawasan 14 kilometer dari bandar Karlovasi yang terletak di Samos, Greece.
Gempa bumi yang boleh dirasai di Istanbul dan Athens itu, turut membuka ruang diplomasi buat kedua-dua negara itu, dengan Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis membuat panggilan yang jarang dilakukan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk menyatakan ucapan takziah dan sokongan.
Kebanyakan kemusnahan itu berlaku di sekitar bandar peranginan Izmir di Turki yang memiliki tiga juta penduduk dan dipenuhi blok pangsapuri yang tinggi.
Sisa runtuhan pangsapuri, termasuk alat mainan, bantal dan peralatan lain bertaburan di jalan raya, di mana individu terselamat berpelukan sambil menangis, dan tidak mampu berkata-kata kerana masih dalam keadaan terkejut.
Rakaman video dari udara menunjukkan blok di seluruh bandar itu musnah.
“Saya sangkakan, bila ia (gempa) akan berakhir? Saya rasakan seperti 10 minit, seolah-olah ia tidak akan berakhir.
“Saya sangat bimbang namun bukan berkenaan diri saya, tetapi keselamatan keluarga, iaitu isteri dan anak saya yang berusia empat tahun,” kata penghantar barang berusia 32 tahun, Gokhan Kan.
Datuk Bandar Izmir, Tunc Soyer memberitahu CNNTurk bahawa 20 bangunan musnah, dengan pasukan penyelamat memfokuskan usaha menyelamat mereka di 17 daripada 20 lokasi runtuhan itu.
Agensi bantuan bencana Turki melaporkan 20 kematian dan lebih 800 individu cedera, manakala Greece merekodkan dua remaja yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah maut di Samos apabila bangunan runtuh menimpa mereka.
Kemusnahan teruk dialami ketika ini mungkin menyaksikan jumlah kematian meningkat. Sebuah hospital di Izmir membawa keluar pesakit yang masih berada di atas katil ke jalan raya sebagai langkah berjaga-jaga.
Jabatan Hal Ehwal Agama Turki membuka masjid untuk menempatkan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana berkenaan.
Sumber: AFP
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BINTULU: Orang ramai yang sedang menjala udang dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang tersangkut pada bahagian bawah sebuah tongkang di Sungai Kemena, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili, berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu menerima panggilan berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 2.30 petang lalu.
Katanya, sampai di lokasi kejadian, pasukan polis mendapati terdapat mayat seorang lelaki tersangkut pada bahagian bawah sebuah tongkang di sungai berkenaan.
“Polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Pasukan Polis Marin Bintulu untuk mengangkat mayat dari sungai.
“Ketika ditemui, mayat lelaki itu mulai reput. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
“Hasil pemeriksaan tidak menemui kecederaan pada tubuh mangsa. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya kepada media hari ini.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.
Zulkipli turut meminta orang awam yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi Balai Polis Bintulu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat berkenaan.
Sumber : Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MEMBABITKAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH DALAM ZON MERAH
KUALA LUMPUR: Sebanyak 376 institusi pendidikan dalam zon merah di sekitar daerah Johor Bahru ditutup bermula Ahad ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).
Menerusi kenyataan kepada media hari ini, KPM berkata, institusi yang ditutup itu melibatkan sekolah rendah dan menengah yang berdaftar dengan kementerian.
Gambar Hiasan
“Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan dimuat naik di portal www.moe.gov.my dan melalui platform media sosial rasmi KPM,” katanya.
KPM berkata, sekolah dan institusi yang mempunyai asrama juga ditutup dan ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama untuk pulang.
Bagaimanapun, mereka yang menunggu untuk diambil ibu bapa serta yang mahu terus kekal berada di asrama sekolah berkenaan sepanjang penutupan ini akan berada di bawah penjagaan warden asrama.
“Keperluan makan dan minum mereka akan disediakan pihak institusi terbabit,” katanya.
KPM memaklumkan, pelajar yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti dijadualkan sepanjang penutupan perlu mendapatkan surat daripada sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan itu.
Katanya, sepanjang penutupan itu, pentadbir sekolah dan institusi diarahkan untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, melalui manual yang boleh dimuat turun di portal rasmi KPM.
“KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara dan akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Sebarang makluman lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber: Malaysiapost
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Hanya 106 bekas pesakit Covid-19 berdaftar dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) berbanding 275 yang diperlukan bagi membantu kajian mengenai tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit Covid-19 di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati antibodi pesakit yang sudah pulih merosot dan hanya bertahan selama tiga bulan.
“Kajian ini pernah dilaksanakan di Sungai Lui dan kita dapati selepas tiga bulan antibodi bekas pesakit berkurang antara 18 hingga 20 peratus.
“Sekarang ini kita perlukan lebih ramai lagi bekas pesakit yang telah pulih untuk melaksanakan satu kajian bermakna dan ditafsirkan dengan baik,” katanya dalam sidang media harian hari ini.
Menurutnya, pihaknya memerlukan 275 individu yang dijangkiti dan pulih sepenuhnya.
“Setakat ini baru ada 106 individu berdaftar dalam kajian ini, malah kita juga akan melakukan rawatan susulan kepada mereka untuk lihat perkembangan terkini.
“Disebabkan itu kita menggalakkan mereka untuk menyertai kajian ini supaya kita dapat lihat antibodi dalam badan itu sama ada berkekalan atau tidak,” katanya.
Katanya, kajian itu amat penting berikutan banyak persoalan yang memerlukan jawapan diperlukan KKM mengenai pandemik baharu itu.
“Kita banyak persoalan (mengenai Covid-19) dan kajian ini yang akan berikan kita jawapan,” katanya.
Sumber : METRO
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Sabah terus menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan COVID-19 apabila sebanyak 466 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam daripada 799 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara.
Kes jangkitan terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes dilaporkan, 170 kes dikesan di Lembah Klang.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.
Terbaharu, Ebit turut turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Menerusi hantarannya di Facebook hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, RayaAirways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.
“Doakan ya… risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah.
“Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal (perubatan) ke Sabah,” katanya.
Katanya, sumbangan disalurkan berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.
“Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.
“Doakan ya… insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat,” katanya.
Hantaran Ebit itu mendapat pujian warganet dengan kebanyakannya menzahirkan penghargaan terima kasih kerana bertindak pantas membantu mereka yang memerlukan ketika berdepan kesukaran pandemik ini.
EBIT menghantar sumbangan ke Sabah hari ini. FOTO Facebook Ebit Lew
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!