KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghantar 10 tan bantuan keperluan asas ke Sabah hari ini.
Ebit Lew dalam perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, berkata beliau risau dengan keadaan di Sabah selepas menerima banyak mesej meminta bantuan.
“Saya menghantar tiga lori Elewsmart dari gudang Elewsmart semalam terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
“Risau ramai mengadu lapar yang memerlukan bantuan makanan asas.
“Sayu malam-malam bila baca tentang sebahagian orang Sabah.
“Ramai sangat mesej saya.Baca berita rasa sedih.
“Saya turut bekerjasama dengan pesawat My Jet Xpress Airlines yang akan menghantar bantuan keperluan asas itu ke Kota Kinabalu,” katanya.
Katanya, beliau bersyukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express dan terharu dengan layanan baik Pengerusinya, Mohamed Yunos dan Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Hisham.
“Doakan Sabah ya. Doakan seluruh Malaysia. Doakan seluruh dunia. Jangan ada satu orang pun lapar dan tiada makan minum. Ini ujian untuk kita semua,” tulisnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuantan, hari ini, atas pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam telefon bimbit, Rabu lalu.
Pengakuan Mohd Irwan Ramli, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu direkodkan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut laporan Bernama, tertuduh didakwa memiliki empat salinan video itu yang disimpan dalam iPhone 7 Plus miliknya semasa polis membuat pemeriksaan di jalan berhampiran Lorong Sekilau 58 di sini pada jam 7.20 petang, 4 November lalu.
Gambar Hiasan
Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, peguam Muhamad Saifuldin Ab Rahman merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM12,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan atas alasan tertuduh memperoleh pendapatan bulanan RM1,100 yang turut digunakan untuk menanggung ibu bapa yang uzur.
Siti Aminah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh melapor diri di balai polis setiap bulan serta menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abd Ghani.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
4,000 PENDUDUK 14 KAMPUNG DAPAT JALAN BERNILAI RM11.67 JUTA
CAMERON HIGHLANDS: Penantian seramai empat ribu penduduk di 14 buah kampong di Pos Betau, Kampung Semoi Lama hingga ke Pos Lenjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai bakal menikmati kemudahan jalan raya berturap yang dijangka siap pada 2022.
Jalan sepanjang 15.4 kilometer bernilai RM11.67 juta itu dijangka siap pada April 2022 di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi ‘Projek Membina Jalan Kampung Orang Asli’ dari Pos Betau ke Pos Lenjang yang melibatkan pembinaan 3 buah jambatan, sebuah jambatan diganti baharu dan dua buah lagi diperbaiki.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan jalan itu bakal memberi banyak kemudahan kepada semua pihak khususnya guru dan petugas kesihatan yang tidak dapat keluar atau masuk ke kampung-kampung di situ terutamanya sewaktu musim tengkujuh.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan jalan itu bakal memberi banyak kemudahan
“Selama ini mereka menggunakan jalan balak dan tiada jalan perhubungan yang baik untuk menghubungkan kampung-kampung Orang Asli di Pos Lenjang dengan jalan utama serta menyukarkan penduduk untuk mendapatkan kemudahan kesihatan di klinik kesihatan terdekat iaitu Klinik Kesihatan Pos Betau.
“Selain itu murid sekolah turut sukar berulang alik ke sekolah setiap hari kecuali yang tinggal di asrama,” beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pelaksanaan Projek JKR Jalan Pos Betau ke Pos Lenjang di Perkarangan Surau Pos Betau, pagi ini.
Katanya, projek pembinaan jalan ini telah diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 29 Ogos 2016, tetapi tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi dan memerlukan perubahan kepada perlaksanaan projek tersebut.
“Selain itu, projek ini ditangguhkan berikutan perubahan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum ke-14 dan pada 22 Januari 2019, Kementerian Kewangan telah bersetuju supaya projek ini diteruskan dengan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan sebelum ini.
Hiasan : Jalan ke Pos Lenjang
“Saya berharap dengan adanya kemudahan jalan ini, pelbagai pembangunan dan kemudahan boleh dibawa kepada masyarakat di sini dan turut mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli serta dapat menjana pendapatan daripada hasil pertanian yang mudah dipasarkan,”katanya.
Katanya, kontraktor telah dilantik, tarikh milik tapak telah diperolehi pada 16 Oktober 2020, seterusnya kerja-kerja dimulakan dan menjadikan jalan kampong di Pahang berjumlah keseluruhan sepanjang 8,693.999 km.
Sehingga setakat 21 Oktober 2020, jumlah keseluruhan jalan di Pahang di bawah seliaan JKR sepanjang 15,099.524 km yang terdiri Jalan Persekutuan, sepanjang 3,693.58 km dan Jalan Negeri, sepanjang 2,711.945 km dan tidak termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1) yang di bawah senggaraan Anih Bhd, sepanjang 174 km.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Memiliki video pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam telefon bimbit
KUANTAN :Seorang pekerja am kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam telefon bimbit, Rabu lalu.
Pengakuan itu dibuat Mohd Irwan Ramli, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu direkodkan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Tertuduh didakwa memiliki empat salinan video itu yang disimpan dalam iPhone 7 Plus miliknya semasa polis membuat pemeriksaan di jalan berhampiran Lorong Sekilau 58 di sini pada 7.20 petang, 4 November lalu.
Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan petikan bernama
Pada prosiding itu, peguam Muhamad Saifuldin Ab Rahman merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM12,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan atas alasan tertuduh memperoleh pendapatan bulanan RM1,100 yang turut digunakan untuk menanggung ibu bapa yang uzur.
Siti Aminah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh melapor diri di balai polis setiap bulan serta menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abd Ghani.
Di mahkamah sama, seorang penjaja air, Rahim Mohamad, 47, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap budak lelaki berusia 13 tahun pada 1 tengah hari 25 Oktober lalu di pondok pengawal keselamatan di Jalan Gebeng 1/11 di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat mengikut Seksyen 14(d) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Siti Aminah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi kes pendakwaan selain perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Disember ini untuk tertuduh yang beralamat di Taman Sri Mahkota di sini, melantik peguam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEGAMAT: Polis menahan lapan lelaki warga asing yang bekerja di tapak pembinaan di Taman Kenari, Bukit Siput, bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki Bangladesh pada Selasa lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata mereka diberkas itu terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan seorang warga Myanmar berusia antara 29 hingga 53 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam Selasa lalu, katanya, mangsa berusia 44 tahun maut disyaki akibat digilis tiga kali oleh sebuah kereta.
Beliau berkata, kereta itu disyaki dipandu seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai ‘Amir’ berusia 25 tahun diburu polis.
“Suspek turut disyaki menikam seorang lagi lelaki warga Bangladesh menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian badan mangsa,” katanya pada sidang media disiarkan BH Online.
Ayob Khan berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan memandu sebuah kereta sebelum kenderaan berkenaan ditemui ditinggalkan kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati terdahulu mangsa dikatakan tidak berpuas hati kerana suspek didakwa berbual telefon bimbit dengan suara kuat sehingga mengganggu mereka yang sedang tidur di rumah kongsi.
“Suspek yang berang ditegur kemudian didakwa memanggil beberapa rakan warga Indonesia untuk menyerang kumpulan warga Bangladesh terbabit sehingga tercetus pergaduhan,” katanya.
Beliau berkata, semua tangkapan direman selama lima hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, orang ramai yang ada maklumat berkaitan kes terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Norisyah Abdul Rahim, melalui talian 07-9312222 atau balai polis berhampiran.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAPAH: Polis berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang menjadikan kawasan ladang kelapa sawit sebagai makmal mini di Chenderiang di sini semalam.
Operasi khas dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) itu merampas 37.2 kilogram dadah dan pelbagai aset dengan nilai keseluruhan RM2.12 juta.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, seramai 10 lelaki termasuk seorang warga Myanmar berusia 17 hingga 45 tahun ditahan dalam lima serbuan sekitar Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
PENGARAH JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain
Menurutnya, sindiket terbabit didapati aktif sejak Mei lalu dengan menjadikan kawasan terpencil sebagai lokasi memproses dadah berkenaan bagi mengelak dihidu oleh pihak berkuasa.
“Sindiket ini hanya beroperasi di bawah khemah kanvas biru dengan lima peralatan dapur dalam ladang tersebut. Ketika memasak dadah, suspek akan memakai topeng muka.
“Modus operandi sindiket ini didapati pemprosesan dadah berkenaan dilakukan mengikut permintaan dan diproses di Perak untuk dipasarkan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, yang disiarkan SinarHarian.
Razarudin berkata, kesemua dadah yang dirampas bernilai RM1.6 juta itu boleh dibekalkan kepada 186,000 penagih.
PIHAK polis menunjukkan sebahagian hasil rampasan hasil serbuan
“Kita turut merampas tujuh kenderaan termasuk sebuah motosikal, tiga utas jam tangan mewah berjenama Ferrari Pilota, Seiko Premier dan Titus dan pelbagai barang kemas bernilai RM50,000.
“Polis turut merampas wang tunai campur-campur berjumlah RM115,490 hasil kegiatan tersebut,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ludogorets (BUL) 1 (Keseru 50) Tottenham Hotspur (ENG) 3 (Kane 13, Lucas 33, Lo Celso 62)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Lima buah kedai separuh kekal di Kampung Baru, Benta, di sini musnah dalam kejadian kebakaran,malam tadi.
Kebakaran dilaporkan berlaku melibatkan bangunan dua tingkat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi telah menerima panggilan daripada MERS 999 pada jam 8 malam.
Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gali telah bergegas ke tempat kejadian dengan jarak 20 kilometer dan tiba di lokasi dalam tempoh 18 minit.
“seramai empat pegawai dan 19 anggota serta tiga orang daripada PBS Gali terlibat dalam usaha memadam kebakaran itu.
“Kebakaran dapat dikawal kira-kira 8.46 malam. Bangunan berkeluasan 100 kaki x 60 kaki itu dianggarkan 90 peratus telah musnah,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya,punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEBAKARAN MELIBATKAN TIGA BUAH RUMAH KEDAI DI PEKAN BENTA
Kebakaran di Pekan Benta
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam perjalanan balik ke Kuala Lipis, sempat singgah melawat mangsa kebakaran yang melibatkan tiga buah kedai di Pekan Benta, Kuala Lipis.
Alhamdulillah difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau berterima kasih kepada pihak Bomba, Polis, TNB, dan semua yang terlibat dalam membantu mengawal keadaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA – Polis mengesahkan klip video yang tular kononnya dikaitkan dengan kes penculikan bayi di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini, sejak pagi tadi adalah berpunca daripada perebutan hak menjaga.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata kes terbabit bukan diklasifikasikan sebagai penculikan sebaliknya perebutan anak antara ibu kandung dengan ibu angkat.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
Menerusi video berdurasi 42 saat yang tular itu, kejadian dipercayai berlaku jam 3 petang apabila bayi perempuan berusia lima bulan itu dilarikan seorang lelaki dan wanita.
Difahamkan, ketika kejadian, ibu angkat bayi berkenaan datang ke UTC untuk menguruskan kad pengenalan Mykid bayi berkenaan.
Bagaimanapun, seorang lelaki secara tiba-tiba datang dan merampas bayi berkenaan daripada ibu angkatnya yang sedang hamil sebelum menuju ke tempat letak motosikal.
Ibu kandung bayi berkenaan yang sedang menunggu di motosikal kemudian membonceng motosikal ditunggang lelaki berkenaan bersama anaknya itu.
Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan salah faham antara keluarga angkat dan ibu kandung bayi berkenaan dan kedua mereka dikatakan saling mengenali.