DUA BUAH RUMAH DAN KERETA MUSNAH, RUMAH BERHAMPIRAN BERJAYA DISELAMATKAN
LIPIS: Kejadian kebakaran nyaris meragut nyawa seorang warga emas berusia 74 tahun antara tiga orang yang cedera dalam kejadian kebakaran yang berlaku di dua buah rumah di Kampung Berhama, Merapoh, pada jam 9.45 pagi tadi.
Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Sharulnizam Nasir berkata, terdapat lapan orang yang menghuni rumah tersebut tetapi hanya tiga orang sahaja mengalami kecederaan melecur.
Warga emas itu, Daud Umat, 74 melecur 10 peratus di bahagian kepala, belakang badan dan kaki
Katanya, warga emas itu, Daud Umat, 74 melecur 10 peratus di bahagian kepala, belakang badan dan kaki, Mohd Fadli Mansor, 44 melecur di bahagian tangan manakala Siti Fatimah Daud 38, melecur di bahagian tangan.
Sharulnizam berkata, seorang pegawai dan 18 anggota bomba bomba dari Balai Bomba Kuala Lipis, Gua Musang dan Merapoh bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.
“Semasa sampai di lokasi kebakaran, dua buah rumah dan sebuah kereta telah hampir hangus dan tiada mangsa terperangkap, mujur tiada kemalangan jiwa.
“Pasukan Bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hose 200 kaki, 2 pancutan dan 2 aliran hose reel serta menggunakan air dari tangki pam jentera bomba,” katanya.
Beliau berkata dua buah rumah dan kereta tersebut musnah sepenuhnya dan sebuah rumah berhampiran berjaya diselamatkan dari dijilat api.
Katanya, mangsa warga emas itu berjaya di bawa keluar oleh anak dan menantunya yang turut melecur, mangsa yang melecur dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh oleh orang kampung untuk mendapat rawatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU: Polis menahan reman seorang lelaki berusia 32 tahun kerana disyaki mencabul dua bekas pelajar lelaki di sebuah madrasah.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat memaklumkan siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 377D Kanun Keseksaan berhubung perlakuan kelucahan melampau.
“PDRM Kelantan telah membuat tangkapan ke atas suspek tersebut untuk tindakan lanjut.
“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula 24 Disember ke 26 Disember. Siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya pada satu kenyataan disiarkan MALAYSIAKINI.
Shafien berkata tangkapan tersebut merupakan penahanan semula suspek yang telahpun didakwa di mahkamah atas tuduhan mencabul lelaki lain sebelum ini.
Dalam kes terbaru, katanya, laporan polis di terima di balai polis Kuang Selangor dan Balai Polis Bayan Lepas, IPD Balik Pulau, Pulau Pinang.
Menurut Shafien mangsa pertama melaporkan telah diarahkan oleh suspek untuk tidur bersamanya di dalam bilik di rumah mudir itu pada Mei 2018 kerana mahu menjalankan rawatan terhadap diri mangsa yang kononnya mengalami SAKIT GANGGUAN.
Semasa di dalam bilik tersebut, suspek dituduh telah meminta mangsa membuka seluar dan seterusnya melakukan perlakuan cabul.
Sementara itu, keterangan mangsa kedua pula melaporkan kejadian berlaku pada malam November tahun 2018 di asrama madrasah berkenaan.
Suspek dituduh bertindak memeluk dan memegang kemaluan mangsa seterusnya memaksa mangsa memegang kemaluannya hingga suspek merasa puas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAKSI: KONTRAKTOR GAGAL SIAP PROJEK SEKOLAH SUKAN PERLIS ADA HUBUNGAN KUAT ORANG ATAS
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) diberitahu, kontraktor yang diberi dua kali tempoh lanjutan untuk menyiapkan Sekolah Sukan Malaysia di Bukit Chabang, Padang Besar, Perlis mempunyai HUBUNGAN yang kuat dengan orang begitu berpengaruh dalam kerajaan.
Menurut laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2018, fasa satu projek itu diberikan kepada syarikat Pantas Technologies Sdn Bhd (Pantas Technologies) pada 11 Januari 2013 dan sepatutnya siap pada 1 Ogos 2014.
Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin, melawat tapak projek sakit
Bagaimanapun, kontraktor terbabit diberikan tempoh lanjutan sebanyak 109 hari namun sehingga 14 November 2014 hanya 49 peratus daripada projek tersebut selesai maka kontrak Pantas Technologies kemudiannya ditamatkan, lapor MALAYSIAKINI.
Bagaimanapun, Pantas Technologies mendapat semula projek berkenaan pada 11 Januari 2018, pada 31 Disember 2018, hanya 4.5 peratus saja dapat selesai dan kontrak mereka ditamatkan lagi.
PAC semasa pendengarannya pada 2019 membuktikan Pantas Technologies dipilih Kementerian Kewangan berdasarkan tujuh syarikat dicalonkan sebuah syarikat dikenali sebagai Bumi Jelapang Corporation Sdn Bhd.
Pada masa sama semua 10 syarikat yang disyorkan Kementerian Pendidikan untuk kerja-kerja terbabit pula diketepikan Kementerian Kewangan.
Ketika Dr Madinah Mohamad – selaku mantan ketua setiausaha Kementerian Pendidikan antara 2013 hingga 2016 – memberi keterangan di hadapan PAC pada 11 November 2019, dia menjelaskan kementerian itu sangat mendesak agar projek tersebut disiapkan segera.
Dia kemudian menuntut penjelasan daripada Kementerian Kewangan setelah kontraktor terbabit gagal menyelesaikan projek pada kali pertama, dan diberitahu penamatan kontrak tidak dibuat dengan cara yang betul.
Projek terbengkalai Sekolah Sukan Perlis
“Bagi saya ini seperti helah untuk melengah-lengahkan. Kemudian saya dengar syarikat terbabit ada hubungan dengan seseorang yang ada kedudukan sangat tinggi.
“Sebab itu mereka (Kementerian Kewangan) tidak berani nak mendesak sangat. Mereka cuba tetapi masih tak boleh kerana ini kena diputuskan di peringkat tertinggi,” katanya.
Tambah Madinah lagi dia sentiasa mendesak Kementerian Kewangan untuk memberikan keputusan mengenai projek tersebut sama ada dipersetujui atau sebaliknya.
Katanya di pihak Kementerian Pendidikan mereka memang mahu isu berkenaan diselesaikan segera namun sebaliknya hal itu kelihatan tidak berlaku di pihak Kementerian Kewangan.
“Saya bercakap dengan pegawai-pegawai ini dan mereka kata, susah kerana di sebalik syarikat ini ada link (hubungan) dengan (orang tertentu) yang tertinggi. So, saya tak nak tanya banyak,” katanya.
Akmal Nasir:Link itu ke arah mana? Politik atau pun bukan politik, atau pun pihak mana?
Madinah: Ketika itu saya dimaklumkan – kalau lawyers di sini akan kata – “Tan Sri cakap hearsay.” Akan tetapi itulah yang diberitahu kepada saya… adalah link to the Menteri Kewanganlah.
Ketika Pantas Technologies dianugerahkan kontrak menyiapkan sekolah tersebut – sama ada pada 2014 atau 2018 – menteri kewangan Malaysia ialah Najib Razak.
Untuk rekod selain bertugas sebagai ketua setiausaha, Madinah juga pernah berkhidmat sebagai ketua audit negara mulai 2017.
Selain menjadi menteri kewangan Najib juga berkhidmat sebagai perdana menteri ketika itu.
Sementara itu seorang lagi saksi dalam pendengaran PAC itu ialah Dr Mohd Gazali Abas yang dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Pendidikan pada 2018.
Kata Mohd Gazali, Kementerian Pendidikan membantah keputusan Kementerian Kewangan melantik semula kontraktor yang sama bagi menyelesaikan projek sekolah terbabit.
Katanya tiada penjelasan diberikan kementerian berkenaan di sebalik keputusan mereka melantik Pantas Technologies sekali lagi.
“Dia tidak bagi justifikasi. Dia bagi lantik sama sahaja, arahan sahaja. Dia tidak bagi sebab walaupun kita tanya, dia tidak bagi sebab. Kita berkajang tulis itu kenapa,” katanya.
Ditanya beberapa anggota PAC, Mohd Gazali berkata keputusan Kementerian – yang dibuat mengikut Akta Tatacara Kewangan 1957 – tidak boleh diubah.
“Ia di bawah Akta Tatacara Kewangan. Ada di bawah kuasa Menteri Kewangan. Mengenai perolehanlah, so, dia ada final say (membuat keputusan muktamad,)” katanya.
Mohd Gazali juga berkata pihak Kementerian Pendidikan turut melakukan lawatan ke tapak projek, mengadakan mesyuarat bulanan di situ dan menegur kontraktor.
“Akan tetapi pihak kontraktor ini merasakan – tidak tahulah…” katanya sebelum disampuk orang lain: Kebal.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SERBUAN DALAM BILIK HOTEL MENEMUKAN 8 WANITA WARGA ASING DISYAKI PELACUR
KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah hotel di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini dan menahan lapan wanita warga asing dipercayai terbabit pelacuran, tengah malam tadi.
Dalam serbuan pada jam 12.15 tengah malam itu, polis turut menahan seorang wanita berusia 40 tahun yang juga pengurus hotel serta pembantunya yang juga penjaga premis yang berusia 27 tahun.
Memetik laporan BH ONLINE, serbuan dijalankan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata serbuan dilakukan susulan maklumat diterima berhubung kegiatan pelacuran di hotel terbabit.
“Lapan wanita warga asing iaitu membabitkan lima warga Indonesia, dua Thailand dan seorang warga Cina berusia antara 24 hingga 34 tahun dipercayai bekerja sebagai pelacur ditahan.
“Kita turut merampas dua keping jadual kerja dan catatan pendapatan pelacur, sebuah telefon bimbit, enam bungkus kondom dan 24 keping kondom serta tujuh kad akses bilik hotel,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan, selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
500 MURID DARI 52 BUAH SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021
JERANTUT: Seramai 500 murid dari 52 buah sekolah rendah dan menengah di dalam daerah Jerantut menerima Bantuan Persekolahan Sesi 2021 yang berupa baucer bernilai RM200 seorang sebagai persiapan awal membeli pakaian dan peralatan persekolahan daripada Obsess Cosmestics, di sini , hari ini.
Pengasasnya, Hafizatul Atikah Mohd Fauzi berkata, tahun ini adalah tahun ketiga syarikatnya memberi bantuan persekolahan kepada 500 orang murid, tahun 2018, seramai 200 penerima dan pada 2019 seramai 250 orang murid sekolah rendah dan menengah menerima bantuan.
Hafizatul dan staff Obsess Cosmetics
“Alhamdulillah, rezeki yang kami dapat, kita turut berkongsi bersama dengan murid sekolah di daerah ini sebagai meringankan perbelanjaan awal persekolahan khusus kepada anak-anak golongan B40.
“Pada tahun ini untuk menggelakkan kesesakan serta menjaga prosedur operasi standard (SOP), hanya seorang guru mewakili sekolah masing-masing untuk mengambil baucer yang disediakan, pada tahun sebelum ini, pihaknya mengedarkan bantuan persekolahan di dewan,” katanya kepada media.
Pengarah Urusan, Muhamad Syahmi Mashor berkata, turut berterima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut yang memberi kerjasama untuk mendapatkan senarai penerima yang layak daripada setiap sekolah yang berada di mukim Hulu Tembeling, Tembeling Tengah, Kuala Tembeling, Mukim Pedah, Pulau Tawar, Mukim Teh, Tebing Tinggi, Burau/Kelola dan Mukim Hulu Cheka.
“Baucer tersebut boleh ditebus di sebuah kedai pakaian di bandar ini dan barangan yang bakal dibekalkan seperti baju, tudung, seluar, kasut dan beg sekolah,” katanya.
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gelanggi 3, Umi Kalsum Ali berkata, bantuan awal persekolahan yang disumbangkan kepada murid sekolah oleh Obsess Cosmetics amat bertepatan kerana semasa serangan gejala COVID-19 yang turut memberi kesan kepada orang ramai khususnya keluarga berpendapatan rendah.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gelanggi 3, Umi Kalsum Ali
“Sebagai sebuah syarikat yang berpengkalan di Jerantut, bantuan seperti ini amat dialukan serta bakal menjana semangat kepada murid yang menerimanya agar lebih berusaha dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui selepas menerima baucer tersebut.
Pengasas Obsess Cosmetics, Hafizatul Afiqah Mohd Fauzi menyerahkan replika baucer kepada salah seorang guru yang wakili sekolahnya.
Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin, Zamri Abdullah berkata, seramai 12 orang pelajar sekolahnya yang dipilih adalah daripada keluarga berpendapatan rendah dan sumbangan itu melegakan keluarga penerima tersebut.
Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin, Zamri Abdullah
“Kepada keluarga yang bergantung sepenuhnya daripada hasil getah dan kebetulan di musim tengkujuh, pastinya mereka tidak dapat menoreh getah dan serba sedikit menjejaskan pendapatan harian keluarga, bantuan seperti ini dapat meringankan sedikit perbelanjaan membeli peralatan persekolahan yang bakal dibuka pada 20 Januari depan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW YORK: Seorang pekerja kesihatan di New York mengalami tindak balas alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19 Pfizer, lapor Agensi Berita SPUTNIK.
Menurut majalah NEWSWEEK, memetik pegawai, kes ini yang pertama daripada lebih 30,000 orang yang menerima suntikan vaksin di bandar ini.
Menurut majalah itu petugas tersebut telah dirawat dan berada dalam keadaan stabil.
Tiada maklumat lanjut terkini mengenainya.
“Vaksin mempunyai kesan sampingan dan reaksi alahan, walaupun jarang terjadi, ia biasa berlaku.
“Kami juga tahu bahawa berdasarkan ujian klinikal dan laporan kesan buruk di bidang kuasa lain, reaksi seperti ini jarang terjadi tetapi telah dilaporkan berlaku dengan vaksin Pfizer, ” kata Jabatan Kesihatan dan Kesejahteraan Mental NYC dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEREMBAN: Pesara guru dari Lukut dekat sini, berputih mata apabila kerugian lebih RM1.8 juta, selepas diperdaya sindiket Macau Scam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani, berkata wanita berusia 66 tahun itu pada mulanya dihubungi lelaki pada 28 Oktober lalu yang mendakwa dirinya terbabit kes penipuan dan pengubahan wang haram.
“Lelaki berkenaan memperkenal diri sebagai ‘Sarjan Albert Lai’ dari IPK Kuantan, memberitahu pengadu terbabit dengan kes penipuan dan pengubahan wang haram.
“Pada 31 Oktober, mangsa dihubungi oleh suspek lain yang mendakwa sebagai ‘Inspektor Yong’ dari Bukit Aman dan meminta butiran maklumat akaun simpanan mangsa.
“Individu berkenaan mengarahkan pengadu mengeluarkan semua wang ke dalam akaun simpannya dengan menyatakan bagi tujuan siasatan polis,” katanya di sini, seperti dilaporkan BH ONLINE hari ini.
Beliau berkata, mangsa juga diminta merahsiakan semua perkara itu daripada ahli keluarga, kononnya bagi menjamin keselamatan anak-anaknya.
Disebabkan percaya, katanya, mangsa mengikut segala arahan dan turut menyerahkan sekeping kad pengeluaran wang automatik (ATM) kepada suspek.
“Dalam tempoh antara 6 November sehingga 26 November, mangsa membuat sebanyak 148 transaksi terhadap pelbagai akaun dengan nilai wang keseluruhan RM1,824,714.83,” katanya.
Aibee berkata, mangsa yang menyedari tertipu selepas semua wang miliknya dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenal pasti, membuat laporan polis di Balai Polis Lukut, Port Dickson, semalam.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang pesara wanita di sini ditipu RM87,400 kerana terperdaya sindiket Love Scam yang menyamar sebagai lelaki warganegara Amerika Syarikat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia berusia 60 tahun berkenalan dengan suspek pada Oktober lalu, di laman sosial Facebook.
“Suspek memaklumkan akan berada di Malaysia selama tiga tahun kerana mempunyai projek dengan syarikat minyak di Terengganu.
“Tidak lama kemudian suspek memaklumkan dikuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan mahu meminjam wang daripada mangsa untuk menanggung kos perbelanjaan lapan orang pekerja,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini seperti dilaporkan BH ONLINE.
Katanya, suspek juga mendakwa akan membayar wang itu kembali selepas selesai kuarantin berkenaan.
“Pada 30 November sehingga 18 Disember lalu, mangsa memasukkan wang ke dalam tiga akaun berbeza berjumlah RM87,400 melalui sembilan transaksi.
“Suspek masih meminta memasukkan wang lagi sebanyak RM13,000, namun wanita itu enggan. Mangsa rasa tertipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi pengampunan kepada ahli kongres Republikan yang korup dan pengawal keselamatan yang membunuh 14 orang awam dalam tragedi pembunuhan di Baghdad pada 2007, menimbulkan kecaman dan kemarahan pelbagai pihak.
Keputusan eksekutif yang dilakukan Trump itu itu dilihat sebagai membalas sokongan kuat yang diberikan kepadanya.
Rakyat Iraq meluahkan rasa marah dan sedih apabila Trump memberikan pengampunan kepada empat kontraktor keselamatan Blackwater yang disabitkan dengan pembunuhan beramai-ramai di Nisur Square.
Keempat-empat mereka, yang kesemuanya adalah pegawai AS, melepaskan tembakan terhadap orang awam pada 2007 dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 terbunuh, namun kerajaan Iraq menyatakan seramai 17 terbunuh, manakala berpuluh lagi cedera sekali gus memberi kesan ke atas hubungan AS-Iraq.
Bagaimanapun pemilik Blackwater, Erik Prince yang kini tidak berfungsi adalah penyokong rapat Trump dan abang kepada setiausaha pendidikan pentadbiran Presiden itu, Betsy DeVos.
“Saya tahu, kita tidak akan mendapat keadilan,” kata Fares Saadi, polis yang mengetuai siasatan itu kepada AFO.
Seorang rakan kepada pelajar perubatan yang terbunuh dalam tragedi itu pula menganggap pengampunan itu adalah keterlaluan tetapi ia tidak mengejutkan.
“Setahu kami, darah kami lebih murah berbanding air dan tuntutan kami terhadap keadilan dan kebertanggungjawaban hanyalah sekadar gangguan,” katanya.
Sementara itu, veteran tentera, Mark Hertling, yang pernah berkhidmat di Iraq pula menganggap pengampunan Blackwater itu sebagai ‘mengerikan dan menjijikan’.
“Ia adalah perang dicipta menyebabkan kematian kepada 17 penduduk Iraq. Sangat memalukan Tuan Presiden,” katanya menerusi Twitter.
Selain itu, Trump juga memberikan pengampunan kepada dua lelaki yang terbabit dalam pilihan raya Russia serta tiga bekas ahli kongres yang digelar ‘tiga ahli kongres paling korup dalam sejarah’.
Kelima-lima mereka menyatakan sokongan kuat kepada Trump.
“Mesej yang diberikan Trump pada malam ini adalah jelas, bagaimana teruknya jenayah yang dilakukan, keadilan tidak berlaku sekiranya anda setia dengannya,” kata ‘Citizens for Responsibility and Ethics in Washington’, lapor AFP disiarkan BH ONLINE.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANGKOK: Wabak COVID-19 di Thailand telah menular ke sekurang-kurangnya 22 wilayah di negara itu dengan lebih 1,200 kes dikaitkan dengan pasar makanan laut di wilayah barat daya Samut Sakhon dilaporkan sehingga kini.
Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Sophon Lamsirithaworn, berkata lebih 6,300 saringan COVID-19 dijalankan susulan jangkitan terbaharu di pasar makanan laut berkenaan.
“Hampir satu daripada lima ujian didapati positif COVID-19,” katanya pada sidang media di sini semalam, seperti yang dilaporkan BERNAMA.
Dalam tempoh 24 jam lalu, Dr Sophon berkata sebanyak 65 kes dilaporkan di 22 wilayah di negara itu termasuk 16 kes di Bangkok diikuti Nakhon Pathom (10), Chachoengsai (enam), Samut Prakan dan Saraburi (masing-masing lima) dan Pathum Thani (tiga).
Kes indeks di pasar makanan laut dipercayai seorang penjual udang berusia 67 tahun yang didapati positif COVID-19 minggu lalu. Kebanyakan pesakit tidak bergejala.
Berikutan peningkatan kes, kerajaan Thailand mengenakan sekatan pergerakan dan perintah berkurung pada waktu malam di Samut Sakhon.
Sehingga kini, Thailand merekodkan 5,762 kes COVID-19 dengan 60 kematian. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kes di asrama pekerja asing di Samut Sakhon hari ini.
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan 437 sekolah dan 299 prasekolah serta tadika di dalam kawasan pentadbirannya ditutup selama 12 hari bermula esok sebagai langkah pencegahan COVID-19.
Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha hari ini mengarahkan pihak berkaitan untuk menubuhkan sebuah hospital lapangan dengan 1,000 katil di Samut Sakhon.
Prayuth yang juga Menteri Pertahanan turut mengarahkan pihak berkuasa untuk meningkatkan usaha menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara itu dan meningkatkan rondaan di sempadan negara.
Beliau dijadual mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) esok dan langkah tambahan dalam mengekang penularan wabak itu dijangka diumumkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!