RARA BAKAL BERTUNANG BULAN DEPAN? : DIKHABARKAN BERTEMU JODOH DENGAN PEMUDA UMNO
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Ketari, Young Syefura Othman dikhabarkan bakal mengakhiri zaman janda dengan mengahwini seseorang pemimpin daripada Pemuda UMNO.
Ummi Alfida Ali menerusi hantaran di FACEBOOKnya memaklumkan perkara itu serta mendedah hubungan pasangan berkenaan.
ADUN KETARI, YOUNG SYEFURA OTHMAN (TENGAH) KETIKA SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG, BARU-BARU INI/FACEBOOK
Ummi berkata, beliau tidak sabar untuk menunggu hari pertunangan mereka pada 14 Januari ini dan majlis perkahwinan yang dilaporkan berlangsung Mac depan.
“Kompang dipalu di tahun baru.. moga kekal ke anak cucu.
“Pasangan yang paling letop yang bakal viral selepas Neelofa, YB Rara dan adikku Edrin Furtado ‘the most gorgeous couple’.
“Sama cantik sama padan selamat bercuti dan Selamat tahun Baru.. Tak sabar tunggu hari tunang 14 januari dan reception pada Mac (2021),” katanya dipetik dari MALAYSIAPOST.
Ummi menambah, beliau gembira atas perkhabaran berita tersebut malah akan menaja pelamin mereka.
“Saya nak belanja pelamin nanti.. Saya tumpang gembira untuk awak berdua, ” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KETUKAN MISTERI KINI DI TEMERLOH: PENDUDUK DAKWA NAMPAK LEMBAGA HITAM
TEMERLOH: “nampak kelibat tiga lembaga berbulu hitam berdiri di atas beranda di tingkat atas rumah ini, manakala anak saya, Haikal nampak kelibat tiga lembaga hitam di dalam rumah,” demikian dakwa Sharifah Mazian.
Menurut jirannya, yang juga ahli jawatankuasa Masjid Temerloh Jaya, Syaiful Afenddi Ismail, 44, kejadian ketukan pintu misteri itu diceritakan oleh mangsa baru-baru ini.
Syaiful Afenddi berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Temerloh Jaya sejak 27 Disember lalu.
“Kejadian malam pertama, tuan rumah dakwa mendengar beberapa kali ketukan kuat pada pintu rumah, tetapi tidak membuka kerana pernah mendengar cerita mengenai ketukan pintu misteri itu.
“Keluarga itu ada memanggil ustaz Azmi, seorang pengamal perubatan Islam untuk memulihkan kawasan rumah dan pada malam itu mereka mendengar lebih banyak ketukan misteri.
“Cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal, bersama dua anak lelaki berusia tiga dan 12 tahun serta seorang anak perempuan berusia 18 tahun adalah pada malam ketiga, kerana gangguan semakin hebat dan menyeramkan,” katanya.
Menurut Syaiful Afenddi, pada pukul 9 malam, dia menerima panggilan telefon daripada Sharifah Mazian memaklumkan kejadian ketukan misteri itu.
“Malah dalam telefon pun saya turut mendengar bunyi ketukan kuat itu… saya bergegas ke rumah berkenaan bersama Ustaz Azmi bagi membantu keluarga tersebut.
“Ketika saya serta berapa orang jiran di dalam rumah sambil membaca ayat ayat suci, tiba tiba saya dibaling dengan botol air mineral, dari satu arah tetapi tidak mengena… seolah-olah ‘makhluk’ itu mengamuk.
“Malah semasa ustaz Azmi bersama pembantunya berdua di dalam rumah ketika sedang membuat rawatan, mereka turut terdengar bunyi tapak kaki berjalan menaiki tangga dengan hentakan kuat ke tingkat atas,” katanya.
Syaiful Afenddi berkata, satu laporan polis mengenai kejadian itu sudah dibuat dan berharap misteri berkenaan dapat dirungkai tidak lama lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SOTONG GERGASI HAMPIRI BOT NELAYAN: KEJADIAN MENGGEMPARKAN PENDUDUK TOYAMA BAY
JEPUN: Penduduk gempar apabila mendapati seekor sotong gergasi berwarna merah tiba-tiba muncul di atas permukaan air di sebuah jeti di Toyama Bay di sini, baru-baru ini.
Sebagai rekod, sotong gergasi berkenaan berukuran kira-kira sekitar 13 meter (43 kaki) dan hanya terdapat di laut dalam.
Menurut laporan CNN, sotong pelik itu didakwa berada di bawah bot nelayan dan sekitar lokasi tersebut selama beberapa jam sebelum berlalu pergi.
Seorang penyelam profesional Jepun, Akinobu Kimura berjaya merakam gerak geri sotong tersebut selama beberapa minit.
“Sotong tersebut kelihatan sempurna, ia mengeluarkan dakwat dan cuba membelit saya menggunakan rungutnya,” kata Akinobu.
Akinobu kemudian memandu sotong tersebut ke tengah lautan dan sotong tersebut akhirnya hilang di laut dalam.
Sementara itu, seorang penjaga sebuah akuarium Uozu, Yuki Ikushi memberitahu CNN, terdapat 16 penampakan sotong gergasi pada musim menangkap ikan yang lepas.
“Kita mungkin akan nampak lagi (sotong gergasi) pada musim ini, tapi memang sangat jarang mereka berenang berdekatan dengan bot milik nelayan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERPINDAHAN PERSEMPADANAN MEMBERI MANFAAT DAN KEMUDAHAN PENDUDUK DI KAWASAN TERBABIT
JERANTUT: Perpindahan persempadanan secara harmoni bakal melibatkan kawasan Felda Jengka 8, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 12 dan Jengka 24 termasuk Felda Lepar Utara 3, yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang dan akan diwartakan segera.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata perpindahan sempadan secara harmoni itu bakal memberi manfaat dan kemudahan kepada semua penduduk di kawasan tersebut kerana sebelum ini terdapat banyak birokrasi berlaku ketika berurusan dengan pihak pentadbiran tertentu.
ADUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah
“Kebetulan semua kawasan itu terletak di dalam DUN Pulau Tawar yang turut menyukarkan pihak saya untuk menyusun perancangan dan bantuan, sesiapa sahaja waikl rakyat akan sukar melakukan perancangan tertentu khusus untuk membangunkan kelompok Generasi kedua Felda.
“Ada kawasan itu, pentadbiran pejabat agama di Chenor, pejabat daerah di Maran, pejabat kesihatan di Jengka dan pendidikan di Maran, malah pentadbiran politik pula terletak dalam DUN Pulau Tawar,Jerantut,” katanya di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Di Dewan Tengku Azlan, Pulau Tawar, semalam.
Katanya, penyusunan semula mengikut persempadanan pentadbiran politik semasa akan memberi kemudahan semua pihak dan memudahkan wakil rakyat menyusun pelan strategik pembangunan dan pelbagai perancangan lain.
“MMK telah meluluskannya dan akan diwartakan segera pada 2021 dan perancangan dapat dilakukan dengan segera demi penduduk kawasan itu,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, berharap semua penerima RRP menghargai jasa kerajaan negeri kerana membelanjakan sejumlah RM6.37 juta.
Datuk Nazri (2 dari kiri) semasa penyerahan rumah kepada penerima RRP di Pulau Tawar, semalam
“Kerajaan negeri membina 98 buah rumah di seluruh negeri pada tahun 2020 dan bakal meneruskan projek PPR di tahun 2021 untuk membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa.
“Datuk Menteri Besar sangat mementingkan kebajikan rakyat yang memerlukan rumah, oleh itu kerajaan menyediakan rumah yang selamat dan selesa kepada golongan B40, kerajaan membiayai projek rumah tersebut dan diberikan secara percuma kepada mereka yang layak,” katanya
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PESARA LESAP LEBIH RM300,000: MANGSA DIPERCAYAI DITIPU SINDIKET MACAU SCAM
KUALA TERENGGANU: Seorang pesara yang takut ditangkap polis selepas didakwa terbabit dengan kes pengubahan wang haram terpaksa berputih mata selepas wang simpanan berjumlah lebih RM300,000 lesap ditipu sindiket Macau Scam.
Insiden bermula awal Disember apabila mangsa wanita warga emas berusia 70-an itu menerima panggilan daripada individu yang mendakwa daripada syarikat telekomunikasi dan memberitahu mangsa dikesan ada membuat permohonan lesen judi dalam talian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, mangsa menafikannya sebelum panggilan itu disambungkan kepada anggota polis dikenali Sarjan Mustafar, Inspektor Mazlan dan Inspektor Maria Adriana di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang.
Menurutnya, anggota polis itu memberitahu mangsa adalah orang dikehendaki kerana terbabit dengan kes pengubahan wang haram sebelum diminta memberikan maklumat akaun bank untuk tujuan audit dan siasatan.
“Mangsa kemudian memasukkan semua wang simpanannya dan mencairkan modal pelaburannya dengan pihak bank ke dalam akaun miliknya yang berjumlah lebih RM300,000.
“Selepas itu, mangsa menyedari berlaku 28 kali transaksi pindahan wang ke dalam tujuh akaun berbeza tidak dikenali berjumlah lebih RM300,000.
“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada Selasa,” katanya ketika dihubungi SINAR HARIAN pada Khamis.
Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam pada itu, Zambri berkata, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sekiranya menerima panggilan telefon yang mengaku daripada pihak penguat kuasa atau mana-mana agensi.
“Mangsa kemudian memasukkan semua wang simpanannya dan mencairkan modal pelaburannya dengan pihak bank ke dalam akaun miliknya yang berjumlah lebih RM300,000,” – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud
“Sekiranya menerima panggilan sebegini, buatlah semakan terlebih dahulu dan jangan sesekali memberikan maklumat perbankan internet kepada mana mana pihak yang tidak dikenali,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PADAH TIPU PINJAMAN TIDAK WUJUD: 7 SUSPEK DITAHAN POLIS
KOTA KINABALU : Lima lelaki dan dua wanita yang terbabit dalam aktiviti penipuan pinjaman tidak wujud menerusi Facebook (FB) berjaya ditahan polis, kelmarin.
Semua tujuh individu berusia 20 hingga 50-an itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi membantu siasatan membabitkan kerugian RM48,769.74.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semua tujuh individu berkenaan adalah pemilik akaun yang terbabit secara langsung dengan kes penipuan menerusi FB.
Katanya, hasil siasatan mendapati, modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah mengenakan syarat kepada mangsa untuk menyerahkan kad ATM dan butiran akaun bank untuk mendapatkan pinjaman.
“Sindiket akan mengarahkan mangsa supaya mengirimkan kad ATM dan butiran akaun ke alamat diberikan menggunakan perkhidmatan kurier.
“Dalam kes ini, salah seorang suspek yang ditahan turut mengaku dijanjikan komisen bagi mendapatkan pemilik akaun lain untuk dijadikan sebagai akaun transit jenayah penipuan,” katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Habibi berkata, pihaknya percaya penangkapan tujuh individu itu berjaya menyelesaikan empat kes yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Habibi berkata, sepanjang tahun ini, IPD Kota Kinabalu menerima sebanyak 346 laporan kes penipuan siber membabitkan kerugian RM12.34 juta sepanjang tahun ini.
Katanya, hasil kecekapan polis dalam menjalankan siasatan, IPD Kota Kinabalu berjaya menahan seramai 88 individu dan semuanya sudah dihadapkan ke Mahkamah.
“Antara kes yang terbabit adalah 78 kes penipuan pembelian online membabitkan kerugian RM652,246.27 dan 121 kertas siasatan kes Macau Scam membabitkan kerugian RM4.73 juta.
“Selain itu, polis turut menerima 49 laporan kes parcel scam membabitkan kerugian RM5.40 juta serta 98 kes pinjaman tidak wujud membabitkan kerugian RM1.181 juta,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Sehubungan itu, Habibi menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati terutamanya ketika menggunakan kemudahan media sosial bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Sementara itu, menurutnya, kes jenayah indeks di Kota Kinabalu menunjukkan penurunan sebanyak 18.68 peratus.
“Kadar jenayah indeks di IPD Kota Kinabalu dalam tempoh Januari hingga semalam sebanyak 1,001 kes berbanding 2019 sebanyak 1,231 kes. Penurunan jenayah sebanyak 230 kes iaitu bersamaan 18.68 peratus.
“Kejayaan ini adalah hasil usaha keras semua bahagian IPD Kota Kinabalu dalam pencegahan jenayah dengan dibantu oleh masyarakat di daerah ini dalam pencegahan jenayah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA : Masyarakat diharap tidak tersalah anggap dan menunding jari mengatakan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersikap lepas tangan dalam menangani isu daging import.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu penting kerana ia membabitkan umat Islam.
Katanya, beliau ada menerima beberapa tangkap layar laporan media selain terdapat segelintir pihak mempersoalkan kenyataan dikeluarkan pihaknya sebelum ini membabitkan isu berkenaan.
“Ada pihak mendakwa seolah-olah saya lepas tangan dan tidak serius dalam menangani masalah ini.
“Kenyataan itu adalah asas kepada dua pilihan yang dikemukakan sebagai jawapan pertanyaan wartawan ketika sidang media diadakan,” katanya menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter hari ini seperti dilaporkan Harian Metro.
Zulkifli berkata, kenyataan beliau semalam bagi menjawab pertanyaan wartawan berhubung pandangan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang menyarankan untuk mengelak makan daging import.
Katanya, beliau amat menghormati pandangan Zamri kerana itu juga antara pilihan yang tersedia untuk umat Islam.
Pada masa sama, katanya, beliau perlu mengingatkan yang umat Islam di negara ini ada banyak pembekal daging import dalam kalangan Bumiputera Muslim yang juga pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah, tidak seperti isu daging haram baru-baru ini.
Zulkifli berkata, umat Islam boleh membuat semakan terhadap status pihak terbabit melalui di laman halal.gov.my.
“Justeru, dengan meraikan pandangan sahabat saya Timbalan Mufti Perak, jua suara pembekal daging import dalam kalangan bumiputera Muslim yang tidak terlibat dalam hal ini, itulah pilihan yang saya kemukakan.
“Saya yakin kita semua bersetuju bahawa pembekal daging import dalam kalangan bumiputera Muslim yang tidak bersalah, tidak wajar terpalit sama dalam isu ini,” katanya.
Zulkifli juga menyentuh sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ‘Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu’.
“Saya amat berharap kenyataan ini tidak disalahanggap sebagai saya bersikap lepas tangan terhadap isu yang penting bagi umat Islam ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
22 MAUT LAPANGAN TERBANG DIBOM: LEBIH 50 MANGSA CEDERA
ADEN: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam tiga letupan menggegarkan lapangan terbang di bandar pelabuhan Aden, Yaman semalam sejurus selepas anggota kabinet baru kerajaan tiba di ibu kota itu.
Dianggarkan 50 yang lain cedera, lapor AGENSI ANADOLU (AA) memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Yaman.
Antara yang terkorban orang awam, pekerja lapangan terbang dan pegawai yang hadir menyambut ketibaan anggota Kabinet itu.
SERANGAN BOM ITU DILAPORKAN BERLAKU KETIKA ORANG RAMAI BERKUMPUL DI LAPANGAN TERBANG ADEN, YEMEN UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN AHLI KABINET/ARABNEWS
Anggota kabinet dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Memetik laporan AFP, seorang sumber keselamatan berkata letupan itu menyasarkan ruang VIP di lapangan terbang, yang berada di bawah kawalan pasukan Majlis Peralihan Selatan (STC).
Perdana Menteri Yaman Maeen Abdulmalik Saeed, mengesahkan dalam akaun Twitternya ‘pegawai kerajaan berada di Aden dan semua dalam keadaan baik.’
“Tindakan pengganas yang pengecut menyasarkan lapangan terbang Aden adalah sebahagian perang yang dilancarkan terhadap negara Yaman dan pegawai kita.
“Perbuatan itu hanya akan menguatkan lagi azam kita untuk melaksanakan tugas sehingga berakhirnya rampasan kuasa (yang dilakukan Houthi pada 2014) dan memulihkan semula negara,” kata perdana menteri.
Sementara itu, Menteri Penerangan Moammar Al-Eryani menuduh puak Houthi melakukan serangan itu.
“Serangan dilakukan Houthi yang disokong Iran di lapangan terbang Aden tidak akan menghalang kita untuk melaksanakan tugas demi negara,” kata menteri itu di Twitter.
Bagaimanapun, Houthi dalam satu kenyataan menafikan tuduhan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HADIAH ISTIMEWA TAHUN BAHARU: WARGA EMAS TERIMA KUNCI RRP
KUANTAN: Seorang warga emas menerima hadiah tahun baharu paling bermakna apabila kerja pembinaan projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) siap sepenuhnya lebih awal dari tempoh ditetapkan dan menerima kunci rumah berkenaan petang semalam.
Ngah Ismail, 87, yang hidup bersendirian sejak kira-kira 30 tahun lalu di Kampung Beserah Pantai, dekat sini, kini boleh menjalani kehidupan lebih selesa di rumah berkenaan, hasil inisiatif kerajaan Pahang yang memperkenalkan program RRP bagi rakyat negeri ini yang layak.
Beliau yang tidak pernah mendirikan rumah tangga dan sebelum ini bekerja sebagai nelayan, menerima bantuan bulanan daripada agensi berkaitan bagi menampung keperluan hariannya.
ADUN BESERAH, ANDANSURA RABU (KIRI) BERSAMA PENERIMA PROGRAM RUMAH RAKYAT PAHANG (RRP) NGAH ISMAIL (TENGAH) KETIKA PENYERAHAN KUNCI DI KAMPUNG BESERAH PANTAI, DEKAT KUANTAN
“Saya memang bersyukur sangat apabila dipilih menerima RRP memandangkan keadaan rumah sebelum ini sudah sangat uzur… kayu lantai pun sudah reput dan memang menunggu masa untuk runtuh.
“Jadi, apabila dimaklumkan oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu mengenai perkara ini (terpilih menerima RRP), saya sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pahang,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan kunci RRP oleh Andansura dan wakil kerajaan negeri.
Sementara itu, Andansura berkata, kawasan dewan undangan negeri (DUN) Beserah menerima tiga projek RRP sepanjang tahun ini dan dua daripadanya sudah siap dan diserahkan kepada penerima, manakala satu lagi dijangka dapat disiapkan awal tahun depan.
“Inisiatif RRP ini diperkenalkan bagi membantu mereka berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa.
“Nilai bagi setiap unit RRP adalah RM65,000 dan ditanggung sepenuhnya kerajaan Pahang dengan syarat utama ialah penerima memiliki tanah sendiri.
“Dalam kawasan DUN Beserah kita ada tiga program RRP di Kampung Beserah Pantai, Kampung Cherating dan Kampung Alor Batu, dekat Jabor,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU: PERHILITAN Semenanjung Malaysia menerima laporan kehilangan seekor Harimau Malaya dan seekor Harimau Kumbang yang merupakan khazanah berharga yang bernilai RM500,000.
Menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas 10 bahagian hidupan liar disyaki gading gajah, dua bangkai hidupan liar disyaki seekor Harimau Malaya dan seekor Harimau Kumbang dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah premis di daerah Tanah Merah, Kelantan.
Laporan Jabatan PERHILITAN, Operasi itu melibatkan sembilan belas anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah.
Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai permit dan kebenaran bagi menyimpan barang kes tersebut.
Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Suspek telah dibawa ke IPD Tanah Merah manakala kesemua barang kes dibawa ke IPK Kelantan sebelum diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Daerah Jeli untuk tindakan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!