ANGGOTA BOMBA DALAM OPERASI PENYELAMAT MENINGGAL DUNIA
MELAKA: Seorang anggota bomba meninggal dunia dalam kejadian lemas ketika cuba menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di sini, petang semalam.
Anggota bomba itu, PKB11 (KUP) Mohd Diya Che Jusoh meninggal dunia di Jabatan Trauma, Hospital Melaka pada jam 3.11 pagi, hari ini.
Mangsa diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Melaka dalam kejadian lemas di Melaka, semalam
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, PPjB Abu Bakar Katain berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, anggota itu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah diselamatkan oleh rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Kira-kira 20 orang cuba menyelamatkan mangsa termasuk anggota bomba lain seramai tujuh hingga lapan orang, situasi cemas itu berlaku kira-kira 15 minit,” katanya.
Anggota tersebut dikejarkan ke Hospital Melaka dan dalam keadaannya tidak sedar.
Sementara itu, beberapa kawasan di sekitar Ayer Keroh dan Jasin di sini dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang semalam.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG – Lima termasuk empat wanita warga Indonesia terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam longkang sedalam hampir satu meter di hadapan sebuah hospital swasta di Persiaran Rajawali, Bandar Baru Klang malam tadi.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.51 malam.
Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati kesemua mangsa berusia 40an menaiki kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki tempatan.
“Tiga wanita berjaya menyelamatkan diri dan beredar dari lokasi kejadian sebelum bomba tiba kira-kira 13 minit kemudian, lapor kosmo online
“Dua lagi individu iaitu pemandu dan seorang penumpang berada dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Norazam, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini menggunakan ambulans dan kenderaan orang awam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
YAN – Beberapa kawasan di daerah Yan dilanda banjir selepas hujan lebat berpanjangan sejak pukul 4.30 petang tadi.
Difahamkan, rumah di lebih 10 buah kampung terletak di sini terutama di kawasan kaki Gunung Jerai dan sepanjang Sungai Yan dinaiki air sehingga satu meter mulai pukul 6 petang.
Antara kampung terlibat ialah Kampung Seberang Pekan Yan, Kampung Acheh, Kampung Lubok Boi dan Kampung Telok Mat Acheh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, air mula memasuki rumah penduduk pada petang tadi selepas hujan lebat selama lebih dua jam, lapor kosmo online
“Sebaik menerima laporan, kita menggerakkan anggota untuk memantau keadaan dan melakukan usaha menyelamat.
“Banyak rumah penduduk terutamanya yang terletak berdekatan Sungai Yan dimasuki air sehingga mencecah satu meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan air pasang besar turut menyebabkan pertembungan air laut dan kejadian hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir.
L
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Laluan Lumut ,Seri Iskandar dinaiki air banjir kilat
PARIT- Limpahan air menuruni bukit ekoran hujan lebat menyebabkan laluan Lebuhraya Ipoh Lumut berhadapan Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang di sini dinaiki air kira-kira dua meter.
Kejadian menyebabkan laluan menghala ke Lumut tidak boleh dilalui kenderaan hingga berlaku kesesakan lalulintas lebih dua kilometer (km).
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, hujan lebat mengakibatkan banjir kilat hingga air dari kawasan perumahan di atas bukit berhampiran melimpah ke jalan.
Menurut beliau, hanya laluan ke Lumut dipenuhi air manakala laluan menghala ke Seri Iskandar masih boleh dilalui kenderaan dan anggota polis telah diarah mengawal lalu lintas.
“Kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang di hadapan RPA Changkat Sodang arah Lumut dan laluan ke Seri Iskandar tidak terlibat.
“Arah ke Seri Iskandar dijadikan dua arah iaitu laluan kontra serta ada anggota trafik mengawal lalu lintas,” katanya ketika dihubungi di sini,lapor kosmo online
Bagaimana pun katanya, kenderaan sudah mula bergerak selepas laluan dua arah dibuka dan lalu lintas terkawal setakat ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Klang banjir kilat, penduduk dipindahkan, kenderaan terkandas
Klang: Banjir kilat di daerah ini sejak beberapa jam lalu mengakibatkan beberapa kawasan penempatan penduduk dinaiki air dan kenderaan terkandas.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, kejadian banjir kilat akibat limpahan air sungai susulan hujan lebat di Jalan Mohd Yamin, di sini, menyebabkan 15 rumah dinaiki air.
“Bomba menerima panggilan 5.28 petang dan dilaporkan kedalaman banjir dianggarkan 1.8 meter, membabitkan 15 rumah di Jalan Mohd Yamin. “Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Banting menyelamatkan 31 penduduk yang terjejas sehingga 7.32 malam.
“Mangsa membabitkan 10 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan dan dua warga emas perempuan.
“Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Norazam berkata, pihaknya juga menerima panggilan pada 5.14 petang membabitkan kejadian banjir kilat di kawasan berhampiran pusat beli-belah di Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang, lapor HM online
“Anggota BBP Sungai Pinang ke lokasi kejadian dan mendapati banjir kilat ini membabitkan jalan di Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang menghala ke Kuala Lumpur.
“Kedalaman air dianggarkan 1.2 meter dan terdapat lima kenderaan terkandas dalam banjir kilat itu,” katanya.
Sementara itu, pasukan BBP Kota Raja pula bergegas ke Taman Melawis, di sini, sejurus menerima panggilan 5.16 petang. “Kedalaman banjir pada 0.3 meter membabitkan 20 rumah dan tiada pemindahan mangsa.
“Hasil pemantauan pihak bomba di lokasi mendapati keadaan air semakin surut dan keadaan terkawal,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Temerloh – seekor beruang yang sesat dari tempat persembunyiannya di lihat mundar mandir di kuarters hospital Temerloh.
Tular di media sosial rakaman video yg berdurasi 15 saat ,kelihatan rakaman itu beruang hitam menjadi panik yang tidak tahu haluannya
Sebuah rakaman suara yang dikirim oleh penduduk disitu bahawa beruang itu telah berada di kawasan kampung itu sejak dari pagi dan telah memasuki kawasan kuarters hospital temerloh.
Usaha menangkap beruang masih dijalankan dan menunggu pihak PERHILITAN.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGGOTA BOMBA TERSELAMAT DARIPADA LEMAS DALAM MISI PENYELAMAT
MELAKA: Seorang anggota bomba nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah berkenaan diselamatkan oleh rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Anggota bomba yang nyaris lemas diberi bantuan kecemasan awal dan dikejarkan ke hospital.-Foto Media Sosial
“Kira-kira 20 orang turun cuba selamatkan mangsa termasuk anggota bomba lain seramai tujuh hingga lapan orang,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Putat di sini hari ini.
Beberapa kawasan di sekitar Ayer Keroh dan Jasin di sini dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang tadi.
Tambah Md. Yusof lagi, situasi cemas tersebut berlaku dalam tempoh kira-kira 15 minit, sebelum anggota berkenaan dibawa naik ke atas dengan selamat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka ketika dihubungi memberitahu, anggota tersebut dalam keadaan selamat, namun belum sedarkan diri.UTUSAN ONLINE Video / gambar media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG: Hujan lebat berterusan bermula kira-kira pada jam 12.30 tengah hari tadi dan hujan masih turun sehingga sekarang mengakibatkan banjir kilat berlaku di sini, hari ini.
Pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) memaklumkan , di bandar Klang air naik mendadak sedalam 1.10 meter, Sungai Kapar Besar sedalam 1.32 meter, Jalan Kebun (1.08 meter), Kampung Delek (0.83 meter), Selat Muara (0.81 m), Kg Rantau Panjang (0.91 m) dan Tugu Keris sedalam 1.02 meter.
Turut ditenggelam air, Kg Jawa sedalam 0.91 meter, Pandamaran (1.18 m), SMK Raja Lumu (1.26 m) dan Taman Sentosa ditenggelami air sedalam 1.10 meter.
Jurucakap Pegawai Daerah Klang, Bahagian Khidmat Pengurusan memohon orang ramai dikehendaki bersedia untuk pembukaan pusat pemindahan banjir jika terdapat keperluan dan diminta memberi input terkini untuk penyelarasan tindakan di Peringkat Daerah dan bersiap siaga untuk segala kemungkinan. –SAHIH.
Foto- Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Malaysia bakal memasuki fasa endemik Covid-19 pada hujung bulan Oktober ini.
Fasa endemik akan bermula sekiranya 80 peratus orang dewasa lengkap mendapatkan dos vaksin.
Apakah Maksud Endemik?
Endemik membawa maksud penyakit atau wabak yang sentiasa ada di satu kawasan, daerah atau lebih besar adalah sebuah negara.
Sebagai contoh, penyakit malaria yang pernah menyerang benua Afrika secara berleluasa adalah antara endemik yang melibatkan seluruh dunia.
Negara yang terlibat dengan penyakit malaria ini adalah Republik Congo, Madagascar dan Peru.
Ini bermakna fasa endemik bukanlah bermaksud virus sudah tamat tetapi kita sebagai penduduk terpaksa hidup dengan virus ini.
Kita perlu berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada sepanjang fasa endemik ini.
Apakah perkara yang perlu kita mengambil berat untuk persediaan menghadapi fasa endemik Covid-19?
Jangkitan Akan Berlaku
Disebabkan kita akan hidup bersama virus Covid-19 ini, wabak ini akan sentiasa ada dalam udara dan di mana-mana.
Jangkitan wabak Covid-19 akan tetap berlaku cuma jika bernasib baik, pesakit akan sihat seperti sedia kala atau akan berlaku kematian akibat jangkitan yang teruk.
Jika setiap orang sudah lengkap divaksin, besar kemungkinan kadar jakitan dan kadar kematian adalah rendah.
Antibodi Meningkat Daripada Jangkitan Virus
Sedar tidak sedar, mungkin ada antara kita pernah dijangkiti virus ini tanpa ada simptom.
Mungkin sekadar demam biasa, atau mungkin disahkan positif Covid-19 tetapi disebabkan ada varian dalam badan yang menyebabkan antibodi kuat, maka jangkitan tidak melarat.
Sistem pertahanan dalam tubuh badan kuat, tidak semestinya individu tersebut tidak dijangkiti tetapi sistem badan bergerak sebagai satu sistem menyebabkan badan terselamat kecuali individu tersebut mempunyai penyakit kronik.
Kes Akan Meningkat Jika Tidak Mengamalkan SOP
Walaupun negara memasuki fasa endemik, Prosedur Operasi Standard (SOP) wajib dipatuhi di mana anda berada.
Jaga jarak dengan orang ramai, memakai pelitup muka, basuh tangan guna sabun dan pastikan pakai cecair pembasmi kuman sentiasa.
Fasa endemik bukanlah ‘lesen’ orang ramai untuk tidak mengamalkan SOP kerana masih ada jangkitan virus boleh berlaku.
Tingkatkan Sistem Daya Tahan Badan Dan Amalkan Gaya Hidup Sihat
Sistem badan individu yang menentukan seseorang tersebut boleh bertahan atau tidak sekiranya dijangkiti virus Covid-19.
Antibodi adalah sebahagian kecil daripada sistem pertahan badan yang boleh turun dan naik.
Selepas dicucuk vaksin, antibodi secara automatik akan naik dan menahan tubuh daripada virus menjadi lebih teruk.
Selain daripada mengambil vaksin, pastikan pengambilan makanan adalah betul, tidur yang cukup, kawal tekanan dan lakukan aktiviti fizikal yang mampu kekalkan kesihatan badan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGGOTA POLIS DONG MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA
BENTONG: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 16, Jalan Bentong menghala ke Raub berdekatan persimpangan Felda Luruh Bilut pada jam 12.10 tengah hari, semalam.
Anggota polis itu, Kopral Arisham Azahari, berusia 37 tahun yang bertugas di Balai Polis Dong, Raub dalam perjalanan menghala ke Bentong telah cuba memotong kenderaan yang sesak dan melanggar sebuah motosikal di hadapannya.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh di laluan bertentangan dan dilanggar sebuah bas dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pihak polis memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
“Warga PDRM dan seluruh warga Ibupejabat Polis Bentong dan Raub menzahirkan salam takziah kepada keluarga mangsa,” katanya
Manakala, anggota polis yang maut itu meninggalkan seorang balu yang bertugas di Klinik Pergigian Raub.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!