Serah surat SST bagi projek Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara
KUALA LUMPUR – Kementerian kerja raya (kkr) hari ini menyerahkan lima surat setuju terima tender (sst) kepada kontraktor berjaya termasuk bagi project pembinaan pusat kawalan penyakit negara (ncdc).
Menteri kanan kerja raya , datuk seri fadil lah yusof, berkata projek ncdc itu akan dilaksanakan syarikat nepturis sdn bhd dan permata rebana sdn bhd dengan nilai kontrak sebanyak rm284 juta.
Katanya , tempoh kontrak bagi projek itu adalah selama 196 minggu di atas lot 34671, lengkuk teknologi , kawasan perindustrian enstek , nilai, negeri sembilan.
datuk seri fadillah yusof / menteri kerja raya
Perkhidmatan utama makmal diagnostik dan pengesahan analitik bertaraf tinggi yang lebih selamat dan teratur. Penubuhan ncdc ini juga berupaya menjadi pusat rujukan bagi negara jiran serantau serta asia pasifik
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan surat setuju terima tender (sst) dan penyerahan projek siap di bawah pelaksanaan kkr dan jabatan kerja raya (jkr) pada khamis.
Turut hadir , menteri kesihatan , khairy jamaluddin .
Selain ncdc, penyerahan sst membabitkan projek menaik taraf jalan muar-tangkak : jalan pintas dari kolej matrikulasi ke kawasan perindustrian tangkak, johor dan projek membina jalan penghubung antara kampung guntur ke langkap, kuala pilah, negeri sembilan.
Dua lagi sst ialah projek pembinaan tapak simulasi bencana bagi pasukan mencari dan menyelamat khas malaysia di pulau meranti , selangor serta projek pembinaan sekolah baharu 24 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di sekolah menengah kebangsaan gong nangka , terengganu.
Bagi penyerahan projek siap pula , ia membabitkan projek menaik taraf jalan persekutuan ft45 sungai buloh ke assam jawa di kuala selangor.
Dalam pada itu , beliau mengingatkan semua kontraktor yang menerima sst supaya mematuhi tempoh kontrak ditetapkan dan memastikan pembinaan dibuat dengan baik serta berkualiti.
Sehingga kini sebanyak 81 sst sudah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya dan bakinya dalam proses untuk dikeluarkan oleh jabatan kerja raya (jkr).- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Timbul spekulasi mengatakan dun sarawak dibubar.
Menteri kanan kerja raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sarawak masih dalam darurat. Tak mungkin akan ada pilihan raya.
Datuk Seri Fadillah Yusof
Jelasnya ,kalau tak org goyang pokok pasal sarawak masih dalam darurat, darurat mcm mana nak buat pilihan raya
Laporan media yang berpangkalan di sarawak , borneo post memetik sumber yang mengatakan pembubaran itu adalah “Sangat berkemungkinan “.
Sumber yang di petik laporan itu juga mendakwa bahawa pengundian kemungkinan diadakan pada 27 november dengan penamaan calon pada 13 november.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BATU GAJAH – Bantuan pasukan bomba diminta bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Air Papan, Tanjung Tualang dekat sini.
Mangsa yang berumur 85 tahun dipercayai hilang kira-kira pukul 9 pagi semalam sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada polis bagi membantu mencari mangsa pada pukul 11.30 tengah hari tadi.
Menurut jurucakap itu, operasi mencari dijalankan melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dibantu beberapa agensi penyelamat lain.
“Maklumat daripada pihak polis terdapat seorang lelaki Melayu warga emas didapati hilang semalam di sekitar kebun kelapa sawit di belakang rumah mangsa pada pukul 9 pagi semalam.
“Operasi pencarian dilakukan di kawasan sekitar kebun kelapa sawit itu diketuai komander operasi bomba, PPgB Mohd. Norshah Shahri,” ujar jurucakap tersebut.
Sehingga petang kawasan pencarian diluaskan pada jarak radius enam kilometer melibatkan 34 orang anggota pelbagai agensi dibantu penduduk kampung, lapor kosmo online
Operasi pencarian bagaimana pun ditangguhkan pada pukul 6 petang tadi dan disambung esok.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar ‘terputus’
Rembau: Susulan hujan lebat berterusan lebih tiga jam selain limpahan air sungai, Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar, di sini, runtuh menyebabkan pengguna terputus hubungan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mohamad Najib Mustafa berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) menerima aduan jalan raya yang terputus dua itu pada 4 petang tadi.
Katanya, mereka bergegas ke lokasi kejadian bagi mengelak pengguna jalan raya melalui jalan terbabit.
“Pengguna jalan raya boleh melalui jalan alternatif iaitu Pulau Mampat dan keluar ke pekan Rembau susulan jalan terbabit buat masa ini tidak boleh dilalui.
“Malah, terdapat limpahan air di Sungai Batu Hampar, Sungai Ibor, Sungai Pedas, Sungai Batu dan Sungai Mampong.
“Bagaimanapun, keadaan ketika ini terkawal dan sehingga 6 petang tadi, tiada mangsa yang dipindahkan, namun kami memantau dari semasa ke semasa situasi banjir dan sungai di Kampung Sungai Ibor,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.
Mohamad Najib menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati dan menggunakan laluan yang selamat untuk ke destinasi.
Sementara itu, beberapa lokasi di daerah Seremban dan Port Dickson mengalami kejadian banjir kilat.
Antara kawasan yang dinaiki air terbabit termasuk di Mambau, Ampangan dan Jimah di Port Dickson,lapor HM online
Malah, beberapa kejadian pokok tumbang turut berlaku di Labu dan Taman Bukit Chedang di sini hingga menyebabkan kesesakan jalan raya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SITI NORDIANA AKUI HILANG JOB, FOLLOWERS IG DEK DIFITNAH LIMA SEKAWAN
“Selain buat reviu berbayar, saya ada show menyanyi dan berlakon. Saya tak nafikan ada job yang dibatalkan berpunca daripada kes ini. Tapi saya tak tahu sangat (maklumat lengkap) sebab semua job yang saya terima diuruskan oleh pengurus saya.
“Terdapat penurunan followers saya di Instagram disebabkan oleh kes ini,” demikian kata penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana yang mendakwa tindakan lima individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah telah menjejaskan reputasi.
Menerusi prosiding berlangsung semalam, Siti Nordiana memberitahu mahkamah pendapatannya terjejas susulan hilang tawaran berlakon dan nyanyian akibat fitnah berkenaan. Malah, Siti Nordiana memaklumkan dia kehilangan ramai pengikut di Instagram sepanjang kontroversi kes berkenaan.
Terdahulu, Siti Nordiana sebagai plaintif berkata pihaknya dan kelima-lima defendan gagal mencapai kata sepakat ketika sesi mediasi yang diadakan pada Selasa lalu. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai terma-terma dan butiran terperinci yang menjadi punca kegagalan mediasi tersebut. . . VERSI WEB: http://www.myartis.com/2021/10/siti-nordiana-akui-hilang-job-followers.html
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kisah Sejarah Melayu dan BANGSA NUSANTARA JAYA (Sejarah, Peristiwa, Kegemilangan, Senibina & Budaya)
SEBAHAGIAN manuskrip alam Melayu yang tersimpan rapi di luar negara.
Ribuan manuskrip alam Melayu dikatakan bernilai puluhan juta ringgit tersimpan di beberapa lokasi di seluruh dunia.Antaranya ialah di British Library, London, United Kingdom; Muzium Topkapi, Istanbul, Turki; Muzium Leiden, Belanda selain Portugal.
Manuskrip alam Melayu ini terdiri daripada pelbagai kategori, antaranya hikayat cerita Melayu, undang berkanun ketika era kegemilangan Melaka sehingga kepada surat rasmi raja-raja.
Menerusi arkib digital di British Library, wartawan menemui lebih 100 naskhah manuskrip pelbagai bidang termasuk kanun bertulis, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah serta surat daripada kesultanan Melayu kepada pembesar luar.
Arkib digital berkenaan kini boleh diakses secara percuma dengan memasukkan kata kunci ‘Jawi’ dan semua bahan manuskrip berkenaan ditulis dalam bahasa Jawi dan ada juga dalam bahasa Arab.
Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah berkata, semua manuskrip berkenaan tersimpan di beberapa negara dan ia cukup terpelihara.
Menurutnya, tahap nilai sesebuah manuskrip itu diukur menerusi isi kandungannya, siapa pengarangnya dan usia manuskrip berkenaan.
Beliau berkata, setiap manuskrip itu akan memberi gambaran kepada kehidupan masyarakat, teknologi serta pengetahuan ketika ia ditulis.”Kebanyakan manuskrip ini berusia antara 200 hingga 700 tahun termasuk manuskrip besar seperti Sejarah Melayu serta kitab-kitab awal berkaitan agama Islam.
“Kitab-kitab berkaitan hukum hakam agama ini kebanyakannya ditulis oleh ulama Nusantara sebelum manuskrip berkenaan dibawa ke negara luar untuk simpanan serta kajian.
“Saya kira, terdapat ribuan manuskrip alam Melayu masih berada di beberapa negara seperti United Kingdom dan Belanda ketika era kolonial dahulu,” katanya kepada Metro Ahad.
Dr Mohd Syukri berkata, wujud juga simpanan manuskrip yang besar di Muzium Topkapi kerana alam Melayu mempunyai pertalian sejarah dengan kerajaan daulah Uthmaniyyah.
“Sebenarnya, terdapat ribuan lagi manuskrip Melayu yang masih tersimpan dan tidak keterlaluan jika saya menganggarkan puluhan ribu.
“Ada manuskrip yang masih belum dikatalogkan lagi oleh penyimpan seperti muzium di sesebuah negara.
Pengkaji tempatan memerlukan kaedah khusus untuk melaksanakan kajian terhadap khazanah kita.
“Jika ada rundingan di peringkat kerajaan kepada kerajaan (G2G), pastinya kita dapat membawa pulang sebahagian besar manuskrip ini namun kita tidak begitu agresif ke arah objektif berkenaan,” katanya.
Gesa wujud Pusat Manuskrip Melayu
Pusat Manuskrip Melayu perlu diwujudkan bagi memartabatkan sejarah warisan bangsa sekali gus menyangkal dakwaan bahawa bangsa Melayu lemah dan ketinggalan.
Itu cadangan Pengerusi Majlis Penasihat Peradaban Melayu, Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar berhubung ribuan manuskrip alam Melayu yang bertebaran di seluruh dunia.
Abdul Latiff berkata, sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan satu institusi khusus yang mengumpul, menyimpan serta melaksanakan kajian berhubung manuskrip lama.
“Saya sendiri pernah melihat beberapa manuskrip alam Melayu yang tersimpan di beberapa negara luar dan ia satu perasaan yang amat menggembirakan apabila melihat ketinggian warisan Melayu suatu ketika dulu.
“Wujud beberapa kaedah untuk kita bawa pulang manuskrip ini, antaranya jika tidak boleh kita ambil manuskrip asal, mungkin kita boleh buat salinan atau menerusi simpanan digital.
“Semua manuskrip ini perlulah diletakkan di suatu institusi khusus dan untuk itu saya berpandangan bahawa kewujudan Pusat Manuskrip Melayu adalah sangat penting,” katanya.
Beliau berkata, pusat berkenaan perlu juga mendapat kerjasama daripada Perpustakaan Negara (PNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang memiliki kepakaran dalam pengkajian manuskrip.
Menurutnya, setiap manuskrip ini mempunyai nilai tersendiri termasuklah cerita rakyat yang turut tersimpan di negara luar kerana setiap ciri berkenaan memberi gambaran kehidupan masyarakat ketika itu.
“Saya juga amat yakin, banyak lagi manuskrip yang mungkin tidak dikatalogkan di beberapa muzium utama dunia seperti di Belanda, Itali dan United Kingdom.
“Kita bukan mahu menubuhkan pusat ini untuk berbangga dengan sejarah lalu, namun sejarah lalu memberi gambaran siapa kita pada hari ini.
“Malah, dengan kewujudan satu pangkalan data manuskrip Melayu itu, ia akan menguatkan nilai jati diri anak bangsa supaya tidak mudah diperlekeh kononnya kita ketinggalan sedangkan manuskrip berkenaan adalah bukti keupayaan kita suatu masa dulu,” katanya.
Bawa pulang warisan negara Usaha untuk membawa pulang manuskrip alam Melayu termasuk kaedah untuk menyimpan salinan berkenaan, perlu dilakukan kerana ia adalah khazanah penting negara.
Aktivis Kebudayaan dan Pengasas Pusaka, Eddin Khoo berkata, negara asing sangat berminat dengan manuskrip ini kerana mereka boleh mengetahui adat budaya Melayu termasuk latar belakang sejarah suatu ketika dulu.
Beliau yang juga anak kepada Tokoh Sejarah Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, khazanah negara ini perlu dibawa pulang untuk kajian mendalam berhubung pelbagai bidang.
“Kita sudah mempunyai kepakaran dalam aspek penyimpanan arkib lama malah kita juga boleh melaksanakan dokumentasi digital bahan ini.
“Bagaimanapun, kita seakan kurang agresif untuk membawa pulang manuskrip ini dan hanya menilai manuskrip itu hanya buku-buku lama sedangkan terdapat ilmu pengetahuan yang bernilai di dalamnya.
“Jika ia sekadar buku lama, pastinya negara barat tidak berminat untuk menyimpannya malah banyak naskhah manuskrip alam Melayu yang dikaji oleh sarjana barat,” katanya.
Menurutnya, ia memberi gambaran bahawa manuskrip ini mempunyai nilai yang tersendiri dan pengkaji tempatan perlu diberikan ruang untuk mengkaji khazanah negara ini.
“Apa yang saya tahu, kebanyakan manuskrip ini disimpan di British Library hasil koleksi beberapa tokoh sarjana barat seperti Stanford Raffles dan beberapa orang lain,” katanya.
“Jika ada ruang yang diberikan oleh kerajaan untuk berunding dengan pihak beberapa muzium, pasti kita dapat membawa pulang manuskrip ini atau mempunyai salinan digital yang boleh digunakan untuk kajian lanjut,” katanya.-SAHIH
Sumber : Hmetro Ahad dan Muhammad Saufi dan Nor ‘Asyikin Mat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sempadan yang dilukis oleh British dan Siam melalui Perjanjian Bangkok 1909 yang menyebabkan Negeri Reman hilang daripada Peta Semenanjung Tanah Melayu dan keluasan serta sempadan Negeri Perak berubah dari Chegar Galah di Kuala Kangsar hingga ke Pengkalan Hulu.
Daerah Hulu Perak yang dahulunya salah sebuah jajahan takluk Raja Reman menjadi milik Kerajaan Negeri Perak hasil usaha Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Idris Mursyidul Azam Shah yang mendesak Residen British di Perak ketika itu iaitu Mr. E. W. Birch (anak kepada J. W. W. Birch) supaya Jajahan Reman tersebut diserap ke dalam Negeri Perak.
Selain itu, nilai yang paling signifikan yang menyebabkan Hulu Perak diserap menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Kesultanan Melayu Negeri Perak ialah punca hulu Sungai Perak yang merupakan tulang belakang Negeri Perak ketika itu.-SAHIH
Kredit : Mohd Hasrol Haffiz Aliasak
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEKALI HARUNG, PANTAU SOP, DENDA PEROKOK LANGGAR LARANGAN, KATA MENTERI
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitternya berkata beliau mengarahkan pasukan penguat kuasa untuk Penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan akan ditingkatkan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.
Beliau mahu penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi, sambil memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut, sekali gus.
Penguatkuasaan penuh Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 iaitu larangan merokok di semua premis makanan termasuk premis makanan terbuka, telah bermula pada 1 Jan 2020.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SRI AMAN: Desas-desus bertiup kencang mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak dengan beberapa portal berita melaporkan Ketua Menteri, yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.
Seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberi bayangan DUN Sarawak akan dibubarkan dalam beberapa hari lagi, biarpun Ketua Menteri Abang Johari Openg menjelaskan tiada pembubaran buat masa ini.
Kenyataan Naib Presiden PBB, Abdul Karim Rahman Hamzah, hadir beberapa jam selepas Abang Johari merangkap Presiden PBB menafikan perkara itu dalam satu majlis di Simanggang, Sri Aman, pagi tadi.
“Pembubaran itu perlu dilakukan bagi PRN12 Sarawak diadakan, selepas DUN yang sepatutnya dibubarkan 7 Jun lalu ditunda susulan lanjutan proklamasi darurat di negeri itu hingga 2 Feb 2022.
“Mungkin dalam sehari dua ini kita akan mendengar berita berkenaan pembubaran DUN dan sebagainya, saya tidak menolak kemungkinan DUN Sarawak akan dibubarkan dalam beberapa hari lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Pejabat Ketua Menteri menafikan perkara itu menerusi satu kenyataan hari ini dan menyatakan tidak ada pengumuman seumpama itu yang dijadualkan buat masa sekarang atau esok.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga mati menggunakan besi kaki payung di Kampung Laksamana, Batu Caves, di sini, tengah malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata kejadian kira-kira jam 12.35 malam itu bermula apabila pasangan terbabit bertengkar selepas lelaki itu menuduh isterinya yang berumur 26 tahun mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Beliau berkata, ketika bertengkar, suami berumur 45 tahun itu dikatakan mengambil gunting cuba menyerang isterinya, namun wanita itu bertindak balas dengan mematahkan besi kaki payung dan menikam lelaki itu di bahagian bawah perut.
“Lelaki itu terus rebah, terbaring di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis turut menemui senjata digunakan suspek iaitu sebatang besi kaki payung di bahagian belakang rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zainal berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu.
Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan esok, di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur selepas laporan ujian Covid-19 diperoleh dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan I Agilan dengan menelefon 03-61262222 atau 019-5230801 bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!