Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River.
Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Jasa beliau dalam bidang perfileman amat dihargai lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan watak Pembantu Perubatan dalam filem-filem arahan beliau.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ops rentas Negeri buru kesalahan yang melanggar SOP
KUALA LUMPUR – Ops rentas negeri tiada kompaun bagi kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (sop) pelan pemulihan negara (ppn) dikeluarkan dalam operasi jabatan pengangkutan jalan jpj malam tadi.
Kata timbalan ketua pengarah perancang dan operasi jpj, aedy fadly ramli.
aedy fadly ramli. / timbalan ketua pengarah perancang dan operasi jpj
Menurutnya,apabila jpj menahan bas anggota kita akan naik ke dalam bas dan minta semua penumpang membuka mysejahtera masing masing membuka status vaksinasi masing2. Mana2 pengguna kita dapati tidak mematuhi fully vasinated sebab syarat untuk rentas negeri ialah dua dos fully vasinated, jadi kalau dia tidak fully vasinated kita akan kompaun dan minta patah balik.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai operasi bersepadu di plaza tol jalan duta, pada jumaat.
Turut hadir , pengarah jpj kuala lumpur mohd zaki ismail.
Aedy berkata dalam operasi selama 3 jam yang berakhir jam 12 tengah malam itu semua kenderaan persendirian dan bas ekspres yang melalui plaza tol jalan duta di pereksa.
Hasil pemeriksaan tiada kompaun di keluar.
Ini menunjukkan orang ramai mematuhi sop sebelum merentas negeri.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Karnival Penjana Kerjaya Peringkat Pahang Tawar Lebih 3,000 Peluang Pekerjaan
KUANTAN – Kerajaan Pahang dengan kerjasama Kementerian Sunber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyediakan 3,800 peluang pekerjaan melalui Karnival Penjana Kerjaya yang bermula hari ini.
Peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor itu ditawarkan oleh 20 majikan yang berdaftar dengan PERKESO negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program julung kali diadakan secara dalam talian boleh diakses oleh pencari kerja melalui pautan https://bit.ly/KarnivalKerjayaMelaluiPIK2021 untuk mendaftar.
“Bagi memastikan program ini turut dapat diakses pencari kerja di luar bandar, kerajaan negeri memberi peruntukan tambahan sebanyak RM30,000 kepada PERKESO Pahang untuk disalurkan ke Pusat Internet Komuniti (PIK) terpilih.
“Melalui program ini juga, kita harap seramai 737 individu di Pahang yang kehilangan kerja sejak awal tahun ini, dapat merebut peluang dengan menyertai program yang kita lancarkan hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Penjana Kerjaya Negeri Pahang di Wisma PERKESO, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Johari Hussain dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) PERKESO, John Riba Marin.
Ketika ditanya mengenai statistik terkini kehilangan pekerjaan di Pahang, Wan Rosdy berkata, bulan Mac lalu merekodkan jumlah kehilangan pekerjaan tertinggi dengan 111 kes.
“Tiga sektor dengan jumlah kehilangan pekerjaan tertinggi ialah sektor pembuatan, sektor pemborongan dan peruncitan dan sektor penginapan serta makanan dan minuman.
“Jadi, dengan jumlah jawatan kosong ditawarkan melalui program ini dan berdasarkan statistik jumlah mereka yang didaftarkan sebagai hilang pekerjaan, kita harap semua pihak mengambil peluang ini untuk mencari kerja bersesuaian dengan kebolehan mereka,” katanya.
Ketika ditanya harapan kerajaan Pahang menjelang pembentangan Belanjawan 2022 hujung bulan ini, Wan Rosdy menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberikan perhatian kepada proses pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19.
“Bantuan bersasar kepada rakyat perlu diteruskan kerana masih ramai yang terkesan akibat COVID-19 dan memerlukan masa untuk bangkit semula.
“Jadi, fokus utama selain pemulihan semula ekonomi ialah mengatasi isu atau masalah pengangguran,” katanya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEMAS TERUS KOMITED DALAM USAHA MEMUPUK SEMANGAT ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA
KUANTAN– Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berusaha keras dalam menjadi pemacu dan pendorong bagi memupuk semangat Aspirasi Keluarga Malaysia seperti yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, KEMAS sebagai salah satu agensi dibawah KPLB yang mempunyai rangkaian yang besar di seluruh negara, termasuk di kawasan-kawasan kampung, berkebolehan dalam memupuk dan terus melonjakkan aspirasi Keluarga Malaysia yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini kepada semua lapisan masyarakat.
“Oleh itu, saya menyeru seluruh warga Jabatan KEMAS untuk terus komited bagi memastikan program dan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat diketahui, diterima dan dimanfaatkan oleh rakyat selaras dengan slogan KERAJAAN PRIHATIN MENJAGA KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM, RAKYAT DAN MENGAMALKAN BUDAYA KELUARGA MALAYSIA.”
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pahang Tahun 2020 Dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2021.
Beliau turut mengambil peluang tersebut bagi mengingatkan kepada warga penjawat awam yang hadir supaya terus komited dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas harian mereka.
“Namun, dalam pada kita melaksanakan tugas-tugas harian kita, jangan kita lupa bahawa penjawat awam itu adalah benteng dan barisan utama pertahanan negara. Iaitu melalui penyampaian dasar-dasar Kerajaan dan informasi yang sahih kepada masyarakat.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MESYUARAT PIBG SECARA BERSEMUKA SELEPAS 2 TAHUN COVID-19
JERANTUT : Selepas terpaksa mengadakan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara atas talian akibat COVID-19, akhirnya buat kali pertama selepas dua tahun, mesyuarat diadakan secara bersemuka.
Lebih manis lagi apabila mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24 yang berlangsung semalam, dirasmikan oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah yang juga EXCO Kerajaan negeri Pahang.
Bagi Ketua Peneroka, Razak Daud, kesudian ADUN Pulau Tawar yang juga EXCO kerajaan Pahang hadir merasmikan mesyuarat berkenaan sangat bermakna bagi warga sekolah dan ibu bapa/ penjaga yang terlibat.
RAZAK DAUD- KETUA PENEROKA JENGKA 24
“Datuk Nazri juga menyampaikan sumbangan peribadi untuk tabung PIBG sekolah dan beliau meminta semua ibu bapa sentiasa mengambil berat perkembangan pelajaran anak masing-masing.
“Dengan status SMK Jengka 24 yang juga antara sekolah terbaik di Pahang, sudah pasti tradisi kecemerlangan itu perlu dikekalkan dan dijadikan penanda aras kepada semua pelajar,” katanya.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Jengka 24 adalah terbaik bagi daerah Jerantut dan tempat ke-9 untuk sekolah dalam kawasan FELDA seluruh negara.
“Pencapaian ini sudah tentu menjadi kebanggaan semua warga peneroka di FELDA Jengka 24 dan kita ingin menjadi contoh kepada sekolah lain yang berada dalam kawasan tanah rancangan,” katanya.
Sekolah itu juga sedang dalam proses dijadikan sekolah angkat bagi ADUN Pulau Tawar.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JANGAN SALAH GUNA SURATAN HAK MILIK UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI
KUANTAN – Semua penerima suratan hak milik tanah dari kerajaan negeri diingatkan supaya tidak menjual tanah berkenaan hingga menyusahkan kehidupan mereka selepas itu, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius tindakan itu kerana ia boleh membantutkan usaha kerajaan mengagihkan tanah kepada golongan sasaran.
“Kita kena ingat, sumber tanah sangat terhad dan tidak sepatutnya mereka yang mendapat hak milik atas tanah kerajaan negeri yang dipohon menjual tanah itu untuk mendapatkan keuntungan cepat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Kekal Taman Sepakat dan Sumbangan Wang Ihsan di Dewan Taman Sepakat, dekat sini, hari ini.
Seramai 81 pemilik tanah menerima suratan hak milik pada program itu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Rahim Muda dan Timbalan Menteri Kewangan 1 yang juga Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.
Wan Rosdy turut berkata, proses pemberian suratan hak milik kepada penduduk mengambil masa kerana perlu melalui beberapa proses sebelum dimuktamadkan.
“Memang proses untuk mengeluarkan suratan hak milik ini mengambil masa sedikit kerana perlu melalui prosedur tertentu.
“Macam di sini (Taman Sepakat), mereka menunggu kira-kira 40 tahun sebelum kerajaan negeri dapat mengagihkan suratan hak milik kepada semua pemilik.
“Janganlah jual pula bila sudah dapat, gunalah sebaik mungkin dan kalau belum ada rumah, buatlah rumah di atas tanah berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata, seramai 2,000 penduduk terjejas banjir di sekitar daerah Kuantan layak menerima sumbangan wang ihsan.
“Setiap ketua isi rumah menerima RM500 dan secara keseluruhannya sumbangan wang ihsan ini membabitkan peruntukan berjumlah RM1.4 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana yang diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Sebahagian daripada penduduk menerima wang ihsan hari ini dan selebihnya akan diagihkan secara berperingkat,tapi semua akan dapat,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Nasib warga emas dikenali sebagai Muniamah yang hidup sebatang kara sejak lebih setahun lalu akhirnya terbela selepas pasukan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu membawanya ke pusat jagaan lebih sempurna.
Muniamah yang berusia sekitar 60-an menjadikan kaki lima rumah pangsa di kawasan Setali, dekat sini, sebagai tempat tinggalnya sejak Mac tahun lalu.
Pegawai khas ADUN Semambu, Chan Chun Kuang ketika ditemui berkata, Muniamah menetap di rumah pangsa berkenaan sejak lima tahun lalu bersama anak saudaranya.
“Kalau ikutkan cerita, anak saudaranya itu diarahkan untuk mengosongkan unit kediaman disewa oleh pihak pengurusan rumah pangsa berkenaan berikutan tunggakan sewa dan bil elektrik.
“Sejak Mac tahun lalu, makcik Muniamah terus tinggal di situ, tapi di kaki lima sahajalah… anak saudaranya itu berjanji untuk membawanya berpindah, namun sehingga sekarang, dia (anak saudara Muniamah) tidak muncul,” katanya.
Chun Kuang berkata, pihaknya juga berdepan masalah untuk mengemukakan permohonan bantuan untuk Muniamah kerana dia tidak mempunyai kad pengenalan dan dokumen lain.
“Nama penuhnya juga kami tidak pasti, dia hanya memperkenalkan diri sebagai Muniamah dan berusia 60-an. Jadi, YB (ADUN Semambu), Lee Chean Chung minta kami cuba selesaikan masalah ini dan mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal sementara.
“Kalau ikutkan ceritanya, dia ada tujuh anak dan suaminya sudah meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu… kita akan cuba kesan ahli keluarganya yang lain bagi memastikan hubungan antara mereka dapat kembali terjalin, lagi pun tidak lama lagi mereka akan sambut Deepavali,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota, Zuraidi Ismail berkata, pihaknya akan meminta bantuan kenalan mereka di Maran untuk mengesan keluarga warga emas itu.
“Dia ada cakap mempunyai saudara di Tong Kiat, dekat Kuil Maranthandavar, Sungai Jerik, Maran… kalau keadaan (kesihatan) mengizinkan, kita akan bawa dia ke sana untuk cuba mencari saudaranya.
“Buat masa ini, kita tempatkan dulu dia di rumah jagaan orang tua dekat Jalan Haji Ahmad dan pemilik rumah (jagaan) itu juga bersetuju untuk menjaganya sementara kita berusaha mengesan anak dan saudaranya,” katanya.
Muniamah ketika ditemui merakamkan ucapan penghargaaan kepada semua yang mengambil berat dan menguruskan tempat tinggal baharu untuknya.
“Ini adalah hadiah paling bermakna menjelang sambutan Deepavali… saya hanya mampu ucapkan terima kasih dan semoga kebaikan ini menjadi permulaan kepada hidup yang lebih baik untuk kita semua,” katanya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BARISAN KEPIMPINAN GABUNGAN MASJID WILAYAH JENGKA MUKA BARU
JERANTUT : Mesyuarat Agung Gabungan Masjid Wilayah Jengka yang berlangsung semalam menyaksikan Pengerusinya, Razak Daud kekal memegang jawatan itu bagi sesi 2021/2023.
Mesyuarat di rasmikan oleh Kadi Jengka ,Nik ibrahim Nik Abdullah merupakan penaung kepada gabungan Masjid Wilayah Jengka.
Turut hadir pada mesyuarat itu Pengarah FELDA Wilayah Jengka, Mohd Tarmizi Lee.
Razak ketika dihubungi berkata, proses pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) gabungan itu dilakukan secara sepakat dan mendapat sokongan penuh semua ahli.
RAZAK DAUD
“Untuk jawatan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana terus memberi kepercayaan kepada saya dan saya harap semua ahli gabungan dapat terus memberikan kerjasama dalam menjayakan program dirancang selepas ini,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka sangat berpuas hati dengan kejayaan dicapai gabungan masjid berkenaan yang sentiasa mencari jalan membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi warga peneroka FELDA.
Sokongan daripada Pengarah Felda dan Pejabat Qadhi sangat membantu melancarkan program yg diaturkan oleh gabungan masjid wilayah jengka.- SAHIH
tamat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KBS Tidak Pernah Lindungi Salah Laku Babitkan Pengurusan Atlit
KUANTAN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah melindungi salah laku mana-mana pihak, terutamanya membabitkan pengurusan atlit negara.
Malahan, pihak Kementerian juga mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak jurulatih yang terbabit dengan salah laku sebaik sahaja laporan polis dibuat terhadap mereka.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker ketika ditanya mengenai pendedahan atlit terjun negara, Datuk Pandalela Rinong mengenai salah laku bekas jurulatih sukan berkenaan.
“Kita (KBS) memang tidak pernah melindungi atau cuba melindungi sebarang salah laku yang didakwa sekiranya ia membabitkan keselamatan dan maruah atlit negara.
“Mengenai dakwaan Datuk Pandalela Rinong, KBS melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sudah mengambil tindakan sebaik sahaja menerima laporan rasmi dengan tidak menyambung kontrak mereka sebaik sahaja tamat,” katanya.
Semalam, atlit terjun kelahiran Sarawak itu mendedahkan pernah mempunyai pengalaman dengan jurulatihnya yang gemar membuat lawak lucah.
“Dulu saya ada seorang ‘coach’ ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol,” luahnya menerusi ciapan di laman sosial Twitter.
Menerusi ‘tandapagar’ #rapejokeisnotfunny, beliau menyambung perkongsiannya itu selang beberapa minit menerusi ciapan balas: “Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab ‘backup’ besar dia adalah ‘head coach’ kami sendiri.”
Bagaimanapun, beliau dengan segera menulis ciapan balas menyatakan beliau dan rakan-rakannya bernasib baik kerana dilindungi oleh persatuan sukan mereka.
Situasi ini telah berakhir, katanya.
Sementara itu, Lian Ker memaklumkan, KBS sudah menubuhkan jawatankuasa khas mengenai salah laku pada tahun lalu bagi memberi ruang kepada semua atlit menyalurkan maklumat mengenai salah laku atau apa sahaja yang membabitkan masalah sepanjang menjalani latihan.
“Kita tidak pernah berkompromi dengan mana-mana salah laku dan KBS memandang serius jika ada laporan dibuat.
“Setakat ini tidak ada isu lain timbul dan jika ada, kita galakkan mereka menyalurkan maklumat dan kita memberi jaminan akan melindungi pemberi maklumat,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis baru-baru ini menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam penjualan vaksin Covid-19 secara haram di Klang, Selangor.
Difahamkan, pihak berkuasa belum memastikan apakah sindiket itu menjual vaksin atau plasebo, tetapi sumber pihak berkuasa menyatakan bahawa bahan yang mereka jual telah diberikan kepada pekerja sebuah kilang sekitar dua bulan yang lalu.
Sumber juga mendakwa bahawa dua daripada individu yang disyaki dalam kes itu adalah doktor.
Kegiatan yang didakwa itu terbongkar awal bulan ini ketika kilang itu menghantar pekerjanya untuk mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19, dan bahawa pejabat kesihatan daerah Klang tidak mempunyai rekod suntikan pertama mereka.ADS
“(Pihak pengurusan) kilang mengatakan pekerjanya telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 mereka.
“Tetapi ketika mereka mendapatkan dos kedua, pemeriksaan oleh pihak kesihatan tidak menemukan rekod dos pertama mereka,” kata sumber yang mengetahui kes itu.
Seorang pegawai lain memberitahu Malaysiakini bahawa kejadian itu mendorong seorang pekerja kesihatan, yang berada di pusat vaksinasi di Selangor, untuk membuat laporan polis.
Polis kemudian melancarkan siasatan, yang membawa kepada penangkapan mereka. Ketiga-tiganya sejak itu dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan masih sedang dijalankan.
Dia berkata pada ketika ini, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang menetapkan kesalahan yang berkaitan dengan tindakan menipu.
Arjunaidi juga mengesahkan bahawa tiga suspek telah ditangkap berkaitan dengan kes itu, tetapi enggan mendedahkan identiti mereka, termasuk profesion mereka.
“Kami masih siasat. Masih belum ada kesimpulan,” kata Arjunaidi kepada Malaysiakini.
“Buat masa ini, kami menggunakan Seksyen 420 (Kanun Keseksaan) terlebih dahulu untuk menyiasat kes ini,” tambahnya.
Malaysiakini juga telah menghubungi Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan komen.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!