Hulu Selangor: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai Balak, Batang Kali, di sini, ditemukan lemas pada malam ini.
Mayat Ashraff Saari, 23, yang berasal dari Assam Jawa, Kuala Selangor ditemukan pihak bomba pada 9.55 malam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
“Mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan kegembiraan lima sekawan mandi bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas, hari ini,lapor HM online
Norazam dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.30 petang sebelum pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKARTA – Aksi seorang petani menunjukkan skil ‘tolak angin’ ketika sawahnya dilanda puting beliung mengundang tawa netizen di media sosial, lapor Suara.com.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram @infokediriraya, petani itu dilihat berjalan menuju ke arah puting beliung tanpa rasa takut.
Seketika kemudian, lelaki yang lengkap bertopi itu mula membuat aksi seperti ‘menolak angin’ agar ia pergi jauh dari kawasan sawah padinya seperti karakter filem sains fiksyen popular, Avatar.
Ternyata, aksi ‘tolak angin’ itu berjaya apabila puting beliung itu akhirnya beransur pergi dari kawasan sawahnya dan keadaan di situ kembali tenang.
Kehebatan petani itu menarik pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menggelarkannya sebagai Avatar Indonesia.
“Hebat, akhirnya Aang (nama karakter filem Avatar) sudah kembali,” tulis seorang netizen.
“Aksi hebat ini pasti mengundang tangisan Dewa Angin,” komen seorang lagi. – Agensi Video media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KATA-KATA PETUGAS PERUBATAN WANITA CEMAR NAMA BAIK PROFESSION
KELANTAN: Kata-kata seorang petugas perubatan wanita yang sedang melakukan ujian saringan (swab) secara pandu lalu terhadap seorang remaja berumur 19 tahun amat mendukacitakan warga net.
Satu klip video berdurasi 12 saat yang ditularkan melalui media sosial yang sempat dirakamkan menyatakan dan ‘mendoakan’ remaja itu yang belum lagi mengambil suntikan vaksinasi semoga dijangkiti wabak Covid-19.
Kata-kata petugas itu sambil melakukan ujian saringan ‘swab’ bukan sebagai nasihat terbaik sebaliknya mendoakan agar remaja itu dijangkiti melanggar etika.
Salah satu kenyataan daripada seorang warga net, perbuatan itu sebagai biadap dan diharap tidak dijadikan amalan yang boleh merosakkan etika professionalisma penjawat awam.
Salah satu lagi hantaran warga net menyatakan petugas itu ada ilmu yang tinggi daripada sudut perubatan tetapi rendah akhlaknya dan seharusnya sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Hantaran seterusnya menyatakan disebabkan perbuatan seorang petugas itu mencemarkan nama baik seluruh petugas lain yang bertungkus lumus menjalankan tugas dengan baik. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
255 ekor pelbagai spesies Tarantula dirampas dan pelbagai spesies terkawal
PULAU PINANG – Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang telah menjalankan satu pemeriksaan penguatkuasaan ke atas sebuah premis di sekitar daerah Georgetown, Pulau Pinang pada 3 September 2021.
Hasil pemeriksaan telah berjaya merampas sebanyak 255 ekor pelbagai spesies Tarantula, 10 ekor Asian Forest Scorpion, 10 ekor ular Ball Python, 8 ekor spesies mantis, 6 ekor spesies Long-tailed Chinchilla, 4 ekor pelbagai spesies katak, 1 ekor burung Umbrella Cockatoo dan 1 ekor burung Moluccan Cockatoo yang disimpan tanpa sebarang dokumen yang sah oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Melalui pemeriksaan penguatkuasaan ini, seorang suspek berusia 28 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jelutong, Pulau Pinang dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat Koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini, kerana didakwa menerima suapan pada Disember tahun lalu.
Tertuduh, Mohamed Syaffiq Mohammed Sidek, 32 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Disember 2020, amtara jam 1 petang hingga 2 petang di Balai Polis Kuantan.
Dia didakwa menerima RM700 daripada seorang lelaki bagi melepaskan seorang suspek yang terbabit dalam kes memiliki air ketum.
Pendakwaan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Tertuduh yang kini digantung kerja merayu agar mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang rendah memandangkan dia perlu menanggung isteri dan dua anak berusia tiga dan tujuh tahun serta menjaga ibunya yang uzur.
Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menetapkan RM10,000 bagi ikat jamin, namun Hakim membenarkan rayuan tertuduh dan memutuskan kadar ikat jamin RM7,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 25 Oktober ini.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya membayar ikat jamin ditetapkan mahkamah itu.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Seorang pesara tentera mendakwa kerugian RM16,000 selepas menjadi mangsa penipuan anak saudaranya dan seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai pegawai polis.
Kejadian itu dikatakan bermula 6 Julai lalu selepas mangsa dihubungi seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp memperkenalkan diri sebagai pegawai polis bernama ‘ASP Prakash’.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa berurusan dengan seorang lelaki yang juga anak saudara mangsa bernama ‘Nuar’ untuk membebaskan anak mangsa yang ditahan polis.
“Suspek terbabit memperkenalkan diri sebagai pegawai polis iaitu ‘ASP Prakash’ dan membuat tawaran untuk membebaskan anak lelaki mangsa yang ditahan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut atas kesalahan dadah melibatkan kes Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).
“Suspek meminta mangsa berurusan dengan anak saudara mangsa yang kemudiannya meminta mangsa menyediakan sejumlah wang bagi urusan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mangsa seterusnya mengarahkan isterinya membuat empat transaksi pemindahan wang berjumlah RM16,000 kepada ‘ASP Prakash’ melalui nombor akaun bank milik individu lain.
“Bagamanapun selepas selesai melakukan pemindahan wang itu, mangsa menerima panggilan daripada pihak Narkotik IPD Jerantut dan memaklumkan anaknya akan dihantar ke Penjara Simpang Renggam, Johor.
“Mangsa yang terkejut kerana sudah membuat bayaran untuk melepaskan anaknya. Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, mangsa meminta anak saudaranya memulangkan semula wang terbabit, namun ‘Nuar’ gagal berbuat demikian.
“Pesara tentera berkenaan yang mengesyaki anak saudaranya bersubahat dengan ‘ASP Prakash’ tampil membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerajaan negeri tidak pernah terima permohonan, bincang cadangan pembinaan Taman Tema di Cameron Highlands
KUANTAN: Kerajaan Pahang tidak pernah menerima permohonan daripada syarikat yang mendakwa ingin membina taman tema di Cameron Highlands.
Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan pembinaan taman tema itu juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri
“(Perkara itu) tidak betul… tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri pun, tanya Setiausaha Kerajaan negeri (Sallehuddin Ishak), tanya EXCO kerajaan negeri yang lain… tidak pernah dibincangkan dan tidak ada permohonan pun,” katanya ketika diminta mengulas mengenai bantahan dikemukakan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu kerajaan Pahang menolak cadangan membina taman tema di kawasan tanah tinggi berkenaan.
“Bagus juga bila ada NGO bantah, ada peluang untuk kita jawab kalau tidak, kita pun tidak tahu… tapi hakikatnya, perkara ini tidak pernah dibincangkan dalam (mesyuarat) EXCO, tidak ada permohonan dikemukakan kepada kerajaan negeri,” tegasnya.
Wan Rosdy Wan Ismail
Ditanya mengenai status tapak cadangan pembinaan taman tema itu yang dikatakan milik persendirian, Wan Rosdy berkata, mereka tetap perlu mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri.
“Walaupun itu tanah persendirian… tidak bermakna mereka (pemilik) boleh membuka taman tema, selagi tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri
“Mereka tetap kena submit (hantar) permohonan.. tanah persendirian tidak bermakna mereka boleh bina kilang senjata api, kilang bom sesuka hati.. even (kalua) tanah sendiri pun, jika ada kayu balak, dia tetap kena dapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri sebelum mengeluarkan hasil (kayu balak) itu,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan cadangan membina taman tema di lokasi peranginan bertemakan ski bernilai RM100 juta di kawasan seluas 60 ekar di Cameron Highlands mendapat bantahan berikutan kesannya terhadap alam sekitar.
Laporan itu menyebut, pada awal Ogos, pemaju taman tema Sim Leisure Group dilaporkan berhasrat membina sebuah taman tema bernama “ESCAPE Cameron Highlands”.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kadar penggunaan katil ICU masih tinggi punca Pahang belum beralih ke Fasa Tiga
KUANTAN: Kadar penggunaan katil yang tinggi dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pahang masih menjadi satu-satunya penghalang kepada negeri ini untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun kadar peratusan vaksinasi di negeri ini sudah melebihi sasaran ditetapkan
“Kita sudah memenuhi semua kriteria, kecuali satu saja iaitu kadar penggunaan katil di ICU masih tinggi dan dalam mesyuarat baru-baru ini, saya sudah bangkitkan (perkara ini) kepada Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) dan Yang Berhormat KJ (Khairy Jamaluddin)… saya bagitau dalam mesyuarat itu,dan beliau (Khairy) minta bagi tempoh seminggu untuk study (semak balik) perkara itu.
“Saya kata mereka yang telah sakit… telah kena jangkitan Covid-19 ini sudah berada dalam ICU dan jangka masa untuk pulih ambil masa sehingga dua minggu… jadi bagaimana dengan mereka di luar (yang tidak terbabit dengan Covid-19) yang mahu teruskan kehidupan.
Wan Rosdy Wan ismail
“Kadar vaksinasi kita dah lepas (memenuhi kriteria), kadar kebolehjangkitan pun bawah daripada satu… semua kita sudah ada, cuma itulah satu yang belum lepas, dan kita minta supaya Kementerian (Kesihatan) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara) beri pertimbangan khas untuk kita beralih ke Fasa Tiga,” katanya dalam siding media selepas meninjau proses vaksinasi untuk pelajar sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, di sini, hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Kewangan II, Shahar Abdullah dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus.
Sementara itu, Wan Rosdy optimis negeri Pahang dapat mencapai imuniti kelompok sebelum hujung tahun ini seperti dijadualkan.
Katanya, walaupun terdapat data menunjukkan terdapat kira-kira 100,000 lagi penduduk di negeri ini belum mendaftar bagi mendapatkan vaksin.
“Setakat ini di Pahang lebih 83.8 peratus sudah mendapat dos pertama dan 61 peratus sudah lengkap menerima dua dos. Mengenai data yang mengatakan terdapat lebih 100,000 penduduk belum mendaftar, kita akan semak balik.
“Kemungkinan angka itu tidak tepat, mungkin ada penduduk Pahang mendapatkan suntikan vaksin di luar negeri ini, mungkin di Lembah Klang, jadi data ini kita akan selaraskan semula.
“Begitu juga dengan program suntikan vaksin yang dijalankan secara besar-besaran, ada yang dapat vaksin melalui MySejahtera, ada yang dapat melalui kuota tentera, kuota FELDA, sumber (untuk mendapatkan vaksin) banyak dan disebabkan itu, ada yang kita ingat masih belum mendaftar sedangkan mereka sudah dapat vaksin,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG : Empat buah motosikal disita atas kesalahan mengubahsuai ekzos sempena Op Khas Ekzos Bising oleh Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Bentong, di sini, semalam.
Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, operasi tersebut dilakukan di sekitar bandar itu malam semalam diketuai oleh Inspektor Muhamad Ridwan Kassim telah membuat pemeriksaan sebanyak 39 buah motosikal.
Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar
“Sebanyak 21 saman telah dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, nombor plat tidak mengikut peraturan, lesen memandu tamat tempoh, tiada cermin sisi dan ubah suai kenderaan.
“Selain itu dalam pemeriksaan ini, menyita empat buah motosikal disita atas kesalahan mengubahsuai ekzos di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kuasa-Kuasa Menyita Kenderaan Bermotor sehingga diperlukan bagi tujuan mengelak kesalahan tersebut berterusan (Kesalahan pengubahsuaian ekzos),” katanya melalui Facebook PDRM Bentong.
Katanya, motosikal yang disita itu akan diserah semula kepada pemilik selepas tindakan menggantikan ekzos dilakukan.
“Individu yang didapati bersalah membuat pengubahsuaian ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara enam bulan di bawah Kaedah 103, iaitu Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959).
Antara motosikal yang disita dalam Ops Khas Ekzos bising di Bentong, semalam
“Mohon semua pemilik kenderaan yang telah mengubahsuai ekzos agar memasang semula ekzos asal kerana peralatan yang diubahsuai boleh mengeluarkan bunyi bising sekali gus mengganggu ketenteraman orang awam dan persekitaran,” katanya.
Zaiham berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di sini akan meneruskan Op Khas Ekzos dari masa ke semasa bagi mengesan kenderaan yang telah mengubahsuai ekzos termasuk kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA SELANGOR: Seorang kelindan lori maut dalam keadaan tragis apabila tersepit dan lemas selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Harmoni 1, Ijok di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Kamarul Najmi Abdullah, 24, bersama pemandu lori jenis lori jenis Nissan UD berkenaan yang membawa muatan ayam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari sebuah reban ayam di Ijok menghala ke sebuah kilang pemprosesan ayam di Puchong.
“Setibanya di lokasi kejadian, lori berkenaan melalui selekoh dan tiba-tiba memasuki sebuah parit lalu terbalik.
“Pemandu lori itu sempat menyelamatkan diri manakala kelindannya dipercayai tersepit dan lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor kosmo online
Menurutnya, pemandu lori, Saihol Ihsan Rapsidi, 36, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kata Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!