Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat kenyataan mengenai penangguhan ibadah umrah kepada rakyat Malaysia bermula 8 Januari 2022 disebabkan penyebaran varian Omicron.
Bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri mengesahkan bahawa ibadah umrah untuk rakyat Malaysia dibenarkan bermula 8 Februari 2022 akan datang.
Laporan daripada Utusan TV, pihak kabinet melanjutkan penangguhan sebelum ini dan garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) akan diperketatkan serta dibincang dengan lebih terperinci bersama agensi umrah.
‘SOP baru akan dibincangkan bersama agensi pelancongan umrah untuk memastikan jemaah yang pulang dari Tanah Suci dapat pilih di mana mereka perlu kuarantin sementara,’ kata Nancy Shukri.
Datuk Seri Nancy belum dimaklumkan mengenai penerbangan pertama yang membawa jemaah umrah pada 8 Februari ini tetapi agensi umrah yang terlibat sudah dimaklumkan tentang penerbangan tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Kartunis Aza atau nama sebenarnya Abdul Razak Sofhi @Subhi yang pernah mencatat namanya dan popular bersama Majalah kartun paling laris di Malaysia, Gila-Gila pada tahun 1990an masih aktif berkarya.
Aza masih aktif melukis kartun di galerinya di Jerantut
Selain itu, beliau turut menghasilkan karya di akhbar Berita Harian dan Harian Metro pada era tahun 70an, 80an, 90an dan awal tahun 2000.
Aza juga telah menerbitkan beberapa buah koleksi kartun sendiri dan pernah menyertai pameran kartun di sekitar dalam dan luar negara termasuk di Jepun dan Belgium.
Hasil karya beliau mendapat tempat di hati pembaca pelbagai kaum kerana beliau mengunakan konsep kartun tanpa dialog yang mudah difahami oleh semua bangsa dan peringkat umur.
Malah, lukisan komiknya turut dicetak untuk dijadikan barangan cenderahati pada kemeja-T, mug, pen, frame, fail dan lain-lain.
Aza turut berkongsi buah tangannya iaitu Sketch Pekan yang mengandungi lakaran mengenai bandar diraja Pahang, Pekan.
Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris turut berkunjung ke gelari Aza, baru-baru ini
Menurutnya, idea menghasilkan buku lakaran bergambar itu untuk memberi kelainan serta mempelbagaikan produk cenderamata kepada pelancong yang datang ke Pekan.
“Selain itu hasil lukisan ini juga bagi mengasah kemahiran yang saya ada,” kata penerima anugerah Ikon Kartunis Pahang 2019 itu.
Kartunis berusia 56 tahun itu berkata, Pekan kaya dengan tempat sejarah, alam semulajadi dan cerita legenda yang menarik untuk dikongsi bersama pelancong.
Bercerita kisahnya, beliau yang dibesarkan di Felda, Padang Piol, Jerantut dan memulakan kerjaya sebagai kartunis dengan majalah Gila-Gila pada tahun 90-an.
Seorang yang agak pendiam, Aza dikenali melalui Majalah Gila-Gila dengan kartun lucunya di dalam majalah yang diilhamkan daripada karya Sergio Aragones dalam majalah “MAD”.
Selain aktif berkarikatur dengan rakan-rakan yang lain dan mengambil bahagian dalam kartun serta pameran-pameran seni, Aza juga merupakan seorang usahawan dan mengekalkan perniagaannya di Jerantut, Pahang.
Antaranya syarikat penerbangan antarabangsa Indonesia Merpati Air, Shell Malaysia, Lee Jean, Mimos, Sapura, Maggi, Nestle Product, Muzium Pahang, Majlis Daerah Jerantut dan beberapa badan lain.
Beliau juga pernah mendapat beberapa geran dari MDeC dan MSC untuk menerbitkan digital Comic.
Beliau sekarang telah membuka sebuah galeri kartun sebagai studio di Bandar Jerantut untuk menerbitkan kartun untuk mobile Comic pasaran di Malaysia dan sedang dalam perancangan untuk menembusi pasaran Indonesia melalui telco di Indonesia.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman, 52, meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul, pada jam 8 malam tadi.
Pelawak dan pengacara itu menghembuskan nafas terakhir dipercayai serangan jantung dan ditemui terbaring dalam bilik air oleh ibunya
Sebelum ini, Allahyarham Pian pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.
Malah Allahyarham kerap berdepan masalah semput dan sering menerima rawatan dan disahkan mengalami serangan jantung serta diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).
Berita pemergian anggota kumpulan lawak jenaka, Cecupak yang popular era 1990-an itu disahkan adik perempuan, Hassenah Abdul Rahman.
“Saya diberitahu, mak tersedar arwah sudah terbaring dalam bilik air pada jam 8 malam. Arwah memang duduk dengan mak, jenazah arwah sudah dibawa ke hospital,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penjaga gol, Nur Azurin dipilih sebagai penjaga terbaik Liga Karnataka India
Anak kelahiran Shah Alam yang menjadi penjaga gol skuad wanita kebangsaan, Nur Azurin Mazlan dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik di pertandingan Liga Wanita Karnataka (Karnataka Women’s League) baru-baru ini.
Karnataka Women’s League adalah divisyen utama liga bola sepak wanita di wilayah Kartanaka. Ia adalah saingan berasingan dan berada di bawah pertandingan elit bola sepak di India, iaitu India Womens’ League.
Azurin dalam satu aksinya menentang bersama pasukannya menentang Kickstart FC di perlawan akhir
Bekas pelajar Sekolah Sukan Malaysia Sabah, penjaga gol berusia 21 tahun itu telah terbang ke India pada 23 Disember lalu untuk meraih pengalaman baharu di dalam karier bola sepaknya apabila menerima tawaran sebuah kelab amatur, Misaka United.
Azurin adalah antara tonggak Malayan Tigress ketika menewaskan Palestin 2-0 dalam aksi Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, September lalu.
Nurul Azurin tidak menunggu lama untuk membuat penampilan penuh apabila dia diberi kepercayaan penuh oleh jurulatih pasukannya untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
Ia sekaligus menjadikan Azurin sebagai pemain import pertama yang beraksi di Karnataka Women’s League. Pada perlawanan pertamanya bersama Misaka United, Azurin berjaya membantu pasukan itu menewaskan Bengalaru Braves dengan jaringan 4-0, sekali gus merekodkan clean sheet.
Di perlawanan akhir pertama, Azurin sekali lagi beraksi cemerlang membantu Misaka United menewaskan Kickstart FC dengan jaringan 2-1. Nasib bagaimana pun tidak menyebelahi Azurin apabila Misaka tewas 3-1 dalam perlawanan timbal balik.
Walaupun kurang bernasib baik tewas di perlawanan akhir, aksi Azurin sepanjang pertandingan berjaya menjadikan beliau penjaga gol terbaik pertandingan tersebut.
Ia pasti menjadi pengalaman berharga buat Azurin. Syabas anak muda kerana berani menyahut cabaran.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur – Gagal ke pusingan separuh akhir Piala Asia 2022 selepas Skuad Hoki Projek Khas Wanita Kebangsaan dibelasah oleh pihak lawan iaitu Jepun diaksi terakhir Kumpulan A di Muscat, Oman malam tadi.
Perlawanan berlangsung di Kompleks Sultan Qaboos menyaksikan Jepun menjaringkan enam gol padang dan dua gol jaringan penalti kapten Yuri Nagai pada minit keempat.
Manakala Kaho Tanaka membolosi dua gol padang pada minit ke-16 dan ke-28 sebelum Shihori Oikawa menjaringkan gol pada minit ke-20 di sudut penalti.
Sebelum aksi separuh masa pertama berakhir, Mai Toriyama sempat menyumbat gol kelima.
Tidak memberi peluang kepada pasukan negara, gol keenam bolos pada minit ke-39 oleh Koho Tanaka sekali gus melengkapkan jaringan hatriknya.
Jepun masih bertenaga setelah gol disumbat sekali lagi pada minit ke-48 oleh Kana Urata dan penutup oleh Sakurako Omoto yang menjaringkan gol terakhir pada minit ke-57.
Bagaimanapun, laporan daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) skuad negara, Nuramirah Shakirah Zulkifli dipilih menjadi pemain terbaik.
Menurut Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas KHM, Paul Revington menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi skuad negara pada suku kedua dari aspek pertahanan.
‘Walaupun banyak gol dibolos semasa perlawanan dengan India dan Jepun, saya tetap berasa bangga dan bersemangat pada pasukan negara kerana bermain secara positif menentang dua pasukan hoki Olimpik yang hebat,’ katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SPRM tahan 2 CEO syarikat berhubung perolehan 6 kapal LCS
PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) daripada syarikat disyaki terbabit penyelewengan kontrak perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS), dilaksanakan Boustead Naval Shipyard.
Sumber SPRM berkata, kedua-dua individu berkenaan masing-masing berusia 79 dan 49 tahun ditahan pada lewat petang semalam, bagi membantu siasatan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
“Kedua-dua ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.
“Manakala, seorang lagi, disyaki menerima rasuah daripada subkontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, menurut laporan Berita Harian, pada 21 Nov lalu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Mohamad Imran Abd Hamid, membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS, yang gagal diserahkan mengikut jadual.
Projek itu bernilai RM9.128 bilion dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan sejumlah RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal berkenaan secara serentak.
Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.
SUMBER – FMT
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
‘Raja Rimba’ putus buah zakar diserang singa betina
NAIROBI, Kenya – Seekor singa jantan kehilangan buah zakar akibat diserang sekawan singa betina ketika ia cuba merampas makanan yang sepatutnya dibawa balik kepada anak-anak singa, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Dalam insiden baru-baru ini, singa jantan bernama Mandevo itu cuba merampas daging kerbau yang dibunuh sekawan singa betina tanpa menyedari makanan itu adalah untuk dibawa pulang kepada 11 ekor anak singa.
Berang dengan tindakan Mandevo, kawanan singa betina itu terus menyerang ‘Raja Mergastua’ itu sehingga mengakibatkan kecederaan serius pada bahagian alat sulitnya.
Jurugambar hidupan liar, Gren Sowerby, yang kebetulan membuat tinjauan di kawasan berhampiran sempat merakam detik pertarungan tersebut.
“Kejadian berlaku sangat pantas seperti perlumbaan kereta Formula Satu.
“Mandevo hanya mampu terbaring dan menjilat diri sendiri selepas ‘tewas’ dalam perbalahan itu. Saya kemudian menelefon pihak berkuasa bagi membawa Mandevo mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurut Sowerby, renjer hutan telah menghantar Mandevo ke Pusat Gajah Nairobi dan kini sedang menjalani proses pemulihan.
“Meskipun kehilangan satu buah zakar, singa itu berada dalam keadaan baik,” ujar Sowerby.
SUMBER: Agensi/ Kosmo
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PM New Zealand tunda majlis perkahwinan kerana penularan Omicron
Foto atas: Perdana Menteri New Zealands , Jacinda Ardern
MOSCOW – Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menunda majlis perkahwinannya kerana negara itu akan beralih ke tahap amaran merah Covid-19, lapor Sputnik.
“Apabila melibatkan majlis, sama ada hari jadi atau perkahwinan atau apa-apa jenis acara seumpama itu, perhimpunan dihadkan hanya kepada 100 orang dengan amaran tahap merah bermula pada 11.59 (10:59 GMT) malam ini,” kata Ardern pada sidang akhbar Ahad, seperti yang dipetik oleh The New Zealand Herald.
Mengulas mengenai perkahwinannya sendiri, perdana menteri berkata beliau juga sama dengan warga New Zealand yang lain.
“…perkahwinan saya tidak akan diteruskan tetapi saya juga tergolong dalam ramai lagi warga New Zealand yang pernah mengalami pengalaman serupa disebabkan pandemik,” kata Ardern.
Beliau menjelaskan pelaksanaan tahap amaran merah di New Zealand diputuskan apabila lebih banyak kes Omicron disahkan di negara itu.
Perdana menteri itu merancang untuk berkahwin dengan pasangannya Clarke Gayford pada musim panas ini di Gisborne, menurut The New Zealand Herald. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Neve.
Sumber : Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SPRM tahan reman bekas Pengarah penguat kuasa agensi kerajaan
Kuala Lumpur – Seorang bekas Pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman selama tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada syarikat kontraktor bagi membantu mendapatkan tender kontrak kerja-kerja pembersihan bernilai RM3.1 juta di utara tanah air.
Perintah reman sehingga 30 Januari itu dikeluarkan oleh Majistret Nadia Othman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi ini.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira pada jam 2 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Tertuduh dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan dari Julai 2019 sehingga Mac 2021 daripada syarikat kontraktor dalam membantu mendapatkan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.-SAHIH
Foto dan video: Ihsan SPRM KEDAH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bersama kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, KKMM dan warga RTM mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat bertempat di Masjid Muhammadi Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Majlis berkenaan memohon kesembuhan dan kesejahteraan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini berada di Institut Jantung Negara, IJN.
Majlis dipimpin oleh Ustad Mohd Fadhil Desa dimulai dengan Solat Maghrib, disusuli dengan Solat Hajat, seterusnya bacaan Yassin dan diakhiri dengan Solat Isyak.
Antara yang hadir, KSU KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah RTM Datuk Che Roslan Che Daud, ketua ketua jabatan serta lebih 50 warga RTM dan KKMM hadir.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!