Kuala Lumpur – Masuk hari ketiga, Institut Jantung Negara (IJN) masih menjadi tumpuan pengamal media bagi memantau perkembangan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Setakat ini tiada sebarang perkembangan terbaharu, melainkan kenyataan ringkas semalam daripada anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir yang menyatakan keluarganya telah berinteraksi dengan Tun Dr. Mahathir dan beliau masih dirawat di IJN.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SELANGOR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama-sama Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan Op Selamat 17 Sempena Tahun Baru Cina 2022.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata OP Selamat 17 akan bermula dari 28 Januari hingga 6 Februari 2022, iaitu 4 hari sebelum dan 4 hari selepas sambutan perayaan.
Operasi tahun ini masih mengekalkan tema yang sama “Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi”.
Terdapat 2 objektif utama yang diberikan fokus iaitu mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina pada kali ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hentikan rakaman video dalam kelas, elak disaman oleh waris
ALOR SETAR – Warga pendidik hentikan rakaman video yang dipercayai boleh berdepan dengan saman oleh waris pelajar sekiranya rakaman tersebut boleh memalukan pelajar dan keluarga yang terbabit.
Sejak kebelakangan ini, penularan rakaman video ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ke media sosial yang boleh mengundang salah faham di kalangan warganet terhadap profesion perguruan.
Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik berkata, sejak kebelakangan ini terdapat banyak video yang tular melalui pelbagai platform media sosial yang berkaitan dengan guru dan murid yang mendapat reaksi orang awam.
Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) , Jasni Md Kechik
Katanya, penularan video itu mungkin mempunyai tujuan yang baik tetapi apabila ditularkan boleh mendatangkan 1001 persoalan.
“Kita tidak tahu orang awam mempunyai persepsi yang berbagai, malah menjadikan video yang dirakam itu diperdebatkan mengikut fikiran dan sudut pandangan orang awam masing-masing.
“Mungkin akan menjadi cemuhan terhadap guru yang merakam video itu serta yang boleh membawa satu pandangan negatif,” katanya ketika dihubungi.
Antara tangkap layar daripada video yang ditularkan kelihatan guru ‘berleter’
Katanya, baru-baru ini terdapat satu video menunjukkan guru sedang bertanya soalan kepada seorang murid, murid berkenaan tidak menjawabnya mungkin dipercayai menghadapi kekurangan dari segi fizikal di bahagian mulutnya dan malu.
“Oleh itu setiap guru perlu peka dengan rakaman yang dibuat, mungkin waris murid itu boleh menyaman guru berkenaan kerana memalukan murid dan keluarganya.
“Terdapat juga satu rakaman menunjukan guru ‘berleter’ kepada muridnya, warganet mempunyai pandangan berbeza, tidak semua berpandangan sama dengan apa yang guru berkenaan fikirkan,” katanya.
Mungkin video ditularkan oleh guru sebagai suka-suka tetapi boleh mengundang warganet memberi reaksi pelbagai
Katanya, bagi menggelak kejadian yang boleh menjejaskan reputasi guru, pastikan setiap rakaman itu berpandangan dari sudut positif, seperti murid boleh berbicara lancar, latihan subjek tertentu yang menakjubkan daripada kebolehan murid dan perlakuan murid yang menunjukkan sikap positif dan murni yang tinggi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PH mahu kerjasama dengan semua pembangkang hadapi PRN Johor
PH memutuskan bahawa semua parti pembangkang, termasuk Pejuang, Warisan dan Muda, perlu bekerjasama bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Johor (PRN) yang bakal diadakan.
Perkara itu dimaklumkan pengerusinya Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung kira-kira dua jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
“Ada beberapa persetujuan awal. Kita akan membuka ruang untuk semua kekuatan pembangkang dan masyarakat sivil (untuk) memastikan ada perubahan.
“Kalau ada sedikit retak (di kalangan pembangkang), tidak akan membantu. Jadi kita ada satu suara, satu tindakan dan satu strategi untuk memastikan kerajaan Umno BN dikalahkan bermula di Johor,” katanya.
“Semua pembangkang, maknanya Pejuang, Warisan, Muda, masyarakat sivil dan parti-parti lain. Strategi kita mesti merangkul semua pembangkang,” katanya lagi ketika diminta mengulas lanjut berkenaan perkara itu.
Susulan itu, katanya, PH Johor akan memulakan rundingan bagi pembahagian kerusi, termasuk kerusi yang sebelum ini ditandingi Bersatu ketika masih bersama gabungan itu.
Sumber – Malaysiakini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Peniaga yang menjual durian di sini mengganggap buah itu kurang mendapat sambutan pelanggan kerana dikatakan harga buah ini mahal.
Namun, buah yang ‘tidak laku’ itu boleh diproses isinya menjadikan tempoyak yang boleh dijual dan mendatangkan hasil.
Seorang peniaga durian Kampung Damak, dekat sini, Zulkifli Mamud, 56, berkata, dia tidak khuatir kerana buah yang tidak mendapat perhatian pelanggan kerana durian yang gugur di luar musim dianggap mahal.
Zulkifli Mamud menunjukkan tempoyak yang siap diproses daripada durian yang ‘tidak laku’
“Kita sedia maklum dalam keadaan ekonomi masa ini, orang ramai pastinya berhati-hati untuk berbelanja kerana lebih menumpukan kepada perbelanjaan yang sangat perlu sahaja.
“Peniaga sewajarnya menerima hakikat apabila kurang pelanggan berbelanja untuk durian, jangan khuatir kerana isi buah ini boleh diproses menjadi tempoyak, malah ada yang menjadikan pes durian untuk dibuat ais kerim,” katanya ketika ditemui.
Katanya, kita (peniaga) jangan panik apabila durian luar musim tidak laku, bila diproses dijadikan tempoyak orang ramai akan membelinya untuk menjadi juadah gulai masam tempoyak bersama ikan patin, ikan tilapia, ikan lawang dan ikan sungai yang lain.
“Gulai masam tempoyak ikan sungai amat popular bagi penduduk di sini dan boleh didapati dengan mudah di gerai atau kedai makan di sekitar bandar ini dan boleh dipasarkan ke bandar Lipis dan Temerloh.
“Peniaga tidak boleh ‘memaksa’ orang untuk membeli durian dalam keadaan sekarang, peniaga ada pilihan sama ada turunkan sedikit harga buah atau proses menjadi tempoyak, di sini letaknya kreativiti sebagai peniaga,” katanya.
Katanya, jenis durian luar musim yang dijual seperti baka kampung, durian kahwin, 101, D24, Tok Litok dan beberapa baka lain yang lazimnya gugur ketika bermusim.
“Harga jualan ketika tempoh bermusim, iaitu durian kahwin antara RM20 hingga RM25 sekilogram (kg), musang king gred B (antara RM30 – RM35 ), musang king gred A (antara RM60 – RM80), manakala buah kampung antara yang paling murah iaitu RM10 hingga RM15 bagi sekilogram,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seorang lelaki dewasa dan wanita maut dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Tanah Putih, Kuantan, pada jam 11.34 malam, semalam.
Seorang lelaki dewasa yang berada di dalam kereta Proton Saga maut akibat kereta itu turut terbakar seratus peratus setelah berlanggar dengan sebuah kereta Proton Iswara.
Kereta Proton Saga yang terbakar meragut nyawa seorang lelaki dewasa
Kereta Proton Iswara yang dinaiki oleh seorang perempuan dewasa yang tersepit telah meninggal dunia.
Manakala seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki serta dua kanak-kanak perempuan yang berada di dalam kereta yang sama cedera akibat kemalangan itu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Pahang, PKPgB Abdul Rahim Baharom, kemalangan itu melibatkan dua kereta tersebut dan kereta Proton Saga yang terbakar.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dan Taman Tas bergegas ke lokasi kejadian untuk pemadaman dan penyelamat.
Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan alat khas dan dihantar ke hospital mengguna EMRS Taman Tas dan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan operasi berjaya dikawal dan dipadamkan pada jam 12.29 pagi, hari ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan operasi berjaya dikawal dan dipadamkan pada jam 12.29 pagi, hari ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kes Covid naik, jamin tiada sekatan pulang beraya tahun ini
Foto atas: Datuk Seri Ismail Sabri beramah mesra semasa Lawatan Ziarah Prihatin Mangsa Banjir di perkarangan Masjid Kampung Guai, Bera, hari ini.
BERA: Spekulasi mengatakan akan ada penutupan ekonomi dan rakyat tidak dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana berlaku penularan wabak Covid -19 yang membimbangkan.
Selain itu tidak ada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, negeri, mahupun daerah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, memang benar ada peningkatan jumlah kes sejak semalam, tiada sekatan untuk rakyat untuk pulang ke kampung halaman menyambut hari raya Aidilfitri.
“Kita sudah tidak akan melaksanakan PKP seluruh negara, negeri mahupun daerah, melainkan kawasan-kawasan tertentu sahaja yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
“Tiada lagi sekatan ekonomi akan dilaksanakan dan sektor-sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa kecuali kawasan yang dikenakan PKPD,” katanya
Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis perjumpaan bersama pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di Pejabat Kemas daerah Bera, hari ini.
Beliau mengingatkan rakyat agar tidak lagi merasa bimbang sekiranya mereka tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, tahun ini.
“Jangan bimbang dengan spekulasi yang disebarkan kerana saya memberi jaminan, tiada lagi sekatan sama ada dari segi sektor ekonomi mahupun pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.
Beliau dalam pada itu melahirkan rasa bimbang dengan peningkatan jumlah kes semalam yang mencecah angka harian 4,115 semalam.
“Kita tidak boleh rasa selesa dengan angka kes sekarang dan seharusnya perkara ini perlu dibendung.
“Kita tidak mahu negara kita mencapaikan angka seperti negara US, UK dan Perancis. Perlu turun dari segi angka supaya kita dapat isytiharkan endamik apabila jumlah jangkitan di bawah 1,000,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
18 penumpang bas ekspres selamat dalam kemalangan dengan lori
Foto atas: Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 132.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, pada jam 4.26 petang, hari ini.
TEMERLOH – Pemandu lori dan bas serta 18 penumpang bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 132.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, pada jam 4.26 petang, hari ini.
Detik cemas itu berlaku apabila bas ekspres tersebut merempuh belakang sebuah lori dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Pahang, PPgB Azhar Jaafar, pihak bomba telah menerima panggilan daripada MERS 999 pada jam 4.26 petang.
Katanya, dalam, kejadian yang berlaku itu, pemandu lori lelaki selamat manakala 10 lelaki dewasa termasuk pemandu bas dan 8 perempuan dewasa penumpang bas selamat dan semua mangsa tidak tersepit.
Seorang penumpang wanita yang terlibat dalam kemalangan itu dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
“Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh telah diarahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik satu Jentera FRT dan satu Jentera EMRS dengan keanggotaan seorang Pegawai Penyelia bersama tujuh orang anggota.
“Pasukan bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa yang masih berada di dalam bas. Pihak anggota Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) dan anggota EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera,” katanya.
Menurutnya, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital berdekatan dengan menggunakan Jentera EMRS, sebuah ambulan KKM dan tiga unit ambulan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Sebahagian suspek pengedar dan penagih dadah dibawa naik ke atas kenderaan Polis di Raja Malaysia (PDRM) dalam satu serbuan sebuah port ladang sawit sebuah Felda di Jerantut, Jerantut, Pahang hari ini. – Foto Ihsan IPD Jerantut
JERANTUT – Kejadian yang memalukan apabila seorang bapa berusia 30-an sanggup membawa anaknya berusia 8 tahun untuk melepaskan gian menagih dadah di dalam sebuah ladang sawit dekat sini, hari ini.
Bapa tersebut antara 32 orang suspek kesemuanya lelaki berusia antara 19 hingga 50 tahun yang diberkas di beberapa port berasingan di Felda, kampung dan pinggir bandar daerah ini sempena Ops Tapis Khas yang bermula pada 21 Januari hingga berakhir hari ini.
Ketua Polis Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, bapa berkenaan yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah akan disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, seramai tujuh orang, Seksyen 12(2) ADB 1952 (8 orang), Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang terbabit dengan air ketum (6 orang).
“Turut ditahan seramai 23 orang akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan seorang lagi di bawah Seksyen 3(1), Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 kerana suspek terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mazlan, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 10 gram, heroin (5.79 gram) dan air ketum (1.5 liter).
“Sungguh tidak masuk akal dan sedih dalam serbuan ini, seorang bapa dalam lingkungan 30-an sanggup membawa anaknya berusia 8 tahun yang masih tidak mengerti apa-apa di port ladang sawit sebuah Felda kerana sangat gian dengan dadah.
“Cukup memalukan kepada bapa berkenaan dan dalam masyarakat kita, nampaknya pengedar serta penagih dadah masih tidak serik dan berani walaupun kerajaan sudah mengenakan undang-undang yang berat seperti hukuman mati dan penjara dalam tempoh yang lama,” katanya.
Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Jerantut sangat berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga membawa penahanan seramai 32 orang suspek pengedar dan penagih sempena Ops Tapis Khas yang dijalankan selama tiga.
“Kita berharap kerjasama ini berterusan dan orang ramai dapat membantu polis membanteras dadah dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat jenayah dialu-alukan menyalurkan terus ke IPD Jerantut menerusi talian 09 2662222 sambungan 262,”katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis Lipis gempur sebuah pot dadah, 25 suspek ditahan
Foto atas: Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lipis menahan sebahagian penagih dadah diberkas dalam serbuan sebuah pot sempena Ops Tapis di daerah Lipis, Lipis, Pahang hari ini.- Foto IPD Lipis.
LIPIS : Dua puluh lima penagih dadah berusia antara 19 hingga 60 tahun dadah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Lipis dalam Ops Tapis, semalam.
Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azli Mohd. Noor berkata, seramai 17 orang anggota polis berjaya menahan seorang suspek di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39C ADB (2 orang) dan Seksyen 15(1)(a) seramai 22 orang.
“Suspek yang ditahan terdiri daripada 24 orang lelaki Melayu dan seorang lelaki India ketika sedang leka menghisap dadah di pot tersebut dan berjaya merampas dadah heroin seberat 20.40 gram.
Suspek dibawa keluar oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lipis untuk siasatan dan ujian air kencing selepas menggempur pot dadah sempena Ops Tapis di Lipis, Pahang hari ini. – Foto IPD Lipis
“Operasi ini adalah yang pertama pada awal tahun ini melibatkan jumlah tangkapan yang terbesar dan ini menunjukkan suspek yang juga penagih masih tidak serik dan takut dengan undang-undang dengan melakukan aktiviti tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, bagi Seksyen 39C ADB 1952 melibatkan tiga kes dilakukan oleh dua suspek yang masing-masing seorang menjalani pertuduhan hari ini, manakala seorang lagi pada 24 Januari ini.
“Seramai 21 orang suspek dadah didapati positf dadah selepas menjalani saringan air kencing,” katanya.
Jelasnya, IPD Lipis sangat berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan maklumat sehingga berjaya menggempur pot dadah tersebut dan diharap kerjasama berkenaan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha polis membanteras kegiatan dadah di daerah ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!