Sikap kebersamaan kunci kestabilan kerajaan Pahang
KUALA LUMPUR – Kekuatan UMNO adalah bertunjangkan kesetiaan dan kebersamaan dalam saf perjuangan.
Itu antara pesanan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini, hari ini.
Pesanan Wan Rosdy itu dikongsi ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam melalui hantaran di Facebook miliknya.
“Alhamdulillah, di dalam ucapan dan amanat YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang banyak menekankan peri penting kebersamaan pemimpin.
“(dan kebersamaan) ahli parti dalam pembentukan parti yang stabil dan seterusnya menjadikan UMNO sebagai parti yang membela rakyat,” katanya.
Majlis berbuka puasa itu dihadiri semua ketua cawangan UMNO Pahang dan barisan pimpinan parti di pelbagai peringkat.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang menerima khabar gembira apabila kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas Aidilfitri RM1,000 kepada mereka.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik Beraya Ke Pahang di Stadium Titiwangsa di sini, malam ini.
“Saya akan beritahu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan perkara itu dan sudah pasti sebelum hari raya (bantuan diterima),” katanya menurut laporan BH Online.
Sementara itu, beliau berkata Kerajaan Pahang membelanjakan RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak ia diperkenalkan pada 2022 sehingga hujung tahun lalu.
Katanya, jumlah berkenaan membabitkan bantuan RM300 dalam bentuk barangan dan wang simpanan kepada bayi yang lahir di Pahang dan bantuan RM100 kepada setiap murid Tahun Satu di negeri berkenaan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) sedia menganjurkan perlawanan Liga Malaysia (Liga M), khususnya Liga Super yang dijadualkan bermula Mei depan.
Yang Dipertua MPT, Suris Mihat berkata setakat ini, segalanya berjalan lancar terutama dari segi kesediaan padang dan lampu limpah bagi memenuhi kriteria ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
“Pihak MFL ada melawat ke stadium baru-baru ini bagi melihat kemudahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi membolehkan Stadium MPT layak menjadi gelanggang untuk Liga M.
“Perbincangan turut diadakan bersama Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) untuk memastikan keadaan padang serta kemudahan lain pada tahap terbaik.
“Oleh itu sebelum perlawanan liga bermula, MPT akan memastikan segalanya mengikut perancangan,” katanya kepada BH Online.
Berdasarkan perancangan, Stadium Darul Makmur akan ditutup bagi tempoh kira-kira enam bulan bagi menaik taraf rumput padang bermula Mei atau Jun depan.
Sebagai alternatif, Stadium MPT menjadi pilihan utama buat skuad kendalian Fandi Ahmad beraksi selaku gelanggang tuan rumah.
Stadium MPT, Temerloh mempunyai kapasiti kira-kira 10,000 penonton.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Dr Faridwan (duduk tiga dari kanan) dan Dato’-Dato’ Adat (berdiri belakang tengah) merakam kenangan bersama sebahagian warga emas PJNH sempena Majlis Iftar Perdana di Surau Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Sayangi ibu bapa! Hormati warga emas! Iftar Perdana bersama Dato’ Penghulu Dagang Lenggeng meriah!
SEBAGAI seorang yang waras kita jangan sekali-kali mengabaikan ibu bapa terutama apabila mereka sudah tua dan uzur yang amat memerlukan perhatian serta kasih sayang khususnya daripada seorang anak.
Dato’ Penghulu Dagang Lenggeng, Negeri Sembilan, Dr Faridwan Abdul Ghafar, berkata sesibuk macam mana sekalipun, seseorang itu harus memberi perhatian yang sempurna kepada ibu bapa kerana mereka sudah banyak berkorban untuk seorang anak.
Justeru itu, menurutnya, sebagai anggota masyarakat kita juga harus menghormati warga emas dan menyantuni mereka seumpama ibu bapa sendiri walaupun tidak mempunyai ikatan persaudaraan dan sebagainya.
Sebahagian warga emas PJNH hadir pada majlis berkenaan menunggu persiapan hidangan berbuka puasa.
Tambahnya, bukan suatu perkara merugikan untuk seseorang itu melayani atau bertanya khabar warga emas ditemui kerana mungkin tindakan itu dapat mengubati hati mereka yang merindui anak atau saudara mara.
“Kita hendaklah berlapang dada dalam menyantuni warga emas ini dan buang perasaan syak wasangka terhadap mereka termasuk yang terdampar tanpa waris, uzur, hidup sebatang kara, dibuang anak dan sebagainya yang kini berlindung di pusat jagaan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana 1445H/2024M di Surau Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan, anjuran bersama Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, Selangor dan Kelab Sukarelawan Mahmudah, Sungai Purun, Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis itu, Dato’ Dato’ Adat; wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Lenggeng, Azran Afziz Yazid; Pengerusi PJNH, Mohiadin Bahado; Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Azman Rasman; pengerusi surau berkenaan, Saffarudin Darwis; penduduk kampung; dan warga emas PJNH.
Dr Faridwan berkata, di samping itu warga emas yang menjadi penghuni pusat jagaan perlu didedahkan dengan aktiviti keilmuan serta ilmiah termasuk menggalakkan untuk membaca setakat mampu bahan-bahan bacaan yang disediakan.
Jelasnya, langkah itu dapat membantu mencergaskan otak dan minda selain meredakan tekanan perasaan dan jangan pula menganggap sudah berusia tidak dapat melakukan apa-apa terutama bagi mengekalkan kesihatan.
“Saya percaya pusat jagaan mungkin sudah melakukan perkara ini dan perlu dipraktikan setiap masa malah mungkin ada tenaga sukarela untuk membantu warga emas melakukan seniman ringan kecergasan dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Azran Afziz yang berucap mewakili Adun Lenggeng, Mohd Asna Amin, menasihatkan warga emas dan penduduk kampung untuk memperbanyak amalan sepanjang Ramadan di samping mengekalkan ukhuwah dengan melakukan solat sunat tarawih.
“Bagi warga emas yang uzur tunaikanlah amalan sunat setakat termampu supaya dapat terus berada dalam keadaan tenang, buangkan perasaan stres untuk tidak mengangggu kesihatan dan kita sama-sama berdoa semoga ada waris atau saudara mara datang ziarah nanti,” katanya.
Saffarudin pula menzahirkan rasa terharu serta tersentuh hati dapat menganjurkan majlis itu bagi menyantuni warga emas PJNH serta penduduk kampung sebagai satu amalan membantu mereka yang ditimpa musibah pada bulan Ramadan.
“Ini juga membuka peluang kepada kami kariah surau untuk sama-sama membantu PJNH yang beroperasi dengan hanya mengharapkan infak serta sumbangan pelbagai pihak menerusi amalan bersedekah supaya dapat terus membela nasib warga emas yang berlindung di situ,” ujarnya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Sebelum waktu berbuka puasa petang semalam, ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam meluangkan masa menziarahi beberapa rumah penduduk di Kampung Chemomoi, FELDA Chemomoi.
Kali ini dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang meneruskan sesi ziarah dengan tagline ‘Geng Mangkuk Tingkat’.
“Hajat hati nak singgah ziarah semua rumah di Kampung Ampang Simpang Pelangai.
“Tapi waktu terlalu singkat hampir masuk waktu berbuka.
“Sempat singgah juga.. sempat ke beberapa buah rumah, berbuka secawan air depan rumah di Kampung Ampang, semalam.
“Macam biasalah, saya datang dengan sedikit juadah berbuka dalam mangkuk tingkat, barangan asas dan sedikit sumbangan ikhlas daripada saya,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Dia turut memaklumkan hujan lebat berlaku di FELDA Chemomoi petang semalam ketika program ziarah itu.
“Hujan rahmat mudah-mudahan,” katanya lagi.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Guru buat gigitan cinta dekat pelajar ‘direhatkan’ mengajar
Guru wanita yang dikatakan bercinta dengan seorang pelajarnya di sebuah sekolah menengah di Sepang, Selangor direhatkan daripada tugas sehingga siasatan berhubung kes itu selesai.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, guru wanita tersebut perlu mematuhi sepenuhnya prosedur siasatan kes itu yang dijalankan pihak polis terlebih dahulu sebelum Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan lanjut.
Menurutnya, kes terbabit kini masih dalam siasatan polis dan pihaknya memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Ia masih dalam siasatan di peringkat polis, maka sebab itu saya tegaskan berulang kali yang KPM memberikan komitmen sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
“Pada masa sama, kami ketika ini mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya dan guru wanita itu tidak ada langsung cara untuk akses (bertemu) dengan pelajar terbabit kerana kita telah melindunginya,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes seorang guru wanita yang didakwa bercinta dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun hingga tular di media sosial.
Sumber : Sengat daily
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebuah bas persiaran yang membawa 16 orang penumpang termasuk empat orang warga asing terbalik dalam kemalangan yang berlaku berdekatan Hentian Rehat Lentang hala timur, Lebuhraya Karak dekat sini pagi ini.
Bas Persiaran terbalik, dua maut, 11 cedera
BENTONG : Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran terbalik mengakibatkan dua maut dan 11 cedera dalam kemalangan yang berlaku di KM 51.4 arah timur berdekatan Lentang, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dekat sini pada jam 7.53 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang maut termasuk seorang lelaki warganegara asing dan seorang lagi penumpang wanita yang masih belum dikenalpasti.
“Pemandu bas tersebut mengalami kecederaan parah dan seorang wanita warga tempatan mengalami kecederaan serupa.
“Sebelas penumpang lain mengalami kecederaan dan lima terselamat. Bas tersebut yang bertolak dari TBS menghala ke Kuantan dengan membawa seramai 20 penumpang termasuk pemandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong menerima panggilan telefon kira-kira jam 8.00 pagi tadi memaklumkan kemalangan tersebut.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Majlis serah tugas bekas Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli (kiri) kepada ketua polis baharu, Superitendan Ismail (kanan) di IPD Lipis, semalam.
Superitendan Ismail ganti Azli sebagai Ketua Polis Lipis
LIPIS : Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor dinaikkan pangkat kepada Asisten Komisoner (ACP) dan memulakan tugasnya di Ibupejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman (kiri) bersama Superitendan Ismail (kanan)
Tempat beliau digantikan oleh Superitendan Ismail Man sebagai Ketua Polis Daerah Lipis yang baharu.
Majlis serah tugas yang diadakan di IPD Lipis turut disaksikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman di sini, semalam.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rumah dan persiapan raya hangus ketika pemilik solat tarawih
MARAN: Persiapan raya sebuah keluarga di Felda Raya Jengka 14, Bandar Tun Abdul Razak Jengka musnah sekelip mata apabila rumah kediamannya musnah terbakar malam tadi.
Dalam kejadian 10.20 malam itu semua penghuni tiada di rumah kerana sedang menunai solat tarawih dan masih belum pulang bekerja di Simpang rancangan berkenaan.
Kejadian itu disedari disedari jiran yang melihat percikan api dari ruang tengah rumah sekaligus menghubungi pihak bomba dan penyelamat Jengka.
Pemilik rumah Mohd Isa Md Noor berkata, semasa kejadian dia sedang solat tarawih di masjid manakala isteri, Nor Asmah Bohari dan dua anak bekerja dan berniaga di simpang masuk rancangan berkenaan.
“ Saya terkejut dengan kejadian di luar jangkaan kerana semua barangan rumah, dokumen seperti kad pengenalan dan baju raya yang Baharu di beli musnah dalam kejadian itu.
Punca kebakaran masih disiasat pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat ( JBP) manakala jumlah kerugian masih belum ditaksirkan tetapi dijangka melebihi RM100,000, katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Mohd Isa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak seperti pentadbiran kampung dan Felda, Gabungan Masjid Felda Wilayah Jengka, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Jengka yang proaktif beri sumbangan awal.
Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud menyampaikan sumbangan RM500 dan akan menjalankan kutipan derma di 36 Masjid di Felda Wilayah Jengka.
Penyelaras DUN Jengka, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said menyampaikan sumbangan RM1 000 dan barangan makanan buat keluarga berkenaan.
Saya terharu pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Pembangunan Kampung ( JKPK), Gerakan Persatuan Wanita ( GPW) Jengka 14 melancarkan derma kilat, katanya.
Beliau turut memuji kepantasan anggota bomba berjaya menyelamatkan rumah bersebelahan daripada turut terbakar berikutan bahang panas.
Sementara itu Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Jengka, PPgB Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah berkata, sepasukan 12 seorang pegawai bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada orang ramai.
Beliau berkata, jiran mangsa sebelum itu terdengar bunyi beberapa letupan sebelum mendapati rumah mangsa terbakar lalu bertindak menghubungi bomba.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 30 Kaki x 60 Kaki persegi dan anggaran peratusan kebakaran 95 peratus tidak melibatkan mangsa.
Pasukan Bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan 1 aliran hos 60.96 meter, satu nozzle dan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba, katanya..
Tegasnya, kekuatan anggota dan logistik membabitkan 12 anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka dan Kuala Krau di bantu tiga pasukan bomba sukarela Jengka 14.
Katanya, pihaknya sedang menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian dialami mangsa.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelajar sekolah menengah dan rendah terima bantuan beg Sekolah sumbangan Yayasan Pahang
JERANTUT – Seramai 25 pelajar sekolah menengah dan rendah bertuah terpilih menerima bantuan beg sekolah sumbangan Yayasan Pahang.
Pelajar dari Sekolah Menengah Felda jengka 24 dan Sekolah Kebangsaan Felda jengka 24 telah menerima sumbangan itu daripada keprihatinan kerajaan negeri Pahang melalui Yayasan Pahang di sekolah itu.
Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud, berkata, Sekolah menengah felda jengka 24, dan Sekolah Kebangsaan Felda jengka 24 buat julung kalinya mendapat sumbangan beg sekolah,
Turut hadir bersama sama Ibu bapa dan penjaga, guru dan juga pelajar hadir dalam majlis ini.
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Razak Daud, Ketua Peneroka Jengka 24 yang mewakili Penyelaras DUN Pulau Tawar , Haris Salleh
Turut juga di adakan Majlis Ihya Ramadhan dan gotong royong bersama ibu bapa, pelajar dan memasak bersama bagi persiapan berbuka puasa di Sekolah menengah felda jengka 24.
Program itu bertujuan memupuk nilai-nilai murni serta budaya berkongsi nikmat rezeki yang ada kepada masyarakat sekeliling sebagai tanda mensyukuri rezeki yang diperolehi dan dalam masa yang sama mengambil peluang untuk mengumpul saham akhirat.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!