Mayat kanak-kanak 5 tahun dikhuatiri lemas di Rompin ditemui hari ini
ROMPIN: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dikhuatiri lemas pada Isnin di Perkampungan Banjir Kampung Sepayang berdekatan sebuah tadika, ditemui pada jam 5.30 petang, hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin , Hasrul Nizaruddin Hussin melaporkan seramai 10 anggota bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
“Operasi menyelamat dan mencari (SAR) dilakukan di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.
“Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 4 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh hari ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Selepas lima tahun bertugas sebagai pegawai agama di FELDA Wilayah Jengka, Ustaz Muhammad Shahril Mohd Salleh ditukarkan ke FELDA Wilayah Gua Musang, Kelantan, mulai tahun depan.
Pertukaran pegawai agama disenangi warga FELDA Wilayah Jengka itu sudah pasti akan meninggalkan seribu satu kenangan kepada penduduk.
Ustaz Muhammad Shahril mula ditugaskan di pejabat agama FELDA Wilayah Jengka sejak Julai 2018.
Bagi Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud, pertukaran itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan memandangkan Ustaz Muhammad Shahril adalah penjawat awam.
“Sebagai penjawat awam, memang kita terikat dengan arahan pihak atasan.
“Apa pun, kita sangat terhutang budi dengan segala jasa baik beliau sepanjang bersama kami di FELDA Wilayah Jengka.
“Banyak program diatur dan dijayakan ustaz Muhammad Shahril sepanjang lima tahun di sini,” katanya.
Razak berkata, antara program yang pernah dianjurkan bersama antara FELDA Wilayah Jengka dan ustaz Muhammad Shahril adalah sambutan Maulidur Rasul peringkat FELDA Jengka 14 dan membantu masjid FELDA Jengka 19 hingga muncul juara peringkat Kebangsaan.
Katanya, kerjasama paling meninggalkan kesan kepada warga FELDA Wilayah Jengka adalah siri jelajah ke bumi Kemboja yang adakan tahun ini.
“Saya mewakili warga FELDA Wilayah Jengka merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ustaz Muhammad Shahril dan semoga beliau terus berjaya di tempat baru,” katanya. —SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKOA Pahang nafikan harimau kumbang baham orang Asli di Lanchang
TEMERLOH: Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) Pahang menafikan kejadian seorang lelaki orang Asli di Lanchang dibaham harimau kumbang yang menyebabkan mangsa cedera parah di kepala semalam.
Pengarahnya, Johari Alwi berkata, tiada laporan kejadian sedemikian diperkampungan Orang Asli di situ termasuk seluruh negeri ini.
Beliau mengakui terkejut dengan laporan itu yang dipetik dari siaran tular di Facebook yang didakwa berlaku di tapak pertanian Kampung Teris, Lanchang, Temerloh.
” Siasatan JAKOA Pahang gambar mangsa yang cedera parah dikepala adalah gambar lama yang dikitar semula.
” Daripada kejadian itu berlaku di kawasan kampung Pos Perwor Perak iaitu kira kira dua tahun yang lalu, ” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.
Tambah beliau, maklumat yang diperolehi batin kawasan itu memaklumkan mangsa diserang harimau kumbang ketika mencari kayu untuk membuat rumah.
Bagaimanapun ujarnya, mangsa sempat membunuh harimau kumbang kumbang yang menyerangnya dengan menggunakan parang.
” Kejadian itu kisah lama yang disiarkan secara pusingan oleh facebook seolah-olah baru berlaku semalam.
Bagaimanapun beliau menasihatkan masyarakat Orang Asli yang mencari rezeki di kawasan rayau perlu berwaspada dan mesti berada dalam kumpulan semasa di hutan,” katanya.
Beliau berkata, kejadian sedemikian perlu dijadikan peringatan kepada komuniti Orang Asli yang terdedah dengan sebarang kemungkinan diserang haiwan liar.
Menurutnya, komuniti diserang haiwan liar seperti gajah, harimau dan beruang menjadi asam garam kehidupan Orang Asli. Bagaimanapun keselamatan dan nyawa perlu diutamakan.
Menurutnya, kejadian harimau membaham tiga mangsa di Gua Musang, Kelantan wajar dijadikan peringatan kepada semua pihak terutama ketika berada di kawasan habitat haiwan berkenaan- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Selepas kira-kira empat bulan kerusi DUN Pelangai kosong, minggu lalu kekosongan itu diisi secara rasmi.
Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi PRK Pelangai pada awal Oktober lalu mengangkat sumpah sebelum sidang DUN Pahang bersidang di hadapan Speaker, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Amizar ketika perbahasan Belanjawan Pahang 2024 mengambil peluang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat di Pelangai.
Dia turut membangkitkan isu yang perlu diberi perhatian kerajaan Pahang di kawasan diwakilinya itu.
Antara isu berkenaan adalah pelaksanaan projek Central Spine Road menghubungkan Simpang Pelangai dan pekan Karak.
Selain itu, dia juga meminta kemudahan bekalan elektrik dinaik taraf di beberapa kawasan dalam kawasan Pelangai.
“Begitu juga dengan inisiatif kerajaan Pahang – Skim Tanah Rakyat (STR) diharapkan dapat diperluaskan dan dilaksanakan di FELDA Chemomoi, Kemasul dan Kemahal.
“Dalam masa sama, kerja naik taraf dan memulihan bekalan seperti air bersih, liputan internet dan telekomunikasi, sistem perparitan antara yang menjadi perhatian saya untuk penggal pertama sebagai wakil rakyat,” katanya.
Amizar turut berhasrat memajukan lagi sektor agro pelancongan di kawasan Pelangai yang sememangnya berpotensi untuk menjadi tarikan utama pelancong ke kawasan itu.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki warga Indonesia mati tertimbus kejadian tanah runtuh
LIPIS : Seorang lelaki warganegara 28 tahun maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Berembang, Ladang Jerekoh, dekat sini, pada jam 11.10 pagi, hari ini.
Komander operasi, Ariffa Mamat melaporkan, mangsa yang tertimbus, Khairul Anam berjaya dikeluarkan oleh rakan sekerja mangsa dengan menggunakan jentera berat ‘excavator’.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Seramai 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis tiba di tempat kejadian turut membantu mengeluarkan mangsa.
“Anggota bomba turut membuat pemeriksaan kawasan di tempat kejadian bagi memastikan kawasan tersebut selamat dan operasi diserahkan kepada pihak polis tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Rosalina Sabarin (tengah) mencabut undi untuk menyertai acara sukaneka yang turut membabitkan warga emas.
Rosalina Sabarin (tengah) mencabut undi untuk menyertai acara sukaneka yang turut membabitkan warga emas.
JKSP Hospital Sultan Idris santuni PJMM
Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, memilih untuk mengadakan program Hari Keluarga di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), baru-baru ini.
Pusat jagaan itu dipilih sebagai satu keperluan seorang pesakit di hospital kerana keadaan itu dapat diamati apabila bersama warga emas di PJMM yang uzur serta bergantung kepada peralatan kesihatan.
Ketua JKSP hospital itu, Rosalina Sabarin, berkata kalau di hospital, mereka akan melakukan tugas antaranya meneliti keperluan pesakit yang mendapatkan rawatan dari segi peralatan kesihatan bersesuaian dengan mereka untuk digunakan.
Warga emas, sukarelawan dan kakitangan JKSP turut menyertai senam zumba yang diadakan pada Hari Keluarga itu.
“Penelitian itu akan membabitkan banyak perkara termasuklah penyakit yang dihidapi, kemampuan untuk berdikari, bergerak, kawasan atau tempat digunakan dan sebagainya supaya peralatan yang disediakan mampu digunakan.
“Mereka boleh memberi tunjuk ajar atau membimbing warga emas terbabit cara yang betul menggunakan peralatan kesihatan seperti kerusi roda supaya tidak menjadi bebanan apabila hendak bergerak ke satu-satu tempat,” katanya.
Sementara itu seorang kakitangan JKSP yang ditemui, Aidah Jaamat, berkata program itu bukan semata-mata Hari Keluarga, ia juga sebagai tempat untuk berkongsi pengalaman pengurusan warga emas yang uzur kerana tidak jauh berbeza dengan menyantuni pesakit di hospital.
“Setiap kakitangan JKSP juga tidak dapat mengelak pelbagai karenah pesakit apabila membuat perincian peralatan kesihatan yang mereka perlu gunakan supaya tidak memberi kemudaratan kepada penyakit dihidapi.
“Di PJMM itu sambil kakitangan bergembira pada Hari Keluarga juga berpeluang melihat lagak serta pelbagai gaya warga emas menggunakan peralatan kesihatan terutamanya kerusi roda atau tongkat untuk membantu mereka lancar bergerak,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Pasukan PPD Petaling Perdana muncul juara PSKPP Tradirama 2023 di SMK Cyberjaya, semalam.
PSKPP Selangor, PPD Petaling Perdana muncul juara tradirama 2023
CYBERJAYA – Pasukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana muncul juara dalam pertandingan Tradirama Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) 2023 yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, semalam.
PSKPP Petaling Perdana muncul tarian asli terbaik PSKPP 2023
Pasukan PPD Petaling Utama tempat kedua dan PPD Gombak tempat ketiga yang turut disertai sembilan pasukan PPD di Selangor.
PPD Petaling Perdana juga memenangi kategori nyanyian lagu asli terbaik menerusi penyanyinya Khamidon Sadi.
PSKPP Petaling Perdana muncul kombo terbaik terbaik PSKPP 2023
Pasangan Mohamad Firdaus Kamaruddin dan Mohamad Amirul Azuwan (PPD Petaling Perdana) muncul penyanyi terbaik lagu Irama Malaysia.
Kategori tarian asli terbaik dimenangi oleh PPD Petaling, manakala PPD Sepang dipilih sebagai pasukan terbaik kategori tarian irama Malaysia.
Pasukan kombo terbaik pula dimenangi oleh PPD Petaling Perdana.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Sebanyak tujuh sekolah dalam daerah Temerloh merekodkan kes positif COVID-19 sehingga pagi tadi.
Berdasarkan maklumat Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 2023, Sekolah Kebangsaan (SK) Jenderak merekodkan jumlah tertinggi, dengan empat kes membabitkan empat murid.
Selain itu, SK FELDA Lakum pula merekodkan tiga kes – semuanya guru sekolah berkenaan.
Turut dilaporkan mempunyai rekod positif COVID-19 adalah seorang guru SK Batu Kapor, dua guru SK Jenis Kebangsaan (Cina) Mentakab 2 dan dua guru SK Sanggang.
Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar dan SK Mentakab pula masing-masing merekodkan satu kes membabitkan guru dan murid.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rakyat, Kerajaan bersatu padu kekang kemasukan orang asing berleluasa
Rakyat dan Kerajaan Malaysia sewajarnya bersatu padu mengekang kemasukan warga asing yang berduyun-duyun secara sah atau haram sehingga ada yang mula berani menuntut kawasan tertentu di Kuala Lumpur.
Sebuah klip video berdurasi 3.03 saat yang ditularkan menyatakan warga Bangladesh mahukan Sungai Buluh kononnya turut membangunkan ekonomi negara, sehingga berani mengancam orang Melayu jangan cuba masuk ke kawasan itu.
Sebelum ini, warga Rohingya turut menuntut kawasan Selayang yang menimbulkan kekecuhan di kalangan netizen tempatan.
Dalam video tersebut memaparkan warga asing ini bebas berjalan di jalan raya tanpa mempedulikan peraturan seolah-olah sudah tiada lagi penguatkuasa di kawasan tersebut.
Mereka berjalan secara bebas seolah-olah satu pemandangan yang selalu dilihat di Dhaka tanpa mempedulikan kenderaan di sekitarnya malah melihat kepada kenderaan dan pemandu seperti pelik.
Kalau orang Cina telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15 akibat pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China dan disebabkan oleh perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura termasuk dasar British ketika itu.
Beitu juga orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina.
Adakah Malaysia mahu berlaku seperti sebelum ini dengan kemasukan lebih ramai orang Bangladesh, Rohingya, Vietnam, Thai, Kemboja, Indonesia dan banyak lagi.
Mereka datang kerana mencari rezeki di bumi bertuah ini, tetapi dari sudut kemasukan ke sini adalah sebagai pekerja dengan memberi tempoh tertentu.
Selain itu, benarkan mereka hanya mendapat kebenaran atau permit bekerja di beberapa sektor sahaja seperti peladangan dan pembinaan.
Pihak jabatan berwajib wajar meningkatkan penguatkuasaan dengan menjalankan tanggungjawab dengan penuh disiplin dan berintegriti tinggi.
Pihak tertentu jangan berpeluk tubuh hanya melihat golongan ini berkeliaran bebas dan mula menguasai peniagaan kecil yang bakal menjadi besar.
Contoh boleh dilihat dengan jelas, Jalan Tengku Kelana di Kelang, terdapat banyak kedai pelbagai kaum terutama kaum Cina yang menjual basikal, alat elektrik, kedai gambar dan percetakan, kini sudah dimonopoli oleh kaum India (tidak pasti India tempatan atau India yang pendatang).
Jangan menyesal dalam tempoh 50 tahun akan datang senarai pelbagai kaum begitu panjang dan kaum tempatan akan diketepikan.
Kaum tempatan pula jangan memilih kerja, seandai mereka (orang tempatan) tidak memilih kerja, semua peluang kerja akan dibolot oleh “orang kita” dan peluang perkerjaan akan tertutup bagi orang pendatang.
Selain itu, kepada kontraktor yang menerima projek kerajaan seperti pembersihan, pembinaan jalan, peladangan dan pelbagainya, jangan ambil pekerja asing sepenuhnya, mungkin sistem kuota bleh digunakan dengan 70 pertaus tempatan dan 30 peratus orang asing.
Ini menunjukkan semangat kekitaan, jati diri dan sayang negara akan memacu perpaduan anatara kaum kita dan meningkatkan ekonomi negara kerana wang gaji yang orang tempatan terima tidak dibawa keluar.
Ayuh, jom kita jaga negara kita, sayang negara kita, perkukuh ekonomi dan tanpa sedar menguatkan petahanan dan keselamatan negara.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Susulan kebimbangan itu, ibubapa mahu penutup lubang yang berada di luar pagar berhampiran Pintu B yang digunakan oleh murid kedua-dua buah sekolah itu pergi dan balik dari sekolah.Sebelum ini, lubang itu ditutup dengan penutup besi tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab menghaibkannya. Keselamatan murid berusia antara enam hingga 12 tahun perlu dijagai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!