KUALA LUMPUR – Kementerian pelancongan , seni dan budaya, menegaskan bahawa kebenaran rentas negeri untuk aktivi pelancongan hanya dibenarkan melalui gelembung pelancong langkawi buat masa kini.
Bagi destinasi lain yang di cadangan 1 oktober ini adalah cadangan sahaja.
datuk seri nancy shukri / menteri pelancongan
Menurutnya mencadangkan supaya destinasi tertentu di buka 1hb oktober, tapi itu hanya cadangan dan perlu membawa ke sidang mesyuarat covid-19 ini yang di pengerusi kan pm apabila di bentang di sidang tersebut ramai daripada negeri2 lain meminta supaya gelembung ini di buka negeri mereka.
Sehubungan dengan itu nancy berkata perdana menteri meminta semua destinasi pelancongan negeri itu di buka bila diumukan rentas negeri.
Dengan kebebasan rentas negeri tidak akan ada lagi gelembung pelancongan.
Ini kerana negara kita sudah mencapai vaksinasi lengkap dua dos 90 peratus menjelang oktober ini.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
EMPAT LELAKI DITANGKAP DI DUA TEMPAT BERASINGAN BAWA DADAH
JERANTUT : Empat orang lelaki ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut kerana membawa dadah di dua buah tempat berasingan di sekitar daerah ini.
Dalam kejadian pertama, dua lelaki berusia 38 tahun yang menaiki kereta Proton Wira ditahan di sekatan jalan raya di Pekan Damak pada jam 11.00 pagi, semalam.
Kedua-dua lelaki tersebut diarahkan keluar dari kereta tersebut dan menjalani pemeriksaan fizikal dan tiada menjumpai apa-apa barang salah.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, ketika pemeriksaan di dalam kereta itu, anggota polis telah menjumpai satu beg kecil berwarna biru yang disembunyikan di bahagian bumbung ( Sunroof ) kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan
“Di dalam beg kecil itu ditemui satu paket plastik lutsinar besar yang berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin, dua paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin serta dua paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.
“Kedua-dua mereka positif ujian urin dan mempunyai rekod lampau Sek.39A(1) ADB 1952, Sek.12(2) ADB 1952 dan Sek.15(1)(a) ADB 1952, mereka ditahan dan merampas kesemua barang kes untuk tindakan lanjut,” katanya, hari ini.
Sebelum itu, pihak polis turut menahan sebuah kereta Proton Satria yang dinaiki dua lelaki berusia 29 dan 40 tahun yang berada di tepi jalan kawasan Perumahan Mat Kilau 2, pada jam 1.40 pagi, dekat ini.
“Pemeriksaan dilakukan di dalam kereta tersebut mendapati beg warna hitam berzip bertulis ” ANT ” di atas pemijak kaki bahagian penumpang hadapan.
“Di dalam beg itu mengandungi dua paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, dua paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan keputihan disyaki dadah jenis heroin dan 3 keratan foil aluminium bertulis “Erimin 5” dan setiap satu berisi 10 biji pil,” katanya.
Mazlan berkata, kedua suspek itu mempunyai rekod lampau, Sek. 12(2) ADB 1952 & Sek. 15(1)(a) ADB 1952 dan Sek. 39A (2), Sek. 39A (1) ADB 1952, Sek. 12(2) ADB & Sek. 15(1)(a) ADB 1951 serta ujian urin didapati positif.
Katanya, anggaran nilai dadah yang dirampas daripada keempat suspek berkenaan, berjumlah kira-kira RM8,000.
“Polis Jerantut akan terus menggempur aktiviti dadah di daerah ini khususnya di kawasan Felda, kampung tradisional dan bandar ini serta kerjasama bersama masyarakat di daerah ini amat diperlukan dalam usaha membanteras kegiatan jenayah ini.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah diminta menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut menerusi talian 09-2662222 sambungan 262,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Telekom Malaysia Berhad (TM) Pahang telah menyumbang bakul makanan menerusi program bantuan yang dikenali sebagai Inisiatif Tolong Menolong kepada seramai 500 orang ketua isi rumah (KIR) di sekitar bandar Jerantut, semalam.
Sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar TM Pahang, Datuk Zulfikri Hashim kepada penduduk taman perumahan Sungai Jan, Taman Sri Jaya, Taman Mat Kilau, Taman Inderapura dan sebuah perkampungan pinggir bandar, Kampung Melayu dekat sini hari ini.
Zulfikri Hashim (dua dari kiri) bersama kakitangan Telekom dan penduduk yang terjejas semasa penyampaian bantuan bakul makanan di Sungai Jan, Jerantut, semalam.
Penyelaras Program Inisiatif Tolong Menolong kawasan Jerantut, Mohamad Rafly Mohd Satar berkata, bantuan bakul makanan itu antara sebahagian inisiatif berterusan gerakan Malaysia Prihatin kepada keluarga miskin, golongan B40 dan mereka yang memerlukan akibat terjejas teruk pendapatan dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kita memahami cabaran yang ditempuh oleh penduduk berkenaan dengan mengambil inisiatif menyediakan keperluan asas kepada penerima berkenaan termasuk bekas pekerja TM untuk meringankan beban mereka dalam tempoh PKP ini.
“Menerusi program ini juga, secara serampang dua mata kita berbelanja barang keperluan dapur daripada perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bandar ini untuk disumbangkan kepada penduduk tersebut,” katanya di Sungai Jan sini.
Penduduk Sungai Jan, Yan Yoke Keong, 48, berkata, dia dan keluarganya bersyukur dengan bantuan bakul makanan TM Pahang kerana secara langsung dapat meringankan perbelanjaan barang keperluan dapur dalam tempoh penguatkuasaan PKP ini.
“Saya sudah lama tidak keluar bekerja kerana uzur dan mujurlah memperoleh bantuan TM Pahang dapat meringankan perbelanjaan keluarga.
“Dalam tempoh PKP ini, keluarga saya juga menerima bantuan yang sama daripada wakil rakyat setempat dan pertubuhan bukan kerajaan sambil berharap pandemik Covid-19 pulih dengan segera bagi keselesaan penduduk bekerja serta anak dapat bersekolah semula,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GELEMBUNG PELANCONGAN BERMULA 1 OKTOBER DITANGGUH DI PAHANG
ROMPIN: Kebenaran melancong ke Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dijadualkan bermula 1 Oktober di bawah gelembung pelancongan ditangguhkan sementara di negeri ini.
Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamarudin Ibrahim berkata, perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.
Penduduk tempatan yang ingin ke Pulau Tioman perlu melaksanakan ujian calitan kendiri sebelum memasuki pusat peranginan berkenaan.
“Dalam Mesyuarat Khas atau Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri meminta agar tempoh untuk pembukaan gelembung pelancongan ditangguhkan sementara ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.
Salah satu pantai di Pulau Tioman yang menjadi tarikah pelancong
“Mungkin dalam dua atau tiga minggu lagi bila mana kerajaan dapat mencapai 90 peratus vaksinasi rakyat Malaysia keseluruhannya.
“Jadi tempoh 1 Oktober yang diumumkan sebelum ini telah pun ditangguhkan ke satu tempoh, satu tarikh yang lain yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sesi ujian pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) sektor pelancongan Pulau Tioman di Terminal Feri Penumpang Teluk Gading di sini.
Menurut beliau lagi, kawasan pelancongan di negeri ini hanya dibuka kepada penduduk tempatan sahaja memandangkan negeri ini telah berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Oleh kerana Pahang telah memasuki Fasa Tiga, bermakna ada banyak aktiviti-aktiviti telah dilonggarkan dari segi pengeoperasian dan rentas daerah telah dibenarkan.
“Dan kita mengambil peluang walaupun belum lagi dibenarkan untuk rentas negeri tetapi bagi rakyat ataupun penduduk yang berada di Pahang boleh berkunjung ke mana-mana destinasi pelancongan yang terdapat di negeri Pahang,” katanya.
Tambah beliau lagi, setiap pelancong atau individu yang akan memasuki Pulau Tioman juga diwajibkan menjalani ujian calitan kendiri terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki feri.
“Syarat ini sebenarnya adalah untuk memastikan bahawa sektor pelancongan tidak menjadi penyumbang kepada masalah penyebaran Covid-19 bagi destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri Pahang.
“Dan kita percaya syarat yang kita kenakan ini disambut baik terutamanya bagi pengusaha-pengusaha pelancongan kita yang terdapat di Pulau Tioman,” katanya.
Menurut beliau lagi, ujian calitan kendiri ini juga perlu dijalani oleh penduduk pulau yang ingin masuk kembali ke pulau.
“Walaupun mereka penduduk tempatan, apabila mereka keluar dari pulau (Tioman), kita tidak mengetahui sejarah perjalanan mereka. Mereka mungkin pergi ke tempat yang ada jangkitan dan sebagainya.
“Jadi, kita akan mencari jalan terbaik bagaimana boleh membantu mereka, mungkin ada kaedah tertentu yang boleh kita gunakan kepada penduduk tempatan, mungkin kita akan gunakan pas khas kepada mereka,” katanya. -PAHANGMEDIA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ketirisan membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung Sistem uCUSTOMS.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan prosiding terhadap 25 isu punitif yang terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2.
Pengerusinya, Wong Kah Woh, berkata prosiding itu dijangka akan dilaksanakan mulai November ini.
Katanya, antara isu besar yang akan diberi perhatian adalah membabitkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung Sistem uCUSTOMS.
Sistem bernilai RM397.43 juta ini gagal disiapkan sehingga kini sejak ia dimulakan pada Oktober 2013, sedangkan kerajaan sudah membayar sejumlah RM272.99 juta kepada syarikat terpilih.
Wong Kah WOH / Pengerusi PAC
RM317.78 juta, dan setelah lima kali diberi pelanjutan masa (EOT) di berikan kos akhir adalah RM397.43 juta dan EOT diberikan lima kali status projek gagal disiapkan jumlah yang di bayar oleh kerajaan setakat ini adalah RM272.99 juta
Katanya pada sidang media di PARLIMEN pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.
Kah Woh berkata, uCUSTOMS adalah sistem bagi memudahkan urusan kastam secara dalam talian, namun gagal disiapkan walaupun EOT diberikan.
Jelasnya, anggota PAC turut melayari laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi melihat sendiri sistem berkenaan, namun tidak dapat diakses.
Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera terhadap semua isu yang dikategorikan sebagai punitif.
Sementara itu, Nik Azman berkata, isu membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dicatatkan sebagai pembaziran tertinggi dalam laporan berkenaan.
Datuk Nik Azman Nik Abdul MAJID / Ketua Audit Negara
Memang ketirisan Jabatan Kastam pembaziran sebab projek tu tak siap kita dah bayar, Jabatan Kastam seperti yang dikatakan tadi nilai ya RM272. 99 juta.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAMAN 1MDB: ANAK TIRI NAJIB DIARAH FAIL PEMBELAAN SEBELUM 25 OKTOBER
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak memfailkan pernyataan pembelaan bagi saman USD248 juta (RM1 bilion) terhadapnya.
Saman itu difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidiarinya terhadap Riza dan dua syarikat miliknya berkaitan dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah.
Semasa dihubungi BERNAMA, peguam Hariharan Tara Singh, mewakili Riza dan dua syarikatnya sebagai defendan, berkata anak guamnya telah diarahkan oleh mahkamah supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 25 Oktober.
“Mahkamah juga menetapkan 9 November untuk pengurusan kes selain mengarahkan pihak-pihak berkenaan memfailkan sebarang permohonan interlokutori sebelum 8 November,” katanya selepas pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Syeela Marlina Uttaman.
Hariharan berkata, defendan melantik Tetuan Scivetti and Associates sebagai peguam cara mereka manakala beliau dilantik sebagai peguam utama dalam saman itu.
1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited sebagai plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei melalui Tetuan Shearn Delamore & Co, menamakan Riza dan dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited, sebagai defendan pertama dan ketiga.
Syarikat-syarikat itu turut menamakan firma guaman yang berpangkalan di New York, Shearman and Sterling sebagai defendan keempat.
Dalam writ saman itu, syarikat berkenaan mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira USD250 juta daripada 1MDB dan tiga subsidiarinya, yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan rakan sekutu mereka, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.
Syarikat-syarikat tersebut mendakwa Riza, yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui bahawa wang yang berpunca daripada 1MDB disalahgunakan untuk kepentingan mereka.
Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza bertanggungjawab di atas salah guna dana itu dan penggunaan dana yang tidak adil serta memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan itu.
Pada 10 Mei, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) telah memfailkan 22 tuntutan sivil untuk mendapatkan kembali aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.
Menurut kementerian itu, writ saman itu difailkan pada 7 Mei terdiri daripada enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.
Writ saman yang difailkan oleh 1MDB adalah terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA (TYT) YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
JERANTUT: Hayfa Adni Nasaruddin, 12 tahun, mengharumkan nama Negeri Pahang dengan muncul juara Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri Melaka Peringkat Kebangsaan 2021 dengan menewaskan kira-kira 350 orang peserta dari seluruh negara dalam kategori sekolah rendah yang diadakan baru-baru ini.
Murid tahun 6, Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya (SKJJ) itu membawa tajuk pidatonya ‘Rukun Negara Tonggak Kejayaan Bangsa’ menewaskan 12 peserta yang disenarai pendek di peringkat akhir.
Gurunya yang juga jurulatih, Sadiah Mohd Rais berkata, beliau mengetahui pertandingan itu melalui edaran makluman media sosial secara terbuka pada 27 Julai dan terus bertindak mencari peserta yang sesuai di samping merangka teks pidato tersebut.
Guru dan jurulatih, Sadiah Mohd Rais (kiri), Hayfa Adni Nasaruddin (tengah) dan Guru Besar SKJJ, Rodziah Mohd Razali (kanan)
“Cabaran awal adalah untuk mencari peserta kerana ketika ini sekolah masih ditutup dan semua murid belajar dari rumah (PDPR), maka saya terfikir untuk melatih Hayfa dan memohon izin daripada bapanya.
“Alhamdulillah, bapanya memberi keizinan dan terus memulakan latihan secara google-meet pada 31 Julai selama kira-kira 2 jam sehari,” katanya.
Katanya, oleh kerana pertandingan ini dijalankan secara rakaman dan dihantar kepada penganjur, maka beliau mencari pakaian yang sesuai dan mengadakan rakaman di rumahnya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Ibu Hayfa yang juga guru turut membantu menyediakan anaknya dengan membuat rakaman kira-kira 5 minit dan menghantar video penyertaan ini pada 4 Ogos.
“Berkat kerja keras Hayfa, dia melepasi peringkat suku akhir pada pada 27 Ogos, separuh akhir pada 10 September dan peringkat akhir yang diadakan secara langsung pada 16 September sempena Hari Malaysia yang disiarkan melalui laman sosial youtube dan Facebook live,” katanya.
Bapanya, Nasaruddin Ismail berkata, anaknya telah menunjukkan bakat semulajadi dalam bidang bercerita dan pidato sejak memenangi hadiah saguhati di Pertandingan Membaca Cerita, Karnival Pra Sekolah Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2015.
“Bermula dengan hadiah saguhati itu, Hayfa muncul naib johan Pertandingan Bercerita Tahap 1, Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang 2018, Johan Bercerita Kisah daripada Al-Quran Peringkat Negeri Pahang 2019 dan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan.
“Sebelum ini, Hayfa turut mengecapi kejayaan dengan muncul juara E-Daie Cilik, Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Peringkat Negeri Pahang 2020, hadiah saguhati E-Daie Cilik, MTQSS Peringkat Kebangsaan 2020, naib johan E-Daie Cilik, MTQSS Peringkat Negeri Pahang 2021 dan naib johan dalam Pidato Sekolah Rendah Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Pahang 2021,” katanya.
Anak kedua daripada 3 beradik kepada pasangan guru itu turut menunjukkan bakat kepimpinan dengan memegang jawatan Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas sekolahnya tahun 2021, pengerusi Persatuan Pandu Puteri Tunas SKJJ 2021 dan pengerusi Kelab Doktor Muda SKJJ 2021.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BUNG MOKTAR GUNA PERKATAAN BODOH DI DEWAN RAKYAT MOHON MAAF
KUALA LUMPUR: Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat susulan tindakannya menyebut perkataan “bodoh” ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong minggu lalu yang dipercayai ditujukan kepada wakil pembangkang.
Semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 22 September lalu, Bung mendakwa ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bajet pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah dipotong menyebabkan beberapa wakil pembangkang berang dan menyerangnya.
Bung kemudian membalas celahan wakil rakyat yang menyerangnya itu sebagai “bodoh”, lapor FMT.
“Untuk menghormati Dewan Rakyat ini saya tarik balik, akur dan mohon maaf kepada dewan yang mulia ini,” kata Bung.
Beliau kemudian berkata, ketika berucap beliau tidak menyedari wakil rakyat mana yang bangkit mencelah ucapannya menyebabkan beliau membalas celahan itu dengan perkataan “bodoh”.
“Saya pun tidak tahu semasa sedang berucap, tiba-tiba ada seorang wakil rakyat ‘tangkap’ pembesar suara tanpa berdiri, siapa makan lada dia rasa pedas,” katanya.
Bung membuat permohonan maaf itu selepas diminta oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.
Azhar membuat arahan itu selepas menerima usul daripada Noorita Sual (PH-Tenom) supaya Bung membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEBANYAK 2,000 BEG DARAH DIPERLUKAN SETIAP HARI DI SELURUH NEGARA
PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) bekerjasama dengan Pusat Darah Negara menganjurkan Kempen Derma Darah CoopCare bagi membantu bekalan darah yang telah menurun ke paras bawah selamat berikutan pandemik Covid-19.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sebagai badan induk koperasi negara yang diiktiraf kerajaan, ANGKASA menyeru koperasi dan anggota koperasi di seluruh Malaysia untuk menganjur atau menyertai kempen derma darah demi meningkatkan stok bekalan darah negara sekaligus memastikan keupayaan rawatan pesakit yang memerlukan tidak terjejas.
Datuk Abdul Fattah (kiri) di program derma darah, kelmarin.
“ANGKASA sentiasa menjunjung prinsip ketujuh koperasi, Prihatin Kepada Masyarakat dan kempen ini dianjurkan atas dasar keprihatinan ANGKASA dengan kesulitan yang dihadapi oleh Pusat Darah Negara yang menghadapi cabaran hebat pandemik Covid-19, kini berlaku pengurangan kempen derma darah yang drastik oleh pihak swasta serta penurunan bilangan penderma yang tampil menderma darah.
“Mengikut statistik, sebanyak 171,106 beg darah didermakan pada tahun 2020 berbanding 199,721 beg pada tahun 2019, ini menunjukkan penurunan sebanyak 14.3 peratus,” katanya sewaktu sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kempen Derma Darah CoopCare yang diadakan di ibu pejabat ANGKASA, kelmarin.
Katanya, berdasarkan maklumat daripada Pusat Darah Negara, sebanyak 2,000 beg darah diperlukan setiap hari di seluruh negara untuk kegunaan 1,000 orang pesakit termasuk di Pusat Darah Negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 500 penderma darah setiap hari bagi kegunaan lebih dari 60 buah hospital di Lembah Klang.
Melihat perjalanan pentadbiran program derma darah, kelmarin
“Stok darah ini sentiasa diperlukan untuk merawat pesakit yang terlibat dengan kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, individu yang mempunyai penyakit berkaitan darah seperti kanser dan lain-lain.
“Selain membantu menyelamatkan nyawa seseorang, penderma dapat mengesan masalah kesihatan sendiri kerana terdapat proses pemeriksaan dijalankan sebelum menderma darah, saya yakin dan percaya aktiviti menderma darah adalah selamat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa dan langkah keselamatan yang tinggi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMA ALAM SEKITAR TAMAN NEGARA JADI INSPIRASI PELUKIS TEMPATAN, ALIZAN
Bakatnya dikesan oleh gurunya ketika berusia 12 tahun, bermula saat itu, dia terus memahirkan dirinya dalam seni visual dan memperolehi gred A dalam mata pelajaran ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Anak jati Kampung Pagi, Jerantut, Alizan Alias (39) menjadikan keindahan semulajadi dipersekitaran kehidupannya sebagai inspirasi untuk berkarya dengan tema dan motif lukisan keindahan alam sekitar hutan hujan tropika yang direalisasikan di atas kanvas menghasilkan pelbagai jenis lukisan secara komersil.
Alizan Alias menjadikan keindahan semulajadi dipersekitaran kehidupannya sebagai inspirasi
Alizan berkata, kali pertama pembabitan dalam seni lukis, apabila dia diberi kepercayaan oleh pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, berdekatan rumahnya untuk melukis mural dinding bertemakan alam sekitar.
“Saya berjaya menyiapkan mural bertemakan pemandangan Kampung Pagi dalam tempoh dua minggu, keyakinan mula meningkat setelah mendapat maklumbalas berkaitan hasil seni saya.
Exco negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Saamsudin pernah melihat lukisannya di Kuala Tahan, baru-baru ini.
“Kemahiran melukis secara kontemporari menggunakan pelbagai warna air dan poster juga diperoleh menerusi tunjuk ajar seorang pensyarah bidang Senilukis dan Senireka, Universiti Teknologi Mara UITM), Shah Alam yang kerap mengunjungi kampung ini.” katanya.
Pernah berkelana selama sembilan tahun di Kuala Lumpur untuk ‘berguru’ dengan pelukis jalanan lain di sana.
“Saya kembali semula ke Taman Negara Kuala Tahan dan menetap di Kampung Pagi untuk melukis secara serius setelah mendapati karya bertemakan alam sekitar, flora dan fauna, sungai dan jeram mendapat permintaan yang tinggi daripada warga kota dan pelancong.
Dia sudah menyiapkan catan bertajuk ‘Perahu Sungai Tembeling’, ‘Lubuk Sungai Tembeling’ dan ‘Jeram Perahu’ serta beberapa hasil seni berasaskan tema sungai dan hutan,” katanya.
“Setiap buah lukisan termasuk potret akan dijual dengan harga antara RM500 hingga RM10,000 kepada peminat lukisan bertemakan alam sekitar termasuk pelancong yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan.
“Peristiwa menarik yang tidak dapat dilupakan sepanjang kerjaya sebagai pelukis apabila hasil seni saya bertajuk ‘Jeram Perahu 2’ telah dibeli oleh salah seorang ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan harga RM8,000 ketika mengadakan pameran di Shah Alam, Selangor tahun lepas,” katanya.
Alizan berkata, dia pernah terlibat dengan pameran bersama pelukis terkenal tanahair di Shah Alam, Selangor dengan menampilkan karya bertajuk ‘Sungai Tahan’, ‘Taman Negara Pahang’,’Sungai Keniam’, dan ‘Jeram Perahu Sungai Tembeling.
Antara hasil seni Alizan.
“Kini saya membuka galeri di rumah sambil menyiapkan karya baharu dan pada masa yang sama mengajar bakat baharu pelukis dalam kalangan pelajar dan belia seminggu sekali,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!