Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung- RMK12
KUALA LUMPUR – Penekanan terhadap Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berupaya merapatkan jurang pembangunan antara negeri berkenaan dengan Semenanjung.
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata segala perancangan yang dinyatakan itu juga mampu meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi kedua-dua negeri.
Datuk Seri Alexander Nanta LINGGI / Setiausaha Agong GPS
Selain daripada itu, ditekankan juga pembangunan sosio ekonomi, bukan sahaja dari segi infrastruktur asas, tetapi kita memerlukan juga pendapatan tinggi serta peluang pekerjaan, menyertai program keusahawan dan industri serta pelbagai lagi. Ini yang dialu2kan
Katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.
Alexander berharap pelaksanaan RMK-12 dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Tegasnya, sebarang karenah birokrasi perlu dikurangkan bagi memastikan RMK-12 dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pembangunan Luar Bandar perlu sokongan diperingkat negeri -RMK12
KUALA LUMPUR – Penekanan terhadap pembangunan luar bandar oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Makaysia Ke-12 (RMK-12), amat bersesuaian dengan falsafah Keluarga Malaysia yang diperkenalkannya.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tumpuan terhadap kawasan luar bandar itu juga disifatkan tepat pada masanya untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Datuk Seri Mahdzir Khalid / Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam RMK12 telah me akan beberapa buah negeri yang perlu di bantu di beri peruntukan secara serius, sabah, sarawak, Kedah, kelantan, Terangganu dan perlis,antaranya adalah mengenai jalan luar bandar yg di sebut tadi dan bekalan elektrik luar bandar.
Katanya pada sidang media di Parlimen semalam
Mahdzir berkata, antara yang ditekankan Perdana Menteri ialah mengenai merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan menaik taraf Pusat Internet Desa serta Pusat Komuniti Desa sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia.
Menerusinya, ia membolehkan pelbagai latihan kemahiran dapat dilaksanakan selain memperkenalkan perkhidmatan e-dagang di kawasan luar bandar.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MENINGGAL DUNIA SELEPAS PULANG BERBASIKAL DI HADAPAN RUMAH
KULIM: Seorang lelaki berusia 52 tahun meninggal dunia di hadapan rumahnya setelah pulang berbasikal di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat sini pada jam 7.10 pagi, hari ini.
Lelaki tersebut dikatakan melakukan senaman ringan sebelum dia secara tiba-tiba jatuh dan pengsan dan beberapa ahli keluarga mangsa cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kakitangan hospital yang tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
“Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah kencing manis dan darah tinggi dan dia sudah menerima dua dos vaksin sebelum ini.
“Selain itu, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya.
Menurutnya, setakat ini siasatan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Jenazah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.- HM
Foto: Media sosial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Lebih separuh atau 50.5 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sabah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Masidi Manjun berkata, seramai 20,148 remaja divaksin semalam, menjadikan keseluruhan 215,249 remaja menerima dos pertama setakat ini.
“Ini angka memberangsangkan sejak Sabah memberi kebenaran suntikan vaksin bermula 16 September lepas,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan Bernama.
Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, lebih 1.68 juta atau 61.2 peratus penduduk di Sabah lengkap divaksin sehingga semalam.
Dalam perkembangan lain, katanya, Sabah merekodkan 1,078 kes baharu hari ini, menjadikan keseluruhan 194,264 kes setakat ini.
“Bilangan pesakit sembuh ialah 2,394 orang, menjadikan jumlah kumulatif 173,450 orang, manakala 3,493 orang masih menerima rawatan.” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEJABAT PARLIMEN JERANTUT SUMBANG MAKANAN DAN ALATAN KESIHATAN
JERANTUT: PEJABAT Parlimen Jerantut memberi sumbangan barang makanan, kerusi roda, tongkat dan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada sukarelawan Skuad Cakna, Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) baru-baru ini.
Sumbangan tersebut telah disempurnakan penyampaiannya oleh Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris kepada Imam Satu MTMAJ, Mohd. Fikri Hamzah di hadapan masjid yang turut disaksikan oleh Pengerusi Skuad Cakna, Ikhtiman Ismail.
Katanya, barang makanan dan peralatan tersebut untuk disumbangkan kepada penduduk asnaf dan pesakit kronik di kawasan kariah MTMAJ menerusi Program Infak Skuad Cakna masjid itu.
Imam Satu MTMAJ, Mohd. Fikri Hamzah (kiri) menerima sumbangan daripada Datuk Ahmad Nazlan Idris (kanan) di hadapan masjid, baru-baru ini.
Katanya, sumbangan berkenaan cukup bermakna bagi meringankan beban kesusahan yang ditanggung oleh penduduk asnaf dan mereka yang memerlukan lebih lagi dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sukarelawan Skuad Cakna MTMAJ akan berziarah penduduk berkenaan hasil maklumat diperoleh daripada pengerusi taman perumahan di sini termasuk ketua kampung pinggir bandar Jerantut.
“Saya dan ahli jawatankuasa MTMAJ bersyukur dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Jerantut dan semua penderma yang menginfakkan barang makanan, peralatan perlindungan diri, kerusi roda, tongkat dan sebagainya. Semoga Allah SWT melimpahkan ganjaran yang besar atas amal jariah ini,” katanya di Jerantut, Pahang baru-baru ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOPERASI MANTAPKAN BARISAN KEPIMPINAN UNTUK BERADA DI LANDASAN YANG BETUL
ALOR SETAR: Koperasi perlu mempunyai daya penggerak yang kuat dan mempunyai pengaruh yang tinggi bagi memastikan sistem pentadbiran koperasi sentiasa berada di landasan yang betul untuk masa depan koperasi yang lebih terjamin serta dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, usaha meningkatkan kefahaman dan menyatupadukan anggota juga merupakan antara agenda yang perlu diberi perhatian serius oleh barisan kepemimpinan dalam menggerakkan koperasi.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar
Katanya, kerajaan mahu melihat gerakan koperasi terus berperanan sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi negara dan pada masa yang sama, mahu memastikan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) dapat dipertingkatkan mengikut perkembangan semasa.
“Selain itu, proses membangunkan ummah menerusi koperasi juga antara yang akan diberi penekanan oleh kerajaan dengan cara meningkatkan kualiti tadbir urus koperasi seperti koperasi kariah masjid dan koperasi belia.
“Keyakinan yang tinggi bahawa koperasi akan mampu menjadi penggerak yang lebih unggul serta menjadi pemangkin ekonomi kepada anggota dan masyarakat khususnya generasi muda dan kepimpinan koperasi di masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Program Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi Negeri Kedah 2021 di Alor Setar semalam.
Tan Sri Noh telah menyerahkan kepada 5 koperasi penerima Bantuan Pembangunan Koperasi berjumlah RM272,000.00; 3 koperasi penerima Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) berjumlah RM191,300.00 dan Bantuan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi untuk gerakan koperasi negeri Kedah berjumlah RM225,000.0
Turut hadiri, Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah Timbalan Menteri MEDAC, Muslimin Yahaya; Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Datuk Ahmad; Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Zazali Haron; Ketua Pengarah IKM, Datuk Mohd Ali Mansor dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar
Antara objektif Program Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi adalah untuk membantu menangani peningkatan kos sara hidup rakyat termasuk anggota koperasi yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40 dan M40.
Selain itu, program yang berlangsung di Menara Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad di Alor Setar, turut bertujuan untuk membantu merancakkan semula ekonomi koperasi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 khususnya koperasi di negeri Kedah.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LEBUH RAYA CSR BAKAL SINGKATKAN PERJALANAN KE KELANTAN
BENTONG: Perjalanan antara Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Kuala Krai, Kelantan akan disingkatkan masa perjalanan antara dua hingga 3 jam melalui Lebuh raya Utama Tengah atau lebih dikenali Central Spine Road (CSR) yang telah siap dan akan dibuka tidak lama lagi.
Antara pemandangan di Lebuhraya CSR dekat Bentong.
Lebuh raya ini merupakan projek lebuh raya No. 34 sejauh 350 kilometer (km) yang dipecahkan kepada enam pakej pembinaan dan merupakan antara projek infrastruktur lebuh raya utama di Malaysia, dua pakej melibatkan negeri Kelantan dan 4 fasa di Pahang.
Projek Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Road) merupakan antara projek infrastruktur lebuh raya utama di Malaysia dan projek ini ini telah dimulakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Lebuhraya CSR, laluan Raub ke Bentong, sepanjang 34 km dijangka akan dapat dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat, namun pembukaan itu tertakluk kepada beberapa perkara teknikal berkaitan.
Pemandangan indah di Lebuhraya CSR
Cadangan bakal dibuka jalan itu daripada persimpangan Bentong ke persimpangan Felda Mempaga dan keluar di simpang Kampung Keruntum berhampiran Felda Lurah Bilut dan selepas itu akan keluar balik ikut jalan lama.
Pengguna yang hendak ke Kelantan atau Raub dan Lipis akan masuk dari persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kemudian keluar di persimpangan Jalan Utama Mempaga (FT1498) dan masuk masuk balik ke Jalan Kuala Lumpur – Gua Musang (FT08) di Kampung Asap sebelum Felda Lurah Bilut dan tidak melalui bandar Bentong.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, pembukaan Lebuhraya CSR akan merupakan pemangkin perhubungan kawasan bandar-luar bandar turut menjana sosioekonomi kerana ia menyediakan kesalinghubungan dan mobiliti yang lebih baik untuk rakyat.
Selain itu, projek berimpak tinggi seperti lebuh raya ini dapat meningkatkan kesalinghubungan dan memacu integrasi bandar-luar bandar dan memudahkan akses ke kawasan-kawasan lain di seluruh negara.
Lebuhraya CSR yang bakal dibuka dan memberi manfaat dengan memendekkan masa perjalanan
“Lebuh raya tanpa tol ini akan memberi manfaat kepada pengguna yang sebelum ini sering terperangkap dalam kesesakan jalan raya terutama di musim perayaan untuk ke Kelantan,” katanya.
Namun, keputusan pembukaan lebuh raya ini untuk kegunaan awam adalah terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 3 AKAN MULA TERIMA VAKSIN DI JERANTUT
JERANTUT: Remaja di daerah Jerantut yang lahir pada tahun 2006, 2007 dan 2008 akan mula menerima suntikan vaksin dos pertama bermula pada 27 September sehingga 3 Oktober ini.
Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut, Dr Amir Faisal Dato Mohd Khairi berkata, manakala dos kedua akan diberi pada 18 Oktober hingga 24 Oktober.
Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Amir Faisal Dato Mohd Khairi
Katanya, guru sekolah masing-masing akan menghubungi pelajar untuk mengikut jadual tarikh dan masa vaksinasi diberi untuk mengelak berlaku kesesakan di sekolah.
Katanya, di daerah ini pemberian vaksin dibahagikan mengikut kategori, kategori A bagi pelajar dari sekolah-sekolah di dalam daerah Jerantut dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di 20 buah sekolah masing-masing mengikut tarikh dan ketetapan jadual.
Manakala kategori B, pelajar yang tinggal di Jerantut dan bersekolah di luar daerah Jerantut atau luar negeri Pahang.
PPV secara ‘walk-in’ yang diadakan di sebuah pasar raya di Jerantut baru-baru ini.
“Sementara itu, individu berusia 13 hingga 15 tahun yang tidak bersekolah; individu berumur 13 hingga 15 tahun yang bukan warganegara dan pelajar berumur 16 dan 17 tahun yang masih belum divaksin akan turut diberi vaksinasi.
“Selain itu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut akan dibuka secara “walk-in” pada hari Isnin, 27 September dan Khamis, 30 September bermula 9.00 pagi. PPV ADTEC dan akan menggunakan sistem nombor giliran untuk mengelakkan kesesakan,” katanya.
Katanya, mohon semua yang belum divaksin hadir awal ke ADTEC Jerantut dengan mengisi dua borang, Borang Persetujuan Suntikan Covid-19 untuk yang berusia di bawah 18 tahun dan perlu mengisi 2 salinan borang ini dan dibawa ke PPV.
“Pelajar juga perlu hadir bersama salah seorang ibu, bapa atau penjaga serta surat Perwakilan Ibu Bapa atau Penjaga kepada individu yang membawa kanak-kanak menerima vaksin Covid-19.
“Jika ibu, bapa atau penjaga yang tidak dapat hadir, perlu mengisi borang perwakilan ini dan wakilkan kepada seseorang seperti bapa saudara atau jiran yang berumur lebih 18 tahun,” katanya.
Amir berkata, setakat ini seramai 58,767 penduduk dewasa berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima minima dos pertama vaksin Covid-19 dan meliputi 82.42 peratus dari jumlah penduduk dewasa yang layak divaksin di daerah ini.
“Seramai 2,926 remaja berumur 16 hingga 17 telah menerima suntikan vaksin yang berakhir hari ini, sasaran awal penerima vaksin kumpulan ini seramai 2,850 telah disuntik dan mencapai 102.7 peratus termasuk bilangan pelajar yang bersekolah di luar Jerantut dan luar negeri Pahang yang menetap di Jerantut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
132 SERBU PASAR RAYA UNTUK TERIMA VAKSIN DI JERANTUT
JERANTUT: Seramai 132 orang terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara telah menyerbu Pusat Pemberian Vaksin Pasaraya (PPVP) yang diadakan di Pasaraya Econsave Jerantut awal pagi semalam.
PPVP di Pasaraya Econsave Jerantut
Kesemua mereka hadir awal sebelum jam 9.00 pagi dan beratur menunggu giliran dan bersedia untuk menerima vaksin suntikan tunggal itu yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Amir Faisal Dato’ Mohd Khairi berkata, sambutan amat menggalakkan di PPV yang diadakan di pasar raya kerana dipercayai memberi kemudahan kepada penerima vaksin khususnya buruh yang berkerja ladang yang kerap berpindah lokasi bekerja.
Dr Amir memberi suntikan kepada salah seorang yang hadir ke PPVP secara walk-in, semalam
“Mereka dibawa oleh majikan masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin tunggal CanSino sebagai satu perlindungan kepada pekerja itu dan juga orang ramai daripada pandemik Covid-19 bagi mencapai hasrat imuniti kelompok pekerja ladang di daerah ini.
“Di daerah ini juga meletakkan sasaran sebanyak 80 peratus penerima vaksin menjelang Oktober nanti. PPVP ini adalah yang pertama diadakan di pasar raya di Malaysia,”katanya.
Seorang warga Bangladesh, Vijay Bahadur , (24) yang bekerja di ladang sawit di Felda Gelanggi Tiga, berkata, dia amat bertuah mendapat suntikan vaksin yang memang ditunggu-tunggu.
Seorang warga Bangladesh, Vijay Bahadur, dia amat bertuah mendapat suntikan vaksin yang memang ditunggu-tunggu.
“Boss (majikan) saya mengarahkan saya dan beberapa kawan lain untuk mendapatkan suntikan bagi perlindungan untuk semua orang , ini adalah amat bagus.
“Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang memberi suntikan vaksin secara walk-in dan percuma walaupun saya bukan warganegara ini,” katanya.
Seorang lagi penerima vaksin Nepal yang bekerja di Felda Sungai Tekam , Chhote Lan (40), berkata, dia mendapat tahu daripada majikan dan pada pagi semalam dan bersiap sedia di awal pagi untuk menerima suntikan.
Chhote Lan mendapat tahu daripada majikan untuk menerima suntikan.
“Saya sudah duduk di sini empat tahun, saya bekerja bukan satu tempat, kadang-kadang tukar ladang, jadi saya pun mahu menjaga kesihatan diri sendiri dan orang lain.
“Pemberian vaksin di pasar raya ini pun bagus kerana senang dan mudah untuk datang,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang telah di vaksin boleh menderma darah.
Timbalan Menteri Kesihatan dua, Datuk Aaron Ago Dagang berkata berita yang mengatakan mereka yang telah di vaksin tidak boleh derma darah tidak betul.
DATUK AARON AGO DAGANG / TIMBALAN MENTERI KESIHATAN II
Saya nasihat kan supaya tidak percaya untuk tidak percaya kepada golongan yang mengatakan yang vaksin tidak boleh derma darah hakikatnya kkm bahawa yang vaksin dapat menderma darah… sebab sop yang sepatutnya supaya penderma2 darah pd Pusat derma darah.
Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan program derma darah Perdana 360 di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Semenjak negara di landa pendemik Covid-19 aktiviti derma darah ini di hentikan.
Sementara itu Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Norhayati Amin berkata bagi mereka yang telah di vaksin boleh menderma darah selepas 7 hari.
Sesaorang itu boleh menderma selepas 7 hari di vaksin ini untuk memastikan kesan sampingan kita alukan penderma2 darah sebelum atau selepas vaksin di alu2kan kata tak boleh derma tidak betul.
Pusat darah negara kini memerlukan 200 beg darah sehari.
Sepanjang program derma darah Perdana selama sebulan yang berakhir hari ini lebih 5 ribu orang tampil menderma darah.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!