TAWARAN POTONGAN 50 PERATUS BAYARAN SAMAN KONTINJEN PAHANG.
JERANTUT: Orang ramai diberi tawaran potongan sebanyak 50 peratus bayaran saman yang dikenakan di semua daerah di negeri Pahang mulai 22 November ini.
Saman tersebut boleh dibayar mulai 22 November sehingga 6 Disember, kecuali hari Sabtu dan Ahad, mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang di semua Kaunter Semakan dan Bayaran Saman Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pahang.
Semua kesalahan diberi diskaun sebanyak 50 peratus kecuali, kes tidak patuhi lampu isyarat merah tahun 2021; masuk lorong kecemasan tahun 2021; memotong secara merbahaya (Potong Queue) tahun 2021 dan memotong di garisan berkembar tahun 2021.
Diskaun turut tidak diberi diberi atas kesalahan kemalangan tahun 2021; kes dalam perbicaraan (‘m’); tidak boleh kompaun (‘NC’); kesalahan berkaitan lori (‘B’) dan melakukan pengubahsuaian ekzos (‘e’).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Kadar kemajuan keseluruhan projek laluan rel pantai timur (ecrl) yang dijangka siap pada akhir 2026 kini telah mencapai 25.09 peratus.
Manakala kemajuan keseluruhan ECRL di negeri pahang pula adalah melebihi 28 peratus.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, angka-angka itu menunjukkan kemajuan projek adalah berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Jelasnya, disebut sebanyak 25.09 peratus adalah kawasan keseluruhan melibatkan ketiga-tiga negeri tetapi di negeri pahang sahaja kita telah melebihi 28 peratus berjalan mengikut jadual dan kita ada tujuh buah stesen ECRL dan ini sebenarnya akan mengurang masa perjalanan antara destinasi-destinasi utama.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah
Tambahnya, kementerian kewangan dan kerajaan persekutuan sangat optimis projek ecrl yang berbaki 75 peratus dapat disiapkan seperti dijadualkan pada disember 2026.
Katanya , masyarakat pantai timur harus bersedia dari sekarang menerima manfaat daripada projek ECRL yang turut sama membawa pembangunan, peluang pelaburan dan perniagaan serta meningkatkan prospek pekerjaan penduduk.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas berakhirnya majlis penyampaian hadiah pertandingan fotografi ‘discover’ ECRL Paya besar di Pusat Khidmat Rakyat Paya Besar, Kuantan.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Datuk Seri Darwish Abdul Razak dan Pengarah Urusan China Communications Construction Sdn Bhd (CCC-ECRL), Kong Qi.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tinjauan menjelang esok undian awal berjalan lancar – PRN MELAKA
MELAKA – Pilihan raya negeri prn12 melaka, dun sungai udang antara menjadi tumpuan bagi proses pengundian awal esok
Penolong pegawai pengurus undi awal, sungai udang shahrin muharam berkata dun n11 ini terdapat 9 ribu 565 anggota tentera dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab mereka.
shahrin muharam / penolong pegawai pengurus dun sungai udang
“Jelasnya, esok adalah pengundian awal, terdapat juga pengundi awal yang mengundi di balai polis. “..
Esok seramai 11,557 orang pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di 28 pusat mengundi yang dibuka pada 8 pagi esok bag i pilihan raya negeri (prn) melaka ke-15.
Dalam pada itu setiausaha suruhanjaya pilihan raya (spr) datuk ikmal rudin ishak berkata jumlah pengundi awal itu terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis .
Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada garis panduan pencegahan covid-19 di bawah pelan pemulihan negara akan di kuatkasa.
Antaranya penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka,pengunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan di laksanakan. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jepun sumbang RM6juta alat penyimpanan vaksin covid-19
PUTRAJAYA – Malaysia menerima sumbangan peralatan rangkaian sejuk bagi penyimpanan vaksin covid-19 bernilai 6 juta ringgit daripada kerajaan jepun.
Menteri kesihatan khairy jamaluddin berkata sumbangan itu akan digunakan untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan vaksin sepanjang program imunisasi covid-19 kebangsaan.
Tambah beliau ia juga akan di guna semula bagi tujuan lain pada masa datang.
khairy jamaluddin /menteri kesihatan
Menurutnya, sumbangan ini terdiri daripada 184 peti sejuk, 1343 unit kotak pending in dan 1579 unit pencatat data yang akan diagihkan ke fasiliti kesihatan di seluruh negara.
Khairy berucap pada majlis penyerahan peralatan sejuk bagi penyimpanan vaksin covid-19 yang di sampaikan duta jepun ke malaysia oka hirosho di putrajaya.
Sumbangan melalui kerjasama takniksal malaysia jepun yang di selaraskan oleh japan international agency (jica).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JALAN KG MAT DALING-KG PASIR RAJA, DUNGUN MULA DIBINA AWAL TAHUN DEPAN
JERANTUT : Jalan dua lorong (single carriageway) dengan lebar 6.5 meter dan berturap, sepanjang 55 kilometer dari Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja akan mula dibina awal tahun depan dan dijangka siap pada tahun 2024.
Penduduk di kawasan Mukim Hulu Tembeling menyambut baik dan bersyukur projek pembinaan jalan dari Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu yang bakal direalisasikan seawal tahun hadapan.
Kawasan kampung itu, Kampung Kuala Tahan, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling yang berpenduduk kira-kira 5,000 orang bakal mengecapi kemudahan jalan raya serta memberi peluang menjana pendapatan daripada sudut ekonomi, sosial dan pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Mat Daling, Wan Mohd Suhaimi Wan Ishak
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Mat Daling, Wan Mohd Suhaimi Wan Ishak (60) berkata, penduduk di Mukim Hulu Tembeling seluas kira-kira 420,000 hektar turut meliputi Taman Negara sudah lama menunggu prasarana seperti itu.
“Sudah lama kami menunggu jalan ke Kampung Pasir Raja, Dungun, pertalian persaudaraan kami ada di sana, pada masa dahulu, keluarga kami sering menziarahi keluarga di sebelah sana dengan hanya berjalan kaki merentas hutan dan belukar.
“Kami boleh merapatkan tali persaudaraan yang berada di Kampung Pasir Raja, Kampung Batu dan beberapa buah kampung lagi, sebelum ini walaupun kami dekat sebenarnya jauh,” katanya.
Katanya, pembinaan sambungan dari persimpangan Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja yang dianggarkan kira-kira 55 kilometer bakal memberi kemudahan orang ramai dari arah Jerantut ke Terengganu dan sebaliknya melalui jalan ini kelak.
Aktivis Pelancongan Kuala Tahan, Sabri Abdullah
Aktivis Pelancongan Kuala Tahan, Sabri Abdullah berkata, penduduk di persisir Sungai Tembeling diharap merebut peluang dan bersedia dengan asas pelancongan dan ekopelancongan di tempat masing-masing untuk menunggu kunjungan pelawat luar.
“Membangunkan konsep pelancong tidak semudah membina bangunan, ianya memerlukan kefahaman ekopelancongan yang melibatkan komuniti di samping menjana ekonomi secara lestari, dengan siapnya jalan ini, pasti bilangan pelancong akan bertambah.
“Ianya sangat penting agar produk pelancongan kekal dengan menjaga sumber alam yang sedia ada untuk memberi kepuasan pelawat ketika berada di lokasi,” katanya.
Renjer Temenggong Sultan Ahmad Shah, Zamri Mat Amin berkata, pembinaan jalan itu memang lama dinantikan oleh penduduk kawasan itu, selain penduduk di Jerantut, kawasan Jengka dan Lipis turut boleh menggunakan kemudahan jalan itu untuk ke Dungun, Terengganu.
“Jalan untuk ke Terengganu melalui jalan yang bakal dibina ini memendekkan masa dan juga jarak perjalanan selain menikmati pemandangan kehijauan hutan hujan tropika dengan landskap yang menarik.
“Selain meningkatkan ekonomi dengan menjual hasil tanaman kami ke Jerantut, masih boleh dipasarkan ke Kampung Raja, Hulu Terengganu yang jarak sejauh kira-kira 55 kilometer (km) berbanding ke bandar Jerantut lebih 100 km,” katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun dalam tinjauan jalan rosak dari Kampung Tuit ke Kampung Bantal, kelmarin, berharap jalan mendap dan berlaku tanah runtuh di lereng jalan akan dibaiki secepat mungkin.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun (kanan sekali) meninjau jalan rosak di Kampung Tuit, Kuala Tahan, kelmarin.
Manakala pembinaan jalan ke Kampung Pasir Raja memang sudah ada dalam pelan pembinaan dan akan mula melakukan kerja pembinaan secepat mungkin tahun hadapan.
“Projek Jalan Hulu Tembeling – Kg Pasir Raja yang yang tertangguh kini akan direalisasikan pelaksanaannya, jalan luar bandar dari Kampung Mat Daling, Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, Terengganu sepanjang kira-kira 55 kilometer.
“Jalan itu sebahagian daripada projek sambungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) melibatkan laluan dua lorong (single carriageway) dengan lebar 6.5 meter dan berturap serta melibatkan pembinaan 12 buah jambatan,” katanya baru-baru ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
13 CALON BEBAS TANDATANGAN SD TIDAK SERTAI MANA-MANA PARTI
MELAKA: Seramai 13 calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah Gagasan Bebas secara rasmi menandatangani Akuan Bersumpah (SD) hari ini.
Setiausaha Sekretariat Gagasan Bebas Mohammad Zaki Omar berkata antara inti pati utama SD tersebut adalah tidak mencabuli mandat yang diberikan pengundi pada PRN Melaka dengan menyertai mana-mana parti politik.
”Satu rang undang-undang atau enakmen juga akan dibentangkan (sekiranya Gagasan Bebas berjaya membentuk kerajaan) bertujuan mengadakan peruntukan pengosongan kerusi mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti atau gagasan masing-masing sehingga tahap menjatuhkan kerajaan.
”Jika ada yang mencabulinya, calon diberi masa tiga hari mengosongkan kerusi dan melepaskan jawatan sebagai ADUN atau tindakan mahkamah boleh difailkan ke atas ADUN tersebut,” katanya.
Menyentuh mengenai kempen, beliau berkata semuanya berjalan lancar dengan calon-calon gagasan itu menggunakan pelbagai pendekatan termasuk media sosial bagi mendekati pengundi kawasan masing-masing.
”Walaupun seperti kami mementingkan SD ini, tapi usaha mendekati pengundi tetap dijalankan dan ini penting kerana kita mahu pengundi faham apa yang kita perjuangkan untuk kestabilan politik Melaka.
”Untuk manifesto, kita rancang untuk bentangkannya esok dan bagi kami, ia tidak lambat walaupun hari mengundi tinggal beberapa hari sahaja lagi,” katanya.
Seramai 13 daripada 22 calon Bebas di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) mengambil langkah bergabung dan berkongsi manifesto untuk bersama-sama bersaing dengan 90 calon lagi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Calon gabungan dikenali sebagai ‘Gagasan Bebas’ itu antaranya merangkumi Ariff Adly Mohammad (Telok Mas), Mohd Zahar Hashim (Sungai Udang), Abdul Hamid Mustapah (Bukit Katil), Ahmad Muaz Idris (Ayer Molek), Datuk Kamisan Palil (Kuala Linggi) dan Datuk Dr Norazlanshah Hazali (Serkam).
Turut berada dalam gabungan itu ialah Mohd Akhir Ayob (Asahan), Azefen Amin (Gadek), Mohd Jaini Dimon (Paya Rumput), Azlan Daud (Machap Jaya), Mohd Erfan Mahrilar (Durian Tunggal), Muhamad Hafiz Ishak (Duyong) dan Sabarudin Kudus (Rembia).
– Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
100,000 AHLI PELADANG PAHANG TERIMA SMART CARD PELADANG
BERA: Smart Card Peladang (Peladang-i) bakal digunakan untuk menggabung pelbagai fungsi termasuk sebagai kad debit dalam aktiviti simpanan dan kredit, subsidi dan takaful.
Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang, Dzulfadli Johan berkata, penggunaan kad pintar berkenaan merupakan inisiatif kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi menjaga kebajikan ahlinya.
“Menerusi kad tersebut akan menggabung pelbagai fungsi termasuk berfungsi sebagai debit kad dalam aktiviti simpanan dan kredit, subsidi, dan takaful.
“Contoh bantuan banjir, serta bantuan penanam padi di Pekan dan Rompin misalnya akan dimasukkan terus ke dalam akaun lebih mudah bagi memastikan ahli mendapat bantuan segera.
“Penukaran kad Peladang dengan kerjasama Agro bank secara percuma kepada ahli kepada kad debit dengan visa beserta identiti logo Peladang pada kad,” katanya.
Beliau berkata demikian Pelancaran SMART Card Peladang Peringkat Negeri Pahang di Pertubuhan Peladang Kawasan Bera, hari ini.
Seramai 100,000 Ahli Peladang di 22 Pertubuhan Peladang Kawasan di Pahang bakal memanfaatkan penggunaan Smart Card Peladang (Peladang-i) bermula hari ini.
Dalam pada itu sebanyak RM 5 juta diperuntukkan kepada 920,678 peladang di seluruh Malaysia mendapat perlindungan takaful menerusi (Peladang-i).
Menerusi skim takaful itu, peserta menerima maafaat khairat kematian RM5,000 kepada waris, manfaat kecacatan akiibat kemalangan RM 5,000 dan rawatan perubatan RM 250 dan lain-lain.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMAIN BADMINTON MAUT DI GELANGGANG SEMPAT HABISKAN SET PERTAMA SUKU AKHIR
JERANTUT: Seorang pemain badminton berusia 34 tahun, meninggal dunia dalam kejohanan badminton yang diadakan di Dewan Badminton Jerantut, di Batu 58, Jalan Jerantut Feri, petang semalam.
Si-mati, Mohamad Fadzil Mokhtar ketika itu bermain di peringkat suku akhir dan sempat menghabiskan set pertama dan memohon untuk keluar kerana mengadu sakit dada dan tidak sihat.
Pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam memberi bantuan awal kepada si-mati, petang semalam
Timbalan Polis Daerah Jerantut, Deputi Superitenden, Azman Mat Kamis berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut pada jam 4.00 petang berkaitan kejadian itu.
“Si-mati sempat menghabiskan set pertama pada mata ke-21, dan memohon keluar gelanggang kerana mengadu sakit dada dan tidak sihat.
“Kemudian pemain itu duduk di tepi gelanggang untuk berehat dan tiba-tiba rebah, kira-kira jam 4.50 petang, mangsa dihantar ke Hospital Jerantut,” katanya.
Katanya, pemeriksaan fizikal ke atas si-mati dapati tiada sebarang kecederaan atau unsur – unsur perbuatan khianat atau jenayah.
“Si-mati yang bekerja sebagai seorang mekanik motosikal di Felda Jengka 8, telah keluar dari rumah dan tiba dewan itu kira-kira jam 10.00 pagi untuk hadir sebagai pemain dalam pertandingan yang diadakan, sebelum kejadian si-mati hadir dalam keadaan sihat.
“Setelah melakukan ujian RTK Covid-19 dan saringan itu mendapati negatif, hasil bedah siasat mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung (myocardial infarction) yang dilakukan malam tadi,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MRTM , MOTAC telah menetapkan mekanisme kehadiran pengunjung berdasarkan norma baharu
KUALA LUMPUR – Majlis rumah terbuka malaysia (mrtm) deepavali 2021 yang berlangsung malam tadi dengan mekanisme prosedur operasi standard (sop) yang ditetapkan, bakal menjadi penanda aras bagi pelaksanaan program fizikal atau majlis sosial yang akan datang.
Menteri pelancongan , seni dan budaya, datuk seri nancy shukri berkata , dalam penganjur an program mrtm, motac telah menetapkan mekanisme kehadiran pengunjung berdasarkan norma baharu iaitu melalui pendaftaran awal secara dalam talian dan disusuli dengan pemeriksaan vaksinasi lengkap di pintu masuk .
datuk seri nancy shukri /menteri pelancongan, seni dan budaya
Jelasnya, kita sedar pendedemik covid-19 masih lagi belum reda ini menyebabkan orang ramai sentiasa berhati2 berwaspada melibatkan diri utk program aktiviti secara fizikal dalam suasana kehidupan norma baru, justeru itu motac telah menetapkan mekanisma kehadiran pengunjung.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada mrtm deepavali pada sabtu.
Dalam majlis ini kira-kira 2,000 pengunjung daripada pelbagai kaum hadir.
Nancy juga berkata, penganjur an mrtm deepavali 2021 merupakan cermin an betapa negara kita berpegang teguh kepada keeratan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Ia sekali gus menjadi kunci utama , dalam memulih dan merancakkan semula industri pelancongan malaysia.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kejayaan PICK memberi kebangaan seluruh Malaysia dan dunia
KUALA LUMPUR – Perdana menteri , datuk seri ismail sabri berkata, kejayaan program imunisasi covid-19 kebangsaan (pick) berjaya membolehkan rakyat menikmati kelongaran sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat.
Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat malaysia atas sokongan, kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap kerajaan untuk memulihkan negara dalam masa yang sangat mencabar ini.
datuk seri ismail sabri yaakob / perdana menteri
Ini adalah hasil kejayaan program inmunisasi covid-19 atau pick yang membolehkan rakyat menikmati kelongaran sektor ekonomo, sosial secara peringkat.
Setakat semalam, tahap vaksinasi golongan dewasa mencapai 95.1 peratus sehingga semalam, kerjasama erat semua pihak, termasuk antara kerajaan dan rakyat juga telah memungkinkan perhimpunan seperti ini diadakan.
Katanya dalam ucapan sempena majlis rumah terbuka malaysia (mrtm) deepavali 2020 di pusat penerangan pelancongan malaysia pada sabtu.
Bagaimanapun , ismail sabri berkata, semua pihak harus terus patuh kepada prosedur operasi standard (sop) dan tidak sesekali bersikap sambil lewat atau memandang enteng terhadap ancaman covid-19.
Tambahnya , pandemik ini akan terus membelenggu dan menyekat kebebasan sekiranya rakyat terus lalai.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!