MANTIN: Empat buah rumah musnah dan sebuah rumah hanya 20 peratus terbakar dalam kebakaran di Rumah Rakyat Mantin, Nilai, Negeri Sembilan, pada jam 10.00 pagi, hari ini.
Mangsa N Vijaya, 52, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu di rumahnya sebelum terhidu bau asap dan mendapati bahagian siling rumah terbakar lalu mula merebak dengan pantas.
“Saya terlelap seketika sebelum terhidu bau asap lalu memaklumkan kepada dua anak yang berada di ruang tamu dengan salah seorang mengalami patah kaki supaya menyelamatkan diri,” katanya.
Seorang mangsa membawa ahli keluarganya keluar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin, PPgB Priscilla Carol Thomas berkata, kebakaran tersebut melibatkan lima buah rumah yang mana setiap rumah tersebut berukuran 18 x 20 kaki.
“Insiden tersebut membabitkan empat buah rumah musnah 100 peratus manakala satu rumah lagi hanya melibatkan kemusnahan 20 peratus sahaja,” katanya.-SAHIH.
Gambar: BBP Mantin / Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
50 TERPERANGKAP AKIBAT KEPALA AIR DI KAWASAN PERKELAHAN
KUALA KRAI: Seramai 50 mangsa termasuk lima bayi berdepan detik cemas apabila terperangkap, berikutan kejadian kepala air di kawasan perkelahan Sungai Kenerong, Jelawang, Dabong, petang semalam.
Difahamkan, kesemua mangsa terdiri daripada 35 dewasa, 10 kanak-kanak serta lima bayi terperangkap di kawasan perkelahan berkenaan akibat limpahan air susulan arus sungai yang deras.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Azwan Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5 petang dan tiba di lokasi kejadian 5.26 petang.
Katanya, seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat kesemua mangsa yang terperangkap.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati ada mangsa yang terperangkap di kawasan perkelahan itu dan operasi menyelamat menggunakan tali dan bot bagi membawa keluar serta memindahkan kesemua mangsa.
“Operasi menyelamat tamat pada jam 7.40 malam dan kesemua mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat,” katanya.
Video/gambar: BOMBA/Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI PUKUL WARGA EMAS GUNA TOPI KELEDAR DIBERKAS
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki menghayunkan topi keledar sekaligus mencederakan seorang lelaki warga emas di sebuah stesen minyak di Jalan Duta di sini akhirnya terbalas apabila dia ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dan bekerja sebagai pemandu peribadi.
“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dadah berbahaya pada tahun 2010 dan masih dikehendaki polis bersabit kes tersebut namun ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia negatif dadah.
“Susulan penahanan suspek, pihak polis turut bertindak merampas pakaian yang dipakai ketika kejadian, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss MR3 dan sebuah topi keledar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut Amihizam, suspek mendakwa, kereta dipandu mangsa telah masuk ke petak pam minyak di mana dia hendak mengisi minyak motosikalnya mengakibatkan suspek tidak berpuas hati lalu bertindak memukul kepala lelaki berusia 64 tahun itu menggunakan topi keledar.
“Mangsa telah menerima rawatan di hospital serta dibenarkan keluar wad hari ini dan keterangan lanjut mangsa akan dirakam apabila dia telah benar-benar pulih dan bersedia memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
“Suspek kini direman sehingga 16 November ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” tegas beliau.
Tambah Amihizam, saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut turut diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan.
Terdahulu, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 43 saat tular di laman sosial Facebook memaparkan tindakan seorang lelaki bertindak kasar menghayunkan topi keledar ke arah kepala seorang lelaki mengakibatkan mangsa rebah di sebuah stesen minyak.- K! ONLINE.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RM 30 JUTA UNTUK BAIKI SEGERA JALAN KE ULU TEMBELING YANG MENDAP DAN RUNTUH-KSU KPLB
JERANTUT: Jalan utama Hulu Tembeling yang bermula dari Kampung Tuit, Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling yang rosak teruk bakal dibaiki dengan segera pada awal Disember ini dengan menelan belanja sebanyak RM30 juta.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) prihatin dengan keselamatan pengguna jalan raya yang kerap melalui jalan itu terutama penduduk di kawasan Hulu Tembeling kerana berlaku jalan yang mendap, tebing jalan runtuh yang lebar dan beberapa runtuhan tanah di kaki bukit.
Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun meninjau jalan ke Hulu Tembeling, semalam.
Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, dalam tinjauannya beliau mendapati banyak berlaku kerosakkan serius di sepanjang jalan itu yang perlu tindakan segera.
Katanya jalan itu agak berbahaya kepada pengguna jalan raya kerana terdapat empat lokasi jalan yang mendap dan tebing jalan runtuh yang lebar serta bercuram kira-kira 50 meter selain terdapat beberapa runtuhan kecil di beberapa lokasi lain.
“KPLB akan mengambil langkah segera di mana kerja-kerja pembaikan sementara akan dilakukan minggu depan manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau kerja-kerja pembaikkan secara kekal pada hujung bulan November ini.
“Dalam masa yang sama kita akan melakukan kerja penyelenggaraan di sepanjang jalan ini termasuk memastikan longkang berada dalam keadaan baik bagi memastikan aliran air lancar, “ katanya.
Katanya, kerja pembaikan ini perlu disegerakan kerana musim tengkujuh akan tiba, semua longkang perlu diselenggara dengan baik, kerana antara faktor berlaku runtuh tebing disebabkan berlaku pergerakan bawah tanah jalan kerana aliran air yang tidak sempurna melemahkan struktur tanah.
Jalan dari Kampung Tuit, Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling yang runtuh di KM 48.1, selama.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan dan lawatan kerja jalan itu terutama di lokasi jalan yang mendap dan runtuh di sepanjang jalan itu sejauh 60 kilometer.
Sebelum ini media melaporkan keresahan kira-kira 2,000 penduduk di beberapa kampung di Hulu Tembeling yang bimbang berlaku terputus hubungan disebabkan berlaku mendapan jalan dan runtuh selain yang boleh merbahayakan kepada pengguna jalan raya terutama di waktu malam.
Antara lokasi jalan yang mendap dan runtuh iaitu jalan di Kampung Tuit ke Kampung Pagi dan jalan berdekatan Bukit Awan; laluan Kampung Pagi ke Kuala Sat dan runtuhan tebing bukit di simpang Kuala Sat ke Kampung Bantal, berhampiran dengan jambatan Sungai Komel.
Ramlan berkata, walaupun jalan itu sudah beberapa tahun siap tetapi ia masih di bawah selenggaraan PKLB dan pihaknya akan membaiki jalan ini secara kekal dari masa ke semasa.
Katanya pada dasarnya kerajaan sudah bersetuju untuk membaiki keseluruhan jalan ini secara kekal dan kos sebenar masih dalam kajian sebelum jalan ini diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Saya memohon pihak JKR meletakkan papan tanda amaran di lokasi yang rosak dan bahaya bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.
“Semua pengguna jalan itu sentiasa berhati-hati dan elakkan melalui laluan ini ketika hujan lebat kerana dibimbangi berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGARAH MUZIK RTM DIANUGERAHKAN PINGAT PANGLIMA JASA NEGARA
KUALA LUMPUR: Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk di majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran yang diadakan di Istana Negara semalam.
Istiadat itu yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut disiarkan secara langsung di TV 1,jam 10 pagi, semalam.
Datuk Mokhzani menerima pingat PJN dianugerahkan oleh Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut disiarkan secara langsung di TV 1,jam 10 pagi, semalam.
Mokhzani yang telah berkhidmat lebih 29 tahun di RTM dan lebih 20 tahun sebagai Pengarah Muzik telah mencurah khidmat bakti kepada industri muzik negara sebagai seorang konduktor, komposer, penggubah dan juga pemain piano jazz yang telah melakar nama di peringkat antarabangsa.
Beliau memegang jawatan sebagai pengarah muzik RTM di usia 36 tahun telah menerima gelaran datuk yang pertama dari kerajaan negeri Perlis pada tahun 1999 dan seterusnya pada tahun 2002 menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari negeri Pahang dan sekali lagi anugerah dari kerajaan Negeri Perlis untuk menghargai pencapaian terbaik anak jati negeri Perlis itu.
Beliau turut menerima pingat Johan Setia Mahkota (JSM) dan Kesatria Setia Diraja (KSD) dari persekutuan pada tahun 1999 dan 2003. Selain itu beliau turut menerima Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada tahun 2016.
Beliau turut mencipta nama sebagai pemegang dua rekod Malaysia Book Of Record sebagai ahli muzik pertama yg dilantik sebagai duta antarabangsa piano Hagspiel selain menjadi anak Malaysia pertama membuat persembahan secara langsung dari Great Wall of China pada tahun 2015.
Selain itu beliau menerima anugerah Icon Leadership Award dari Brand Laurreate pada tahun 2015, Mokhzani dilantik sebagai Adjunct Professor oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memperakukan jasanya dalam menabur bakti dalam bidang seni muzik pada tahun 2016.
Beliau bakal bersara 2022, Mokhzani terus aktif sebagai pemuzik jazz dan juga memenuhi jemputan sebagai juri bersama stesen penyiaran asing termasuk TV3 dan Astro.
Mokhzani bakal mengadakan persembahan piano bersama Orkestra Melayu Singapura di Konsert Langkah Gergasi yang bakal diadakan di Victoria Theatre Singapura pada 15 Disember 2021 ini.
Banyak lagu tema hari kebangsaan telah beliau cipta dan gubahan termasuk yang terkini berjudul Menang Bersama selain dari karya simfoninya iaitu Malaysia Prihatin yang mengabungkan tiga orkestra iaitu Orkestra RTM, Nasional Symphony (NSO) dan Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) yang dinyanyikan oleh Erni Zakri sebagai lagu tema hari kebangsaan 2020.
Datuk Mokhzani Ismail (kiri), Datuk Tengku Shireen (2 dari kiri), Dr. Anissa (2 dari kanan) dan Faris Alam Shah Putra (kanan sekali)
Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan kerabat di raja Perlis, Dato Tengku Shireen Dato Paduka Tengku Suleiman dianugerahkan dua cahaya mata, iaitu Dr. Anissa yang baru selesai pengajian perubatan di Dublin, Ireland dan Faris Alam Shah Putra seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN KUALA TAHAN LEGA, PENGUNJUNG MULA RAMAI
KUALA TAHAN, JERANTUT: Pengusaha dan pemain industri pelancongan di Kuala Tahan, Jerantut menarik nafas lega dengan kehadiran pengunjung yang mula membanjiri Taman Negara hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun itu khususnya di hujung minggu sejak rentas sempadan dibuka baru-baru ini.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir 12 bulan itu sebelum ini seolah-olah mematikan aktiviti pelancongan yang turut menjejaskan pendapatan penduduk yang bergantung sepenuhnya untuk menjana pendapatan masing-masing.
Antara yang terjejas, pemandu bot pelancong, pemandu pelancong, pengusaha chalet dan rumah inap, perhotelan di kawasan itu, serta pengusaha restoran dan kedai makan termasuk perkhidmatan bas pelancongan dari bandar Jerantut ke situ.
Pemandu bot pelancong dan bot penambang Kuala Tahan, Izhar Ismayatim berkata, sejak sempadan negeri dan daerah dibuka beberapa minggu lalu, tanda-tanda positif kehadiran pengunjung dari dalam dan luar Pahang mula memberi kesan kepada pemain industri ekopelancong untuk mendapatkan pendapatan yang terhenti semasa PKP.
Izhar Ismayatim berkata terima kasih kepada kerajaan yang mula melonggarkan pergerakan dan memberi rezeki kepada mereka
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelancong dalam dan luar Pahang yang memilih untuk berehat di sini untuk menikmati suasana alam sekitar sekali gus menggerakkan aktiviti pelancongan tempatan.
“Sejak PKP yang hampir 2 tahun, kebanyakan daripada kami hilang pendapatan yang sudah sebati sekian lama, ini memaksa kami melakukan kerja lain seperti pertanian kecil-kecilan di belakang rumah,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Katanya, setiap hujung minggu sejak pintu sempadan dibuka, kehadiran pengunjung semakin ramai dan memberi pendapatan kepada kami sebelum musim tengkujuh hujung tahun ini.
“Saya bagi pihak rakan-rakan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana sudah melonggarkan pergerakan, diharap pengunjung dan orang tempatan pastikan tidak lupa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang masih perlu dipatuhi,” katanya.
Seorang pengunjung dari Puchong, Selangor, Unice Tang, berkata, dia bersama rakannya memilih ke Kuala Tahan buat kali kedua untuk bercuti secara peribadi.
Unice Tang, berhasrat mendaki Bukit Terisik dan berperahu ke kawasan jeram
“Kali pertama saya datang dengan syarikat tempat berkerja, kali ini saya berhasrat menikmati sendiri dan akan mendaki Bukit Terisik selain akan berperahu ke kawasan jeram.
“Seronok ke sini kerana jauh daripada kesibukan dan menenangkan dengan kehijauan di sekeliling dengan keramahan penduduk di sini,”katanya.
Seorang pengunjung dari Kuala Pilah, Siti Haniza Abdul Rauf berkata, dia berkunjung buat kali pertama, dilihat dari persekitaran agak mendamaikan dengan chalet atau rumah inap dengan harga berpatutan.
Siti Haniza Abdul Rauf, hutan hujan tropika ini wajar dijagai untuk generasi akan datang.
“Sebelum ke sini, saya mengetahui hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun wajar dipelihara dan jangan diganggu demi generasi akan datang,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Wakaf Felda melonjakkan ekonomi masyarakat dan negara
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menyediakan pelan induk wakaf nasional iaitu sebuah pelan holistik untuk memperkasakan pengurusan wakaf di malaysia.
Perdana menteri, datuk seri ismail sabri yaakob , berkata pelan itu selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan wakaf sebagai sebahagian daripada kerangka rancangan malaysia ke-12 (rmk-12).
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Fokus kelima dan keenam rmk-12 menggariskan peranan kritikal yang perlu dimainkan oleh institusi wakaf dalam membantu keluarga malaysia keluar daripada kepompong kemiskinan.
Ia selaras dengan usaha untuk mempelbagaikan sumber kewangan bagi membiayai perniagaan dan meningkatkan Ekuiti bumiputera,
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan pelancaran wakaf felda pada jumaat.
Ismail sabri berkata, kerajaan akan terus Mengangkat wakaf sebagai agenda nasional kerana keupayaan konsep itu yang mampu melonjakkan ekonomi masyarakat dan negara .
Malah katanya, menerusi bajet 2022, kerajaan memperuntukkan dana Permulaan sebanyak rm10 juta bagi memulakan inisiatif wakaf halal perusahaan kecil dan sederhana (pks), Wakaf pertanian dan wakaf bencana .
Dalam pada itu , beliau berkata wakaf felda akan di senarai kan dalam inisiatif dana wakaf yang di peruntukan kerajaan menerusi bajet 2022.
Sementara itu bagi Razak Daud ketua peneroka felda jengka 24 menyifatkan dengan ada dana wakaf felda boleh merancakkan pertumbuhan enokomi negara dan dalam masa yang sama dapat membantu kepada kumpulan sasar.
Razak Daud - Ketua Peneroka Jengka 24
Selaras dengan objektif penubuhan wakaf felda dan kami warga felda akan menyokong penuh terhadap usaha yg murni ini.
Kita akan cuba nembantu supaya semua peneroka felda wilayah jengka dan peneroka seluruh malaysia untuk berwakaf bagi mendapat keberkatan yg berganda daripada Allah,katanya – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAMPUNG KUALA SAT DISERBU PELAWAT CUTI HUJUNG MINGGU
JERANTUT : Kira-kira 3,000 orang pelawat mengunjungi Kampung Kuala Sat untuk menikmati alam semula jadi perkampungan tradisional di pesisir Sungai Tembeling sejak pembukaan sempadan negeri semasa cuti panjang sempena sambutan Hari Deepavali, baru-baru ini.
Sektor ekopelancongan mula dibuka di Kawasan Kuala Tahan dan juga perkampungan Melayu di pedalaman mukim Hulu Tembeling daerah ini sejak Pahang memasuki fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Antara aktiviti air di Sungai Tembeling dengan menaiki perahu
Zon hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun dengan aliran sungai Tembeling itu menjadi tumpuan khususnya dari Lembah Kelang dan seluruh negeri ini, iaitu Kampung Kuala Sat, yang terkenal sebagai penempatan masyarakat Melayu yang dibuka sejak 600 tahun lalu.
Kampung yang didiami penduduk Melayu yang masih mewarisi budaya dan kesenian tradisional Pahang serta penempatan masyarakat minoriti Orang Asli etnik Bateq di Kampung Bengoi, Ulu Sat serta aktiviti bermain dengan ikan liar dan berkelah di Sungai Sat antara pakej yang lengkap untuk aktiviti pelawat berhujung minggu di situ.
Penggiat ekopelancongan dan pengusaha rumah inap, Alias Hashim berkata, mulai awal bulan ini berlanjutan cuti sambutan Deepavali serta hujung minggu ini hampir 3,000 orang pelawat domestik datang mengunjungi pusat peranginan kampung tradisional tersebut.
Menunggu giliran berhanyut menggunakan pelampung tiub tayar (tubing) di Kampung Kuala Sat
“Penggiat dan pengusaha ekopelancongan di sini tidak menyangka kehadiran begitu ramai pelawat khususnya dari Lembah Kelang dan tempat lain selepas pengumuman kerajaan mengenai program Gelembung Pelancongan berikutan kebenaran rentas daerah dan negeri dalam Fasa 4 PPN.
“Kita sudah menerima banyak tempahan pelawat untuk menginap di pusat inap di sini, pemandu alam sekitar (nature guide) serta sewa bot penambang termasuk makanan tempatan berasaskan ikan Sungai Tembeling pada hujung minggu akan datang,” katanya di Kampung Kuala Sat dekat sini hari ini.
Katanya, kehadiran ramai pelawat ke situ juga memberikan rezeki kepada hampir 20 orang pengusaha dan pemandu bot penambang di kampung itu untuk disewa bagi memunggah pengunjung ke beberapa destinasi yang menarik berdekatan kampung tersebut termasuk melakukan aktiviti di Sungai Tembeling.
“Setelah pusat peranginan ini beroperasi, saya serta pengusaha lain memperoleh pendapatan semula menerusi sektor ini sekali gus mengurangkan tekanan setelah hampir sembilan bulan tanpa pekerjaan.
“Walaupun hampir musim tengkujuh dan berkemungkinan banjir penghujung tahun, tetapi kehadiran pelawat luar tetap ramai apabila mereka menghubungi pengusaha di sini untuk membuat tempahan tertentu,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENDAKI WANITA 40 TAHUN CEDERA DIBAWA KELUAR GUNA HELIKOPTER BOMBA
LIPIS: Nur Kyariatul Syafinie Abdul Majid, 40 tahun dari Seri Kembangan Selangor yang menyertai pendakian ke Gunung Tahan melalui Merapoh cedera di bahagian lutut dan buku lali sebelah kanan dan tidak boleh meneruskan perjalanan selamat dikeluarkan pada jam 2.30 petang semalam.
Anggota Bomba Udara membawa mangsa ke Hospital Gua Musang, petang semalam
Kumpulan itu seramai sepuluh orang, 5 lelaki, 4 wanita dan seorang Malim Gunung mula mendaki Gunung Tahan melalui Merapoh pada 7 November dan dijangka sampai semula ke Kuala Juram pada 10 November.
Balai Polis Merapoh telah menerima maklumat daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berkaitan seorang pendaki yang cedera dan memerlukan bantuan untuk membawa keluar dari kawasan Kem Kubang, Gunung Tahan, pada jam 5.00 petang, semalam.
Operasi membawa keluar mangsa menggunakan khidmat helikopter MI-17 (M994-01) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan terus dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Lawatan ke arkib memorial “Eksplorasi negarawan #kelik dijari” secara maya, sebuah produk dan perkhidmatan bharu arkib negara mampu memperkasakan program kebudayaan bagi mengukuhkan jati diri bangsa.
Menteri pelancongan, seni dan budaya datuk seri nancy shukri berkata ia berikutan pemahaman mengenai tokoh negarawan dalam perjuangkan ke arah kemerdekaan negara dan penubuhan malaysia dapat memberi kesedaraan kepada generasi muda, masyarakat tempatan dan luar negara.
datuk seri nancy shukri /menteri pelancongan, seni dan budaya
Jelasnya sekali gus dapat memberi dapat memberi jesedaran kepada generasi muda dan masyarakat untuk menjadi keluarga malaysia yang lebih setia dan patriotik kepada negara walau di mana sahaja mereka berada.
Beliau berkata demikian ketika melancar ekplorasi negarawan #kelikdijari malam tadi.
Sehubungan itu beliau berharap arkib negara dapat berkloberasi dengan kementerian pendidikan dan kementerian pengajian tinggi bagi memperkenalkan produk itu sebagai projek rintis dan di masukkan sebagai ko-kurikulum tambahan sama ada di peringkat sekolah serta institusi pe gsjian tinggi awam dan swasta.
Selain itu nancy berkata lawatan secara maya itu adalah salah satu produk da. Perkhidmatan yang dapat memberi impak dalam memperkasa ekosistem kebudayaan pintar melalui pelancongan arkib oleh arkib negara.
Melalui teknologi ini, beliau berkata pengujung dapat melawat ya di hujung jari tanpa perlu di batasi prosuder operasi standard, sop lawatan secara fizikal.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!