SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik Nur Sajat, kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya hari ini tanpa sebarang sebab.
Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii.
Peguam syarie Zuri Zaibuddin Budiman yang mewakili usahawan itu mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kes ditangguh ke 1 Jun depan, lapor Bernama.
“Saya pun tunggu dia datang, tetapi tiada. Dia diwajibkan hadir pada tarikh baharu,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah hari ini.
GAMBAR HIASAN
Selain Zuri Zabuddin, usahawan kontroversi itu turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.
Pada 6 Januari lalu, Sajat, 36, dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan jadual asal, Sajat sepatutnya menghadapi sebutan semula kes tersebut pada 9 pagi tadi, namun hingga prosiding berakhir, kelibatnya tidak kelihatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAMPIN: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh anak perempuan tirinya di Gemas pada awal bulan ini.
Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh, Abu Hassan Darus, 30, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei namun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, pada 1 Februari antara jam 3 hingga 5 petang di sebuah rumah di Londah, Gemas tertuduh dengan niat telah melakukan kesalahan membunuh hingga menyebabkan kematian ke atas anak perempuan tirinya yang berusia empat tahun sebulan.
Pertuduhan ke atasnya dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 25 Mac depan untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat.
Media sebelum ini melaporkan helah seorang lelaki membawa anak tirinya ke klinik kerana mengalami kekejangan terbongkar selepas dia ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sehingga maut dalam kejadian pada 1 Februari lepas.
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 9 Februari lepas kira-kira jam 10 malam di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berumur sembilan tahun yang dipanggil memberi keterangan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor diarah membela diri atas tuduhan penyelewengan dana bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi ketiga-tiga kes tersebut.
GAMBAR HIASAN
“Pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas ketiga-tiga pertuduhan.”
“Dengan ini saya memanggil tertuduh untuk membela diri,” kata Zaini, lapor Malaysiakini.
Perbicaraan terhadap Rosmah, 69 melibatkan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Rasuah terbabit didakwa diterima menerusi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.
GAMBAR HIASAN
Perbicaraan yang bermula sejak 5 Februari 2020 itu mengemukakan 23 saksi sepanjang 33 hari sesi perbicaraan.
Terdahulu, Rosmah hadir di mahkamah pada pukul 9.20 pagi bersama suaminya.
Dia diwakili barisan peguam diketuai Jagjit Singh, sementara bekas hakim mahkamah tinggi Gopal Sri Ram mengetuai pihak pendakwaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
AMPANG: Ahli BERSATU, Adam Asmuni dan isterinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan menanam pokok dadah sama di sebuah rumah bulan lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Adam, 35, dan isterinya Lyiana Roslee, 34, selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Normaizan Rahim kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Adam dan Lyiana didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 1580.4 gram dan mengedar cecair berbahaya jenis dadah sama berisipadu 7870 milliliter (ML).
GAMBAR HIASAN
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Duta Suria Residency, Ampang di sini pukul 7.30 malam pada 20 Januari lalu.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Pertuduhan ketiga pasangan itu didakwa menanam sembilan pokok disyaki pokok kanabis yang mana kanabis itu diperolehi secara langsung atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6(A)(3) akta sama yang diibaca dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan, lapor KOSMO! Online.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suriantiazila Muhamad manakala Lyiana diwakili peguam Nur Mustanir Md. Nor sementara Adam tidak diwakili peguam.
Terdahulu, di mahkamah berasingan Majistret Farah Nasihah Anuar, melepas tanpa membebaskan Lyiana atas pertuduhan sama yang pernah didakwa pada 1 Februari lalu, yang kemudian mendakwanya semula bersama suaminya di hadapan Majistret Normaizan.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mac ini untuk bagi tarikh sebutan sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan seorang ahli politik ditahan selepas dipercayai mengedar dadah di Pudu selain menyerbu rumah suspek di Ampang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Esok bakal menentukan nasib Datin Seri Rosmah Mansor sama ada mahkamah melepaskan atau memanggil isteri bekas Perdana Menteri itu bagi membela diri atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak.
Pada 10 Februari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 18 Februari iaitu esok bagi mendengar keputusan selepas hujahan pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili Rosmah.
Pastinya, Kompleks Mahkamah Jalan Duta akan menjadi tumpuan apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menemani isterinya dalam mendengar keputusan itu.
GAMBAR HIASAN
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan perkara itu ketika memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah, yang mendengar perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhammad Shafee memberitahu bahawa anak guamnya mahu menghadiri prosiding mahkamah Rosmah sebelum menghadiri perbicaraannya sendiri yang dijadualkan bermula 9.30 pagi, dipetik dari BH Online.
Pada 15 November 2018, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak Holdings) mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.
Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BURUH WARGA MYANMAR RASUAH DIDENDA RM15,000, PENJARA 42 BULAN
KUANTAN: Seorang buruh warga Myanmar didenda RM15,000 dan penjara 42 bulan selepas mengaku bersalah memberi suapan RM3,000 kepada anggota polis pada 19 Ogos tahun lalu.
Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.
Tertuduh, Zainal Hussein Shuna Ali, 26 tahun didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada Sarjan Mohd Shahrul Ashraf Shakri di bilik pintu 3, tingkat 2 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada jam 12 tengah hari, 19 Ogos 2020.
TERTUDUH, ZAINAL HUSSEIN SHUNA ALI (BAJU KUNING) DIDAKWA DI MAHKAMAH SESYEN KUANTAN
Suapan itu sebagai dorongan bagi melepaskan isteri tertuduh yang ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, lapor KOSMO! Online.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kamariah Seman manakala tertuduh diwakili peguam, Mohammed Badrulzzaman Abu Bakar.
Tertuduh sebelum ini tidak mengaku salah ketika kali pertama dihadapkan ke mahkamah tahun lalu.
Hakim turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda ditetapkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA – Ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak berusia tujuh tahun yang maut dipercayai didera berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan membunuh anaknya, pada 29 Januari lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Zuraida Atan, 32, dan suaminya, Mohd Fadzli Abdull Razak, 38, sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret, Mazana Sinin.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malik, 7, di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya di sini, jam 3.32 petang, pada 29 Januari lalu, lapor Sinar Harian.
GAMBAR IHSAN SINAR HARIAN
Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama dan boleh dikenakan hukaman mati mandatori, jika disabit kesalahan.
Sementara itu, pasangan suami isteri itu turut didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan dengan cara mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau membenarkannya dianiayai, diabaikan atau didedahkan sedemikian.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di alamat yang sama antara jam 10. 30 malam pada 13 Oktober 2019 hingga 3.32 petang pada 29 Januari 2021 di lokasi sama.
Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim, Nariman Badruddin.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula bagi kedua-dua kes itu pada 29 Mac depan.
Prosiding bagi kedua-dua kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Pengarah Pendakwaan Negeri, Badius Zaman Ahmad.
Zuraida diwakili empat peguam, Zamri Idrus, Ishak Mohd Kari, Yusman Che Man dan Saifuzzaman Ab Rahman sementara Mohd Fadzli diwakili peguam Datuk Ahmad Musthafi Mohamar dan Muhammad Firdaus Abd Razak.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, pada 29 Januari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.
Hasil siasatan dan pemeriksaan pada tubuh badan mangsa bagaimanapun menemukan kesan kecederaan dipercayai akibat didera.
Kisah kanak-kanak malang itu sebelum ini pernah tular di laman sosial Facebook pada Oktober tahun lalu apabila ibu angkat yang menjaganya sejak berusia dua bulan terpaksa menyerahkan semula mangsa kepada ibu kandungnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMANDU WANITA BUAT PUSINGAN U DI LAMPU ISYARAT DIDENDA RM5,500
KUALA LUMPUR : Seorang wanita yang tular di laman sosial baru-baru ini kerana memandu secara tidak cermat dengan membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Taman Bersatu, Rawang sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera parah didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini.
Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga dalam talian, Nor Haity Muhamad Aziz, 36, selepas tertuduh mengaku bersalah.
Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada tiga anak itu menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda, lapor KOSMO! Online.
Mengikut pertuduhan, Nor Haity memandu kereta Proton Persona di atas jalan raya dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa terhadap orang lain di persimpangan lampu isyarat di Taman Bersatu, Rawang dekat sini pada 4.30 petang 7 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda minimum 5,000 dan maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana mangsa dalam kes itu cedera parah akibat kemalangan itu.
“Dalam kes ini, tertuduh tidak memiliki lesen memandu dan dia sepatutnya tidak boleh memandu kereta tanpa lesen,” katanya.
Nor Haity, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan suaminya tidak bekerja manakala dia hanya berniaga dalam talian untuk menyara keluarga dan tiga anak mereka yang masih kecil.
GAMBAR HIASAN
Menurut fakta kes, kemalangan itu berlaku semasa mangsa sedang menunggang motosikal jenis SYM dari arah pekan Rawang menghala ke rumahnya di Taman Tun Teja, Rawang apabila secara tiba-tiba, sebuah kereta dari arah bertentangan telah membuat pusingan U di tempat kejadian.
Berikutan itu, mangsa seorang wanita berusia 23 tahun tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian hadapan kiri kereta itu serta mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki kanan dan tangan kiri selain luka di bahagian badan.
Media sebelum ini melaporkan video berdurasi 21 saat yang memaparkan sebuah motosikal merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat di lokasi itu tular di laman sosial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN: Lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin didakwa di Mahkamah Majistret Pekan hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan dan mengambil harta milik 15 pekerja warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di FELDA Chini 3 pada November lalu.
Tertuduh Koperal Noor Adzraai Mohd Noor, 36, Lans Koperal Wan Mohd Asrullah Wan Nor Zali, 35, Lans Koperal Yusof Mohamad, 25, Koperal Azlan Alwi, 35, dan Lans Koperal Muhamad Amin Abu Setaman, 36, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pekerja warga Indonesia dan Bangladesh di asrama pekerja ladang tersebut, antara jam 1 hingga 1.30 pagi, 1 Nov 2020, lapor Bernama.
GAMBAR HIASAN
Bagaimanapun, nilai barangan atau wang tunai yang diambil daripada mangsa tidak dinyatakan dalam kertas pertuduhan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 384 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman, jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurhalimatun Saadiah Abdullah manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.
Azizah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Pada prosiding berasingan, Yusof dan Wan Mohd Asrullah bersama seorang pembantu kedai makan Mohd Hassani Idris, 40, mengaku tidak bersalah melakukan pemerasan dan mengambil tiga unit telefon bimbit milik tiga pekerja warga Indonesia di asrama pekerja ladang di FELDA Chini Timur 2, di sini, pada 1 pagi, 30 Okt 2020.
Azizah membenarkan jaminan RM2,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin terdiri daripada ahli keluarga.
Mahkamah kemudian menetapkan 2 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kedua-dua kes tersebut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sejumlah wang yang besar RM2.973 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaunnya tanpa sebarang justifikasi komersial atau perniagaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dalam hujahnya berkata, perkara itu didedahkan pegawai penyiasat pengubahan wang haram Superintendan Foo Wei Min perpindahan wang dari 1MDB ke akaun Ambank Najib bernombor 9694 dilakukan dalam tiga peringkat dan Asisten Komisioner D Rajagopal mengenal pasti peringkat pertama dan kedua.
“Jejak wang terperinci dijalankan ke atas akaun Najib mendapati pergerakan wang dari Good Star membabitkan AS$120 juta (RM369,029,514) dalam lima transaksi antara tahun 2011 dan 2012, lapor Bernama.
“Peringkat (kedua) Aabar sebanyak AS$170 juta (RM523,389,779.96) melalui enam transaksi antara tahun 2011 dan 2012 dan peringkat (ketiga) Tanore sebanyak AS$681 juta (RM2,081,476,926) dipindahkan melalui dua transaksi pada tahun 2013.
“Menerapkan kaedah penilaian kewangan masuk dahulu keluar dahulu, pada akaun Ambank Najib, jejak wang itu menunjukkan sejumlah RM2,973,896,219.96 yang diterima Najib dalam akaun 9694, dikembalikan ke akaun Tanore sebanyak RM2,034,350,000.
Wang baki RM939,546,219.96 dalam akaun 9694 Najib dipindahkan untuk dibelanjakan oleh bekas PM dalam empat kategori yang besar,” katanya pada pendengaran permohonan pendakwaan bagi pelucutan hak RM114,164,393.44 dan barang kemas dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd yang didengar di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, lapor BH Online.
Pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucutan hak terhadap Obyu Holdings untuk melucutkan barangan tersebut termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa mempunyai kaitan dengan skandal dana 1MDB.
GAMBAR IHSAN NSTP
Najib dan UMNO adalah pihak ketiga dalam permohonan itu.
Muhammad Saifuddin berkata, dalam kes UMNO, tuntutan mereka mengenai wang tunai yang dirampas adalah derma politik, jelas tidak masuk akal kerana bagi seseorang yang menafikan mempunyai pengetahuan atau kaitan dengan wang itu, kini mengemukakan tuntutan sebagai pemilik sebenar.
“Tuntutan yang dikemukakan Najib dan UMNO yang wang tunai dirampas adalah sumbangan politik adalah alasan lemah berbanding bukti menunjukkan sebaliknya.
“Tidak ada apa pun yang dapat dilakukan untuk menutup kesalahan daripada wang tunai yang dirampas,” katanya.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala peguam Datuk Hariharan Tara Singh mewakili UMNO.
Mahkamah menangguhkan kes itu pada 11 dan 15 Mac ini untuk mendengar penghujahan Muhammad Shafee dan Hariharan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!