SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI ABANG BOB GUARD .. dia seorang anak yatim piatu, rumah pun tiada jadi tempat tinggalnya sekarang di dalam kabin guard.
Dia hanya bertemankan kucing kesayangan dan dia guna duit gaji yg dia dapat untuk membeli makanan kucing.
Sesiapa yang berminat nak bagi sumbangan kepada Abang Bob dan ini disertakan detail beliau..
Atau terus telefon ke nombor Abang Bob
No akaun BSN: 0610041000220703 Nama penuh: TERA BIN ADNAN Alamat: KAMPUNG SELAMAT PELABUHAN 26080 KUANTAN PAHANG. No phone: 0138287379
Kredit: EnchikD
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Berkahwin adalah fasa hidup yang paling dinantikan oleh setiap manusia. Walaupun jodoh adalah rahsia Allah, sebagai manusia kita bukan hanya menunggu tanpa sebarang usaha.
Jodoh perlu dicari. Ia bukan seperti bulan jatuh ke riba. Mungkin ada sebab mengapa jodoh anda tidak kunjung tiba. Untuk mendapatkan jodoh, cuba anda baca dan amalkan perkara seperti di bawah.
Niat Hati
Jangan cari pasangan sebab kawan-kawan lain sudah mempunyai pasangan hidup. Setiap orang mempunyai jalan kehidupan yang berbeza. Jangan paksa diri untuk mencapai sesuatu yang anda tidak mampu. Bersihkan hati dan betulkan niat cari pasangan kerana Allah.
Yakin Dengan Takdir
Sebagai manusia jangan sesekali putus harapan. Kuatkan semangat dan yakin rezeki, jodoh dan ajal hanya ditentukan oleh Allah. Yakin dengan aturan hidup anda.
Berdoa
Senjata seorang Muslim adalah berdoa. Selain itu anda juga perlu banyak bersabar dan berusaha. Apabila sudah sampai masa yang tepat, doa anda akan dimakbulkan. Dekatkan diri dengan Allah dan banyakkan amalan sunat seperti sedekah, sertai aktiviti agama, solat sunat dan puasa.
Berbakti Kepada Ibu Bapa
Doa ibu bapa adalah doa terbaik. Jangan abaikan ibu bapa. Jika anda masih bujang atau tiada pasangan, janganlah bersedih malah gantikan kekurangan itu dengan keindahan. Menjaga ibu bapa perkara yang tidak merugikan. Jasa ibu bapa tidak ternilai dengan hanya menjaga mereka dan sentiasa bersama mereka adalah terbaik untuk anda.
Jadi Lebih Baik
Jangan cari kesempurnaan daripada seseorang tetapi baiki diri untuk menjadi sempurna untuk seseorang. Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan, ubah diri sendiri untuk jadi lebih baik.
Jangan Terlalu Memilih
Untuk memilih pasangan bukan mudah, pastinya anda mahukan yang terbaik untuk bersama hingga ke akhir hayat. Cukuplah pasangan yang mampu sempurnakan diri anda kerana anda juga bukanlah manusia sempurna. Setiap orang ada kelemahan, gantikan kelemahan pasangan dengan kelebihan yang anda miliki. Jangan letak syarat terlalu tinggi, jangan tolak seseorang kerana tidak memenuhi kehendak anda. Ingat, setiap pasangan melengkapi antara satu sama lain.
Bersosial
Sekali-sekala tidak salah anda cuba menyertai majlis keramaian seperti kenduri, majlis hari jadi, aktiviti sukarela atau reunion sekolah. Mungkin jodoh anda ada di majlis tersebut. Jangan malu, buang sedikit rasa malu dan beranikan diri untuk menegur orang sekeliling.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
“Menjadi guru itu tidak pernah menjadikan kita kaya, guru juga tidak akan mendapat layanan VIP namun menjadi guru itu membawa berkat hingga ke mati”
Inilah kata-kata yang sering diberikan oleh Mohamed Salleh Hussain ayah kepada sembilan orang anaknya yang bergelar guru.
Mohamed Salleh Hussain yang merupakan Mantan Pengarah IPG Kota Bharu dan bapa kepada guru tersohor di Malaysia iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh (MFS) sentiasa memupuk minat dan menghidupkan cita-cita pada setiap anaknya agar menjadi seorang guru kelak.
Cikgu Mohamad Salleh Hussain dan isterinya, Khatijah Mohd
Salah seorang anaknya yang bergelar guru, Dr Salbiah Mohamad Salleh, berkata bapanya sentiasa bercerita tentang keseronokan menjadi cikgu, kerjaya guru merupakan satu pekerjaan amat penting dan mulia kerana guru adalah sebagai model kepada anak didiknya dan masyarakat setempat.
“Mungkin kerana faktor ini, saya dan lapan adik-beradik yang lain telah menjadi seorang guru,” kata Guru Cemerlang Pendidikan Islam, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan.
Cikgu Dr Salbiah (2 dari kanan) bersama dua adiknya
Cikgu Salbiah merupakan anak kelima, selain Cikgu Mohd Fadil Salleh, ada tujuh lagi adik beradik lain ialah Cikgu Norasma Mohamed Salleh (Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan); Cikgu Norhana Mohamed Salleh (SM SainsTengku Abdullah, Raub) dan Cikgu Mohd Ariff Mohamed Salleh (SK Padang Pak Amat).
Seterusnya, Cikgu Ahmad Mohamed Salleh (SM Sains Tengku Mohamad Faris Petra); Cikgu Nur Afifah Mohamed Salleh (SK Taman Seri Gombak), Cikgu Siti Faizah Mohamed Salleh (SK Taman Desa (2) dan Cikgu Solihah Mohamed Salleh (SMK Rawang).
Sebuah keluarga besar sempat berkumpul
Cikgu Salbiah berkata, ibunya iaitu Khatijah Mohd turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk bergelar seorang pendidik.
“Ma (emak) bukan pendidik tetapi beliau adalah guru mengaji al-Quran di kampong,Ma tidak pernah merungut keletihan dalam menguruskan kami sembilan beradik, beliau sentiasa istiqamah mendidik kami dalam ilmu dunia dan juga akhirat.
“Sewaktu kecil, adik-beradik akan mengaji bersama-sama pada setiap pagi, menghafal sifir dan bermain kosa kata dalam Bahasa Inggeris, seronok sangat masa itu,” katanya.
Katanya, ayah dan ibu menjadi idola buat dirinya dan adik-beradik yang lain, abah sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada kami, misalnya, abah akan membaca al-Quran sebelum memaksa anak-anak mengaji.
“Abah turut menziarahi orang sakit sebelum mengarahkan kami melakukan perkara yang sama. Abah juga akan meraikan tetamu yang datang ke rumah dan kerana itulah kami sembilan beradik mencontohi apa yang telah abah buat,” katanya.
“Pegangan abah ialah apa sahaja yang kita peroleh kita kena banyak bersyukur malah selalu mengingatkan bahawa kesenangan dan kemewahan itu pun adalah ujian.
“Emak (Ma) pula, sentiasa berpesan kepada anak-anaknya agar menunaikan solat hajat sekiranya berdepan dengan kesulitan, emaknya merupakan murabbi terbaik bagi kami terutamanya anak-anak perempuan dalam pengurusan rumahtangga yang sakinah,” jelasnya.
Katanya, biasanya kami akan berkumpul bersama-sama ketika waktu cuti sekolah dan lokasi percutian adalah di kampung bersama abah dan ma, tiada istilah percutian hotel atau resort bagi mereka, rumah abah dan ma merupakan hotel lima bintang dan masakan ibu adalah masakan chef terhebat yang pernah kami rasa.
Sumber : GPSBestari
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Satu kajian mendapati 74 peratus daripada kita memilih untuk menangis ketika sedang mandi.
Showerstoyou, sebuah peruncit bilik mandi beribu pejabat di United Kingdom meninjau 57,000 sampel dari seluruh dunia dan mendapati bahawa tempat paling disukai untuk menangis adalah di bilik mandi.
Mengapainiberlaku?
Tidak ada jawapan yang pasti kerana tidak banyak penyelidikan saintifik mengenai kaitan menangis dan bilik mandi, tetapi pakar mempunyai beberapa teori.
Profesor psikologi, Ad Vingerhoets dari Tilburg University memberitahu, menangis merupakan perkara paling biasa dilakukan untuk menenangkan diri, selain mendengar muzik.
Terdapat juga teori yang menyatakan bilik mandi memberikan tahap privasi yang tinggi, di samping memberi rasa hangat dan selesa, sekaligus membuatkan menangis ketika mandi sebagai pilihan terbaik meredakan tekanan.
Namun menangis bersendirian tidak baik untuk psikologi, kata dua ahli psikologi dari University of South Florida, Jonathan Rottenberg dan Lauren M Bylsma pula.
“Mereka yang mendapat sokongan sosial ketika menangis akan dapat memperbaiki mood, tetapi menangis bersendirian lebih sukar untuk mendapatkan rasa tenang selepas menangis,” kata dua sarjana itu.
Sumber: Agensi
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Peribahasa adalah susunan Bahasa Melayu kiasan yang membawa maksud tersirat. Bahasa sindiran yang digunakan dalam masyarakat Melayu berlapik untuk menjaga hati dalam masa yang sama untuk memberi pengajaran.
‘Jaga tepi kain orang’ ialah antara peribahasa yang sering digunakan yang membawa maksud seseorang yang suka mengambil tahu urusan orang lain. Bahasa mudah adalah menyibuk pasal orang lain.
Generasi sekarang kurang menggunakan peribahasa dalam percakapan kerana tidak didedahkan dari awal.
Pengguna Twitter @H_Bakkaniy, telah berkongsi maksud peribahasa ‘menjaga tepi kain orang’ dan menerangkan apakah ‘tepi kain’ yang dimaksudkan. Perkongsian beliau mendapat sambutan sehingga 6.3k retweet.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAGAN DATUK: Raja Gelek Malaysia, Datuk Muhammad Daud Kilau akan menerima Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan ini bagi meringankan beban penyanyi veteran itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Wan Norashikin Wan Noordin berkata kerajaan negeri melalui JKM berjaya mempercepatkan kelulusan bantuan bulanan tersebut yang akan diterima mulai 25 Oktober ini.
“Diharapkan bantuan bulanan ini dapat meringankan beban beliau (M Daud Kilau) untuk menampung kos kehidupan harian,” katanya ketika ditemui di kediaman M Daud Kilau di Kampung Sungai Balai Baruh di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin.
M Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Sirih Pinang dan Cek Mek Molek ketika ditemui bersyukur kerana menerima bantuan bulanan tersebut dan mengakui ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban terutama dari sudut kewangan.
“Dengan bantuan tersebut, dapatlah membantu saya untuk membayar bil api dan air. Tambahan pula saya kadang-kala membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Bagan Datuk.
“Jadi memang banyak duit nak guna. Alhamdulillah, memang ramai yang tampil membantu termasuk dari Persatuan Artis Malaysia,” katanya.
M Daud Kilau yang cukup sinonim dengan busana labuci dan warna warni kini hanya menghabiskan masa di rumah berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan keadaan jantung tidak stabil sejak 2016.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CHUKAI: Lebih 50 pekerja Pasar raya TMG cawangan Binjai, di sini, merayu kepada kerajaan negeri supaya mengkaji dan menarik semula arahan pembekuan lesen baharu perniagaan pasar raya itu.
Arahan pembekuan lesen baru perniagaan pasar raya yang diputus melalui mesyuarat Exco pada 30 September lalu, menyebabkan pasar raya TMG cawangan Binjai yang sepatutnya beroperasi 18 September lalu, terpaksa dibatalkan.
Pengurus Cawangannya, Syed Nor Imanuddin Syed Nordin, berkata pihaknya menerima notis pemberhentian operasi pasar raya itu daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada 17 September lalu, sehari sebelum pasar raya beroperasi.
“Semua barangan jualan sudah siap diatur di dalam pasar raya dan sedia dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun perancangan kami terbantut selepas menerima notis pemberhentian operasi itu. Kerajaan negeri pula mengeluarkan arahan pembekuan lesen baharu perniagaan pasar raya menyebabkan rayuan dibuat tidak berjaya.
“Seramai 53 pekerja pasar raya TMG cawangan Binjai bakal berhadapan dengan pembuangan kerja sekiranya perkara ini berterusan,” katanya di sini, hari ini.
Justeru, beliau berharap pertimbangan semula kerajaan negeri untuk memberikan kebenaran operasi kepada Pasaraya TMG cawangan Binjai yang sudah siap sedia beroperasi.
“Ketika ini, 53 kakitangan TMG cawangan Binjai terpaksa bertugas sementara di cawangan TMG yang lain. Bagaimanapun tiada kepastian sampai bila perkhidmatan mereka diperlukan kerana dibimbangi mereka akan kehilangan pekerjaan sekiranya Pasar raya TMG cawangan Binjai tidak dibuka,” katanya.
Menurutnya, semua pekerja terdiri daripada penduduk setempat yang sebelum ini terjejas teruk susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
“Mereka baru sahaja mendapat kerja selepas PKP dan berazam untuk bangkit semula tetapi sekarang berhadapan dengan kemungkinan diberhentikan kerja pula,” katanya.
Pembantu Jualan, Muhamad Izufeqar Mohd, 24, Kampung Binjai berkata, dia tidak bekerja sejak PKP dan mengalami pelbagai kesukaran untuk mendapat pekerjaan.
“Walaupun saya mempunyai Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik tetapi tetap sukar mendapatkan pekerjaan yang baik. Lama saya menganggur kerana tidak dapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan saya.
“Tekanan hidup membuatkan saya tidak memilih kerja dan berkerja di TMG cawangan Binjai tetapi bakal diberhentikan pula kerana pasar raya itu tidak dibenarkan beroperasi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri akan mengkaji semula keputusan pembekuan lesen baru untuk perniagaan pasar raya yang diputuskan menerusi mesyuarat EXCO sebelum ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Putus Kawan Sangat Menyedihkan. Tips Kuatkan Diri Daripada Bersedih
Kawan rapat adalah kawan yang ada bersama tidak kira susah dan senang. Boleh dikatakan setiap orang mempunyai seorang kawan yang memahami dan tempat untuk meluahkan perasaan. Saling tolong-menolong, memahami antara satu sama lain dan mempunyai kegemaran yang sama.
Sesetengah orang lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga kerana dengan kawan tidak perlu sembunyikan apa-apa dan boleh berkongsi masalah bersama. Tetapi mungkin hubungan persahabatan anda tidak selalu indah, ada masanya perselisihan faham dan terkasar bahasa membuatkan anda dan kawan rapat menjadi renggang.
Putus kawan adalah perkara yang paling menyedihkan, mungkin lebih sedih daripada putus cinta. Untuk elakkan daripada terus tidak berhubung, anda boleh lalukan perkara ini supaya hubungan anda dan kawan rapat anda kembali seperti biasa.
Bersosial
Jangan bersendirian dan melarikan diri. Pergi berkenalan dengan orang baru atau ceritakan masalah kepada keluarga. Kehilangan kawan yang paling rapat memang menyedihkan tetapi keluarga masih ada untuk memberi semangat dan sokongan. Besarkan ruang sosial anda untuk melupakan kenangan bersama kawan baik.
Berikan Masa
Jangan memburukkan lagi keadaan dengan bertindak mengikut emosi seperti muatnaik status di Whatsapp, cerita di Instagram atau di Twitter. Tindakan seperti itu membuatkan hubungan anda dan kawan anda semakin renggang dan mendatangkan lagi kemarahan. Semasa marah, jangan lakukan apa-apa sehingga anda bertenang dan boleh berfikir dengan waras. Begitu juga dengan kawan anda. Pastikan tidak menghubungi dia sehingga kedua-duanya boleh berbincang secara aman.
Banyakkan Aktiviti
Walaupun kawan baik anda tidak menghubungi anda, tidak bermakna anda tidak boleh melakukan aktiviti sendirian. Untuk mengelakkan rasa sedih, sendirian dan sunyi, anda boleh lakukan aktiviti baru, mungkin juga anda perlukan suasana baru untuk menceriakan hidup dan lupakan masalah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pengorbanan seorang ibu tidak terhenti hanya selepas melahirkan anak, tetapi selagi hayat di kandung badan, ibu tidak akan pernah berhenti untuk memberikan yang terbaik buat zuriatnya.
Baru-baru ini tuIar mengenai kisah seorang ibu, dikenali sebagai Jumiati Masud yang cekal menunggang motosikal dalam hujan lebat sejauh 30 kilometer (km) untuk menghantar anaknya mendaftar anak ke universiti.
Menerusi laporan HarianMetro, anaknya, Muhammad Izzulhaq Mohamed Hasnan, 19, telah berjaya untuk menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi 2020/2021.
Dua beranak itu menaiki motorsikal dari Simpang Ampat, Seberang Perai menuju ke USM. Kecekalan ibunya antara yang menjadi perhatian di hari kedua pendaftaran penuntut baharu secara pandu lalu di universiti berkenaan.
Hasnan berkata, ibunya tetap berkeras menghantarnya meskipun dia boleh pergi menaiki bas, kerana ibunya tidak mahu melepaskan detik manis melihat sendiri anak berjaya masuk ke Universiti.
Difahamkan, Jumiati adalah peniaga kuih, namun ibu berusia 53 tahun menegaskan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anaknya berjaya.
“Biarlah dia di sini sahaja kerana penginapan pelajar lebih selesa dengan kemudahan rangkaian internet bagi memudahkannya belajar secara dalam talian…”
“Seorang ibu akan berkorban apa saja demi anaknya dan saya harap susah payah ini akan menjadi pembakar semangat kepada Muhammad Izzulhaq supaya belajar bersungguh-sungguh…”
Semoga Hasnan berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang anak yang mampu membalas jasa orang tua.
Sumber: HarianMetro dan Penangkini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG: Penderitaan dan bebanan dihadapi Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif,3, yang terpaksa dipotong kedua belah kaki dan enam jari tangan mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pagawai Khas Menteri Besar (mewakili masyarakat Sikh) Datuk Jasvir Singh Ram Singh mewakili Menteri Besar mengunjungi dan melihat keadaan Muhamad Ziyad Amzar di rumahnya di FELDA Mempaga di sini.
Dalam lawatan itu juga Jasvir menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper daripada Menteri Besar bagi membantu Muhamad Ziyad Amzar meneruskan rawatan dan meringankan beban keluarganya.
Jasvir berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap seluruh rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum.
“Sumbangan ini adalah untuk memastikan adik Muhamad Ziyad Amzar mendapat rawatan terbaik dan terus dibantu.
“Saya akan memantau perkembangan adik Muhamad Ziyad Amzar dan akan terus membantunya dari semasa ke semasa agar dia mendapat bantuan dan pembelaan,”katanya.
Muhamad Ziyad Amzar yang mengalami gangren di bahagian kaki dan tangan ketika berusia dua tahun terpaksa dipotong enam jari pada Ogos tahun lalu sebelum dipotong kedua belah kaki sebulan selepas itu.
Sementara itu, Muhamad Razif Razali,38, berkata dia dan isterinya Kaasnida Mohamed Nazar,32 amat terharu dan berterima kasih terhadap keprihatinan menteri besar kepada anak bongsu mereka itu.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Jasvir yang mengambil perhatian terhadap anak kami. Sesungguhnya bantuan dan sokongan diberi ini amat besar dan bermakna bagi kami,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!