LELAKI DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, LEBIH EMPAT HARI
REMBAU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Kampung Baru Chembong Halt, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, mangsa, Rizal Salleh, 43, ditemukan tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu rumah oleh abangnya yang pergi ke rumah berkenaan.
Menurutnya, abang mangsa, Shahril Salleh, 45, telah menolak pintu hadapan rumah dan mendapati adiknya dalam keadaan telentang serta tidak sedarkan diri lalu dia menghubungi talian kecemasan 999.
“Pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan Rembau tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa meninggal dunia. Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati mangsa tinggal seorang diri.
“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari dan siasatan lanjut di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Utusan Online
Hazri berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak ditemui lemas selepas dia dilaporkan hilang selama dua hari ketika sedang menunggu bapanya menjala ikan di Sungai Galas, Kampung Jenal dekat Dabong di sini Sabtu lalu.
Mangsa, Che Mohamad Zarith Adrian Che Mohamad, 9, ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia bermandi-manda bersama abangnya kira-kira 6.10 petang semalam selepas dihanyutkan arus deras.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Mohd. Zarami Ibrahim berkata, mangsa ditemui oleh seorang penduduk kampung ketika membantu operasi mencari bersama polis dan bomba yang menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa kira-kira pukul 1.56 tengah hari Sabtu lalu.
Katanya, siasatan mendapati, mangsa bersama abangnya yang berusia 10 tahun mandi di kawasan sungai itu sementara menunggu bapanya, Che Mohamad Abdullah, 52, menjala ikan kira-kira 10 meter dari kawasan dia dikhuatiri lemas.
“Sebelum kejadian, mangsa dan abangnya mengikut bapa mereka menoreh getah. Selesai menoreh, bapa mangsa yang juga nelayan darat singgah di sungai berkenaan untuk menjala ikan.
“Mangsa telah meminta izin untuk mandi di sungai itu, namun bapanya melarang kerana air sungai keruh dan dalam. Tidak sempat bapanya menebar jala, abang mangsa datang memaklumkan bahawa adiknya sudah lemas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Mohd. Zarami, sepanjang dua hari operasi mencari, sebanyak 20 buah bot penduduk dan beberapa buah bot bomba, polis serta Angkatan Pertahanan Malaysia telah terlibat, lapor KOSMO online
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Suprintendan Suzaimi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu semalam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MENENTANG MUSUH KETIKA DARURAT DEMI TANAH AIR TANPA GAJI – MAT ARIFFIN (98 TAHUN)
LIPIS : Bekas home guard (pengawal kawasan), Mat Ariffin Mat Deris, 98, pernah bertempur dengan komunis dalam serangan hendap di kawasan kampungnya, berdekatan Rantau Panjang di kawasan Sungai Golok bersempadan dengan Malaysia-Thai.
Mat Ariffin dilahirkan di Kampung Kuin Merah, Rantau Panjang, amat berbangga kerana menyimpan banyak kenangan bermula sejak zaman pendudukan Jepun, era Darurat 1948 sehingga negara mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Mat Ariffin Mat Deris, 98 bersama sijil penghargaan yang diterima sempena hari polis ke-214 daripada Menterio Besar Pahang, tahun ini.
Warga emas yang tinggal di Kampung Tanjung Buluh, Kerambit kira-kira 25 kilometer dari bandar Kuala Lipis dipercayai antara bekas home guard yang masih hidup berbanding dengan rakan lain sudahpun lama meninggal dunia.
Katanya, usia sebenarnya 110 tahun, bukan seperti tarikh lahir yang tertera di kad pengenalan kerana bapanya lewat membuat pendaftaran kelahiran disebabkan tinggal di pedalaman, tiada kemudahan lojistik lagipun masih belum ada penguatkuasaan sepenuhnya oleh kerajaan British ketika itu.
“Pada zaman saya sebagai home guard, penugasan saya dan pasukan ditempatkan di Kampung Banggul Cik Wan dan kawasan berdekatan di bawah pentadbiran Balai Polis Meranti dalam kawasan Pasir Mas yang ditadbir oleh seorang pegawai British yang juga mengajarkan cara berkawad dan menembak.
“Komunis memang ramai bergerak secara gerila di hutan dan memberikan ancaman keselamatan ketika itu malah boleh dikatakan setiap hari berlaku serangan hendap di kawasan kampung saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Buluh, dekat sini hari ini.
Mat Ariffin sukar mengingatkan kisah silamnya sambil dibantu seorang anaknya, Kamarulzaman, 47, berkata, penugasan bersama tujuh anggota dalam satu pasukan home guard daripada kira-kira 600 orang dalam kawasan itu berperanan membantu polis menjaga keselamatan kampung dan ketenteraman awan.
“Saya bersama penduduk lebih banyak memantau dan menjaga keselamatan di kampung termasuk sekatan jalan raya memeriksa kenderaan yang dikhuatiri menyeludup masuk makanan untuk dibekalkan kepada pengganas di hutan.
“Semasa bertugas, semua anggota home guard cuma dibekalkan senapang patah Johnson atau dikenali senapang Cap Burung Hantu untuk mengawal dan membedil pengganas ketika bertembung,” katanya.
Bersama anaknya, Mat Nawi (69), kiri dan Kamarulzaman (47), kanan.
Katanya, dia dan anggota sangat bersemangat waja dan patriotik, mempunyai disiplin yang tinggi, mematuhi arahan dan bersemangat sewaktu menentang musuh sehinggalah kami dititip nilai perjuangan yang tinggi walaupun tanpa dibayar gaji.
“Saya bersama rakan lain pernah bertempur dengan pengganas Komunis di daerah Weng, Sungai Golok dan semasa pertempuran itu kami berjaya menembak mati seorang serta mencederakan rakan pengganas lain.
“Semangat saya sejak dahulu tidak pernah luntur untuk berjuang melawan musuh dan nasihat kepada anak muda supaya mengikut semangat perjuangan pahlawan dan tokoh silam untuk mempertahankan tanahair di samping wajar taat setia kepada raja, pemerintah dan hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Sempena sambutan Hari Polis ke-214 peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Amad Shah, di Kuala Lipis, tahun ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan telah memberikan penghormatan jasa kepada Mat Ariffin dengan menyampaikan cenderamata, wang tunai dan sijil penghargaan.
Sementara itu, Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azri Mohd. Noor berkata, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menjadikan tokoh home guard itu sebagai ‘bapa angkat’ kepada semua anggota polis di Lipis.
“Selagi dia ada hayat, kita akan menjaga kebajikannya dengan dipantau oleh seorang pegawai polis di sini dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) Tanjung Buluh.
“Pengorbanannya termasuk lima orang home guard yang masih hidup termasuk anggota polis di kampung ini sebagai teladan bagi IPD Lipis dan menjadikan Kampung Tanjung Buluh sebagai kampung angkat bagi tujuan membantu serta memantau kebajikan bekas anggota ini serta kerjasama kemasyarakatan dengan penduduk setempat,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
1,300 EKOR IKAN PATIN DIAGIH KEPADA PENDUDUK PKPD KUALA TAHAN
JERANTUT – Kira-kira 2,000 penduduk di sini menerima sumbangan 1,300 ekor ikan patin daripada Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Kuala Tahan dilaksanakan, hari ini.
Datuk Ahmad Nazlan berkata, agihan ikan patin antara juadah digemari penduduk tempatan itu bertujuan membantu meringankan beban mereka serta menceriakan penduduk yang terpaksa berkurung akibat pelaksanaan PKPD.
Datuk Ahmad Nazlan bersama petugas pertubuhan Bird Group Taman Negara, anggota Angkatan Pertahanan Awam dan Jawatankuasa Dangau Rezeki Komuniti Kuala Tahan, hari ini.
“Saya cukup bersimpati dengan nasib pengusaha ternakan di Kampung Perlok apabila pasaran terbantut dalam tempoh PKP ini, maka saya memborong sejumlah 1,300 ekor ikan patin untuk membantu penduduk Kampung Kuala Tahan.
“Menerusi cara ini, Pejabat Parlimen Jerantut dapat membantu meringankan beban penternak ikan patin dan pada masa yang sama turut memberikan keselesaan penduduk Kuala Tahan menyediakan juadah dalam tempoh beberapa hari ini,” katanya di Kuala Tahan dekat sini hari ini.
Ahmad Nazlan ketika ditemui menurunkan ikan patin daripada lori untuk diagihkan kepada penduduk Kuala Tahan dengan bantuan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan Bird Group Taman Negara, anggota Angkatan Pertahanan Awam dan Jawatankuasa Dangau Rezeki Komuniti Kuala Tahan.
“Saya terpanggil untuk membantu penduduk di sini yang kebanyakannya bekerja di sektor ekopelancongan Taman Negara yang masih lagi terjejas pendapatan dan tekanan perbelanjaan sejak pelaksanaan PKP awal tahun ini.
“Kesusahan yang sedia ditanggung semakin berat dipikul apabila lokaliti Kuala Tahan diletakkan di bawah penguatkuasaan PKPD sejak 8 hingga 21 Ogos ini berikutan penularan wabak Covid-19,” katanya.
1,300 ekor ikan patin diagihkan kepada penduduk PKPD Kuala Tahan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd. Rahman berkata, pemberian ikan tersebut amat bermakna dan mengembirakan penduduk yang sedang menjalani PKPD.
“Agihan dilakukan dari rumah ke rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan yang melibatkan agihan kepada kira-kira 550 keluarga di kawasan berkenaan.
“Ini adalah pertama kali ikan patin hidup diagihkan kepada penduduk dalam tempoh pandemik ini, walaupun agak sukar mengagihkan ikan hidup ia berjalan lancar dan siap pada tengah malam,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JENAZAH PESAKIT COVID-19 TAK KUNJUNG TIBA UNTUK DIKEBUMI, RUPANYA MASIH HIDUP
KLATEN: Seorang pesakit Covid-19 di sini dilaporkan meninggal dunia dan keluarganya menyiapkan kubur untuk mengebumikan jenazah.
Namun, selepas menunggu sehari, rupanya pesakit itu dimaklumkan masih hidup dan menerima rawatan di hospital.
Lapor Tribunnews, pada mulanya, pesakit wanita tersebut yang berasal dari Desa Tambongwetan, Klaten dilaporkan meninggal dunia pada 7 Ogos lalu.
Sebelum itu, dia dibawa ke hospital selepas dijangkiti Covid-19 pada 3 Ogos.
Berita kematian wanita tersebut dimaklumkan oleh jabatan kesihatan, menyebabkan pasukan sukarelawan Covid-19 menyiapkan kubur untuk pengebumian.
Gambar Hiasan
Keluarga wanita itu juga sudah dimaklumkan mengenai kematiannya.
Namun, sehingga 8 Ogos, jenazah pesakit tersebut masih tidak kunjung tiba menyebabkan keluarganya menghubungi hospital.
Hospital kemudiannya mengesahkan wanita tersebut masih hidup dan menerima rawatan Covid-19.
Sehubungan itu, kubur tersebut ditutup semula dan keluarga wanita berkenaan menzahirkan rasa syukur.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LAMPUNG: Seorang lelaki diperintahkan menjalani hukuman membersihkan kemudahan awam termasuk tandas akibat tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Lapor Kompas.com, hukuman khidmat sosial itu diperintahkan oleh hakim selepas Ardito Wijaya didapati bersalah melanggar protokol kesihatan ketika menyanyi dan menari di acara resepsi, 20 Jun lalu.
Menerusi kiriman foto yang diterima, lelaki itu dilihat menyapu lantai di Jalan Sri Tanjung dengan mengenakan jaket merah tertulis ‘Pelanggar Peraturan Covid-19’.
Ardito juga kelihatan membawa penyodok sampah dan sapu lidi untuk melakukan kerja pembersihan.
Selain menyapu kawasan jalan, Ardito turut membersihkan masjid dan menyembur cecair pembersihan.
Ketua Bahagian Kepakaran Lampung, Angga Mahatamasaat menjelaskan, hukuman khidmat sosial yang dikenakan adalah membersihkan kemudahan awam di Masjid Al-Hikmah di Sri Tanjung, Tanjung Ratu Village dan daerah Way Pengubuan, lapor KOSMO online
“Pesalah membersihkan bahagian dalam masjid, tempat wuduk, tandas, tanaman dan di luar pekarangan masjid,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JENIS MANUSIA HATI SUDAH HITAM, NAK CUCUK VAKSIN KE NAK TAYANG ASET?
PETALING JAYA – Media Sosial hari ini dikejutkan dengan perbuatan seorang wanita yang dilihat dengan sengaja menanggalkan bajunya sehingga menampakkan pakaian dalam ketika proses suntikan vaksinasi di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Tindakan wanita tersebut yang memakai pakaian ketat dan mencolok mata itu juga mengundang kecaman orang ramai di laman sosial.
Rakaman video berdurasi 58 saat tersebut turut mendapat lebih 43 ribu tontonan di aplikasi Twitter.
Salah seorang pengguna dengan nama @Epi berkata, perbuatan wanita tersebut seperti mencabar Allah S.W.T dengan membuka aurat di khalayak ramai.
“Ni la salah satu punca Malaysia dpt bencana….udah la xtakut Allah SWT…Cabar pula Allah SWT dgn d buka aurat depan khalayak ramai..,” katanya.
Sementara @Julea Rehman berkata, tindakan yang dilakukan wanita tersebut merupakan satu perkara yang sia-sia dan tidak menghormati petugas di PPV.
“Muka dah la tak Lawa… Mengedik pulakk…. Turki dah terbakar.. Nak seksi sangat orang orang perempuan dia.. Esok Malaysia Tenggelam… Ni belajar mesti setakat PMR,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DICERAI DALAM PANTANG HANYA KERANA BUKU KLINIK KOYAK
NILAI,N9: Dugaan buat seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini apabila dia diceraikan suami ketika masih dalam pantang.
Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya berumur empat dan dua tahun serta bayi berusia 17 hari.
Wanita kelahiran Sabah itu diceraikan suami pada Khamis lalu selepas 13 hari melahirkan anak lelakinya.
Menurutnya, dia tidak menyangka diceraikan hanya kerana menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak.
“Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu.
“Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya pada Isnin.
Wanita tersebut turut menerima kunjungan Pengurus Semarak Resource Centre, Muzaliza Musa.
Semarak Resource Centre merupakan pusat komuniti flat berkenaan.
Mengulas lanjut katanya, penceraian berkenaan merupakan kali kedua selepas kali pertama pada 2018, bagaimanapun dirujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.
Jelasnya, sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya itu, mereka tidak mempunyai banyak masalah.
“Saya rasa mungkin dia tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya bila dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana positif Covid-19,” katanya.
Wanita tabah itu berkata, dia tidak lagi mahu mengenangkan apa yang berlaku dan mahu membuka buku baharu demi anak-anaknya.
Bagaimanapun katanya, apa yang menjadi masalah kepadanya ketika ini adalah untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti kerana selama ini bergantung sepenuhnya kepada suami.
Sementara itu, Muzaliza berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk melihat keadaan keluarga itu dengan lebih dekat, dalam masa sama beliau turut mengalu-alukan bantuan dan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk meringankan beban keluarga tersebut.
“Dari segi barangan makanan dan keperluan, ia mencukupi buat masa ini tetapi apa yang jadi kebimbangannya ialah bayaran bulanan sewa rumah dan bil utiliti yang perlu ditanggung selepas ini,” katanya, lapor SINAR HARIAN
Bagi mereka yang mahu membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 1562-2636-2529 atas nama Nurmila.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
FOTO : Arwah Emellia Mat Husin, 37, meninggalkan tiga orang cahaya mata yang masih kecil, iaitu Aleesya Annabella, 11, Adriana Maisarah, 5, dan Muhammad Hayat Irfan, 2, manakala anak sulung Ainin Sofiya, 21, dan anak kedua Ainin Syafina, 16.
PETALING JAYA: Lima beradik di Kampung Bukit Depu, Terengganu dirundung kesedihan selepas ibu yang merupakan satu-satunya tempat mereka bergantung hidup dan bermanja kini telah pergi buat selama-lamanya.
Emellia Mat Husin, 37, yang juga seorang ibu tunggal dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru awal pagi semalam.
https://37b37d5f43f09caede02d6c7982f2b54.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html Lebih memilukan, arwah pergi meninggalkan lima cahaya mata, iaitu Ainin Sofiya, 21; Ainin Syafina, 16; dan tiga lagi yang masih kecil, iaitu Aleesya Annabella, 11; Adriana Maisarah, 5, dan Muhammad Hayat Irfan yang baru berusia dua tahun.
Anak sulung, Ainin yang kini menetap di Kuala Lumpur dan sudah berkahwin berkata, sebelum ibunya meninggal, dia menyedari arwah mula berubah sikap seperti keanak-anakan, mengidam makanan dan memintanya pulang ke Terengganu.
“Minta saya balik untuk menjenguknya dan kami selalu buat panggilan nampak perubahan apabila mata dan muka arwah sudah berubah,” katanya kepada FMT.
Ainin berkata, ibunya adalah bekas pesakit kanser tiroid, namun keadaan kesihatannya semakin merosot dan kerap keluar masuk hospital hingga terpaksa berhenti kerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya.
Berkongsi detik-detik sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, Ainin berkata, ketika itu adik bongsu sudah tidur manakala tiga adiknya yang lain tidak henti-henti mengurut kaki arwah yang tiba-tiba kejang.
“Arwah turut mengalirkan air mata menahan kesakitan dan adik-adik bertambah panik apabila muka mama bertukar warna sebelum tiba-tiba rebah meninggal dunia ketika duduk bersandar pada tilam,” katanya.
Ainin berkata, pada pukul 2 pagi semalam dia dihubungi adik memaklumkan ibu sudah meninggal membuatkannya segera bergegas pulang untuk menatap wajah ibu buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara.
Difahamkan, empat beradik itu akan dibawa berpindah ke Chenor, Pahang untuk tinggal bersama nenek mereka, Faridah Endut, berusia 63 tahun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Syarikat AAIA TERAJU Sendirian Berhad telah menyumbang 4.5 ton buah durian kepada kira-kira 500 penerima dari penduduk Kampung Sungai Kepong dan juga penduduk sekitar yang diadakan di Persiaran Tadi, Kampung Sungai Kepong, dekat sini, hari ini.
Pengarah syarikat itu, Roslan Basri berkata, syarikatnya terpanggil berkongsi rezeki dengan penduduk di sini dengan menyumbang kira-kira 5 hingga 6 biji durian bagi setiap keluarga yang hadir secara pandu lalu, pagi ini.
Syarikat AAIA TERAJU Sendirian Berhad telah menyumbang 4.5 ton buah durian kepada kira-kira 500 orang penerima secara pandu lalu di sini, hari ini
“Kami mulakan dengan pemberian sumbangan kepada penduduk Sungai Kepong pada jam 9.00 pagi dan kemudian penduduk luar pada jam 10.00 pagi untuk mengelakkan berlaku pertembungan orang ramai.
“Alhamdulillah, semua berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerana penerima tidak perlu turun dan petugas kami meletakkan terus ke belakang kereta atau ke dalam bakul motosikal masing-masing yang hadir,” katanya.
Katanya, beliau mendapatkan bekalan durian daripada Gua Musang bernilai kira-kira RM12,000.
“Sebelum ini, syarikat ini turut memberi sumbangan berbentuk bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung Sungai Kepong yang terkesan dengan pandemik yang berlaku,
“Kami berterima kasih kepada orang ramai yang hadir mengikut SOP yang berkuat kuasa dengan memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal serta mengikut arahan, terima kasih juga kepada petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang membantu,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!