SYARIKAT AAIA SDN BHD SUMBANG 4.5 TAN DURIAN 1 OGOS DI LANCHANG
TEMERLOH: Penduduk Sungai Kepong dan kawasan sekitar dijemput menerima sumbangan buah durian daripada syarikat AAIA TERAJU Sendirian Berhad di Persiaran Tadi, Kampung Sungai Kepong, dekat sini pada 1 Ogos (Ahad).
Jurucakap penganjur berkata, penyampaian sumbangan akan diadakan mulai jam 9.00 pagi untuk penduduk Kampung Sungai Kepong, manakala pada jam 10.00 pagi bagi penduduk luar kampung Sungai Kepong.
Orang ramai dijemput ke Persiaran Tadi, Kampung Sungai Kepong, Lanchang untuk menerima sumbangan buah durian, pada 1 ogos.
“Semua dijemput hadir untuk menerima sumbangan tersebut dan mohon war-warkan kepada masyarakat setempat ke lokasi ini.
“Sebanyak 4.5 tan akan diagihkan kepada orang ramai yang hadir, pemberian sumbangan sehingga stok masih ada,”katanya.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi, Rosli – 013-9021953; Tok Empat – 017-9418460 dan Rosmimi – 011-25754160
Katanya, orang ramai yang hadir dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuat kuasa sekarang dengan memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal serta mengikut arahan yang akan diberikan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WARGA EMAS POSITIF COVID-19 DITEMUI MATI TERGANTUNG
BACHOK – Seorang lelaki warga emas yang disahkan positif Covid-19 ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Padang Lati, Bekelam di sini hari ini.
Tukang rumah yang berusia 61 tahun itu ditemui tergantung pada tiang besi di dinding konkrit rumah yang dibinanya sendiri kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi oleh saudara yang berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai penemuan mayat mangsa oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 1.20 pagi.
“Siasatan awal mendapati, mangsa disedari hilang dari rumahnya kira-kira pukul 11 malam sebelum ahli keluarga keluar dan menemui lelaki itu di rumah yang sedang dibina.
“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya itu tidak menemui sebarang objek atau cecair yang mencurigakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini, lapor KOSMO online
Mohamad Ismail berkata, hasil maklumat daripada keluarga, mangsa sebelum ini dipercayai mengalami kemurungan dan sering bercakap seorang diri sejak dua tahun lalu.
Katanya, keluarga juga memaklumkan bahawa mangsa mendakwa terdengar suara-suara bisikan halus selain pernah mendapat rawatan di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga emas yang menjadikan seekor kambing betina untuk melampiaskan nafsunya direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap suspek yang berusia 60 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Mohamad Azrul Mohd. Sobri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini.
Suspek baju T berwarna hijau dibawa ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada pukul 9.20 pagi selepas lelaki itu ditahan di Serendah kelmarin.
Berita berkaitan: Dengan kambing pun jadi
Semalam Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki warga emas sanggup menjadikan seekor kambing betina sebagai tempat melampias nafsu di Hulu Selangor.
Kejadian disedari seorang wanita tempatan berusia 45 tahun yang terdengar bunyi kambing mengembek dari kandang di belakang rumahnya pada pukul 1.30 tengah hari.
Wanita itu kemudian pergi ke kandangnya dan ternampak seorang lelaki yang dikenalinya dalam keadaan separuh bogel.
Suspek segera melarikan diri dan pemeriksaan mendapati, kambing betina yang menjadi mangsa lelaki itu telah mati.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha makanan, Nor Afiqah Mohd Khiruddin, 25, dilaporkan hilang dari kediaman keluarganya di Bandar Tun Razak sejak Sabtu lalu.
Abangnya, Mohd Hafizuddin Mohd Khairuddin, 28, berkata, kehilangan Nor Afiqah menimbulkan tanda tanya kerana keluar sehelai sepinggang tanpa membawa kad pengenalan, dompet serta telefon bimbit malah kereta Perodua Kancil milik adiknya itu juga masih berada di rumah.
Menurutnya, kehilangan anak kedua daripada lima beradik itu disedari sekitar jam 10 pagi selepas didapati Nor Afiqah tiada di biliknya.
“Dia bukan anak bermasalah cuma malam sebelum kejadian dia banyak termenung namun apabila ditanya dia memaklumkan tidak bersedia berkongsi mengenainya.
“Besar kemungkinan dia hilang ketika Subuh dengan berpakaian tidur dan tidak bertudung. Kali terakhir kami berjumpanya sekitar jam 10 malam. Kami sudah cuba menjejakinya melalui rakan-rakan namun tiada yang mempunyai maklumat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa, lapor BH ONLINE
Katanya, Nor Afiqah merupakan seorang adik yang baik dan banyak menghabiskan masa di rumah menyiapkan tempahan pelanggan.
“Jika dia keluar pun akan ditemani oleh adik-adik lain. Kebanyakan rakannya juga berada di Perak kerana kami berasal dari sana dan mula menetap di Kuala Lumpur sejak lima tahun lalu.
“Ibu bapa juga di Perak namun datang ke Kuala Lumpur sebaik sahaja mengetahui adik hilang. Saya harap Nor Afiqah ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.
Katanya, laporan polis telah dibuat dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubunginya di talian 017-569 4982.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Usahawan dikompaun RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berceramah kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis mengesan video berdurasi 49 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tidak memakai pelitup muka.
“Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku 11.30 pagi semalam ketika individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan.
“Polis kemudian memanggil lelaki berusia 34 tahun itu untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.20 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada lelaki terbabit kerana melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Katanya, tindakan diambil mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021, lapor HM online
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kegagalan mematuhi SOP boleh dikenakan tindakan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PELAJAR CARI KAWASAN UNTUK MENDAPAT CAPAIAN INTENET UNTUK IKUTI KELAS PDPR
LIPIS: Pelajar yang tinggal di kawasan Kampung Relai gembira apabila mengetahui masalah untuk mendapat capaian internet yang dialami selama ini akan berakhir menjelang akhir Ogos ini kerana akan terbina menara sementara di kawasan itu.
Sebelum ini, mereka terpaksa mencari kawasan yang mendapat capaian internet samada pergi ke rumah saudara di Pekan Kerambit kira-kira 6 kilometer atau di tepi jalan, Jalan Kerambit-Jerangsang, malah ada pergi mencari kawasan tinggi untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR) masing-masing.
Antara pelajar yang belajar di pondok berdekatan bekas lombong untuk mendapat capaian internet yang baik
Seorang pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit, Mohamad Ainul Mohd Hazri berkata, sejak PDPR semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka mengalami kesukaran untuk mengikuti PDRP kerana capaian internet tiada di kampung itu.
“Kami mencari lokasi yang sesuai dan mempunyai liputan internet yang terbaik, maka tempat yang kami temui ialah kawasan berbukit yang jaraknya kira-kira 3 km dari rumah dengan menunggang motosikal,” katanya.
Katanya, dengan terbina menara sementara itu, kami berharap isu tiada capaian internet dapat diatasi dan mereka dapat belajar dengan selesa dan selamat tanpa perlu pergi jauh.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit, Nur Aliyaa Afiqah Mohammad (14) berkata, sejak penguatkuasaan PKP, kesemua pelajar di Kampung Relai terpaksa keluar menunggang motosikal dan berjalan kaki ‘merayau-rayau’ untuk mendapatkan capaian internet.
Nur Aliyaa Afiqah Mohammad (14) berkata, sejak penguatkuasaan PKP, kesemua pelajar di Kampung Relai terpaksa keluar menunggang motosikal dan berjalan kaki ‘merayau-rayau’ untuk mendapatkan capaian internet.
“Walau terdapat menara di kampung ini, tetapi mempunyai kadar kelajuan rendah dan kadang-kadang tidak berfungsi, macam mana kami hendak mengikuti PPDR, masalah yang timbul ini, membuatkan kami tertinggal pelajaran atau topik mata pelajaran tertentu,” katanya.
Murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kerambit, Nadatulhusna Mohd. Harun, 12, berkata, dia bersama tiga adik-beradiknya juga terpaksa keluar dari rumah untuk mencari capaian internet ketika tiba waktu PPDR bersama guru.
Nadatulhusna Mohd. Harun, 12, berkata, dia bersama tiga adik-beradiknya juga terpaksa keluar dari rumah untuk mencari capaian internet ketika tiba waktu PPDR bersama guru.
“Kami takut juga waktu penularan wabak Covid-19 ini hendak pergi jauh untuk mendapatkan capaian intenet ketika PKP. Setelah mengetahui kesukaran ini yang akan berakhir menjelang Ogos ini dengan menaiktaraf sistem, saya dan rakan amat bersyukur,” katanya.
Seorang penduduk, Arifudin Shari, 25, berkata, sejak PDPR dilaksanakan tahun lalu, ada pelajar di situ mengikuti PPDR di pondok kayu atas bukit berdekatan bekas lombong bijih besi di kampung tersebut kerana lokasi berkenaan boleh mendapatkan capaian internet dengan baik.
“Bagi pelajar perempuan pula yang tidak sanggup mendaki bukit, mereka mencari capaian internet di sepanjang jalan sehingga sampai tiga kilometer, kesian juga budak-budak (pelajar) ini,” katanya.
Katanya, kampung itu hanya terletak cuma 25 kilometer sahaja dari bandar Kuala Lipis yang sudah tentu ada jaminan kemudahan capaian internet berkelajuan tinggi, malah terdapat sebuah menara di situ, ramai pelajar calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berdepan masalah untuk mengikut PPDR.
Tinjauan SAHIH terdapat sebuah Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah, Kerambit, dengan 140 orang pelajar sukar mengikuti kelas PDPR, malah dimaklumkan guru sekolah tersebut turut mengalami masalah yang sama untuk menjalankan kelas masing-masing di sekolah itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff membawa perkhabaran ‘gembira’ ketika melawat dan meninjau masalah telekomunikasi di Kampung Relai sambil memberikan jaminan masalah itu akan selesai menjelang akhir Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff membawa perkhabaran ‘gembira’ ketika melawat dan meninjau masalah telekomunikasi di Kampung Relai sambil memberikan jaminan masalah itu akan selesai menjelang akhir Ogos ini, semalam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang akan menaik taraf menara di situ dengan memberikan perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi (4G).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sepang: Gara-gara merokok dalam kenderaan seorang lelaki berdepan detik cemas apabila teksi dipandu tiba-tiba meletup ketika sedang bergerak di Jalan CTA 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Kejadian menyebabkan mangsa, Mohd Radzi Mokhtar, 64, melecur di bahagian lengan dan muka, manakala teksi Proton Exora dipandunya rosak teruk.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berlaku pada 3.30 petang.
“Hasil siasatan bomba mendapati kejadian berpunca daripada kebocoran gas cecair pembasmi kuman yang berada di dalam teksi berkenaan.
“Pada masa sama pemandu sedang menggunakan pemetik api untuk mencucuh rokok,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian teksi itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar penumpang di KLIA, lapor HM online
“Mangsa hanya mengalami lecuran ringan di bahagian lengan dan muka dihantar ke hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PAHANG TAWAR RUMAH UNTUK LAPAN BERADIK YANG KEHILANGAN IBU DAN BAPA AKIBAT COVID-19
KUANTAN: Kerajaan Pahang menawarkan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000 sebuah, untuk didiami secara percuma oleh lapan beradik yang kematian ibubapa mereka akibat wabak pandemik COVID-19.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tapak rumah RRP yang dicadangkan itu akan dibina di kampung asal allahyarham ibunya , serta datuk dan nenek mereka di Rancangan Tanah Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut bersedih dan bersimpati dengan nasib kelapan-lapan beradik ini.
Katanya, sementara menunggu rumah itu siap, rumah sewa sementara akan juga disediakan dan dibiayai oleh kerajaan negeri.
“Saya turut bersedih dan bersimpati dengan nasib kelapan-lapan beradik ini, yang sulung, Cik Nazurah Nabilah Benyajeed baru berusia 19 tahun manakala adik-adiknya berusia empat hingga 18 tahun, kini tinggal menyewa bersama-sama ibu saudara mereka di Rawang, Selangor.
“Demi melihat mereka kekal tinggal serumah bersama-sama ibu saudara mereka itu, kerajaan negeri membuat tawaran RRP ini manakala ibu saudara mereka akan diberikan elaun bulanan sewajarnya.
Katanya, selain itu, Yayasan Pahang (YP) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan membiayai pendidikan mereka yang masih bersekolah manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang sedia menyenaraikan mereka sebagai penerima bantuan bulanannya.
Lapan beradik yang kehilangan ibu dan bapanya akibat wabak Covid-19
“Pegawai pejabat saya telah pun menghubungi Cik Nazurah dan saya berharap, tawaran ini akan diterima,” katanya.
Katanya, bapa lapan beradik itu meninggal dunia pada 16 Julai dan ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Julai akibat wabak Covid-19.
Sebilangan besar adik-adik Nabilah masih bersekolah, kecuali adik bongsunya yang berusia empat tahun, Nabilah sendiri merupakan pelajar di Kolej Politeknik Mersing di Johor.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LELAKI TINGGAL NOTA, BAKAR MAYAT ATAU BUANG KE LAUT
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 50-an ditemui maut dipercayai akibat minum racun di pekarangan rumahnya di Taman Indah, Sekinchan, kira-kira jam 3 petang tadi.
Menurut sumber, difahamkan lelaki itu bertindak demikian kerana tertekan dan terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Mei lalu.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 24 saat yang dkikongsi sumber, orang ramai menemui nota ditinggalkan lelaki warga emas terbabit yang meminta kerajaan membakar mayatnya atau buang terus ke laut, lapor MG
Mayat lelaki itu bagaimanapun telah dibawa pihak polis ke Hospital Sabak Bernam sejurus berita kematian itu dimaklumkan orang ramai kira-kira 3.30 petang tadi.
Punca kematian masih dalam siasatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar, 85, meninggal dunia akibat sesak nafas di kediamannya di Shah Alam, kira-kira jam 6.30 petang, hari ini.
Berita pemergiannya pelakon yang dikenali dengan watak Anjang Aki itu disahkan isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar.
Nazariah, 66, berkata, suaminya meninggal dunia bukan disebabkan Covid-19, tetapi Allahyarham menghidap penyakit pembuluh darah bengkak.
“Arwah baru selesai makan dan kemudiannya masuk ke bilik untuk berehat. Saya pula ke dapur, namun saya mendapati arwah sesak nafas sebaik meninjau keadaannya dalam bilik.
“Selepas itu, arwah langsung tidak sedarkan diri. Saya dan dua anak berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada BH Online.
Allahyarham Baharuddin meninggalkan tujuh cahaya mata dan dua anak tiri. Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!