Amizar kembali beraksi lepas seminggu ‘cuti’
Amizar kembali beraksi lepas seminggu ‘cuti’
BENTONG – Selepas hampir seminggu meluangkan masa di Perlis atas urusan keluarga, Datuk Amizar Abu Adam kembali bertugas sejak malam tadi.
ADUN Pelangai itu menghadiri mesyuarat jawatankuasa penyelarasan jamuan Aidilfitri 2024 anjuran Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Pahang yang diadakan di bandar Bentong.
“Musim raya tak habis lagi, makanya berbincang untuk mengadakan jamuan hari raya Kerajaan Perpaduan peringkat Negeri Pahang nanti.
“Bila semua persiapan selesai nanti kita maklum jemputan yek,” kongsinya melalui satu hantaran di laman sosial Facebook.
Hari ini pula, Amizar selaku Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang menghadiri mesyuarat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di Bentong.
Sejurus mesyuarat, dia terus masuk pejabatnya di Simpang Pelangai untuk menyelesaikan beberapa perkara tertangguh sejak minggu lalu.
“Abang ni anaknya dapat tawaran ke IPTA, kita bantu apa termampu yek, janji anak dapat belajar dan membahagiakan ibu bapa dan keluarganya akan datang.
“Lepas ni nak terjah ‘kejadian aneh’ di jambatan Kampung Bukit Gajah.
“Standbylah…,” katanya.— SAHIH