AGONG ZAHIR KESEDIHAN TIMPA PELAJAR MALAYSIA
PELAJAR, NUR IZZAH MOHD SHOKRI TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN DI MANCHESTER, ENGLAND
KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan rasa sedih atas kemalangan yang menimpa pelajar Malaysia, Nur Izzah Mohd Shokri di Manchester, England, Isnin lepas.
Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua mendoakan semoga Nur Izzah, dikurniakan kesembuhan dengan segera dan kembali pulih seperti sedia kala.
“Seri Paduka Baginda berdua turut berharap agar seluruh keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
“Marilah bersama Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Nur Izzah dikurniakan kesembuhan dan keafiatan dengan segera,” kata kenyataan itu.

Nur Izzah, 20, yang merupakan pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester, kini berada dalam keadaan koma dan sedang mendapat rawatan di Salford Royal Hospital, England selepas menjalani pembedahan.
Pelajar yang berasal dari Karak, Pahang itu dilaporkan mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan tulang rusuk selepas bertembung dengan sebuah bas ketika sedang menunggang basikal Wilmslow Road, Rusholme dalam kejadian jam 4.25 petang, lapor Bernama.
TERKINI
Carian Tajuk Berita
BERITA SEMASA
Semangat Hari Malaysia berkibar di Panama
Semangat Hari Malaysia berkibar di Panama PANAMA CITY: Meskipun berada ribuan kilometer dari tanah air, semangat Hari Malaysia tetap dibawa ke pentas antarabangsa apabila delegasi Malaysia menyambut hari bersejarah itu di Panama Convention Centre, Panama. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah mengetuai delegasi negara ke International Cooperative Alliance (ICA) Global Conference and General […]

PILIHAN PEMBACA