Royal Pahang benam Sri Bendahara 8-2.5 dalam Charity Shield Polo Tournament
Royal Pahang benam Sri Bendahara 8-2.5 dalam Charity Shield Polo Tournament
CYBERJAYA: Pasukan Royal Pahang yang dibarisi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan Sri Bendahara 8 berbalas 2.5 dalam perlawanan ‘Charity Shield Polo Tournament, RYT Bank’, Ahad lalu.
Kemenangan itu turut disaksikan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang berkenan berangkat menyaksikan perlawanan berkenaan di Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC), di sini.
Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Pasukan Royal Pahang yang turut dibarisi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan sehingga berjaya mencatat kemenangan 8 berbalas 2.5 ke atas pasukan lawan.
Sementara itu, pasukan Sri Bendahara diketuai Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.
Keberangkatan kerabat diraja Pahang turut memeriahkan suasana pertandingan polo berkenaan yang berlangsung di RSPEC, Cyberjaya.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang turut berkenan beramah mesra dengan pemain-pemain serta para pengunjung yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.-SAHIH
Sumber: Kesultanan Pahang.
#RoyalPahang #SultanPahang #CharityShieldPolo #KesultananPahang
