Temerloh Attack 2026 gegar Dataran Temerloh
Temerloh Attack 2026 gegar Dataran Temerloh
Temerloh: Peminat kereta kawalan jauh (RC) bakal berentap menerusi Temerloh Attack 2026 – RC Drag Race yang dijadual berlangsung di Dataran Temerloh, di sini, pada 10 Oktober depan.
Program bermula jam 9 pagi hingga 6 petang itu bakal menghimpunkan peminat serta pelumba RC menerusi beberapa kategori perlumbaan drag dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500.
Antara kategori dipertandingkan ialah 1/5 Petrol Open CC, 1/8 Open Battery No Limit, 1/10 Battery Max 3S dan 1/14 Battery Max 2S/3S.

Bagi kategori 1/5, jarak perlumbaan ditetapkan antara 60 hingga 70 meter, manakala kategori 1/8, 1/10 dan 1/14 membabitkan jarak antara 50 hingga 60 meter.
Pertandingan menggunakan format double elimination dengan penyertaan maksimum lapan pelumba bagi setiap saingan, manakala yuran penyertaan ditetapkan RM20 bagi setiap kereta.
Majlis berkenaan dijadual dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal.
Turut dijadual hadir, Penyelaras Dewan Negeri (DN) Kuala Semantan, Mohd Azly bin Datuk Indera Norzan.
Penganjuran acara itu turut membabitkan kerjasama beberapa pertubuhan dan rakan strategik termasuk Sahih.com.my dan We Are Malaysian Foundation, selain mendapat sokongan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Program berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada penggemar RC menguji kemampuan jentera masing-masing, malah menjadi platform menghimpunkan komuniti sukan RC serta menarik orang ramai menyaksikan sendiri perlumbaan berkenaan.-SAHIH
#kw: Temerloh Attack 2026, RC Drag Race, Dataran Temerloh, Fadzli Mohamad Kamal
