Pendaki wanita alami serangan asma diselamatkan di Gunung Irau
CAMERON HIGHLANDS– Seorang pendaki wanita berusia 24 tahun berjaya diselamatkan selepas mengalami serangan asma ketika mendaki di kawasan Gunung Irau, malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digerakkan ke lokasi seminit kemudian.
Menurutnya, mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan pendaki yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita lain berusia antara 24 hingga 39 tahun yang memasuki kawasan hutan berkenaan untuk aktiviti pendakian.
“Pasukan bomba tiba di lokasi operasi pada jam 10.34 malam dan membuat persiapan bagi membantu operasi membawa mangsa keluar dari kawasan Gunung Irau bersama anggota BBP Simpang Pulai.
“Anggota BBP Simpang Pulai berjaya membawa mangsa keluar dari kawasan pendakian sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kampung Raja untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mangsa yang mengalami serangan asma berada dalam keadaan terkawal sebelum diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan selanjutnya.
Operasi menyelamat turut membabitkan lima anggota BBP Simpang Pulai, petugas KKM Kampung Raja serta dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Simpang Pulai.
Seramai 14 anggota BBP Cameron Highlands bersama sebuah jentera, sebuah kenderaan utiliti Hilux dan sebuah van Urvan terlibat dalam operasi berkenaan.
Operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.32 tengah malam.
Orang ramai yang merancang melakukan aktiviti pendakian dinasihatkan supaya memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik serta membawa ubat-ubatan yang diperlukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini ketika berada di kawasan pergunungan.-SAHIH.