Set Kombo Ramadan Bellanies & Rose Yuyus Jadi Tumpuan
Set Kombo Ramadan Bellanies & Rose Yuyus Jadi Tumpuan
TEMERLOH – Rangkaian pengedaran produk Rose Yuyus terus berkembang apabila seorang lagi agen baharu dilantik di Taman Tualang Indah, di sini.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab berkata, produk kopi Rose Yuyus kini boleh didapati di sebuah kedai makan nasi kerabu berhampiran stesen minyak PETRONAS Taman Tualang Indah, sekali gus memudahkan pelanggan sekitar Mentakab mendapatkannya.
“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan kita tambah lagi agen bagi memenuhi permintaan pelanggan, khususnya di kawasan Taman Tualang Indah.
“Pelanggan bukan saja boleh menikmati nasi kerabu yang popular di situ, malah boleh terus mendapatkan Rose Yuyus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, selain kopi Rose Yuyus, pihaknya turut memberi tumpuan kepada promosi Bellanies Skincare 5 dalam 1 yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna.
Beliau berkata, set penjagaan kulit itu dirumus khas dengan gabungan lima fungsi utama dalam satu rangkaian bagi membantu membersih, merawat dan mengekalkan kelembapan kulit secara konsisten.

“Bellanies Skincare 5 dalam 1 ini sesuai untuk mereka yang mahukan rutin penjagaan wajah lebih ringkas dan mudah, terutama golongan wanita bekerjaya.
“Kita juga menerima maklum balas positif daripada pengguna yang melihat perubahan kulit lebih sihat dan terurus selepas penggunaan berterusan,” katanya.
Tambah Rosyatina, sempena Ramadan tidak lama lagi, pihaknya akan memperkenalkan set kombo istimewa membabitkan Bellanies Skincare 5 dalam 1 bersama Rose Yuyus.
Katanya, set kombo itu disasarkan kepada pelanggan yang mahu menjaga penampilan diri di samping menikmati minuman kopi yang mengenyangkan sehingga petang sepanjang tempoh berpuasa.
“Insya-Allah, bulan puasa nanti kita tawarkan set kombo khas supaya pelanggan dapat kedua-dua produk pada harga lebih berbaloi,” katanya.-SAHIH
