Peranan Ibu Bapa Penting Bentuk Sahsiah dan Disiplin Murid
Peranan Ibu Bapa Penting Bentuk Sahsiah dan Disiplin Murid
JERANTUT -Ibu bapa digesa memainkan peranan lebih aktif dalam membentuk sahsiah, disiplin dan kecemerlangan akademik anak-anak, sejajar dengan cabaran semasa yang semakin mencabar.
Penolong Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Razak Daud yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut berkata, menegaskan bahawa kejayaan seseorang murid bukan hanya bergantung kepada usaha guru dan pihak sekolah, sebaliknya memerlukan penglibatan serius ibu bapa di rumah dan dalam aktiviti sekolah.
“Anak-anak mudah terpengaruh dengan perkara negatif seperti buli, merokok, merempit dan aktiviti tidak bermoral jika tidak dipantau. Sebab itu ibu bapa perlu lebih peka dan ambil tahu perkembangan disiplin dan pelajaran mereka,” katanya.
“Cuaca sekarang sukar dijangka. Kita bimbang berlaku banjir kilat atau insiden tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan anak-anak,” katanya ketika menyampaikan ucapan mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan Dewan Negeri Pahang , Harris Salleh Hamzah sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-24 di Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak,di Jerantut .
Majlis yang bermula pada pagi itu, dengan pendaftaran ibu bapa dan guru, diikuti pelbagai pengisian termasuk tayangan video khas, persembahan murid dan cabutan bertuah.
Turut hadir, Guru Besar merangkap Penasihat PIBG, Tn. Haji Zainordin Mohamed Yatim serta YDP PIBG, En. Muhammad Siddiq Zainol Abidin.
Menurut Razak, ibu bapa juga perlu membantu pihak sekolah secara langsung menerusi program seperti gotong-royong, sukan tahunan dan kegiatan pelibatan komuniti.
“Sedikit pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit atau buah fikiran boleh beri impak besar kepada kemajuan sekolah dan kecemerlangan murid,” katanya.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak sepanjang cuti sekolah memandangkan cuaca tidak menentu dan berisiko menyebabkan banjir kilat serta kemalangan.
Turut menyeru agar cuti persekolahan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Jadikan masa cuti ini sebagai peluang untuk pulih tenaga dan kembali ke sekolah nanti dengan semangat baharu,” katanya.-SAHIH