MUIP rai golongan asnaf Orang Asli etnik Bateq
Foto atas : Sebahagian mualaf Orang Asli etnik Bateq sedang memilih juadah berbuka puasa anjuran Majlis Ugama Islam Pahang di Kampung Sungai Berjuang, Jerantut, Pahang baru-baru ini.
MUIP rai golongan asnaf Orang Asli etnik Bateq
JERANTUT – Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah menyantuni kebajikan penduduk dengan menyumbangkan duit raya dan jamuan majlis berbuka puasa di Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Berjuang, Jerantut baru-baru ini.
Pengurus MUIP Cawangan Jerantut, Mohamad Razef Hussain berkata, penyampaian sumbangan duit raya sekurang-kurangnya dapat meringankan perbelanjaan mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.
“Selain itu, pada masa yang sama usaha dakwah terus dilakukan bagi memantapkan keimanan kalangan mualaf Orang Asli di situ.
“Kita juga menyediakan jamuan berbuka puasa serta mualaf Orang Asli di sini berpeluang mendengar nasihat daripada Kadi Jerantut, Syarifuddin Mohamad Sa’ad mengenai kelebihan berpuasa di bulan Ramadan dan malam Lailatulkadar,” katanya di Kampung Sungai Berjuang, Jerantut, Pahang baru-baru ini.-SAHIH.