Leka main judi belangkas 7 terkejut diserbu polis
Foto atas: Beberapa individu ditahan dalam operasi main Judi Belangkas
Leka main judi belangkas 7 terkejut diserbu polis
MARAN – Tujuh individu leka bermain judi ‘belangkas’ di bulan Ramadan dikejutkan dengan serbuan polis dalam sebuah ‘pot’ perjudian di ladang sawit di Felda Jengka 6, pada jam 4.30 petang semalam.
Operasi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Maran serta dibantu beberapa bahagian dari IPD turut berjaya merampas serta menahan 5 lelaki Melayu dan 2 lelaki Cina yang sedang leka berkumpul di 2 meja untuk berjudi.
Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat lokasi tersebut dipercayai kerap menjadi tumpuan kaki judi sekitar Jengka.
Malah ada yang cuba ‘cabut lari’ masuk ke dalam ladang untuk melepaskan diri daripada dicekup oleh, yang melakukan serbuan di sebuah ladang sawit di situ.
“Hasil pemeriksaan di atas meja dan beberapa individu terlibat, polis merampas perkakasan perjudian seperti 2 buah meja lipat, 2 buah dadu belangkas, kain kanvas, seutas tali putih, piring dan mangkuk kecil serta wang tunai berjumlah RM4,358.00.
“Kawasan itu dipercayai menjadi pot kumpulan itu dan dihadiri oleh kaki judi sekitar Jengka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini..
Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT). Kesemua tahanan dan rampasan telah dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.-SAHIH.