Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut jatuh gaung jalan ke Bukit Fraser
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut jatuh gaung jalan ke Bukit Fraser
RAUB- Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi berusia 49 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di KM 1, Jalan Tranum menghala ke Bukit Fraser pada jam 1.30 petang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, mangsa dikenali, Razali Halimi yang menunggang motosikal itu cedera parah di bahagian kepala dan kaki.
“Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari Raub menghala ke Kuala Kubu Bharu melalui jalan ke Bukit Fraser bersama rakannya.
“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah hilang kawalan ketika melalui selekoh dan terus terbabas dan jatuh ke dalam gaung di sebelah kiri jalan,” katanya.
Katanya, akibat dari kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SAHIH