Rumah rakit dibina hadapi banjir di Jerantut
Rumah rakit dibina hadapi banjir di Jerantut
JERANTUT- Bulan November hingga Mac setiap tahun berlaku musim tengkujuh hujan monsun timur laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak yang mengakibatkan banjir.
Tidak terkecuali di kawasan daerah Jerantut dan juga daerah di Pahang yang bakal mengalami banjir khususnya di kawasan pesisir Sungai Jelai, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang.
Oleh itu, persiapan semua agensi kerajaan sudah bersiap sedia menghadapi fenomena ini dengan menghantar bekalan makanan untuk disimpan di pengkalan hadapan di Kuala Tahan, Jerantut baru-baru ini.
Selain itu, penduduk berdekatan dengan sungai yang kerap menghadapi banjir turut bersedia dengan membina rumah rakit untuk memindahkan barang masing-masing ke tempat selamat di rumah rakit itu.-SAHIH