DUA BELAS KE GENTING HIGHLANDS DIKOMPAUN
DUA BELAS KE GENTING HIGHLANDS DIKOMPAUN
BENTONG: Dua belas warga negara tempatan berusia 20 tahun hingga 58 tahun dikenakan kompaun kerana gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah daripada pihak polis.
Kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) itu dilakukan oleh mereka yang dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala Genting Highlands, Pahang semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar, 10 lelaki dan dua wanita itu diperiksa sepasukan pegawai dan anggotanya ketika melakukan pemantauan Op Covid-19 di Kilometer 17 pos Kee Sang, Genting Highlands.
Ekoran itu, kompaun dikeluarkan kepada mereka di bawah peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021, di mana sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan bayaran sebanyak RM5,000.
“Tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang masih mengambil mudah dan gagal mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Oleh itu, beliau turut menyeru agar orang ramai berganding bahu bersama mengikut SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Pandemik Covid-19.-SAHIH.