JANGAN AMBIL TINDAKAN SENDIRI JIKA JUMPA BOM LAMA
JANGAN AMBIL TINDAKAN SENDIRI JIKA JUMPA BOM LAMA
SEGAMAT: Penduduk Kampung FELDA Pemanis, Segamat yang sedang melakukan kerja pembersihan ladang kepala sawit nyaris tersentuh bom lama yang tidak meletup peninggalan perang dunia kedua antara Disember 1942 hingga Ogos 1945, jam 4.30 petang, semalam.
Bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di kawasan penemuan ialah daripada jenis Shell 85mm (2 unit) dan hand grenade model PRB 36 (2 unit).
Unit Pemusnahan Bom (UPB) Kontinjen Johor dan UPB Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Segamat telah dipanggil untuk menjalankan tindakan pengesanan dan pemusnahan bom lama bagi memastikan keselamatan penduduk kampung selamat menjalankan aktiviti di ladang di situ.
Jurucakap, pihak UPB Kontinjen Johor berkata, unit itu telah menjalankan pembersihan keselamatan di sekitar jumpaan UXO tersebut bagi memastikan tiada objek lain selain dari jumpaan tersebut sebelum tindakan pemusnahan dilakukan.
“Tindakan pemusnahan telah dijalankan dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.
“Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.
“Sekiranya penduduk yang menemui bom lama itu jangan mengambil tindakan sendiri, ia boleh membawa kecelakaan dan boleh meragut nyawa kerana pemusnahan bom hanya boleh dilakukan oleh UPB yang berkemahiran tinggi serta dilengkapi alat pengesan bom,” katanya.
Pihak Polis Johor sekali lagi menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.
https://sahih.com.my/jumpa-bom-kali-ke-3-di-johor/
https://sahih.com.my/penemuan-bom-lama-di-paloh-kluang/
https://sahih.com.my/20-bom-ditemui-di-kota-tinggi/