KWSP PERMUDAH PERMOHONAN AHLI
KWSP PERMUDAH PERMOHONAN AHLI
KUALA LUMPUR: Pemansuhan kriteria i-Sinar akan membabitkan perubahan kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar dalam talian.
“Oleh itu, KWSP amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan ini dilaksanakan,” katanya.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan ringkasnya berkata, ini bagi memastikan permohonan boleh dibuat secara mudah dan selamat bagi membantu ahli bertahan ketika tempoh mencabar ini.
TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
KWSP berkata, ia mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini berkenaan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar bagi memberi lebih ramai ahli bantuan kewangan melalui simpanan Akaun 1.
“Maklumat lanjut berkenaan perkara ini akan diumumkan oleh KWSP di saluran-saluran komunikasi rasmi.
“Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang mengelirukan serta tidak sahih,” katanya.