BELANDA DILANDA RIBUT SALJI PERTAMA DALAM TEMPOH SEDEKAD
BELANDA DILANDA RIBUT SALJI PERTAMA DALAM TEMPOH SEDEKAD
ANGIN RIBUT STORM DARCY SELAJU 90 KM SEJAM
THE HAGUE: Belanda dan sebahagian Jerman kini berdepan ribut salji dengan angin berkelajuan 90 kilometer sejam dikenali Storm Darcy sehingga mengganggu perkhidmatan pesawat dan kereta api selain menghentikan beberapa ujian COVID-19.
Pihak berkuasa Belanda mengisytiharkan keadaan darurat kod merah yang jarang berlaku di seluruh negara dalam tempoh lebih satu dekad, bagaimanapun, orang ramai mengambil peluang bermain sangat sejuk dengan suhu serendah -5 darjah Celsius.
Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, berkata kerajaan akan membenarkan aktiviti luncur ais jika ais terus membeku tetapi mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak cedera berikutan hospital terlalu padat.
Laman web ramalan cuaca Weer.nl pula mengatakan ribut salji akan melanda negara itu dan ribut salji pertama dalam tempoh yang lama. Ribut salji terakhir terjadi pada Januari 2010,” menurut laman web itu.
Sementara itu, puluhan penerbangan ditunda atau dibatalkan di lapangan terbang Schiphol Amsterdam dan lapangan terbang Eindhoven di selatan negara itu.
Perkhidmatan kereta api dibatalkan di Belanda, termasuk perkhidmatan antarabangsa ke Jerman, trem dihentikan di Amsterdam selain berlaku kejadian trem tergelincir di Den Haag.
Pemandu kenderaan dinasihatkan untuk tidak melakukan perjalanan dan lebih 80 kereta dilaporkan tergelincir di jalan raya.
Sebahagian besar negara berdepan dengan ketebalan salji antara lima hingga 10 sentimeter, tetapi beberapa kawasan menerima 30 sentimeter, menurut penyiar awam NOS.
Dalam pada itu, Belgium pula menerima ribut salji yang rendah dan menjangkakan penurunan suhu yang besar sepanjang minggu ini.
Di Britain, pejabat meteorologi mengeluarkan amaran cuaca kuning di England tenggara dan amaran terkini ialah jalan raya yang disekat oleh salji hingga mengganggu perjalanan bas, kereta api dan udara.
United Kingdom (UK) mula menerima ribut salji menurut ramalan BBC, dan ujian COVID-19 di dua daerah di timur England juga terpaksa ditutup disebabkan cuaca, menurut laporan BBC. – AFP