574 RUMAH TERIMA BANTUAN DI MARAN
574 RUMAH TERIMA BANTUAN DI MARAN
MARAN: Sebanyak 574 rumah menerima sumbangan melalui Misi Bantuan Banjir Maran Ezcare Warranty Sdn Bhd dari Kuala Lumpur, hari ini.
MISI BANTUAN BANJIR EZCARE WARRANTY DI MARAN, PAHANG
Sumbangan diserahkan kepada penduduk Taman Maran Jaya sebanyak 321 penerima , Kampung Kuala Sentul 123 penerima, Kampung Jara (70), Kampung Bintang (20), Rumah kilang di Jengka 4 (20) dan Rumah Kilang Jengka 6 (20 penerima).
Ketua Pemasaran Ezcare Warranty, Mohd Afiq Kamarul Ariffin berkata, syarikatnya terpanggil untuk turut membantu mangsa banjir khususnya di daerah Maran yang terjejas teruk.
“Sumbangan kemanusiaan ini bertepatan untuk mangsa yang sangat memerlukan bagi mendapat semula keselesaan selepas banyak harta benda dan rumah mangsa yang rosak.
SEBAHAGIAN SUMBANGAN DISEDIAKAN EZCARE WARRANTY KEPADA MANGSA BANJIR DI MARAN
“Bantuan seperti ini sekadar untuk meringankan beban mangsa banjir dan sedikit kegembiraan buat mereka,” katanya.
Presiden Permotoran Pahang, Mohd Rafie Ismail berkata, sumbangan peralatan solat seperti sejadah, telekung solat wanita, kain batik dan pelikat serta toto kerana pastinya amat diperlukan ketika ini kerana rumah mangsa mengalami kerosakan dan juga ada barangan yang dihanyutkan.
GAMBAR IHSAN EZCARE WARRANTY
Sumbangan diserahkan kepada Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Maran Jaya, Zulkepli Haron untuk diedarkan pada semua penduduk taman itu.
Sementara itu, Masjid Kampung Kuala Sentul turut menerima sumbangan.
Saksi video di sini.