FELDA BUKIT KUANTAN ANJUR PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP
KUANTAN : Warga FELDA Bukit Kuantan, di sini dialu-alukan menyertai Pertandingan Badminton Tertutup Peringkat FELDA Bukit Kuantan, hujung minggu ini.
Pertandingan anjuran Persatuan Kami Anak FELDA (KAF) Bukit Kuantan, Koperasi Anak Bukit Kuantan dan Majlis Belia FELDA Bukit Kuantan berkenaan akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini pada jam 8 pagi sehingga 10 malam.
Pengerusi Majlis Belia FELDA Bukit Kuantan, Mohd Riduwan Shah Aziz berkata, pertandingan itu terbuka kepada lelaki warga FELDA berkenaan yang berusia 18 tahun ke atas.
Mohd Riduwan Shah
“Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran sehingga esok dan boleh menghubungi Daus di talian 0145429681.
“Ini merupakan kali pertama pertandingan seperti ini dianjurkan.
“Pertandingan ini akan berlangsung di Dewan Semai Bakti FELDA Bukit Kuantan.
Warga FELDA Bukit Kuantan berusia 18 tahun ke atas dialu-alukan menyertai pertandingan badminton tertutup berkenaan
“Yuran pendaftaran hanya RM10 bagi setiap penyertaaan dan hadiah seperti wang tunai serta hamper menanti pemenang,” katanya ketika dihubungi SAHIH, hari ini.
Jelasnya, pertandingan itu diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara warga FELDA selain memupuk semangat kesukanan.