SIASAT HARGA TELUR NAIK
SIASAT HARGA TELUR NAIK
TEMERLOH – Siasatan akan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan memantau kenaikan harga telur di pasaran sejak beberapa hari lalu menjelang sambutan Hari Raya Haji.
Timbalan menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihak kementerian telah menerima laporan mengenai kenaikan harga bahan mentah itu, mulai kelmarin.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berikutan banyak ladang ternakan ayam ditutup berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan penawaran berkurangan manakala permintaan terhadap bahan itu meningkat.
Dimaklumkan bahawa telur ada kenaikan harga dikatakan banyak ladang ayam tidak beroperasi, pihaknya akan pantau kenaikan tersebut dua tiga hari lepas, mendapat mesej dari sahabat mengatakan bahawa kenaikan harga telur dan diakui oleh pengeluar sendiri.
Tambah beliau, pihaknya memahami situasi yang terpaksa ditanggung peniaga namun tindakan tegas juga akan diambil sekiranya harga dinaikkan tidak munasabah.
Beliau berkata kepada pemberita dalam dan pemeriksaan harga barangan di Tunas Manja Mall, Temerloh, hari ini.
Menurutnya lagi, sebagai contoh harga telur di pasar raya tunas manja dua hari lepas bagi gred a ialah rm12.00 kini rm13.10, gred b rm10.80 ( 11.90 ), gred c rm10.20 kini berharga rm11.30.
Dalam pada itu beliau berkata, bekalan barangan keperluan menjelang hari raya aidil adha adalah mencukupi kecuali tepung gandum bersubsidi.
Malah, pemantauan turut dijalankan di pasar raya dan premis dengan kekuatan 2,263 pengawai penguatkuasaan kementerian tersebut digerakkan di seluruh negara.
Tegasnya, gerakan pemantauan itu bagi memastikan kedudukan bekalan dan harga barangan di pasaran mencukupi dan stabil.- SAHIH